Followers

Friday, July 29, 2011

marhaban ya Ramadhan




kepada muslimin & muslimat,

salam Ramadhan pada semua.
semoga kedatangan Ramadhan ini dapat mempertingkatkan ibadah kepadaNya.
semoga Ramadhan ini bukan Ramadahan yang terakhir dikecapi kemanisannya.
semoga Ramadhan ini membawa berkat dan rahmat kepada kita semua.
minta maaf segala salah dan silap perkataan dan perbuatan.

marhaban ya Ramadhan.

Wednesday, July 27, 2011

hari membelai kereta

semalam adalah hari membelai kereta.
ambik off petang sebab nak pergi servis kereta.
nak pergi time weekend tak la kot.
mesti ramai orang akan buat time weekend kan.
so di kesempatan tak banyak kerja boleh la ambik off pergi pusat servis.
lama kau tunggu baru siap.
sales person tu kata kalau lepas pukul 10.00 am memang kena tunggu lama.
mendapat la kan komplen sangat kena tunggu lama.
sape suruh buat appointment petang.
tapi kira cepat compare ngan orang sebelum aku tu.
kereta aku dah siap kereta dia blom.
aku kan penghantar kereta tegar kat situ.
harus lah kena layan lebih.

usai servis keta pergi hantar cuci pulak.
sangat frust la.
tak tau lah pulak carwash ni dah bertukar owner.
dia sembur perfume apa ntah.
baunya macam areng.....
pening kepala cium bau tu.
nyesal hantar kat situ.
pagi ni pon masuk2 time nak pegi ofis still bau lagi.
matikla... dah la hari ni nak bawak kengkawan pegi makan durian.
nasib lah korang yek...

Monday, July 25, 2011

11




tiba-tiba baru terfikir tadi my lucky number today is 11.

sebabnya pertama saya anak nombor 11 dari sebelas adik beradik.
ramai kan. satu mak satu ayah okey.

keduanya saya dilahirkan bulan sebelas.
birthday saya 10/11/....
siap dotdot kau.
okla okla tahun vavi..... 1983.

ketiganyanya saya dapat list nama dari bahagian sumber manusia untuk APC and nama saya nombor 11.

keempatnya pagi ni sebelum keluar rumah kakak ipar saya bekalkan apam polkadot.
bila sampai ofis saya kira-kira ada berapa. sebab nak share ngan kengkawan.
ada 11 rupanya. terus datang idea nak blog kan nombor 11 ni.

kelimanya plat nombor kereta saya 11. (hahaha... yang ni berangan jek)

Friday, July 22, 2011

KL gangster



korang dah tengok ke movie ni.
ai dah tengok. hehehe...
ganas lah jalan cerita ni.
memang sesuai lah dengan tajuk movie ni kan.
tapi... tapikan... macam tak sesuai je untuk ditonton oleh kanak-kanak.
remaja pon sama jugak lah kot.
kanak-kanak kan cepat terpengaruh.
apa yang mereka nampak itulah yang mereka buat.
kang dibelasahnya kengkawan sepermainan macam dalam cerita tu tak ke naya.
takde contoh-contoh macam ni pon dah banyak jenayah juvana berlaku.
kalau ada contoh takut jugakkan ramai yang mengikut.
bagi penonton dewasa tu mungkin lah boleh dibezakan mana yang elok dan tak elok untuk dicontohi kan.
hisap rokok, bergaduh, tak menghormati ibu bapa itu antara contoh negatif yang terkandung.
yang positif ada jugak. contohya si aaron tu walau jahat tetap ada rasa simpati pada ibu dia.
tetap ada rasa tanggung jawab nak jaga adik-adiknya.
tapi tu semua tersirat. kena pikir.
kanak-kanak mana boleh pikir semua tu.
semua yang direct je dia nampak.


p/s : ini sekadar luahan apa yang acuzaza rasa. mungkin jiwa ganas tu tak masuk dengan ai.

friday!!!

cepat sangat masa berlalu.
celik-celik pagi tadi tetiba eh eh dah jumaat rupanya.
seronok ada takut pon ada.
seronok sebab esok weekend.
boleh pegi jenjalan tanpa memikirkan soal kerja.
takut sebab cepat nya masa berjalan.
tup tup dah lebih separuh tahun 2011 ni.

esok and lusa adalah weekend yang bizi.
sangat suka kalau time weekend terisi dengan aktiviti-aktiviti.
lagi-lagi dengan family.
weekdays dah dihabiskan dengan kawan-kawan kan.
so weekend untuk family lah pulak.
baru balance.

happy weekend olls....

Wednesday, July 20, 2011

restless

lately rasa no mood to work and to do anything.
badan rasa weak yang teramat.
tak cukup vitamin kah saya???
bangun pagi pon asik tersasar dari kebiasaan je.
so dah banyak hari terlepas breakfast kat rumah.
sudahnya bila dah sampai ofis mana ada breakfast.
minum milo with oat jek.
tu yang gigil2 tangan nak sampaikan ke lunch break.
sungguh tak sihat lah kehidupan sekarang ni.
1 of the factors rasanya takde exercise.
last week cuma sehari je beraerobik.
lain hari lagi senang duduk bergoyang kaki sambil nonton tv and movie.
end up badan jadi lesu begini.
haish... apalah nasib diri yang harus dikenangi.

nak makan supplement rasa macam tak kot.
bukan tak pernah makan.
dulu dah pernah tapi hanya hangat2 tahi ayam.
seminggu dua ok lah.
lepas tu tinggal je vitamin tu sampai expired.
rugi dah kan.

ini bukan entry restless kan.
terlebih rehat sudah...


Monday, July 18, 2011

lemau

hari isnin sinonim ngan mood lemau n malas kan.
asal isnin je blues datang.
asal blues datang je tengok2 balik patut la... hari isnin rupanya.
kepenatan dari semalam yang bersambung terus ke hari ni.
semalam dah tido awal gila pon rasa macam tak cukup tido je.
nak tido bape jam baru cukup rehat ni.

malas satu badan.
even nak makan pon malas.
perut dah bunyik2.
hadoila...

nak menaip pon malas.
entry pendeklah nampaknya.
malas gila kan.

Friday, July 15, 2011

apa yang best selain strawberry

al kisahnya one of my nieces stay kat cameron. so next week dia akan balik sebab ada kenduri. even cameron tu taklah jauh nau kan tapi nak lah jugak something dari sana. nak pergi sendiri tak tau bila pulak masa yang sesuai. bz manjang je sekarang ni.

so pada korang lah apa yang best dari atas tu nak di bawak turun selain dari strawberry. bosan la dah asik makan strawberry. hehehe...

macam tak terpikir dek akal nak kirim apa...

tapi nak jugakkirim sumting.

ape ek???

Thursday, July 14, 2011

nur kasih the movie



ngeh ngeh ngeh. terhegeh-hegeh kan. orang lain dah buat review punya lama tapi kau baru nak buat fiza. nasib lah kan selalu tertinggal keretapi. keretapi oldskolkan. memang cenggini. actually ku baru nonton movie ni. kata peminat setia drama nur kasih kan. tapi bila kuar movie lambat pulak nonton kan. tak patut betul.

sedih lah cite ni dari mula sampai hujung. memula cam malu nak nanges tapi tak boleh tahan oh. lalu merelakan je air mata ni kuar tanpa dipaksa. puas rasanya dapat nangis dari sesak dada tahan nangis tu. sob sob sob...

pelakon-pelakon still sama macam drama. nasib baik watak si ayu nazeera tu takde. kalau tak geram je rasa. penambahan watak kanak-kanak si maryam dan ilyas tu sangat comel. mia sara ni memang pandai la berlakon. muka cute lak tu. agak-agak dah besar bole jadi cam lisa surihani tak?. jalan cerita pon not bad. cumanya tak suka tang ending nya tu. kalau me yang jadi pengarah, nak si adam still hidup dan hidup bahagia dengan nur.

apa yang pasti movie ni membuatkan ku banyak berfikir. adakah perjalanan kehidupan ni dilalui begitu sahaja tanpa menikmatinya or else. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya bukan. setiap ujian kehidupan tu pon pasti ada cerita disebaliknya. hehehe... ni cakap diri sendiri ni. sebab orang-orang yang memahami selalu cakap "fiza belum sampai jodoh ni mesti ada hikmah disebaliknya". tapi for those yang tak memahami tu mesti dok kata ku tak laku-laku. semoga bakal bersinar bahagia itu untukku. (eceh jiwang lak)


Wednesday, July 13, 2011

farewell shah

ni cite 2 ke 3 minggu lepas. kira cite fresh jugak lah lagikan. tapi kalau ikan ke ayam ke 2 3 minggu dah rupe ape yek???. buat majlis simple je untuk kepergian shah ke hospital sungai buloh. buat gah-gah nampak macam suka lak shah pindah kan. actually semua macam tak berapa rela je melepaskan shah pindah. tapi tu hak dia lah kan nak pindah mana boleh sekat-sekat. lagipon dia punya sebab yang kukuh kenapa pindah sana. bukan sesaje sebab serabut kak JKNS ni. kitorang memang terrrrrrrasa kehilangan shah. sebab sebelum ni memang banyak bergantung harap pada dia. boleh katakan semua bende. terkontang-kanting lah haku lepas ni buat gaji tanpa sifu di sisi. kalau tidak semua shah tolong. pegi KWSP pon masih mengharapkan shah walau dia tak buat gaji lagi dah. sekarang ambik kau. buat sendiri semua.



sempena farewell tu lala buatkan slide utk shah. macam nak gugur jugak ayaq mata. tapi ku tahankan jua. tak gojes lah kalau nangis kan. dalam hati....uwaaaa.



seperti kepergian yang lain hadiah masih sama iaitu baju batik sutera. sape yang beli??? sape lagik. ehem ehem.



kenapa ada kek?. sebab celebrate bufday sekali. sedap gilos ok kek tu. order from kak asfa. ada jugak gambar with big boss tapi ai takde simpan lak. to shah moga kau happy kat sini walaupon aku tau JKNS tetap the best.

Monday, July 4, 2011

isnin oh isnin

hari ni hari isnin yang tegang. memang dari semalam dah set dalam kepala hari isnin esok hari isnin banyak kerja. sebabnya banyak attendance pegawai sambilan yang menanti atas meja since jumaat lagi. memang kena settlekan by today jugak. bila pikir pasal gaji ni memang semak kepala. gaji orang... buat lambat dan buat salah memang masalah besar. nak buat tak tau pulak mau jadik perang nanti. nak tak nak semak tak semak pon kena settlekan jugak walau kepala dan otak (nampak sohpan sikit kan dari buat ayat sambung kepalaotak) dah jadi tepu sangat.

dan seperti yang dipredictkan memang banyak kerja. bukan takat banyak tapi memang super duper banyak. ditambah pulak dengan folder dan surat2nya hilang. sampai saat ni belom jumpa2 lagi. tapi saje buat2 cool. malas nak pikir sangat. rasa-rasanya hari ni memang banyak problem la.

1) 6 surat berkaitan gaji masih lagi belum dijumpai.

2) buat cheque salah tulis nama pulak. nak tulis nuklear jadi nuklera. adoiii la. (cheque kerajaan tak bole simply cancel yek).

3) personal details pasal sorang pegawai sambilan ni kata orang perantara tu dah hanta tapi nan hadonya atas meja ni. so camne nak buat gajinya. tuan badan tu mc pulak harini. kena la buat manual yang menyusahkan tu.

eleh nampak remeh jek kan masalah problem tu. tapinya esok dan lusa ku exam. jadinya kena delaykan lah proses menyetelkan masalah problem kat atas tu.

hectic monday pls go away!!!





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails