Followers

Friday, December 24, 2010

sedapnya trifle

this week memang mood nak makan makanan yang manis2 jek.
namo makan pedas sudah.
nak jaga perut. ecehhhh.
perut nak pakai lama lagikan.
so adalah teringin terlampau nak makan trifle tapi nan ado masa nak buat sendirik.
nak pegi membeli pon tak sempat.
sudahnya tengok gambar jelah.
yang peliknya gambar trifle yang dah siap takdo pulak. hahaha...

so layankan je lah pic2 proses menjadikan trifle tu.


potong swiss roll dengan ketebalan ikut suka...


pastu susun dalam loyang@tupperware then padat padatkan.
tujuan kena padatkan kek tu takmo bagi layer yang custard tu turun ke bawah.


bancuh tepung custard + susu cair + air.
kacau sampai takde ketul.


then bila dah takde ketul panaskan atas api.
api kena perlahan.
kacau atas api sampai pekat.
bila dah menggelegak agak agak 2-3 minit pas tu boleh la tutup api.
tuang bancuhan custard ni atas kek yang dipadatkan tadi.
panas panas ni terus tuang tau sebab nanti dia mengeras.


biar kan layer yang custard tu jadi suam suam.
bole lah letak buah buahan yang korang suka.
stoberi ke kiwi ke bole je.
buah yang tak kuarkan air la.
kalau tak mencair pulak nanti custard tu.

last layer bancuhan jeli.
tapi gambar takde. mintak mahap la yer.
beli je jeli yang instant tu.
ikut direction kat belakang kotak.
insyaAllah ok je mengeras.
tuang atas custard ni pelan pelan supaya custard tu tak pecah.
bila dah suam bole la sejukkan dalam peti sejuk.
bila semua dah mengeras bole lah ngap ngap.
sedapnyaaaaa.

naknaknak.....

5 comments:

  1. ya allah..terliur gilerr tgk tuu...

    ReplyDelete
  2. fiza: terliur jugak ni. tu yang post en3 ni.
    ayu: bole tukar buah lain. ikut suka lah. tapi jangan yang berair la.

    ReplyDelete
  3. itulah...melazat kan.
    tengah carik masa nak buat nih.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails