Followers

Wednesday, March 30, 2011

apa sudah jadi

oh my oh god lamanya tak menulis. kaku pulak terasa nak menaip di blog ni buat ayat2. selalu menaip jugak tapi menaip number. apa sudah jadi dengan ini blog yang semakin suram.
suram bersebab demi bangsa dan negara. ecewah.... ku kebizian yang amat sangat sekarang. ni pon curik2 masa datang opis seawal jam 7.00 am nak bw kengkawan yang dah lama ku tak singgah. hari sebelom ni memang tak sempat. asiklah sibuk buat gaji orang. tu semua tanggungjawab hakiki.
setiap hari memang niat nak update blog tersemat dalam kepala tapi masa tak mengizinkan.

insyaAllah jika ada masa senggang ku uasahakan jugak update yek...

Friday, March 11, 2011

white water rafting at gopeng

sessi water rafting...
ni lah tujuan utama ke gopeng naik bas naik lori lembu segala.
masa ni memang tak sabar2 nak try benda baru ni.
memula guide tu brief pasal aksesori untuk rafting.
wajib pakai life jacket n topi 'turtle' tu.



selesai briefing tu memasing pon ambik la aksesori memasing.
ku pilih kaler kuning. ater kate nya :

"there r 2 types of helmet. 1 in blue color and another 1 in yellow color which is different each other"

"the blue 1 is middle size and yellow is middle size too"
"actually no different at all"
hahaha ape lah guide tu. buat lawak pulak.
lawak yang tak klaka. sume orang blur jek. kesian....



tolong menolong kerjasama nak bagi life jacket tu comfort ngan badan.
tak longgar and tak ketat.
kira boleh nafas lagi.
helmet tu pulak kena boleh masuk 2 jari kat tali tang leher tu.
kalau ketat sangat terjatuh dalam sungai or jadi pape tak boleh jerit pulak.
mulut terkatup rapat. begitu ye....



complete set untuk rafting...
ada life jacket, helmet and paddle.



semua dah ready sudah boleh start.
we all ikut group ada 5 semuanya termasuk urusetia.
macam2 arahan guide bagi.
kalau lalu kat kawasan curam kena 'hold on'.
maksudnya kena tundukkan badan n angkat paddle. jangan kayuh.

kalau guide kata 'boom boom',
kena masuk dalam bot ddk rapat2.
ni time lalu kat kawasan curam kuasa dua.
atau kata orang2 biasa rafting ni double decker.

macam gambar bawah ni yang tak berapa nak adventure.
banyak lagi yang lebih curam.
gambar akan menyusul en3 lain. insyaAllah...



time air tenang kami pon dok tenang jer dalam bot tu tak payah kayuh.
just ikut arus sungai mengalir.



lupa nak habaq nama co. yang kami buat rafting ni nama dia riverbug the white water rafting specialist. kami buat rafting medium water level. kat semenanjung takdak yang high.
kalau nak yang mencabar habis pegi kat sabah katanya...
kata guide tu lah kan...

Thursday, March 10, 2011

jangan telan panadol


ku copy paste dari fb...

Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis Painkiller? semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda.. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang Biasa?ini ke dalam mulut anda.

p/s: serik la aku xnk telan benda ni lagi..apa komen korang.??

naik lori lembu

di hari kedua kami punya aktiviti memang pack.
dari pagi sempai ke malam penuh dengan aktiviti yang best2.
dan yang paling tak sabar ditunggu aktiviti air lah.
memang harus ada...

dari tempat penginapan kami naik bas buruk. sorry uncle....
tapi memang ku tak tahan bau minyak dia tu.
korang boleh bayangkan tak bas len seng yang dari cm nak serata kl tu.
yang apek dia dok laung "sri gombak, kotaraya etc etc "..
tak ingat dah dialog apek bas tu. lama tak naik bas.
ha cam tulah bas yang kami naik dari trolak ke gopeng.
lebih kurang 45 minit ke sejam gitu menahan bau minyak diesel.
mujur tak muntah je.

sesampai di gopeng turun je bas kami disediakan bekalan makanan dalam plastik yang dah siap di packing. dapat sorang 1. buat alas perut lah gamaknya. nak nunggu lunch lambat lagi. ku dah selamatkan perut siap2 masa breakfast pagi tu. ku amik heavy breakfast. selamat.......



tempat kami turun bas ni ekceli kawasan gua tempurung.
so dari sini nak ke tempat air tu kena naik transport lain.
kami naik lori lembu....
tak tipu memang betul. memang lori tu bau lembu.
memula naik macam kelaka pulak tapi lelama jadi seronok.
mana pernah naik lori lembu.

tu nampak si tudung merah tengah panjat lori.



muka happy memasing selamat panjat belakang lori.
lembu tengok kami pon gelak agaknya. jakun semacam....
lembu kau gelak tak???
ha tu dah gelak... good2.



dari sini ke tempat air tu makan masa 45 minit jugak.
walau rasa jauh tapi sangat seronok jerit2 bila langgar dahan pokok or ranting.
tu sape yang berdiri lah kan.
ku awal2 lagi dah duduk sebab takut. manyak goyang ma.
jalan dia banyak lopak. bukan jalan raya mahu pun jalan tar tapi jalan tanah pasir biasa tu.



hoye dah sampai....
tak sabaq nak ber water rafting.

Wednesday, March 9, 2011

merah

patutnya 1st nite tu ada nite walk.
tapi takde gambar lah pulak nak cite tak best takde bukti.
so tunggu gambar dapat baru ku cite eh pasal masuk hutan memalam tu.

sementara tu layan kan lah dulu gambar merah memerah kami ni eh.
ni gambar sebelom pegi water rafting kat gopeng.
baru pas poco2 & breakfast time ni.






ni yang masak elah bila amik gambar pepagi.
muka bengkak sana bengkak sini.
mata sepet lak tu.



ice breaking

after register dapat file & tshirt terus menuju ke kelas.
yang ni memang rasa macam zaman study dedulu.
jalan jauh dari tempat register nak ke kelas tu.
turun tangga bertangga tangga.
beg tinggal kat tempat register tu dulu. ada orang tlg jagakan.

kelas ice breaking. rasenya memane kursus gomen selalu ada subjek yang ni. hahaha...
dah kenal pon nak kenal2 lagi. layan kan jelah.
masa ni lah nak usik mengusik kengkawan. tnya soklan memain pon tatap dijawab jugak.
ye lah dah tau lagi mau nanya.
soklan memain jawapan pon memain jugak.
contoh soklan kat org lelaki.

"anak berapa"

"anak 3 isteri baru sorang". hahaha (:

ni group tuk petang tu.

me, kak lin, kak tini, cik din & inna

ada satu task tu kekira macam kita 5 orang dalam group kena kumpul tenaga then salurkan tenaga tu kat mentol yang macam cik din pegang tu.
bila dah tenaga di transfer kita lepaskan mentol tu atas mozek.
dan ajaibnya bukan mentol yang pecah tapi mozek tu yang pecah.
kalau ikut romannya mentol yang akan pecah bukan.
ajaib kan. korang caya ke. ku nak caya susah tak caya pon susah sebab memang mentol tu tak pecah. pelik.



ni gambar sebelom masuk kelas. tonggang tebalik sudah.
tak kisah la janji ado.


pukul 7.30 kelas habis terus gi dinner kat anjung restaurant.
makanan ok. sodap. tu nanti ku cerita en3 lain.
selesai makan baru masuk bilik. heaven dapat mandi...

Tuesday, March 8, 2011

trolak here we go!!!

hari jumaat lepas which is 04/03/2011 our unit buat satu kursus team building ke trolak.
ni 1st time ku menjejakkan kaki ke sini.
tajuk kursus macam kat bawah ni.
tempat tinggal kat felda residence.
tengok dari luar tempat dia nampak biasa2 aje. sekali langkah kaki masuk bilik best jugak.
bilik luas. facilities lengkap tak berapa lengkap. sebabnya takde hair dryer and kena mendaki tangga. untuk ku yang demok ni ok lah kot. tapi yang sakit lutut sakit kaki tu sian lah jugak kan.
dah lah kitorang punya bilik kat level 3 and d boys kat level 4. tak ke naya.
tapi bila dah bertamu 3 hari naik tangga tingkat 3 tadahal punya lah. memula jek rasa susah sebab tak biasa daki tangga.



sebelom pergi sempat masuk opis dulu pagi tu settle kan mana2 yang urgent.
and ofkos lah sempat berposing jugak.
mana boleh lupa aktiviti wajib blogger kan.


dari kiri urs truly, kak lyn, nana & fizi

11.30 we start our journey to trolak by office's bus.
seronok naik bas reramai cenggini. macam pegi cuti2 terengganu dulu pon naik bas opis ni jugak.
best la kan sebab satu bas tu kita kenal.
cuba naik public bus yang orang dok sebelah kita tak kenal pon.
dapat pulak yang pelik2 maunya tak takut.


memasing tengah sibuk menyorong beg nak naik bas.
muka excited weh sebab ada aktiviti best kat trolak tu nanti.
nanti ku cite aktiviti best2 tu.

teaser

bagi teaser dulu percutian sambil belajar kami.
tunggu.......

Monday, March 7, 2011

sakit urat

as usual hari hari keje terjaga di waktu yang kebiasaan.
tapi adalah sangat malas nak bangun dari katil.
pospon 5 minit pospon 10 minit sampaila pospon setengah jam.
baru bangun dari katil.
time angkat tangan nak amik towel... mak aih beratnya tangan nih.
sakit sakit ooo satu badan.
tapi keje tetap keje. mana boleh cuti.

sakit badan buat aktiviti outdoor banyak sangat.
nanti kan eh en3 itu.
banyak sangat nak cite.
tapi gambar belom dapat.
once dah dapat gambar bacalah korang sampai muntah. muahaha.....

Friday, March 4, 2011

owh...ohohoho

lama nya tak update ini blog. tak sempat la.
sempat bw jek...huhuhu
sangat kebizian disaat ini bagi menyetelkan banyak perkara.
semuanya nak urgent...

btw, tomorrow i wanna go somewhere.
tak sabar oke.
will update about it soon.
happy weekend in advance everyone....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails