Followers

Monday, October 17, 2011

kebaya oh kebaya

inilah cerita yang tiada kesudahan di unit kewangan.
makan makan makan and makan.
asal terlintas je dalam kepala nak makan pape mula la memasing plan buat potluk.
yang pelik nya memang semua akan setuju walaupon baru je lepas buat makan-makan.
memang kuat makan lah kan.



antara makanan yang ada pada hari tu.
aku macam biasalah makanan yang direquest oleh mereka pastilah yang berasaskan sambal.
setiap kali bawak setiap kali tu lah up kan kuantiti dan setiap kali tu lah pasti licin.
tu maknanya apa???
aku masak sedap kan....
tu yang lagi semangat nak masak bawak datang opis. hehehe...
masak simple-simple je yang pentingnya nak makan sesama ngan opismate.



oh ye tema hari tu adalah kebaya.
semua orang pon adalah sporting memakai kebaya.
cayalah korang...



bab potong memotong je nama aku kena panggil.
aku pindah nanti sape nak jadi pelapis ni.
meh belajar ngan aku meh. aku pon belajar dari inna.



oleh kerana aku berkebaya hari tu jadi aku malas nak potong buah nenas.
belengas nanti. tau lah air nenas tu.
jadinya tugas tu bagi rina.
dia kata dia memang suka potong buah nenas nanti tangan dia lembut.
iye ke? iye kot...

Friday, October 7, 2011

jamuan raya aidilfitri 2011 unit kewangan



entry yang sangaaaaaaaaaaaaaats basi.
sebab tengok memember lain up entry raya aku nak jugak.
ni jamuan raya unit kewangan secara potlak.
aku bawak ape eh???

ooo ingat ingat.
aku bawak trifle.
kali ni tak sedap sangat.
rasanya biasa2 aje.
tak umphhh lah kiranya.



antara menu di hari kejadian.
laksa by rinna.
ketupat sotong by kak nor.
rendang hijau ayam kampung by mak razi.
nasi impit by inna.
kek pandan by cc kham.
kuah kacang by kak tini.
fruit punch by kak ros.
yang lain-lain tak ingat dah. ada lah kuih raya bermacam-macam.



belah tengahari nya lak ada acara potong kek bufday.
makan nasi dagang.
sedap oh nasik dagang nya.



lupe nak kasitau tema hari tu pokodot.
semua orang sporting sarung baju or tudung pokodot.
aku takde dalam gambar atas sebab pegi bank masa ni.
benci...
tahun depan ntah dapat ntah tak merasa raya ngan korang.



nak jugak tepek baju pokot aku.
tak cantik pon.
sekian.

Friday, September 30, 2011

berita gumbira

cuba korang bukak link ni.
banyak syok ....


naik gaji weh

amin. amin. amin ya rabbal 'alamin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails