Followers

Tuesday, August 31, 2010

merawat penyakit buasir

to readers,

sesape ada tau tak macam mana nak merawat penyakit buasir secara tradisional.... i mean petua-petua or amalan orang dulu-dulu. kalau tau silalah info pada saya yer.... kesian ada member saya tgh suffer ngan penyakit ni skrg. thanx in advance for d info k....



regards,
fiza

31 ogos




today is our national day.... independence day. dah 53 tahun kita merdeka. we as a newly generation patut menghargai kemerdekaan yang dikecapi. patut berterima kasih pada pejuang2 yang berusaha untuk memerdekakan tanah melayu. patut mempertahankan negara what ever happen...and as for me insyaAllah i will do.

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka


merdeka!!!!

baju raya

ni la dia kerja yang tertangguh tu... skrg ni saya tgh jahit manik kat baju raya saya nan 1 ni. takdo 2 takdo 3... huhuhu. tapi belom siap sepenuhnya baru sebelah tangan je. yang sebelah lagi akan diusahakan sesegera yang mungkin. masa beli hari tu ada manik dah tapi kat leher je. memandangkan baju ni plain so nampak macam kosong sangat kalau tak buat pape kat lengan baju yang ala2 sang kelembai ni.... so saya kasilah jahit manik sikit2 kat lengan dia. yang tang leher tu dah serabut kalau tambah lagi nak jadi hape...


ni manik yang saya jahit sendiri.... simple2 jer takmo bagi nampak kosong sangat.



ni plk yang tang leher yang memang manik asal masa dibeli dah wujud. dah penuh kan so...takyah tambah pape lagi. cukup...

hajat dihati nak jugak cari lagi sepasang version kurung lak... opsss lupa baju coklat tu jubah sebenornya... ate udah lama teringin nak pakai jubah tapi tak jumpa yang terkesan dihati. ni baru jumpa tu pon siap berebut sape cepat dia dapat dgn akak lagi sorang kat butik tu... mujur saya yang dapat... kalau idak tak dapek la nak merasa memakai jubah... SA kat butik tu pon dah senyum2 tgk muka saya yang cuak ni. actually saya dah try jubah ni then jenjalan tempat lain kot2 terjumpa yang lagi shantek... dah jenjalan tak jumpa plk nampaknya tu jer lah yang paling terkesan. so saya pergilah balik butik tu. sesampai jer tengok ada sorang akak tu tengah belek2 siap test lagi jubah coklat tu ... hati dah bedebar nih sambil berdoa jangan lah akak tu sebat baju tu.... settle2 test akak tu pon hang balik. maybe situasi nya sama lah cam saya nak survey2 lagi kot jumpa yang lain. saya pon terus zasss lah ngambik jubah tu mau di up. dengan tak semena2 akak tu dtg balik ngan pantasnya lalu bertanya pada SA tu

" dik jubah coklat yang akak try tadi mana eh, akak nak la"

SA tu pon jawab "ni kak kat tangan saya, akak ni dah beli"

hehehe saya pon menguntumkan senyum kat akak tu... saya dapat dulu. sorry ye akak.
tq anyway tak jadik up dulu tadi....

oat sardine roll

as usual ptg semalam saya pulang dari kantor jam 6. nak pegi menyinggah kat kedai blkg opis malas plk rasanya. dalam kepala pikir nakbalik rumah je sebab blom solat asar lagi. nak g singgah param kat seksyen 6 lagilah tak koser. dah konfem2 ssh nak parking. so balik je lah rumah terus masak sendiri lagi bagus kan....

selesai solat dok telek barang2 dalam peti sejuk.... owh balance sardine buat sandwich hrtu masih ada lagi tapi takkn nak buat sandwich lagi hari ni. bosan lak kang asik makan benda yang sama jer. so i decided nak buat sardine roll. pikir2 balik sebab skrg ni namo2 makan makanan yang berminyak bagai. nanti goreng sure minyak banyak. pikir2 lagi nampak plk oat dalam tupperware kat sebelah dapur tu je.... apalagas sebelom goreng salut lah ngan oat dulukan. at least takla banyak sangat minyak yang diserap..... ni lah dia hasilnya....


sangat goldy kan...nyum nyum nyum


ni lah appetizer tuk berbuka semalam. main course nya ofcos lah nasi.... org melayu ngn nasi mana boleh dipisahkan. betul tak??? nasi tu my luvly housemate yang beli.... tq soooo much housemate... esok beli lagi yer. sedap nasi tu. nasi ayam percik. mmg maveless lah... hari ni ada plan nak pegi param. kat mana blom decide lagi. eksited ni sebab sepanjang 2o ramadhan yang lalu saya blom menjejakkan kaki ke param kat bandaraya anggerik ni lagi.... harap2 tak malas lah nak kuar ptg ni. ada jugak plan nak masak tapi tgk lah dulu.... hahaha boleh kan macamtu..... main tengok-tengok pulak. ok lah mau sambung kerja tertangguh... next en3 saya cerita pasal kerja tertangguh ni.... bye

Monday, August 30, 2010

puding caramel ku menjadi



ni la dia puding caramel yang saya buat last weekend. it was my very 1st trial.... dan menjadi. sangat gumbira. my niece n nephew pon kata sedap. tapi sila abaikan presentation yang cacat tu yer. sebab puding tu macam tak berapa nak lekang dari loyang dia then saya guna pisau jadilah camtu. buruk rupanya kan. itu tak penting yang penting perut kenyang suka hati...

siang-siang hari dok tgk gambar tu terliur plk... sedapnya klu dapat makan waktu2 camni plus masukkan dlm peti sejuk dulu. owh~~~ pasti nyaman anak tekak ni kan. nanti bebila ada free nak buat lagik. senang je rupanya.... resipi ni saya cedok dari mana pon saya tak ingat dah sebab dah berkurun tulis dlm buku resipi baru tu nak buat. sebab bulan pose agaknya teringin tu teringin ni plus cuti so... buatlah. actually time bulan ramadhan Allahyarham abah saya yang suka beli dessert ni kat param. ruginya tak tau buat dari dulu2. klu tak boleh dah jamu Allahyarham abah ngn hasil dari air tangan saya sendiri. huhuhu...
nak buat macam mana masa tidak boleh diputar kembali macam doraemon tu.....

Thursday, August 26, 2010

dah dapat baju raya

haishhh....hati berbunga riang ni. lalalalala. baju raya yang dihajatkan dah dapat. cuma kena touch up sket kasi lagi vogue n meriah. sebab baju tu plain. mmg saya nak carik yang plain. baju2 saya mmg kebanyakannya plain. tak suka corak2 sangat. sikit2 sudah itupon corak abstract. yang bunga-bungaan saya tak minat. serius...mak saya sendiri pon cakap saya ni bukan jenis bunga2 punya org sebab kat rumah tak suka letak bunga2 aci nak buang je semua. mak saya bengang sebenarnya saya suka suki buang bunga yang dia buat sendiri pulak tu. mau tak hangin nya....tapi saya tetap buang. hahaha..... klu sempat saya carikkan mak bunga baru yer... insyaAllah. dah melalut ni...

ptg ni nak balik awal sket... nak carik manik. sanggup tu kan. cuti 3 hari boleh lah jahit manik kat baju tu....weeee sukenya. tadi belikan jubah jugak utk mak. labuh dia mmg confirm2 kena potong. even beli baju kurung biasa pon kain dia mmg kena potong. nnti dah siap jahit manik i'll show u k.

sup collagen



u olls penah makan ke sup collagen. saya pernah...banyak kali pulak tu sepanjang kehidupan 27 tahun ni (owh usia saya ke tu...hihihi macam dah nak lanjut usia je tu sebab kena supply kan collagen kat badan ni tak kasi nampak tue...weeeeeeeee). ramai jugak yang tak makan sup collagen ni. geli agaknya. saya ok jer. sendiri service kan so cucilah bersih2. nak suntik collagen tak mampu plk. klu sekali suntik terus cantik mau jugak (ada hati tu...). yesterday saya dapat itu bahan mentah dari inna. sesampai di rumah terus bersilat kat dapur. takut tak dan bukak pose dgn menu ni. saya kuar opis pon dah dekat2 6.15 ptg. sampai rumah 6.30 lelebih cam tulah. tapi mmg ekonomi handalan lah saya. sume settle & siap boleh lipat kain lagi sementara tunggu azan. terror kan....plus buat air neslo lagi.



ni lah sup collagen tu. muahahaha... sendiri nampak gambar sendiri taulah kan kat mana yg collagen nya tu.




mee goreng made by my housemate....sedap + pedas





spaghetti goreng by me...tawar sket. lately saya mmg suka makan tawar + minum tawar...

ni menu for yesterday. hari ni nak mkn ape plk yer... teringin jugak nak pegi param tapi tak sempat la. sana sinun jem. nak parking lagi satu hal. time cuti2 balik kampong itu wajib....banyak param kat sini rugi plk klu tak menjengah. akan saya usahakan untuk menjengah. next week kerja dah lega sikit kot. kot lah kan. nak raya ni sume nak payment cepat....saya kena stayback lah hari2.

p/s : tak sabar nak menjalankan misi ni....cepatlah kol 1. huhuhu...


bercuti-cutian

hari ni dah 16 ramadhan.... alhamdulillah masih dapat bertahan sehingga ke saat ini. cuma pagi ni perut rasa pedih sikit sebab makan pedas kot semalam for berbuka n bersahur. padan muka saya.... biasa berbuka makan pedas2 sikit je sahur mmg totally makan yang manis2 je.... ni dah lupa daratan. muahahaha......

esok selangor cuti nuzul quran. so dalam kepala ni dah bercabang-cabang plan nak buat apa cuti lama this week. saya sambung terus sampai august 31st. total sume 5 hari. from friday to tuesday next week. wohoooo gila lama saya cuti. saya nak balas dendam kat bantal... hehehehe
taklah balas dendam mana pon, takat 2 3 jam extra sudahlah kan. tapi klu sehari extra 2 jam 5 hari dah bape jam???? ni dah overslept plk karang. letih plk nanti org dok syok tido saya terkebil2 lagi....

bangun pagi tadi semangat berkobar2 nak g opis dengan niat asal bukan nak menyetellkan kerja opis yang berlambak tapiiiiiiiiiiiiiiii niat terpesong sikit nak g survey2 baju raya lagi. maklumlah semalam mission incomplete. owh ye... mlm tadi pencarian yang sia2 sebab tak dapat pon apa yang dihajatkan. try2 tak ngam. tak fit ngan kaki saya yang bam bam ni. masuk levi's mak aih ramai nya orang. dah lah butik dia kat jj tu sekangkang gajah je. rimas lah plk....nak belek2 pon serabut.... last2 try jugaklah cap lois yang saya berkenan dr awal lagi tapi takdok saiz plk. tinggal saiz besar2 je...(cehcehceh saya bajet kecik.kukuikui).... haduh. shopping mall pon dah nak tutup time tu. so balik jer lah... teruskan misi dilain masa.... harap2 jumpa yang terkesan dihati....

Wednesday, August 25, 2010

dapat duit raya...yea yea

alhamdulillah syukur yang tak terhingga kerna kami kakitangan awam dapat duit raya RM500. yippy yippy yeaaaaaaaa.
baru announce. adalah duit poket lebih nampaknya.... dapat lah menyebarkan rezeki ni kepada yang memerlukan. alhamdulillah again... baca lah kat sini
untuk kesasihan berita panas ni.

double happy lagi sebab dengar2 kabar berita dari org ag akan ada bonus lak menyusul bulan 10 nanti (lps pembentangan bajet la baru tau). yang ni betul ke tak wallahu'alam... kita tunggu je lah.


p/s : bole la saya soping baju raya vogue vass sikit. ingat2 simple dimple hokeyyyyyyyy

perasaan sudah menjadi lega

alhamdulillah lega rasa dihati...
baru pas call 1 of my supplier untuk kerepek....eh lupa lah nak post. untuk becoming syawal ni saya merembat peluang yg ada untuk menjual kerepek. cookies dah agak ramai kan yang jual kat opis nih...so saya decided jual kerepek je lah. ni 1st time. sebelom2 ni tak pnh pon. tak tau dtg dari mana kesedaran nak menambahkan pendapatan ni. hehehe....mgkin ekonomi yg agak slow nih kot. ok back pada kelegaan tadi.... masa tgh disscuss2 pasal nak jual haritu dia ada pesan jangan ambik order banyak sangat sebab dia takut tak tertunai order saya. maklumlah bulan2 demand camni mesti berlaku adil dia kata. klu bole sama rata sume org. saya pon kata ok2 saya akan control order tu. tapi sudahnya ramai plk yg order that kerepek... alhamdulillah. that supplier tu kata ok je. siap akan hantarkan kat rumah lagi. syukran2....
lega rasanya dapat memenuhi kehendak customers. rezeki ramadhan...
harap2 tahun depan berpeluang lagi nak berbiz kecil2lan macam ni...insyaAllah.

tak jumpa yang shantek la

lunch break tadi saya pegi shopping mall sebelah opis (nama rahsia...hehehe) dengan hajat nak 'menyervey' baju raya. pergi settlekan urusan bank segala dulu baru window shopping. tenang sikit nak shopping klu tanggungjawab dah selesai kan. taklah terbantut hajat2 tu. wah.... macam banyak jer hajatnya tu ye dak. klu di listkan mmg banyak.

tadi ada nampak kaunter zakat kat eskelator tapi nape saya tak gi bayar kat situ eh...ntah... bila dah balik opis terpinga2 lak memikirkan ustaz kat meja yg kosong lagi tu. org suka buat kerja last minute mmg macam ni. *wink* *wink* nnti dah suntuk nak raya baru terhegeh2 nak cari. sanggup plk tu beratur beramai2. ni tak yah beratur memang dah sedia lengang pon tak menyinggah. iskiskisk....

nanti klu ada terpegi mana2 shopping mall boleh lah saya g bayar tanpa pikir2 lagi. pasal window shopping tadi... tak jumpa la baju yang sangat terkesan dihati. semua takat 'ala-ala' je. takde yang macam perasaan meroyan pon bila tengok.... takpe banyak lagi tempat tak pegi ni. baru 2 3 tempat je saya survey. kat bandaraya anggerik ni kan banyak lagi shopping mall.. klu takde jugak pakai je lah baju yang ado. huhuhuhu... sedih plk nnti tgk org lain pakai baju baru..:((

plan nak carik yang simple dimple je... ha camno tu dah simple siap ada lesung pipit lagi. hihihi. maksudnya yang simple n shantek la... takmo dah baju yang hover2. susah nak beli ( sebab mahalkan) susah nak bela. kira high maintenance lah ni. ye lah bila nak cuci kena hantar dobi utk dry clean bagai. tak koser lah... tahun ni mls sikit nak membela baju2 camtu. nak beli yang simple2 yang boleh pakai utk g opis berlasak2 sekali. yang bole pakai sambil jalan laju2 (maksudnya kain tak sempit n tak belah)... azam baru nih...mmg sekarang klu anta kain kat tailor pon takmo kain belah dah...paham2 sudahlah yer..lagi satu skrg tak suka dah pakai
baju yang kena berinner. rimas lemas panas lak rasanya...

mlm ni nak pegi shopping suar jeans raya....(ape u tak sembahyang terawikh ke fiza!!!) toing...toing

hohoho....

ini bukan iklan horlicks yer...hehehe
pepagi ni bangun tido jer rasa malasnak g opis... pasai pa tak tau.
xde mood mau kerja sudah...
mood cuti raya sudah mari kot...
tahun ni tak bersemangat pon nak raya. first time raya without abahkan.... sunyi rasanya.
biasa raya abah yang akan buat persiapan lebih. bukan untuk dirinya tapi untuk kami sefamily. abah kadang2 jer beli baju baru utk diri sendiri. baju raya abah kami yg belikan. biasa pegi sembahyang raya abah pakai jubah putih dia tu lah. tapi abah akan wajib buat persiapan seisi rumah. abah lah yang sebok tempah kuih raya berkotak2. abah lah yang sebok tempah ayam n daging segala. abah lah yang beli telur berpapan2 nak soh saya buat kek time raya nanti. huhuhu....
sume2 tu takde lagi dah tahun ni. pandai2 la kami adik beradik nak prepare segala tu. takkan nak harapkan mak.
apa yang pasti sesudah sembahyang raya saya nak pegi ziarah pusara. nak wish selamat hari raya. tak sabar neh.

nak g kubur nak pakai baju baru tapi satu pon takdak lagi. tak sempat lah nak g survey2... kesuntukan masa. insyaAllah saya akan sempatkan jugak. dapat selai pon jadilah.....


Friday, August 20, 2010

andai ku tahu



andai kutahu
kapan tiba ajalku
ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

reff:
aku takut
akan semua dosa dosaku
aku takut
dosa yang terus membayangiku

andai kutahu
malaikatMu kan menjemputku
izinkan aku
mengucapkan kata tobat padaMu

ampuni aku
dari segala dosa dosaku
ampuni aku
menangisku bertobat padamu

aku manusia
yang takut neraka
namun aku juga
tak pantas di surga
p/s : baru lepas dgr lagu ni n tetiba rasa insaf........

projek tak jadilah

buat entry ni time lunch break...
nak g tdo cam tak mau tertido plk kat office ni. hari ni tak jadi follow kak ros melaksanakan projek yang telah dijanjikan semalam hari.

nnti buat projek ni sensorang je lah. bila tu tak tau lagi. tgk pada kelapangan lah kan. lambat betul nak tunggu waktu balik. tak sabar dah neh. naik main ngn ajanana. perutku pedih yang amat ni. smlm mkn banyak dah rasanya tapi kenapa pedih plk. ni 1st time jadi ramadhan kali ni. hari sebelom2 ni ok jer. ke sebab tak buat kerja so kepala dok pikir lapar je. huhuhuhu :(

actually saya baru pas blogwalking kat sini. sedap menyelerakan. tgk gambaq pon jadilah. tak sabar nak tunggu weekend nak masak camtu.
nak g steamboat cam tak sempat je. waktu mlm yang suntuk sgt. nak buat sendiri tak reti pulak. kena blaja lah nampaknya ni. saya mmg suka masak memasak ni.

baru je buat edaran resipi kek coklat kukus utk member office. inna dok request soh buat dia nak mkn buat berbuka katanya. tapi memandangkan bulan ramadhan kali ni tahap kemalasan memasak yang melampau saya bagi resipi je lah then buat sendiri ye nana. i malas lah u....

nak g try2 lena lah jap. bye..

haishhhhh lupa lah

hahaha. gelakkan diri sendiri. camne lah saya boleh lupa yg cpu saya telah dihantar format. kuikuikui.... boleh plk pepagi buta dtg opis terkezutt tgk cpu tak do. dalam hati dah mula lah nak berkata2 "sape yg copek cpu haku nih". buat kalut sorang diri. ape daaa. setelah kembali ke akal pikiran yang waras senyum2 kambing sebab malu kat org.

mana boleh org nak curik cpu or pc kan dah gari sume2 tu. apelah saya ni. biasalah dtg pagi2 ke opis mesti nak update pape yg patut. fb blog n etc....hehehe wajibulghunnah tu. ni update dr lappy yg dibawa ke opis. bahagia rasanya. memula tak tepikir pon nak bawak lappy pahtu dah bosan tak boleh nak buat keje balik lah jap amik. bukan jauh pon. tak sampai setengah jam dah sampai opis balik.... best wooo rumah dekat. bibik sebelah rumah td pon pelik nape saya balik rumah waktu2 camni....


hahaha.... nak buat pe eh. wat keje lah. babai....

Thursday, August 19, 2010

murtabak diraja

saya boring mlm ni dan terus rasa tak sabar nak cita pasal murtabak diraja yang menjadi santapan buat berbuka puasa smlm. sangat teruja sebab ni first time makan. maklumlah bukan kalangan kerabat. hehehe...ni dia presenting murtabak diraja

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

orang lain mungkin dah banyak kali mkn...huhuhu.
apa nak describe pasal murtabak nieh....
besar tebal padat maveles.....
mmg yummy sangat
tebalnya macam murtabak biasa tu di triplekan. besarnya pulak sebesar pinggan tu lah. mmg besar lah. sekeping ni RM12. tapi mmg puas hati.
credit tu my housemate kak jue yang beli food ni.
lepas mkn murtabak ni + air nescafe terus rasa nak lena. kenyang amettt sampaikan sahur mmg tak lalu nak mkn dah. tdo lagi penting....hahaha
esok ada plan baik punya dgn kak rose. hari jumaat lah katakan.... apa plan tu nnti saya buat en3 k.
mau ngobrol ama BFF saya benter. bye.....

ha laaaaaaa....

mungkin blog saya akan senyap buat 2 3 hari ni.... huhuhu
pc ni mau diformat. ntah pe lah masalahnya yang tak boleh nak disettlekan lagi. dah takdak pilihan melainkan format saja lah. kat rumah tak cukup masa rasanya nak update. line pon tak berapa nak gagah....

sebenarnya nak buat 1 en3 pasal murtabak diraja yang dimakan buat buka pose smlm. tapi tak syok plk kalau takdak gambar kan. dah snap gambar murtabak tu tapi tak bawak cable pulak. nnti dah transfer gambar saya buat en3 tu na. mlm tadi SIL ada call soh balik rumah dia sebab mak teringin makan durian n dah beli banyak. huhuhu malasnya mau berjem2 di jalanan. sabtu nnti je lah terus. bukak pose nanti dapat makan ni sedap jugak kan....





ok lah ye. nanti sambung lagi...
chawwwww.

hudson & jessica

tgh boring sebab tak boleh buat kerja... tak boleh ye bukan tak mo. ini kerna pc saya ngongssss. tak tau sebab apa. tak boleh nak bukak sistem2 yang diperlukan untuk saya memproses bayaran. kena buat kerja2 yang manual sahaja iaitu mengecheck LO2 yang dikembalikan sama ada bole diproceed untuk bayaran atau tidak. atau perlu dilampirkan kertas merah. mereka2 yang mendapat kertas merah mesti nyampah ngn saya. ntah2 dalam hati mereka berkata2 jaga kau fiza... kenapa kau kuiri LO ni. hissshhh... fiza...fiza back to normal pls... ramadhan ni.....tak baik buruk sangka ngn org


sementelaah tak bole nak buat kerja sangat so, saya pon memview lah pape yg patut. ye lah dah tak boleh kan buat lah benda2 yang boleh. dari mengaco kengkawan yang kusyuk buat kerja tu (kusyuk ke... saya dengar ada yang gelak cover2 tu. tgk utube jugak ke kawan...) hahahaha

saya terjumpa video ni. tengok lah yer.






terlebih kreatif dah ni... ishishish. layankan je lah.

Wednesday, August 18, 2010

tq cdc


pepagi hari ni saya ada meeting with cdc (commercedotcom) n supplier2 yang beruntung sebab dijemput dengan surat lagi yer followed by call. tu pon ramai yg kata nak datang tapi tak nampak batang idong pon. sembang je lebih. nanti klu bising2 buat komplen payment lambat dapat siap!!!!. orang dah jemput dengan segala hormatnya takmo datang. kementerian kewangan & unit perolehan KKM pon ado. ape2 hal ada tak tau bole tanya terus je... ini tidak tau aci nak komplen je manjang. gambar kat sebelah ni muka happy dapat ramadhan gift from cdc. tq cik fara yer yang memanjangkannya kepada kami. last year dapat setupperware tahun ni dapat sekotak... alhamdulillah. tahun depan bagi lagi berkotak-yer + cookies sekali. hohoho... tak malunya saya.

masa dalam bilik meeting 2 3 kali saya kuar yer sebab ngantuk yang tak tertahankan. malam td tdo lambat kan. tgk lah mata saya yang sembab tu even masa gambar ni disnap dah pkl 12pm. ni pon tak hilang2 lagi. lolem betullah mata ni..... cepet.






ni lah dia isi kandungan kotak cantik kat atas tu. siang2 hari nampak kurma ni sedap sangat. dulu2 saya tak suka makan kurma tapi lately suka amatttt. tapi tak suka yang manis giler... rasa macam melekit-lekit kat anak tekak. pahtu mulalah nak gogok air bertong-tong. suka makan yang neutral yang belom diawet dgn gula. tapi ssh nak carik wooo. kat bazar2 ramadhan banyakla.

petang ni nak buka ape yer... tak pikir lagi nih. takmo makan nasik habis apa yg nak dimakan.....

halaqah sentuhan kalbu

i cant stop my crying after watching halaqah sentuhan kalbu at tv9. sangat tersentuh jiwa saya. teringat2 d moment dengan abah dulu2 yang sentiasa mendoakan yang baik2 utk saya. yang puasa sunat dikala kami adik beradik ada exam yang besar2. yang sembahyang hajat dikala kami adik beradik berkehendakkan sesuatu. yang sentiasa menasihati dikala kami kealpaan. yang sentiasa cuba untuk memberikan yang terbaik buat kami sekeluarga. tak termampu saya untuk membalas segala nya melainkan doa yang dipanjatkan kehadrat Allah s.w.t untuk kesejahteraan abah di sana. tiada lagi moment2 indah itu.... terima kasih ya Allah kerana mengurniakan ayahanda sebaik itu.
semoga hati ini terus-terusan tabah unyuk mengharungi hari mendatang tanpa abah di sisi walau terasa kekosongan itu...

Monday, August 16, 2010

nak berbuka ape yer hari ni???

petang ni teringin rasanya nak berbuka minum air ni tapi kat rumah sewa saya sirap pon takdo. nak balik meru adalah malas ye dengan jem yang sangat panjang. saya ni mmmg kurang bersabar sikit nak mengharungi jem. klu ada kawan takpe. ni sensorang je....ada kawan tu boleh la jugak nak nyanyi2 ke, story morry ke (bukan ngumpat ye!!!), silat gayung pon boleh. hhehe

pahtu teringin nak makan ni pulak tapi ( tapi lagi... banyak betul) saya dalam tempoh kuarantin. tak boleh makan berat2 sangat. semalam dah makan banyak... ish ish ish... sabar ye esok lusa tulat kan ada lagi. insyaAllah....hari rabu lah pegi bazar seksyen 7....



sedapnye kalau dapat dedua tu hari ni kan... ngehngehngeh. sabar banyak2 nnti mesti jadi nikmat banget kannn.

~ sungai besar dihatiku ~

as usual, last weekend saya pulang ke kampong halaman. walaupon pada asalnya dah plan tak nak balik sebab mak saya ada kat sini. tup...tup dengan tak semena2 mak saya nak balik pulak macam yg saya cerita dlm previous en3.

bila dah balik kampung macam biasa lah menjalankan tanggungjawab sebagai anak yg solehah (ceh...ceh... syok sendiri). petang sabtu tu sempat lah saya menjengah ke bazar ramadhan yang ada kat sungai besar. dah bertukar tempat nampaknya. mujur sebelom pegi tu dah tnya kat informer saya mana bazar ramdhan kali ni. klu tak mesti jenuh mencari sebab jauh sangat berganjaknya. klu tak pandai cari memang balik tangan kosong lah jawabnya.

sebenarnya saya mmg malas nak g bazar ni sebab tau dah mesti susah nak parking. sebelom saya pegi bazar tu lagi mmg dah jem kat sg besar. nak g beli biskut mak saya pon ssh sebab tak dapat parking. kena lah pusing 2-3 kali baru dapat.

settle2 kat kedai runcit saya pon menuju ke bazar ramadhan. masyaAllah jem nya.... konfom2 parking takde. pusing2 lah jugak bebanyak kali baru dapat. tu pon parking haram kat petak parking moto. tak kesah lah janji parking. hohoho... bole ke camtu. punyalah ramai umat manusia membeli belah. saya beli yang mak saya pesan je cucur udang pak din + apam kukus + pulut panggang. saya pulak teringin nak minum air tebu. pastu teringat lak kat rumah tadi dalam freeze ada daging je so saya beli la lauk ikan mayong masak asam kot. then, saya jalan laju2 terus balik.... tak larat nak jalan dah kepala serabut & tak larat menahan bau-bauan. ingat nak beli kambing panggang jugak tapi tak lalu dah nak nunggu. babai je lah. balik lainkali baru beli.

memang berbaloi lah shopping kat bazar ramadhan sg besar ni sebab kuihmuih yang saya beli sodappp. cucur udang tu pon sedap & banyak lak tu padahal saya beli 2ringgit je. alhamdulillah.... rezeki. next week nak g lagi. best.......

kerana dia manusia biasa

actually email ni dah lama saya simpan dalam myinbox. bila review balik email2 yang saya simpan ni tetiba rasa nak post pasal ni. maklumlah orang bujang-bujangan macam saya ni feeling2 lelebih sikit (hahaha perasan... ntah2 saya je kot).

Assalamualaikum. .. Semoga bermanfaat.. .... baik utk yang melamar
ataupun
yg dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga......

Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang
mengemudi bahtera rumah tangga..
Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa .....

Kerana Dia Manusia Biasa ...

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan
pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu?
Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawaban kerana Allah
hinggalah jawaban duniawi.

Tapi ada satu jawaban yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat
ini
saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawaban dari salah seorang

teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib.

Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah.
Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja.
Kalau
dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini
selalu
dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti,
dia
jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.

Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati.
Ketika
dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka
berdua
baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi
kenyataan.
Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.

Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya..

Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa
majlis
pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya.. ..!!!

Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah
gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan
untuk
bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu
(benar-benar
sibuk).

Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan.
Beberapa
kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara.

Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan
pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan
masing-masing.

Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya
memutuskan untuk menginap dirumahnya.

Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual
-hanya-
berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu

kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal.

Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya

tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa
kali
Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja.. Saya
faham
keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu
yang
samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.

Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak

perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya
nampak
jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik
ketika
itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini
saya
pendamkan.

"Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari
baringnya
sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja
hiasnya.
Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya.

Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop
kepada
saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop
surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya
tanpa
mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4,
saya
melihat warnanya putih. Hehehehehehe. ......

"Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan
senyum.
Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula
membacanya.Saya
membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat
inipun
saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........

************ ********* ********* ********* ********* ********* *********

********* ********* ********* ********* ********* ********* *********
********* ********* ********* ********* *******
Kepada Yth ........

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan
calon kakak buat adik-adik saya

Assalamu'alaikum Wr Wb

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini
hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya
mohon,
bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama ............. ... menginginkan anda ........... ...
untuk
menjadi isteri saya.. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa.
Buat
masa ini saya mempunyai pekerjaan.

Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi
yang
pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan
isteri dan anak-anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya
akan
terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar
isteri
dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa
kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi

kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia
biasa.
Cinta saya juga biasa saja.

Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan

merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana

saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat

tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya
memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin

mantap memilih anda.

Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya
menikah
untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak
berani
menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih
baik
dari sekarang ini.

Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada
saya.
Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridho
dengan
jalan yang kita tempuh ini. Amin

Wassalamu'alaikum Wr Wb

************ ********* ********* ********* ********* ********* *********

********* ********* ***
Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali
ini
saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah.

Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan
kata
yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.

Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum
tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia......?"

"Kerana dia manusia biasa....... . " Dia menjawab mantap. "Dia sedar
bahawa
dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya.

Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan
apa-apa.
Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari.
Entah
kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih
ada.
betuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau
suatu
masa nanti kami jadi miskin.

"Ssttt...... ." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami
belum
tidur. Terdiam kami memasang telinga.

Sunyi.. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling
berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama." Kami
kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi

masih terngiang terus ditelinga saya.

"Gik.....?"

"Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin
dia
tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah
hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.

Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika
manusia
sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur
segala
kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah
terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang
tahu
bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.

Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi
sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan
mengabaikan harta, tahta dan 'nama'.

Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang
ini/itu), ditanggalkan.

Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan
yang
utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk
ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.

Maka semua menjadi indah.

Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah
yang
mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan
sebuah
pernikahan.

Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan
barokah
dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan
dan
kemantapan untuk menikah.
Jadi, bagaimana dengan cinta?

Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi
hadir,
lalu tumbuh, kemudian merawatnya.

Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam
pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).

Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha
menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.

Wallahu 'alam





Friday, August 13, 2010

aduhai...

pening... pening. pening jugak kepala saya bila pikirkan hal ni. mak saya dah mintak balik rumah.... huhuhu. tak sampai seminggu pon lagi. malam tadi disaat saya dah ketiduran mak call mintak hantar kan kat kampung. kalau boleh mak nak hari ni jugak which is jumaat kan. selalunya mmg saya akan balik petang jumaat lepas keje. tapi memandangkan bulan ramadhan... saya decide sabtu pagi je lah. malas nak berlama-lamaan dalan jem. so... pepagi sabtu akan menghala lah saya ke rumah kakak saya di ijok untuk ambik mak bawak balik kampung. ada sebab mak mintak balik kampung. sebabnya batuk yang tak baik-baik. my BIL dah bawak pegi klinik 2 kali tapi still tak baik-baik malahan makin teruk lagi adalah. doctor klinik ijok tu advice mak tuk jumpa doctor biasa yg mak buat check up. doctor suspect ada problem kat paru-paru. mintak2 takde lah kan. sian pulak kat mak.....

mak sebenarnya nak abg long saya yang bawak pegi klinik. hmmmm... nak manja2 ngn anak sulung... tapi abg saya tu selalu kebizian atas faktor kerja.. so camno tu.

semoga mak sihat selalu...

Thursday, August 12, 2010

Ketika Allah Memilihmu Untukku..

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..



-----@***@-----


( Oleh Aztriana 180610/ 01'50 Makassar.. ^_^v )


Dari Ummu Salamah, ia berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : "Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meridhoinya, maka ia akan masuk surga." (HR. Ahmad dan Thabrani)

Wednesday, August 11, 2010

saja.....

ni kejadian dah basi. lama dah sebelom puasa hari tu buat pot luck. 2 minggu sebelom puasa ada kot. saja nak upload event ni. bkn niat mengganggu puasa u olls tapi saja nak tepek gambar2 makanan ni. mana tau jadi sumber inspirasi ka nak masak tuk juadah berbuka nanti. muahahaha.... saja ja kan...layan kan je la ye. tak mau banyak cakap nnti kering tekak... eh kering tekak plk. nnti tangan letih tak boleh nak minum. hehehe...... :)


ayam panggang by kak lin


koktel by cik din bagi duit... ehehe

asam pedas ikan pari + kacang bendi + tomato by lala


kerabu mangga by kak nor



sambal udang + petai by kak tini


kari ayam by cc khamisah

sambal bilis tempoyak by shyda shah

tom yam by kak ros


pecal by inna + kak ros


makanan paling sukar disediakan... telur masin by me... :)

fruit pie & cheese pie by mis lee



nasi tak letak gambar ye... sponsor by kim n also kak ros.... jangan ada yg dok terliur pulak ye... maafkan saya. tak niat . chawwww...
















Tuesday, August 10, 2010

alhamdulillah... ramadhan again

TOT saya dah lepas tadi. presentation yang biasa2 je...

esok insyaAllah bermulanya 1 Ramadhan. Ramadhan yang agak syahdu compared tahun2 sebelum ni... abah tiada di sisi... semoga rohnya tenang di sana dan dirahmati. ameeeen. ape pon salam ramadhan to all... semoga kita semua dapat menjalankan ibadah puasa dengan lebih sempurna pada tahun ini. insyaAllah....


Send this eCard !

T.O.T

today saya ada presentation about baucer bayaran. dah buat preparation since last week.... hahaha propa ja lebih. tak buat sungguh pon sebab malas. buat simple2 je yg penting explanation mesti mantoppp & soalan2 yang diajukan dapat dijawab dan memuaskan hati pihak penyoal.... betul tak?
so... wish me luck!!!

Monday, August 9, 2010

happy & sad...

last weekend saya balik kampung macam biasa. minggu ni rehat banyak sebab tak payah masak. orang kenduri sana-sini.... goyang kaki sikit.

akhirnya mak saya lembut hati jugak nak stay rumah 1 of my sister. sangat lega okey.... bukan pe saya merisaukan bila tibanya ramadhan nanti. macam mana mak nak memasak juadah berbuka, sape nak tolong belikan barang n banyak lagi benda yang saya fikirkan. lagipon mak bukannya makan sangat... larat ke nak masak memasak. masa abah masih ada pon mak jarang masak untuk berbuka sebab tinggal berdua je + tak larat. juadah berbuka beli jer kat bazar ramadhan. untuk sahur je mak akan masak n unless ada makanan yang teringin nak makan dari air tangan sendiri. selainnya mmg akan dibeli je. sekarang kan keadaan nya semua dah berubah.... hmmmmm

disebalik perasaan lega n gembira saya tu, sedih pon ada jugak sebab terpaksa mengosongkan rumah yang banyak kenangan tu. mak tentunya lagi sedih tu sebab mak berat hati nak meninggalkan rumah. mak pergi pon bukan lama. sebulan ni je.... mintak-mintak takdela mak nak mintak balik. raya nanti kita balikye mak...

Friday, August 6, 2010

APC for year '09




ni cerita basi... nak post since last week tapi tak sempat sbb adalah sangat kebizian....


last year dari kewangan yang dapat sorang saja... mama z. yang lelain termasuk saya tak cukup syarat lagi. tetiap tahun jadi urusetia je lah kejenya.... dapat penat je + makan free. duit RM 1k tak dapat. hehehe....





bila la agaknya saya nak dapat APC ye.... baik ke saya, cukup efficient ke saya untuk dapat APC. entah yer... tengok yang naik pentas tu ada yang penah dapat warning tatatertib.... tak tau lah saya camne diorg judge.... tahun ni macam tahun lepas buat kat SUK. naim pon dapat jugak. saya dok jauh so bila nak snap pic naim nampak kecik sgt + blur sebab kasi zoom habis. kamera cap ayam mmg cam ni kot... ampunkan saya kamera tak niat nak hina tapi kenyataan... ngehngehngeh.....

sorry lah ye naim... acu dok jauh. ni je yg boleh nampak

beware...

sekarang banyak sangat medium yang meng'connect kan people to each other... so pada sesape yang aktif berblogging berhati-hatilah semasa mengeluarkan apa-apa statement supaya tak menyinggung mana-mana pihak. nasihat pada diri saya sendiri jugak ni, mudah-mudahan tak alpa. mungkin pada dia statement yang dikeluarkan tak salah tapi pada yang merasa..... lain pulak maksudnya. tak nak jadi macam yang tgh hot sekarang ni. melibatkan banyak hati dan perasaan. walaupon saya tidak dilahirkan, tidak mencari rezeki di negeri itu... saya turut terasa bahang kemarahan dengan statement yg dikeluarkan kerana penggunaan perkataan yang tak sepatutnya. disebabkan satu perkataan yang digunakan bagi menyudahkan satu ayat banyak perasaan telah terluka dan mendoakan yang buruk2 sahaja pada dia. semoga dia amat menyesali keterlanjuran perkataan yang telah dikeluarkan.
terfikir jugak... macam manalah kehidupan dia sekarang. amankah dia??? boleh ke dia kuar rumah pergi shopping2??? tak malu ke dia pergi keje or dia dah cuti lelama????
agak sukar jugak dia nak melarikan diri dari org sekeliling sebab ramai yang sudah tahu di mana dia tinggal, bekerja n even no plat kete dia pon org tau...
mintak sangat supaya keadaan ini dijauhkan dari berlaku pada diri saya sendiri. ameeen....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails