Followers

Friday, April 29, 2011

dress kaftan

ni nak cerita pasal baju yang ku pakai masa dinner persaraan Puan pengarah kami. memula kepala macam blank tak tau nak pakai baju ape. lagi pon macam sure tak sure nak pegi ke tak. tema malam tu maroon and gold. rasa kalau pakai maroon macam tak menyerlah pulak sebab malam kan. eceh nak menyerlah bagai lah pulak kan. bajet glamer lah pulak. sebelom tau ada majlis ni memang dah ada beli satu kaftan kaler putih jugak. tapi bila pakai rasa tak comfortable. kekok sana sini bila pakai tu. rasa rimas semacam. so baju kaftan tu telah selamat dilantingkan pada orang. tak serabut kepala dah nak pikir kerugian beli baju tu.

adalah one day tu pegi lunch kat belakang opis. rupanya banyak kedai baju belakang opisku ni. lama tak pegi makan kat area situ2 kan. tu yang tak tau kewujudan kedai2 baru. tersinggah lah dari satu kedai ke satu kedai sebab nak cari batik sutera for one of my boss yang nak bertukar. singgah satu kedai ni cam tak caya kalau tengok dari luar rupanya kat dalam ada baju2 yang gojes. tapi yang ku beli tu tak la gojes. yang gojes2 tu semua seksi belaka.


ni lah dia baju yang beli kat kedai belakang opis....rasa sangat berbaloi-baloi beli baju ni sebab sulam-sulam nya tebal. ada kat dada and lengan jugak. siap ada jahit manik jugak. harga baju ni RM120. berbaloi bukan???. actually pergi kali ke dua baru beli. masa pegi memula tu cam nak try carik tempat lain lagi. tapi tempat lain adalah memahal lah. kosong jek pon dah 150. memang pegi kali ke dua tu sebelom masuk kedai dok berdoa baju tu ada lagi. jangan lah dah ada orang beli. mujur ada lagi....


my ex-boss mama z yang cakap ku macam pengantin malam tu. macam pengantin lah sangat kan. kat mana yang macam tu tak taulah. mama z ni memang suka puji memuji. kondem pon suka jugak. tu lah yang buat kitorang rindu kat dia. rindu nak gaduh-gaduh manja gitu...

apelah nasib

hari ni dengan dukacitanya ku tertinggal purse kat rumah. sedar masa nak isi minyak pagi tadi time otw ke opis. mujur cek siap2 dulu sebelom sampai petrol pump. masa tu kat traffic lite. gagau kat handbeg. eh eh takdo purse. ingat kot jatuh kat dalam kete ke hape. carik2 memang takdo. setelah diconfirmkan memang tinggal kat rumah dengan selamatnya. Alhamdulillah. risau jugak kan kot la tercicir kat mana naya jek. maklum lah kan baru2 gaji lagi ni kan. purse tu tebal lagik...
minyak kete lak tinggal 2 bar je lagi. tu pon yang satu bar tu rasa dah separuh kot.

di tengah hari jumaat yang heaven ni terpaksalah ku mendambakan diri dok kat opis je. disaat opismate lain sibuk cuci2 mata sambil ukur koridor shopping mall ku ni hah tengah update blog. naseb lah kan. sekurang-kurangnya jimat dah ni taklah melabur duit beli mende mengarut2 kat mall tu.

p/s : selalu tepis kalau nak minum air dah masuk semut tapi nape pelupa jugak nih. haishhhhh.




Wednesday, April 20, 2011

malam kasih seiring budi

14/4/2011 hari tu last day for our pengarah Dr. Rosnah berkhidmat as government servant. kira bersara wajib lah ni dah. dah 58 pon umurnya. so bersempena dengan persaraan dan birthday beliau my office buatlah satu majlis yang namanya malam kasih seiring budi. tempat berlangsungnya majlis di hotel concorde Shah Alam. sebelah je dengan bangunan opis kami. start jam 8.00 malam tapi ku sampai lambat. sampai2 tengok our timbalan pengarah dah berucap. maknanya adalah dalam 15-20 dah majlis berlangsung.


from left to rite timbalan pengarah negeri (perubatan) Dr. Hj. Za'aba, pengarah Dr. Rosnah and our timbalan pengarah negeri (pengurusan) Tn. Haji Jubri. tu birthday cake for pengarah. kek ni sangat lazat...


bergambar reramai with pengarah. tak sangka lak beliau akan round dari meja ke meja while orang lain tengah sibuk ngap ngap. di salam setiap orang.


my dress untuk malam tu. sebenarnya beli atas tujuan lain tapi sebab majlis ni jalan dulu sarung je lah. tak salahkan pakai baju yang sama untuk banyak majlis. kopak lah pulak kalau tiap kali ada event nak kena pegi beli baju baru.


amik gambar ngan kak ros atas stage sebelom balik. besar betul muka pengarah kat layout belakang tu.


beramai-ramai atas stage. actually majlis malam tu habis awal. around 10.30pm dah selesai. tak sangka lak habisnya awal. esok tu hari sabtu. bole lah berlama-lamaan sebelom bersurai.


with my boss kewangan. cantik baju miss Lee malam tu. but she doesn't know something secret pasal baju tu. one day akan di reveal kan jugak. tapi tak tau bila. for sure dia akan terjerit bila tau. inna anur bila mau kasi pecah itu rahsia???


from left to rite kak lin, azie, kak ros, me, farrah and rinna.


takde pulak gambar makanan untuk malam tu yek. food sedap jugak. ada nasi putih, fish fillet, sambal udang, brokoli and chicken roasted kot with lemon. yang peliknya kenapa ku makan sikit eh malam tu. lagi bernafsu nak ambik gambar dari makan. yang pasti dessert malam tu yummy tapi tak variety. yang banyak ku makan white dragon fruit. sampai kan esok2 kat rumah pon dok teringin nak makan dragon fruit lagik tapi malas nak pegi beli. sudahnya sampai ke hari ni pon tak makan2 lagi.

Tuesday, April 19, 2011

simpan niat untuk berhijrah



kebelakangan ni memang selalu ku terpikirkan pasal hal ni. memang ada simpan niat kat hati nak berubah. nak ubah perangai ku yang garang ni. actually bukan lah garang mana pon. tegas kot... tapi tak tau nak start dari mana dan macam mana. hari tu ada lah very short period try takmo jadi garang. sangat kejap tu pon sebab dicabar. kalau tak silap start jumaat sampai selasa. lepas2 tu menjadi balik perangai asal.

some people said ku ni berangin. ada angin kuss kuss. siap diorang kata kalau nak tegur fiza kena tengok mood dia. kalau mood tak ok semua dibantainya. hahaha.... sampai macam tu sekali ke??? entah... sendiri mana nak perasan time tengah angin kuss kuss tu kan. kalau yang pernah terkena tu maafkan lah kesilapan ku itu. salahkan ku jangan salahkan ku.... eh eh tetiba nyanyi lagu ajai lak. sorry....

nak berubah ni tak boleh drastik sangat kan. kena amik masa juga. nanti pelik pulak orang kenapa tetiba jadi lemah lembik pulak. katanya buang tebiat pulak. kawan2 pelik nape karakter ku tegas macam ni. supposely as anak bongsu karakternya kan manja, lemah lembut, cakap slow2 gitu. ni time cakap macam petir ngan guruh sabung menyabung.

nampaknya lepas ni kena start bercakap slow2 lemah lembut and muka mesti kasi manis... takmo dah ada bad mood. mesti kena happy selalu... boleh ke jadik cenggitu??? wawawa.....
semoga niat penghijrahan ini diberi hikmah & penghijrahan itu terlaksana.

pssst : sape setuju awokk ni berubah tinggal ler jejak ye....

Friday, April 15, 2011

Thursday, April 14, 2011

hotel alpine jakarta

sampai sudah kat Jakarta jam 6.30pm. Malaysia 7.30 lah waktu tu.
perut macam melapar. padahal tadi dalam flight dah makan bukan.
sebelom fly pon dah makan fillet o fish McD jugak kat airport.
ni lah masalah ku bila travel... asik nak kunyah kunyah.
sorry to say airport kat Jakarta ni tak systematic.
pening kpla tengok....
baru sampai pon dah ramai cleaner2 yang dok menebeng tepi kita mintak tip.
ku tak bagi. sebabnya baru sampai kan.
kedekut lagi nak belanjakan duit rupiah yang berjuta juta tu.
lagipon banyak hari lagi kat sini. risau muflis rupiah sebelom waktunya. hahaha....


bergambar sementara nak tunggu tourist guide sampai. macet katanya.
dah tau kami nak sampai pukul bape nape tak tunggu awal2 lagi. haiisssh...
bikin panas jek.


sifir yang ku bawa siap2 dari Malaysia.
sudahnya tak guna pon.
senang lagi pakai converter kat tepon.
takpon kalau datang malas nak taip2 kat tepon darab kan je ngan 4.
senang cerita. senang kerja. tak payah ribut2 nak kuar tepon nak pilih barang lagi.


bila transport dah sampai...oh ye kami naik bas sebab ramai dalam 20+++.
terus pegi makan. apa nama kedainya dah lupa.
masakan padang. ku makan nasi putih ayam goreng sayur campur ngan telur lemak.
gambar takde ye. tapi mahal...
tipu punya agent tadi kata dah cari tempat yang murah2 untuk ibu2 sama bapak2.
selesai makan terus menuju ke hotel.
udah capek bener....
hotel alpine kat Jalan Gunung Sahari Raya.
nama jalan nya panjang betul.
dapat bilik mandi terus zzzzzz.
tak larat dah.


hotel ni tak best.
not recommended at all.
breakfast tak best. tak variety.
tak kena selera anak tekak ku.
pastu sume nak charge even air mineral pon.

Wednesday, April 13, 2011

cuti-cuti Jakarta

budak-budak sekolah cuti sekolah ku pon cuti-cuti opis jugak.
seminggu dimanafaatkan pergi holiday ke Jakarta Bandung.
kami pergi naik KLM Royal Dutch Airline.
France punya airline. dari KLIA ke Soekarno Hatta International Airport.


gambar sebelom fly.
muka dah meminyak sebab dah kepenatan.
belom pegi dah penat kat airport sebab kena jalan banyak.
macam mana nak pegi Mekah camni eh.


my SIL. none of us yang dapat dok tepi tingkap.
kalau ada salah sorang boleh jugak tukar tempat duduk.
membatak nak tengok view kat luar.


facilities dalam air craft ni best jugaklah.
lebih kurang MAS punya.
ada movie banyak.... ada games. ada banyak song list jugak.
sekejap je rasa dah sampai ke destinasi.
sesambil makan sesambil tengok movie.
tengok salt tapi tak sempat habis. sekejap benau kan dah sampai.


ni food masa pergi. nasi ayam kot. anak buahku aiman tak berani makan nasi ayam tu sebab dia kata ayam nya warna merah. hahaha....ada puding and ada buah-buahan jugak.
memang kaler merah pink2 tapi sedap oh.
masa balik food dia nasi sate ayam. pedas giler.
macam mana eh mat2 saleh minah2 saleh yang sekali flight kitorang ni makan.
tahan kental agaknya diorang tu.

satu jek yang kureng pasal KLM ni.
pramugari nya tua2.
siap ada wrinkle lagi.

Monday, April 11, 2011

cerita farewell Pn. Helen

lama dah kejadian ni berlaku. almaklumlah baru bersemangat nak update blog.
jadinya cerita lelama baru nak dikuarkan lah ye.
tema hari tersebut purple color.
memasing berpakat pakai kaler yang sama.
sonot bila kaler sume sama jek.
bila orang sekeliling cakap " eh ramainya pakai purple harini"
kami buat taktau jek. kekonon memang kebetulan. padahal dah pakat.


tengah bersiap sedia nak pergi ke Nyonya Kitchen.
mau makan-makan kat sana.


Pn. Helen ni akauntan kitorang. almost 4 yrs rasanya berkhidmat kat JKNS.
ag biasalah... akan buat job rotation untuk staff2 nya.
asal lama sikit jek kat tempat tu akan dipindahkan.
macam mama z dulu. lagi bape tahun jek nak pencen pon dipindahkan jugak.
even kitorang ngan mama z dah lain opis tapi silaturrahim tu masih akrab dan utuh macam kitorang satu opis dulu. pasni nak cerita pegi kenduri rumah mama z plk. sob sob sob.....


sebagai hadiah farewell kitorang bagi sepasang baju sutera batik.
ku yang pergi beli sendirian tanpa teman. memalam lak tu.
sob sob sob lagik. (motip kau asik bersedih jek piza) (amik mood farewell katanya)
kaler hijau. my feveret kaler.
nasib lah korang yang tak suka kaler hijau yek.


siap ucapan dari Tuan Haji and ofkos ucapan dari Puan Helen kitorang pon menjamah.
kali ni style buffet. sedap oh sampai tak terlarat nak makan bebanyak.
ada mee hailam, meehun goreng, nasi goreng nenas, ayam goreng madu berbijan, sotong goreng, asam pedas ikan pari, mix vege and banyak lagi lah.
kek puding kuih muih pon sume ada. ku memang tak sentuh nasik pon. makan lauk pauk jek.


selesai makan aktiviti bergambar lah pulak.
dari big boss sampai staff sume memang suka amik gambar.
berebut2 nak bagi muka nampak. hahaha.......


dah dekat2 nak balik tu amik gambar lagi kat hall opis. tak puas2 yek bergambar.
memang riuh rendah dibuatnya. yang gelak kuat2 sape lagi. tu tengok gambar...
boss kitorang yang paling kuat gelak. (ampun ye Miss Lee. memang betul pon Miss Lee paling gelak besar.hahahaha....)


tak cukup kat hall opis. siap turun kat lobby bawah.
kekonon amik gambar outdoor pulak. kan time balik dah ni so orang yang lalu lalang kat bawah tu cam pelik jek. amik gambar ape yang beria sangat camnih.
unit kewangan memang best lah.......

hot spring @ Sungai Klah

last day team building punya program hrtu before balik ke Shah Alam we all singgah dulu kat Felda Residence Hot Spring Sungai Klah. memang dekat je ngan exit Sungkai.
tiket masuk RM10 yer kengkawan.
ni tempat kolam air panas. air sejuk pun ada jugak.

gambar dah tunggang langgang. skill susun gambar dah malap. hehehe....


bergambar depan family spa.
spa ni kira kalau nak berendam sefamily tanpa malu-malu bole la kan.
kalau nak berendam yang kat luar kena share ngan orang lain lah kan.
kalau tak silap harganya RM70/hour.
dah tak berapa ingat ratenya. sebab kitorang dapat masuk free.


berkumpul lah kami reramai di tepian kolam tu.
memang privacy lah family spa. tapi masanya kejap je dapat rendam dalam ni.
tak sempat nak lelama dah petang.


masa tengah jalan-jalan dalam kawasan Hot Spring ni terjumpa lah dengan Pakcik Said.
dulu ofis kami penah deal ngan dia kekonon nak buat family day kat sini.
tapi tak jadik sebab hotel nya tak banyak bilik yang available.
Pakcik said ni lah yang tolong carik alga bagi kat kami.
sapu kat muka jadi cantik katanya. kulit jadi tegang.
ku tak sapu pon kat muka sapu kat tangan jek.


antara tempat berendam yang ada kat situ.
yang ni tempatnya cetek je. memang untuk rendam kaki.
memula letak kaki memang rasa sakit panas mencucuk-cucuk.
biar lama sikit jangan goyang-goyang jadi ok-ok je.
sakit cucuk-cucuk tadi terus hilang. begitu ye....


semangat kak yati ngan rina sapu kat muka.
kasi tegang ngan licin kulit muka tu.
tapi sapu sekali jek mana jadi korang.
kena pegi tetiap hari....


ni lah Pakcik said tu.
macam-macam dia bagi explanation kat kitorang.
kira special treat lah kedatangan kami kat sana walaupon tak inform nak datang.
dari tengah jalan yang terjumpa ngan dia tadi sampai nak ke balik memang dia tunjukkan tempat. Tima kasih yek Pakcik said.
lain kali datang sini bole cari pakcik lagi.


ada satu tempat tu memang kat kolam ni suhu dia panas membara.
tempat yang ni memang tak boleh celup kaki. melecur.
bole rebus telur. siap ada signboard bgtau nak masak telur half cook bape minit nak masak terus bape minit. telur pon ada jual kat kafe situ. murah jek RM 2 untuk 5 biji.
rasa telur yang rebus kat sini lain sikit. sedap. macam masin masin sikit.


map kawasan tu.
besar bukan. tu yang penat berjalan kaki masuk dalam ni.


tempat memula yang kami jumpa masa masuk. kat sini ramai orang.



posing2.......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails