hahaha...
tajuk tak menahan kan.
alkisahnya hari selasa sebelum cuti deepavali haritu aku kehilangan cincin.
pesen aku ni kalau nak sapu losyen kat tangan ke kat memana ke aku akan cabut cincin.
ye lah kalau tak nanti kan losyen tu melekat kat cincin.
eiii tak suka.
lepas lunch sedar-sedar cincin dah takde kat jari.
aku suspek jatuh dalam toilet.
sebab cincin tu dah agak melonggar sekarang.
kelam kabut lah cari.
siap dok bersimpuh bawah meja kot-kot ada terpelanting masa sapu losyen pagi tu.
tapi nan hado jugak.
yang peliknya aku tak lah merisau sangat cincin tu hilang.
selalu kalau ada barang hilang atau tak ingat letak mesti macam kucing nak beranak.
tak senang duduk dibuatnya selagi tak jumpa.
yang ni macam meredha je pon kalau tak jumpa.
mungkin sebab cincin tu white gold. kalau pi gadai pon tak laku.
aku siap suspek neng yang lap telepon lap meja aku tu ambik.
hishh tak baik betul kan.
so hari selasa tu pulang lah tanpa cincin dijari. relax je takde rasa ralat ke apa ke takde.
kekonon dah jodoh antara kami sampai di situ sahaja.
hari ni datang keje nana tanya whether aku dah jumpaan belum dengan cincin tu.
ofkos lah belumkan.
rerupanya dia dah jumpa cincin aku tu kat tempat kim.
baru teringat aku ada try lotion dari tupperware kat tempat kim.
masa tu lah aku cabut then letak atas meja kim.
alhamdulillah jodoh kami masih panjang...
tq nana tolong jumpakan i dengan cincin ni.
nmpk tajuk en3 cecepat klik..sekali cerita lain daaa..wat xcited mak je
ReplyDeletehahaha...sori na.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletebila nak tau jodoh yang betul nie ? :) cepumas ..
ReplyDeletetunggulah jemmil. one day pasti tau jugak. sabar ye. hehehe...
ReplyDeleteemas putih pun mahal tau... mujur jumpa semula :D
ReplyDeletedn : mahal jugakkan. kalau lah hilang betul2 hari tu tak tau tahun bila dapat ganti.
ReplyDelete