Followers

Tuesday, January 4, 2011

ajanana 10 months old

ini ajanana. bukan anak sendiri tapi anak saudara sendiri. atau kata lain nya anak abang sendiri. hahaha... umur dah sepuloh bulan. setakat ni dia lah anak saudara paling muda dalam my family. badan nya ya ampun semakin membolat. apa orang makan dia pon nak makan sama. kena tapis tapis jugak lah kan mana boleh suap jek. kita suap confirm dia telan je. best tengok time dia tengah makan... dulu dulu lagi labuh pipi dia tu sekarang dah menyusut sikit. progress terbaru tengah meniti niti kat dinding, sofa or apa apa yang boleh dipegang untuk dia berjalan. dia skip merangkak...



adalah sakit hati sebab dia takmo ikut orang lain kecuali orang orang yang biasa ada kat rumah dia iaitu mak dia abah dia kakak dia yang 2 org tu n abag aish... ingatkan masa umur 4-5 bulan dulu jek jadi takut ngan orang sekarang menjadi balik. tang orang amik gambar dia melayan pulak.



dia kerimasan masa pegi kenduri. tak selesa agaknya panas terik ngan ramai orang yang dia tak kenal pahtu tak dapat makan nasik minyak pulak. tengok orang lain makan syok je. tu yang dia nak balik cepat kot. kot lah kan... hehehe.

ape pon ajanana cepat lah jalan yek.

p/s:ajanana tu nama samaran jek bukan nama sebenar.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails