Followers

Monday, April 30, 2012

operation Faris

supposely my nephew, faris akan dioperate pada 3/5/2012 tapi hospital call balik bagi tarikh lain which is dicepatkan sehari. so faris akan menjalani pembedahan pada 2/5/2012. esok akan masuk ward dulu. sebagai makcik macam-macam perasaan saya rasa sekarang. takut cemas kasihan insaf. susah nak describe. itu saya yang menyandang gelaran makcik. macam mana perasaan abang dan kakak ipar saya as his parents. tak boleh nak bayangkan... nak tak nak operation kena dijalankan jugak demi masa depan faris. takkan nak dibiarkan macam tu je kan..

did tell a bit kat faris pasal operation dia ni. tapi seorang budak yang hanya berusia 5 tahun mana dia paham kan. yang dia tau pegi hospital tu best sebab doctor entertain dia sangat baik bagi main toys semua tu. ada playground yang dia boleh main2.

teringat satu dialog kakak ipar ngan faris..

"nanti kat hospital bila doctor cucuk abang pakai jarum abang jangan nangis tau"

"abang nak nangis sikit je boleh tak mak"

oh oh saya tak tahan ok time ni. sedihhhhnya rasa. tapi tak boleh nangis depan dia..
semoga semuanya akan berjalan dengan baik. Ateh dan kak zura bertabahlah dengan dugaan dari Allah ini. keluarga sentiasa ada untuk bagi support tak kira masa dan di mana.


Tuesday, April 24, 2012

designer baju nikah

pepagi buta rasa sikit cuak sebab rupanya baju nikah belom settle. lawak kan. yang lain boleh disettlekan tapi baju nikah belom settle. padahal baju nikah la yang pentingnya pon. kelam kelibut la call tailor sana sini cari yang mana masih available and boleh siapkan baju nikah aku dalam limited time. semuanya tak sanggup weh.. apalagi nervous nervous nervous lah.. rugila dah beli kain takkan tak tempah lak. nak beli yang ready made memang anytime jek tapi tak memenuhi citarasa lah kan. kita mesti ada design yang kita nakkan.

at last terbaca kat blog seseorang ni pasal designer baju dia. siap ada no telefon. aku try call tak berangkat pulak. so decide kasi terjah je. Alhamdulillah tailor ni sanggup ambik. sangat legaaaaaaaa okkay. ada jugak orang nak jahitkan baju nikah aku last seminit ni. base on material yang aku bawak dengan klu design yang aku nak dia pon draw kan kat aku. shantekkk sesangat. masa tailor ni draw aku takut weh. takutkan harga dia charge. dia punya consultant, drawing, design kan baju aku cam dah ala-ala kat butik. matikla... pung pang pung pang siap draw semua aku bagi opinion tailor tu bagi opinion dia setuju aku pun setuju baru ukur badan.. tadaaaa settle. sekarang tunggu baju siap. agak memahal jugak lah ye. paham-paham la kalau hantar baju last-last minute ni...

Friday, April 20, 2012

bertukar status

sebelum ni rasa macam tak mo la war-war kan yang aku ni dah bertunang.. iye aku dah bertunang.. Alhamdulillah ada jugak orang sudi nak jadi tunangan aku. ehehehe..maklumlah aku kan pemalu.. serius bab-bab ni memang aku malu..

kawan-kawan asyik kata apa guna ada blog kalau tak cerita-cerita. okkayyy kawan-kawan now aku cerita so korang silalah baca. majlis berlangsung pada 31/03/2012 haritu. hari sabtu belah petang. buat simple-simple jek. tu sebab ramai kecik hati tak dijemput. sorry korang nnti bila kenduri besar nya aku jemput ok. tak lama pon lagi. cuma sekarang kad belom siap. sila salah kan kedai tu sebab tak dapat nak siapkan cepat ke aku yang salah eh sebab pegi booking lambat. matikla.. salah menyalah pulak ni..

ada cerita kurang enak masa hari pertunangan aku ni. 2 hari sebelum tu mak aku admit ward sebab kesihatan nya yang merundum. sangat tak best ok. air mata toksah kata la. jangan sentuh bab-bab mak ni. confirm terus mengalir. semua pon di settlekan sendiri dengan bantuan abang-abang, abang-abang ipar, kakak-kakak, kakak-kakak ipar dan anak-anak buah. kalau takde mereka tak taulah macam mana. Alhamdulillah majlis tu berlangsung dengan smooth sehingga habis. mujur tak buat preparation beria-ia pasang mini pelamin bagai. bayangkan kalau pasang mini pelamin dok atas tu senyum-senyum tapi mak kat hospital. sangat tak cool kan.

aku tepek la satu gambar pertunangan aku.. nanti buat entry lain lak ye pasal majlis ni.



Monday, April 16, 2012

petua menduduki rumah baru

Petua Menduduki Rumah Baharu

1. Azan - Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam - Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

Ikut panduan berikut: Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam

p/s- petikan perkongsian ilmu..syukran

Friday, April 6, 2012

update Faris



ni keratan paper Harian Metro pada hari rabu 4/4/12.
semoga semuanya dipermudahkan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails