Followers

Thursday, February 24, 2011

bila gaji nak naik

tajuk tak agak agak kan.
saja nak bagi sejuk hati ni sikit.
memandangkan hari ni hari gaji kakitangan awam semalaya kena lah buat kira2 duit tu nak dilaburkan kat mana kan. yang penting n wajib didahulukan lah. yang tak berapa nak penting tu dok jauh jauh dulu yek. kalau ada lebih hujung hujung bulan nanti boleh lah kita settlekan yang dalam waiting list tu.

malam tadi wat list expenses seisi rumah... mak aih banyak pulak nak kena spend bulan ni.
salah satu yang nyata sebabnya adalah sewa rumah ku naik... huhuhu )-:
ni pon owner tu dah pospon sebulan. tq lah aunty walau pon sebenarnya ku mintak pospon setahun. wawawa...... naik bukan sikit kau. naik banyak. alasan yang diberikan dah lama sangaaaaaaaaat tak naikkan kadar sewaan. bila semak balik memang dah lama pon sewa rumah ni cam tu jek. tapi nape tak sampai bila2 pon camtu jugak jek.

sewa rumah naik.
harga gula naik.
harga minyak kereta naik.
harga minyak masak naik.
harga tepung naik.
harga bedak kompek naik.
harga lipstick naik.
harga kasut naik.
haaaa sume naik, camno kalau gaji tak naik naik.
hari hari kuar rumah pon duit mengalir cam air terjun.
sebelom masuk opis pegi tapau bekfes pon dah RM5 without air. air bancuh sendirik kat opis. *langkah penjimatan*. letak kereta kena lak bayo parking RM3/entry. tu belom beli lunch lagi. kalau area opisku ini amik lauk so-so pon dah RM6-7. nanges...
kepada yang berkenaan sila lah naikkan gaji kami. uwaaaaaaaaa.




Tuesday, February 22, 2011

flashback : team building 2009 (part 5)

baru nak sambung daa en3 team building yang dah lama terperam tu.
semangat tak sabar nak pergi next team building semakin berkobar kobar.
lagi 2 minggu....owh cepat lah tak sabar nak buat outdoot aktiviti.

sambung yek en3 team building hari tu.
selesai masuk hutan tu belah petangnya kita sambung pulak aktiviti lautan.
ni memang aktiviti yang paling ku suka. bab2 air ni memang syokkkk.



naik bot (bot ke???) dari satu tempat ke tempat yang lain. best!!!.
tak pening pon....tapi takde lak gambar nak tunjuk sebagai bukti. 8-:
macam macam aktiviti ada. snorkeling pon buat.
memula takut nak terjun tiruk.
sekali tengok geng lain buat haruslah join jugak.
manyak syok maa.



semua semua aktiviti laut ni adalah sangat best. angkat 2 ibu jari tangan lah.
nampak tak ku melompat tinggi paling depan tu. tu namanya happy amet.



paling lama berendam kat laut yang kat sini.
mandi sampai kecut kecut kulit.
warna kulit pon dah jadi lain.



bila kepenatan berenang *berenang lah sangat kan* bole rehat rehat atas batu yang banyak kat tepian pantai ni sambil pose. kami kan hired OP. gunakan je lah peluang yang ada.



seronok ooo dapat mandi laut macam ni.
team building kali ni takdo laut lah pulak.
tapi still ada air lagi. weee tak sabarnya.....

Friday, February 18, 2011

changes

apa yang berbeza nya???
my life remain the same.
pegi keje balik keje. same no changes....
bosan bukan.... nak buat cenna kan.

yang bezanya my job task. pasai pa la semenjak buat gaji ni rasa hidup tak berapa nak best. jiwa tak tenteram. asik la dok terpikir betul ke gaji orang yang ku buat tu. kalau salah habis la kena bambu ngan depa... cen tu la hari2 sampai terbawak2 dalam tidur. haihhh.......

sangat tak tenteram. risau bab2 duit orang ni. kita pon paham la kan memasing ada komitmen sendiri. every month mesti ada nak kena bayar yang tu nak kena bayar yang ni. kalau tersilap bayar gaji orang tak pasal menyusahkan sudah.

yang bestnya bila buat gaji ni time ni la baru rasa kewangan yang real sebab ada calculation segala. setiap surat yang sampai atas meja ku ni memang almost berbeza cara bayaran nya. so banyak lah changes yang nak kena di calculatekan. bahagi darab minus tambah sana n tambah sini. cenggitu lah yek. compared tu my job task yang lama memang 100% buat kerja ngan sistem. so no need to pikir banyak. semua tinggal key in je. fill in the blank kata omputih nya. senang bukan. tapi dokumen nya sangat menimbun nak di key in kan.

pape pon semoga ku success buat gaji ni and tak buat mistake.

aizdean penyanyi J-Pop Malaysia di Jepun



Muhammad Aizuddin Bin Anwar merupakan artis J-Pop Malaysia pertama di Jepun. dia ni actually my ex-school mate masa secondary school dulu. tapi kitorang kelas lain2 lah. dia kelas 1st ku kelas 2nd. sedikit malu di situ. yer yer... ku memang malas sikit jaman sekolah dulu nak berstudy maha hebat. kiranya study ala2 jek. asal markah cantik time parents nak datang sekolah sign report card tu okey lah kan. selamat dari tulisan markah pen merah. *melalut sudehhh*.

ok back tu aizdean ni memang zaman sekolah dulu dia aktif ngan kumpulan nasyid sekolah kami. kalau tak silap nama group nasyid dekrang fauzan. kalau tak silap lah yek. al muklamlah dah lama meninggalkan zaman itu. dulu dia sedikit chubby n sekarang dah kurus...

kalau kat Jepun sana memang lagu lagu dari album dia sangat laris di radio n didownload. so sama-samalah kita doakan kejayaan dia kat sana dan harap-harapnya one day album dia akan dijual di Malaysia.
good luck fren!!!

nota : semalam baca magazine remaja and ada satu page tu tak pasti column ape story pasal aizdean. thats why terpanggil nak buat entry nih. hehehe...


Wednesday, February 16, 2011

Rosyam Nor yang lomantik...




sekarang ku tengah syok melayan drama melayu kat TV1 ni. tiap hari ahad, isnin & selasa jam 10 malam mesti dah duduk depan tv nak nonton drama ni. kalau penat pon sanggup tahan mata sebab tak mahu ketinggalan jalan cerita.

Trilogi Cinta drama 40 episod ini diadaptasi dari 3 novel - Tak Seindah Mimpi,Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi karya Sharifah Abu Salem. kalau mengikut keseluruhan jalan cerita dalam novel ni memang terbaek lah tapi menurut abang rosyam kita tu hanya 80 ke 90 peratus skrip Trilogi Cinta mengikut novel tersebut.Kira orait lah tu kan, walaupun mereka tak mampu nak mengikut sebijik watak razif yang kaya raya dan mempunyai pejabat besar di KLCC. Mereka cuma mampu tunjuk kekayaan tu melalui rumah yang besar kira masih relevan la kan. kata rosyam lagi kalau mengikut sebijik bijik jalan cerita novel akan memakan kos shooting yang tinggi.

sinopsis drama Trilogi Cinta. credit tu budiey...

Kisahnya bermula dengan mengambil latar situasi berlaku selepas tamat peperiksaan STPM, Norjinah terpaksa memilih untuk menjadi pembantu rumah Razif kerana tidak tahan selalu dimarahi oleh dileteri oleh bapa tirinya, Pak Badar.

Perkara itu dicadangkan abangnya, Anuar yang pernah menjadi pembantu peribadi Razif, pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.

Kedatangan Norjinah ke rumah Razif, di saat Razif berdepan dengan masalah rumahtangga apabila isterinya Salmi, meninggalkannya untuk bersama lelaki lain, Amir. Salmi meninggalkan Razif kerana jatuh cinta dengan rakan perniagaannya itu.

Kerana cinta yang mendalam, Razif sanggup mengambil Salmi semula apabila Salmi dtinggalkan oleh Amir selepas terlibat dengan kemalangan. Salmi dibawa pulang ke rumah dan diberi layanan yang tidak berbeza oleh Razif. Sikap Razif membuatkan Norjinah kagum dan menghormatinya. Razif memaafkan semua kesilapan masa lalu Salmi. Salmi sangat terharu pengorbanan Razif.

Salmi yang menjadi serba-salah dan kekurangan telah menyarankan Razif berkahwin dengan Norjinah tambahan lagi anak-anaknya Balkis dan Ameera rapat dengan Norjinah. Badrul, adik Salmi amat kecewa dengan perkahwinan mereka kerana telah jatuh cinta dengan Norjinah. Pak Badar, bapa tiri Norjinah menabur fitnah bahawa mereka berkahwin kerana telah terlanjur. Norseha pula memberontak untuk ke Kuala Lumpur. Hasratnya tercapai dan menetap di rumah Razif dan Norjinah setelah Salmi meninggal dunia. Norseha selalu menggoda Razif dan tidak henti mencari peluang. Norseha didapati mengandung setelah dinodai Shahrul adik bongsu Salmi.

Kehidupan Norjinah terus dirundum pelbagai sengketa tapi mujur Razif dan ibunya Mak Nab selalunya menyokongnya serta anak-anak Razif memberi kekuatan kepadanya.

Lalu bagaimanakah kesudahannya? Mampukah Norjinah dan Razif mempertahankan ikatan cinta mereka meskipun pelbagai halangan yang mendatang? Sejauh manakah Razif dan Mak Nab mampu meneruskan usaha membela Norjinah?

razif dalam novel3 tu sangat lomantik okey. rosyam dalam drama tu pon apa kurangnya kan???

Friday, February 11, 2011

kasih berputik jiwa bersemi

kasih berputik jiwa bersemi... eceh.
title tak menahan....

1st thing 1st, selamat pengantin baru buat abang.
abang tu panggilan tuk si pengantin lelaki dlm family.
bininya jgn nak menjeles tak tentu pasal sudah. memang itu roman panggilannya.
dari kekecik sampai besar panggil cenggitu. sampai udah kawen pon.



ni kakak kakak ku. left to right cik bah, uda & acik. yang hujung sekali tu my anak sedara aina.
acik jugak yang still maintain. yang lain udah mengembang.



tgk muka abang ni macam memain jek masa akad nikah.
ku tengok video nya. kejap paling kat orang sebelah sebelah kejap senyum senyum.
tak serius betul.



nikah nya kat masjid lepas zohor hari sabtu masa cuti CNY hari tu.
selamat dah ko ye bang.
acu kau yang sorang ni jugak belom lepas lepas lagi. muahahaha....
sila doa2kan dengan penuh kekusyukan yek.



yang bertudung ungu tu sis in law. kuantan mari...
cantik tudung kak lang. cer belanja selai dua. nak cap yang sama tau. ekekeke....



ku ni asik dok publish kan gambar orang lain kawen je yek.
bila nak letak gambar kawen sendiri. huhuhu.....*nanges*
sebab pe takde muka tuan tanah???
sebabnya tuan tanah kena allergic. ruam2 satu badan.
carik nahas lah kalau pergi kenduri tetengah hari buta panas terik ni.

Wednesday, February 9, 2011

lala jr.


gambar copy dari lala punya fb :0)

last sunday sedang asyik layan borak sambil nonton tv ngan mak abang n kakak, my om ni sms katanya dah selamat deliver kan bb gurl kat hospital sabak bernam.
ayat dia lebeh kurang cenggini lah...

"zaza mehla datang visit lala yg dah selamat deliver ni"

eh eh biar betul lala ni. terus reply.

"u biar betul... pentipu" (
yg ni ayat mmg betul sebab ada lagi dalam outbox)

"betul lah. dtg wad 4 tapi jgn bawa segala sefud. sedih lak i nnti"

tak puas hati terus kol lala. wad 4 katanya... terus diskus ngan mak nak g sepital time melawat tengahari tu. masuk lobi sepital je nampak muka ayah lala....confirm la dah kan.
tu lah yang keluar dari perut lala. sangat cute bukan???. ade ke bb yang tak cute???

sebab ape memula tu ku tak caye lala dah deliver. a few days before cny tu ku ada ckp kat lala kot2 dia terbersalin kat kpg in law. cakap memain la kan sekali betui. masin mulut zaza ni...
congrateees to lala & fazli. semoga kehidupan kalian semakin happy & bahagia dengan adanya Noor Afziha ni.

Tuesday, February 8, 2011

short update

hi all,
lamanya tak update blog almost seminggu.
cuti CNY + kekeringan idea.

ekceli tak kering mana pon ada je bahan nak update.
tapi sekarang lagi nikmat melayan garu garu allergic ku.
ape tu???
nanti i story kan k.
chalooooo.

Tuesday, February 1, 2011

gaji fever


adeh... letih sesangat rasanya nak menyetelkan gaji orang ni.
break sekejap sambil post en3.
ni jelah masa yang ado untuk hari ni punya berbelog.
apelah naseb tahun ni kena buat gaji. *nanges*
nak buat lambat2 tak boleh. nak buat sambil lewa lagi lah tak bole.
kang tersalah kira naya lah pulak. buat lambat2 pon naya gak gaji orang maa.
sendiri kalau terlambat dapat gaji dah ghupe apa jadinya...
ha gitu lah jadinya kalau buat gaji orang lambat... kesian kat orang yang berkenaan. *ayat skema lak tetiba apa kes*. biol sudah ni...
syoknya dapat balik saat ni. udah malam pon.
baring2 guling2 depan tv. aduhhhh....

nak buat keje cepat2 nak balikkkkkkkkkkkk.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails