Followers

Friday, April 20, 2012

bertukar status

sebelum ni rasa macam tak mo la war-war kan yang aku ni dah bertunang.. iye aku dah bertunang.. Alhamdulillah ada jugak orang sudi nak jadi tunangan aku. ehehehe..maklumlah aku kan pemalu.. serius bab-bab ni memang aku malu..

kawan-kawan asyik kata apa guna ada blog kalau tak cerita-cerita. okkayyy kawan-kawan now aku cerita so korang silalah baca. majlis berlangsung pada 31/03/2012 haritu. hari sabtu belah petang. buat simple-simple jek. tu sebab ramai kecik hati tak dijemput. sorry korang nnti bila kenduri besar nya aku jemput ok. tak lama pon lagi. cuma sekarang kad belom siap. sila salah kan kedai tu sebab tak dapat nak siapkan cepat ke aku yang salah eh sebab pegi booking lambat. matikla.. salah menyalah pulak ni..

ada cerita kurang enak masa hari pertunangan aku ni. 2 hari sebelum tu mak aku admit ward sebab kesihatan nya yang merundum. sangat tak best ok. air mata toksah kata la. jangan sentuh bab-bab mak ni. confirm terus mengalir. semua pon di settlekan sendiri dengan bantuan abang-abang, abang-abang ipar, kakak-kakak, kakak-kakak ipar dan anak-anak buah. kalau takde mereka tak taulah macam mana. Alhamdulillah majlis tu berlangsung dengan smooth sehingga habis. mujur tak buat preparation beria-ia pasang mini pelamin bagai. bayangkan kalau pasang mini pelamin dok atas tu senyum-senyum tapi mak kat hospital. sangat tak cool kan.

aku tepek la satu gambar pertunangan aku.. nanti buat entry lain lak ye pasal majlis ni.



6 comments:

  1. haaaa..akhirnye ade pon entry tunang ko...berjinggut nak nunggu..gamba incik tunang xde ke??nak gak tgk :D

    nxt entry pliesssss:D

    ReplyDelete
  2. tahniah sweetie..huhuhu..moga smpi k jinjang plmin ye... :)

    ReplyDelete
  3. aini : ko tunngu la entry susulan tu yek..silap2 dah kawen baru nak up..ehehehe

    ReplyDelete
  4. nak tengok gambar incik tunang tue :)

    ReplyDelete
  5. jamil : mana boleh lagi... tak surprise la

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails