Followers

Tuesday, January 4, 2011

ajanana 10 months old

ini ajanana. bukan anak sendiri tapi anak saudara sendiri. atau kata lain nya anak abang sendiri. hahaha... umur dah sepuloh bulan. setakat ni dia lah anak saudara paling muda dalam my family. badan nya ya ampun semakin membolat. apa orang makan dia pon nak makan sama. kena tapis tapis jugak lah kan mana boleh suap jek. kita suap confirm dia telan je. best tengok time dia tengah makan... dulu dulu lagi labuh pipi dia tu sekarang dah menyusut sikit. progress terbaru tengah meniti niti kat dinding, sofa or apa apa yang boleh dipegang untuk dia berjalan. dia skip merangkak...



adalah sakit hati sebab dia takmo ikut orang lain kecuali orang orang yang biasa ada kat rumah dia iaitu mak dia abah dia kakak dia yang 2 org tu n abag aish... ingatkan masa umur 4-5 bulan dulu jek jadi takut ngan orang sekarang menjadi balik. tang orang amik gambar dia melayan pulak.



dia kerimasan masa pegi kenduri. tak selesa agaknya panas terik ngan ramai orang yang dia tak kenal pahtu tak dapat makan nasik minyak pulak. tengok orang lain makan syok je. tu yang dia nak balik cepat kot. kot lah kan... hehehe.

ape pon ajanana cepat lah jalan yek.

p/s:ajanana tu nama samaran jek bukan nama sebenar.

kerinduan

last week masa cuti bola on friday tu lepas settlekan keje keje kat opis sempat lah ku memecut pulang ke kampong. ye ye balik kampong!!!. 2 minggu tak balik... rasa macam lama sangat. biasa kan kalau takde pape ku akan balik kampong almost every week. tu yang rasa macam ada benda yang tak kena je kalau tak balik kampong.

sesampai di kampong je terus menuju ke rumah abang long ku nak jemput mak. oh ye my mom sekarang stay with my abang long. risau nak biarkan mak tinggal sorang sorang kat rumah kitorang tu. takut jadi pape takde sape nak tolong tengokkan. bila duduk sana ada kak long yang boleh tengok tengokkan. lagipon suasana tak banyak beza. yang lain nya rumah kitorang tu rumah sebijik sebijik n rumah abang long rumah perumahan. kalau rasa nak balik tengok rumah boleh je sebab dekat...

nak dekat magrib baru sampai rumah. rasa sayu jek... rumah yang dulunya tak pernah di tinggalkan kosong lama tapi sekarang terpaksa ditinggalkan. ala ala jadi rumah persinggahan dah sekarang ni. hujung hujung minggu baru ada orang. nak buat macam manakan redha je lah yang termampu...

cuti 2 hari dihabiskan dengan mengemas rumah luar dan dalam. penat tapi rasa puas hati tengok rumah bersih.

lagi 1 aktiviti balik kampong tak sah kalau tak masak dan makan banyak. kenapa eh??? kena angin kampong agaknya... perut asik mintak diisi jek. memang takde keje lain masak makan masak makan camtu jelah dok ulang ulang.



ni lagi antara barang antik yang mak ku kumpul. pinggan n piring batu tu. sekarang susah nak carik rasanya. tu sebab ada orang nak beli mak takmo jual. dok simpan lah dalam lemari tu. complete set siap ada teko yang old skol tu sekali tapi tak pernah guna pon. sayang kot...

kat atas tu antara menu yang dirindui. walaupon simple tapi bila masak takde geng nak makan adalah tak best bukan. udang tumis kunyit, ikan kembong goreng, kacang panjang goreng & sambal belacan. terangkat habis lah....makan bertambah. tu yang petang hari kena sapu daun kat laman bagi lemak pecah. hahaha.




Monday, January 3, 2011

makan makan kat opis

happy new year all...
tertinggal keretapi sudah. maklumlah cuti lama + pepagi hari ni kebizian sikit.
memasing dah buat wishlist ke. for me wishlist tu tak lah penting sangat
. *sebab selalu asyik tak achieve jek*. buat list panjang berjela jela pulak nanti. so macam cakap dalam hati jek tahun ni nak buat tu nak buat ni. cam tu jek lah...

last day before cuti bola hari tu unit ku buat makan makan sempena end year 2010.
tercapai jugak hajat nak makan trifle yang dibuat sendiri.
sebabnya malas malas kena buat jugak. ramai yang mengharap ni.
makanan adalah membanyak pada hari kejadian sehingga membuntal tika pulang ke rumah.



org pertama merasa trifle ku pada hari tu. sedapkan. angkut bakul sendiri. hehehe


ada kek cekelat basah. sangat sedap.
shida yang buat. next time buat lagi yek.



combination yang best... sampai rasa pening


bihun goreng pon ada jugak.
menu yang ni sampai lewat sikit sebab kak tini kepancitan tayar.
sian kak tini. yang ni buat makan nak dekat tengahari sikit.


ni lah trifle ku itew...terliur pulak sekarang ni.


buah betik...


buah tembikai & nanas...


nasik goreng pon ada. tapi takde snap pic dia lak.
kak ros kata ni nasik goreng jawa. pedas nya ya ampun...
berasap telinga. sedap tapi tak berani makan banyak.



kfc pon ada jugak...


dah makan banyak banyak kat atas tu sambung makan kek cekelat ngan ice cream.
haah bayangkan lelemak yang bertakung dalam usus.
masuk terus beku...
cakap je nak diet tapi diet ke laut. ngeh ngeh ngeh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails