Followers

Friday, September 30, 2011

berita gumbira

cuba korang bukak link ni.
banyak syok ....


naik gaji weh

amin. amin. amin ya rabbal 'alamin.

Wednesday, September 28, 2011

tak sabar

hari isnin hari tu dapat tau surat permohonan pindah aku dah masuk bilik fail.
sangat teruja. weeeeeeeeeee...
terus rasa tak sabar nak pindah.
terus rasa tak sabar nak packing barang.
terus rasa tak sabar nak cari kotak-kotak buat packing barang.

tapi bilanya ada meeting perpindahan ni.
harap-harap cepatlah diorang buat.
memang dah tak sabar nak pindah.
aku biasalah kan.
once dah terdetik dalam hati terus dan2 tu nak kan benda yang dihajatkan tu.
perasaan bersabar tu adalah mengurang dalam diriku.
tapi sekarang dah ok sikit.

cepat2 lah boss meeting yek.

Tuesday, September 20, 2011

hidup berjiran

korang semua hidup berjiran kan.
ke ada yang duduk rumah nya 1 je kat kawasan tu.
ni mesti orang kaya. buat rumah atas puncak bukit kan.
yang muatnya hanya sebijik rumah banglo 4 tingkat.

nak cerita sikit ni pasal keserba salahan melanda bila hidup berjiran.
hati jiran kiri kana harus dijaga bukan.
tapi hati kita yang dok ditengah-tengah ni sape nak jaga.

alkisahnya macam ni...
jiran sebelah kanan, yang dipanggil cik ani nak pindah ke penang hujung bulan ni which is lagi bape hari jek lagi.
umurnya dalam 40-an. tak tau pulak exactly umurnya bape.
anak-anaknya dah besar-besar.
yang bongsu tahun ni darjah 6. so UPSR pon dah habis tu yang cik ani ni nak pindah pulang ke kampung.
husband nya dah meninggal dunia 4 ke 5 tahun yang lalu.
masa tu aku belum menyewa kat sini lagi.
cik ani ni takde kereta. bila anaknya balik time weekend ada la kereta park dalam garaj rumah dia. kiranya sekali-sekala je lah ada kereta yang akan park kat kawasan rumah cik ani ni. camne nak cite eh... #pening#.
settle cerita jiran sebelah kanan.

jiran sebelah kiri pulak cik siah. Allahyarhamah cik siah.
sudah meninggal dunia beberapa bulan yang lalu.
suami makcik ni suka bercucuk tanam.
sehinggakan tanah mu tanah ku jua lah konsepnya.
pantang ada tanah kosong memang akan ditanam dengan tanaman-tanaman dia.
semenjak cik siah ni meninggal suaminya tak duduk rumah tu lagi.
suaminya ada cawangan lain.
jadinya pokok-pokok yang ditanam tu terbengkalai kekeringan.
rumah tu sekarang anaknya yang duduk. tapi tak kuasa nak layan tanaman tu.
dulu ada bibik tolong siramkan.
pokok kitorang pon bibik siramkan. hehehe....

begitulah cerita jiran kiri kanan aku.
sekarang nak cerita rumah sewa kitorang pulak.
rumah kitorang ni depan takde rumah.
depan ada jalan tar sebelah jalan tar ada pokok-pokok yang suami cik siah ni tanam plus pokok godang-godang yang MB** tanam kot.
rumah kitorang ada banyak kereta.
dalam pagar cuma muat sebijik sebab tuan rumah dah renovate ruang tamu ke depan.
ruang tamu rumah kitorang luas... #perlu ke bagitau#
satu kereta lagi park belakang kereta park dalam pagar tapi luar pagar.
kiranya park berderet tapi terpisah dengan pagar.
satu kereta lagi park kat tepi tong sampah.
satu lagi park kat seberang jalan kat area pokok-pokok tu tapi dah makan kawasan cik ani.
betul-betul seberang jalan depan rumah kitorang tak boleh park sebab pokok-pokok pakcik tu dan pokok besar tu.

tenant baru yang akan menggantikan cik ani tu khabarnya banyak kereta jugak macam kitorang.
dan mungkin akan terpaksa park kereta seberang jalan tu jugak.
so apa yang patut aku buat :

1) buat tak tau. park je kat kawasan yang makan area dia tu or
2) bagitau kat anak cik siah tolong alihkan pokok-pokok mereka sebab kami nak guna buat parking kereta kami yang banyak ni.

camne???

Monday, September 12, 2011

lamanya senyap

assalamualaikum adik-adik.
hehehe... lama gila tak update ini belog.
kekeringan idea dan kekangan masa yang rasa tak cukup je everyday.
tapi hari ni curik-curik jugak masa.
rindu nak buat entry tapi asal nak mula je ada gangguan.
sudahnya idea pon larik...

hari ni dah submit borang tukar.
boss tak bagi pindah tapi apokan daya.
keputusan dah dibuat.
setelah ditimbang kati ditimbang kilo insyaAllah keputusan ini adalah yang terbaik.
memang berat hati nak meninggalkan ofis yang best ni.
takut ofis baru tak menggembirakan macam ofis sekarang.
pandai-pandailah kita yang membawak diri ni nak sesuaikan dengan keadaan kan.
apa-apa pon semoga semuanya berjalan lancar.
semoga cepatlah boss sign surat permohonan tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails