kejadian ni dah lama sebenarnya. tak lama mana cuma agak lama. errkkk. ayat apa ku karang tu. ntah. abaikan sudehh...
ni kira kiranya nak menyambut hari kelahiran ku + inna and also dinner last wif inna sebagai bujangan. nak kawen sudah esok sahabat ku itu. itu pasal lah ku harus wat en3 ni hari ni jugak. tak syiok lah plk lan buat buat en3 member tu dah kawen. demi kasih sayang ku kepada inna ku korbankan masa yang tak seberapa ni nak wat en3 parti bujangan ni. maklumlah hari ni ku nak balik 4 setengah tajam sebab belom packing pape barang langsung untuk kepergian.... nak pergi mana fiza??? tunggu lah. pasti ada en3. hehehe...
di malam kejadian semasa menanti yayan untuk membawa ke tempat kejadian...
tunggu lama beno tu yang buhsan lalu ambik gambar lah seround dulu.
ni lah dia tempatnya. borneo rainforest. lokasinya betul betul depan sunway hotel resort & spa. tempatnya luas, nyaman, selesa amettt nak makan makan wif family kat sini. boleh pilih nak makan kat tempat ada atap ke atau open air. memula we choose tempat yang open air. ada candle light bagai tapi hujan renyai renyai la pulak. so terpaksa pindah yang tempat ada bumbung. tempat ada bumbung tak plk dia letak candle light. tatau la nape. duduk depan screen besar. malam tu ada football match so reramai la mamat2 mat salleh dok depan tu. MU lawan ape eh tak ingat lah... bukan kaki bola kan. so bila tengok tak masuk kepala langsung.
mat mat pengambik order kat sini bukan orang malaysia. orang apa ntah. nak cakap bangla bukan nak cakap nepal pon bukan. tapi fluence gila cakap mat saleh. ada jugak indo kot. sebab slang2 dia macam org indo cakap english. ntah ler.... kasi order sume western food. makanan melayu ade jugak nasik goreng mee goreng segala. saja nak feel feel omputih sket.
ni kira appetizer yayan order. mushroom soup ngan garlic bread. malam tu macam mencair sikit sup dia. biasa pekat sikit. sedappppp.
sesambil makan ada orang main tiup tiup api ni. takut wooo. dia macam acah acah nak cucuh api kat kita bila time kita leka. nasib tak kena tikam ngan pisau kat tangan ku. klu ditikam sape yang harus dipersalahkan. dia lah kan. sape suruh kejutkan orang. sendiri cari pasal.
lagi satu costume dia manyak seksi wooo... terbantut selera nak makan
*kunun*mak pak dia ntah tau ke tak dia buat keje macam ni. hehehe....
ni main course ku. ciken cop ngan sos mushroom. sedappp juga. rasa banyak lelemak berkumpul dalam badan bila telan peha ayam ni. nyumnyumnyum...
ni orang api api tu tengah minum minyak tanah. lepas tu dia akan tiup kat obor yang kat tangan dia tu then api tu akan marak ke atas. haaa... korang paham ke ayat tu. kira paham lah yer. sanggup ke korang nak telan minyak tanah... dia siap offer kat orang yang ada kat situ sape nak try. hiiiii......
ni lamb cop. inna punya main course. kurenggg sebab masin. klu tak masin mesti sedap. daging dia lembut gile. tak payah nak bersusah payah potong. mashed potato dia tu memang layan lah...
kenyang perut.
saje letak gambar orang api api ni selang seli ngan makanan. nak sama jugak ngan situasi kami masa makan tu. sambil makan sambil tengok performance. hehehe....
yang ni pulak yayan punya main course. fettucini carbonara. yang ni memang maveles. creamy sangat. tapi sebab dah ceduk sana sikit ceduk sini sikit perut dah membuntal. kalau ikut hati nak je makan banyak banyak tapi ada pulak yang muntah kat situ nanti. ditambah lagi ngan keseksian orang api api tu kan. uwekkk!!!
tuan tanah sedang menghirup ice lemon tea sambil nonton bola tanpa perasaan. bagus kan fiza. clapclapclap.... makan makanan berlemak tinggi pastu minum air sejuk. semua membeku dalam usus tu. pastu kata nak diet. memanglah... diet yang hampeh...
sebab apa gambar berbelang... ntah. lepas dah kenyang maka bergerak lah kami ke destinasi seterusnya. mana???
pegi karok.
unplanned pon. last minute punya....
quality hotel sana dituju. memula tak mo pegi biarla inna n yayan je yang pegi tapi terjebak jugak.
pegi kat kaunter karok tu dia kata tempat penuh plk kena tunggu sampai pkl 11. tunggu lah jugak sebab tak lama mana pon.
turun g lobby hotel bersantai2.
mintak wifi kod kat front desk dia.
kedekut...tak bagi sampai sudah sebab dia kata tak booking bilik.
tak heran pon. tak bagi sudah.
ramai rupanya orang pegi melalak kat sini malam minggu.
masa nak tunggu turn dapat bilik tu ada minah ni dok cakap kat bf dia orang pakai tudung pon masuk pusat karaoke ke.
dia bajet ku tak dengar kot. tapi telinga ku di service hari hari lah...
suka hati kami lah... bukan kami pegi karok kat tempat yang bukan bukan pon. ni kat hotel maa...
ada ku kesah. lantakkan. janji hati senang dapat nyanyi tanpa gangguan + mana ada orang lelaki pon dalam bilik karok kami tu. only 3 of us.