Followers

Monday, October 17, 2011

kebaya oh kebaya

inilah cerita yang tiada kesudahan di unit kewangan.
makan makan makan and makan.
asal terlintas je dalam kepala nak makan pape mula la memasing plan buat potluk.
yang pelik nya memang semua akan setuju walaupon baru je lepas buat makan-makan.
memang kuat makan lah kan.



antara makanan yang ada pada hari tu.
aku macam biasalah makanan yang direquest oleh mereka pastilah yang berasaskan sambal.
setiap kali bawak setiap kali tu lah up kan kuantiti dan setiap kali tu lah pasti licin.
tu maknanya apa???
aku masak sedap kan....
tu yang lagi semangat nak masak bawak datang opis. hehehe...
masak simple-simple je yang pentingnya nak makan sesama ngan opismate.



oh ye tema hari tu adalah kebaya.
semua orang pon adalah sporting memakai kebaya.
cayalah korang...



bab potong memotong je nama aku kena panggil.
aku pindah nanti sape nak jadi pelapis ni.
meh belajar ngan aku meh. aku pon belajar dari inna.



oleh kerana aku berkebaya hari tu jadi aku malas nak potong buah nenas.
belengas nanti. tau lah air nenas tu.
jadinya tugas tu bagi rina.
dia kata dia memang suka potong buah nenas nanti tangan dia lembut.
iye ke? iye kot...

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails