Followers

Thursday, March 10, 2011

naik lori lembu

di hari kedua kami punya aktiviti memang pack.
dari pagi sempai ke malam penuh dengan aktiviti yang best2.
dan yang paling tak sabar ditunggu aktiviti air lah.
memang harus ada...

dari tempat penginapan kami naik bas buruk. sorry uncle....
tapi memang ku tak tahan bau minyak dia tu.
korang boleh bayangkan tak bas len seng yang dari cm nak serata kl tu.
yang apek dia dok laung "sri gombak, kotaraya etc etc "..
tak ingat dah dialog apek bas tu. lama tak naik bas.
ha cam tulah bas yang kami naik dari trolak ke gopeng.
lebih kurang 45 minit ke sejam gitu menahan bau minyak diesel.
mujur tak muntah je.

sesampai di gopeng turun je bas kami disediakan bekalan makanan dalam plastik yang dah siap di packing. dapat sorang 1. buat alas perut lah gamaknya. nak nunggu lunch lambat lagi. ku dah selamatkan perut siap2 masa breakfast pagi tu. ku amik heavy breakfast. selamat.......



tempat kami turun bas ni ekceli kawasan gua tempurung.
so dari sini nak ke tempat air tu kena naik transport lain.
kami naik lori lembu....
tak tipu memang betul. memang lori tu bau lembu.
memula naik macam kelaka pulak tapi lelama jadi seronok.
mana pernah naik lori lembu.

tu nampak si tudung merah tengah panjat lori.



muka happy memasing selamat panjat belakang lori.
lembu tengok kami pon gelak agaknya. jakun semacam....
lembu kau gelak tak???
ha tu dah gelak... good2.



dari sini ke tempat air tu makan masa 45 minit jugak.
walau rasa jauh tapi sangat seronok jerit2 bila langgar dahan pokok or ranting.
tu sape yang berdiri lah kan.
ku awal2 lagi dah duduk sebab takut. manyak goyang ma.
jalan dia banyak lopak. bukan jalan raya mahu pun jalan tar tapi jalan tanah pasir biasa tu.



hoye dah sampai....
tak sabaq nak ber water rafting.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails