Followers

Monday, January 31, 2011

see u in court

korang pernah masuk court tak. tak kisah lah on what reason pon. keje kat situ ke saja buat lawatan sekolah ke kena judge ke. tak kisah la memana pon... ada penah???
ku tak penah weh. ni 1st time pegi court.

kecut perot. memacan feeling ada. yang iye2 nya takut lah. nak2 pulak pegi time orang len takde. sunyi jek. dapat masuk dalam bilik judgement tu lagi lah takut. nape eh??? bukan ku ada wat salah pon tapi kenapa takut. naseb ku masuk mahkamah sivil bukan mahkamah jenayah...

ni ke pesalah yang kena bicara tu???
bukan... ini lah diriku. keterujaan dapat masuk court (mintak dijauhkan dari kena judge).
actually sesaje pegi court teman member yang keje sini kena amik fail kat opis dia.
hari senin ada kes penting tapi bole plk fail tinggal. yenna dei betoi.



dah alang2 dapat masuk sini amik la gambar.
kalau pegi hari biasa mesti tak dapatnya nak amik gambar macam ni. ye lah mesti malu kat org lain. kalau hari biasa kan ramai orang as my member tu cakap sehari mau 50 kes diperdengarkan... manyak nye orang buat salah. tu sehari kalau sebulan dah berapa. cer cer korang darab sendiri.



belakang tu tempat hakim duduk. ku carik jugak penukul nya mana. tapi tak jumpa.



settle di court ni terus mau cari makan. lapar weh... semalam kan sehari suntuk hujan turun. bila sejuk perut pon asik lapar jek mintak diisi. ke seksyen 2 kita pekena abc freedo. heaven oh dapat makan abc ni setelah sekian lama hasrat terpendam walaupon hujan mencurah2.

Saturday, January 29, 2011

bicara rohani

sesekali titik titik hitam kat hati ni kena dibersihkan bukan....
salah satu caranya yang ku tahu dengar ceramah or attend majlis ilmu.
itu pon cara yang paling mudah.

so semalam ku ke kkm untuk dengar ceramah bicara rohani dari ustaz shahrizan daud.
ala yang glemer dalam program imam muda kat astro.
tajuk ceramah kenali diri, tahu potensi, tingkat integriti.
for me isi kandungan ceramah nya sikit jek compare ngan masa 2 jam yang diberikan. yang banyak selingan & tayangan video.
but ok la kan... *sempat lagi ngutuk ko yek*



hujung hujung memang aku insap. mengalir lah jugak setitik dua titik ayor mata ni. *malu*
bukan ape cuma menginsafi kekurangan diri & ketakutan menghadapi penghidupan yang satu lagi.

gambaran datang nya hari kiamat lebih kurang macam cerita 2012 tu la kiranya.
takut kan... masa tengok dulu tak rasa takut camni but bila ustaz ckp hari kiamat tu nnti musnah segalanya macam dalam film ni tetiba takut. kalau begitu lebih selamat kalau mati dulu sebelum hari kiamat kan. tapi tak ready lagi. huhuhu....

actually ku memang lama dah simpan satu keratan article ni.
tak ingat copy dari mana. isi kandungan adalah berkaitan tanda kematian orang islam.

kandungannya...

100 hari sebelum
seluruh tubuh iatu dari hujung rambut hingga hujung kaki akan merasa getaran seakan menggigil. memang jarang orang menyedari. kalau rasa mesti ingat tak sedap badan or demam thats why menggigil.

40 hari sebelum
akan berlaku sesudah waktu asar. bahagian pusat kita akan berdenyut denyut.
sebab berdenyut, daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yg letaknya di Arash Allah SWT. daun yang gugur tadi akan dikutip oleh malaikat maut.

7 hari sebelum
tanda bagi mereka diuji dengan musibah kesakitan.
tiba tiba jadi berselera setelah sekian lama tidak berselera.

3 hari sebelum
akan terasa denyutan diantara dahi kiri dan kanan. kalau agak2 terasa denyutan ini puasa lah bagi mengurang kan najis dalam perut & memudahkan orang menguruskan jenazah kita nanti. *takot lah weh*.
mata hitam tidak akan bersinar, hidung perlahan lahan jatuh, telinganya layu & telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan2 jatuh ke depan (sukar ditegakkan).
-rasanya arwah abahku dulu yang part kaki & hidung tu memang ku perasan tapi ofkos lah menidakkan sebab nak sedapkan hati. Al-Fatihah untuk abah.

1 hari sebelum
sesudah waktu asar kita merasakan 1 denyutan di sebelah belakang di kawasan ubun2 yang menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu asar keesokan hari.

tanda akhir
satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan naik ke bahagian halkum. pada bila bila masa malaikat maut akan datang untuk mengambil nyawa kita.

semua umat Islam akan diberikan tanda2 seperti ni. yang bezanya sama ada kita sedar atau tidak. ni just info for those yang membacanya. nak sharekan ngan korang + sebagai simpanan diri sendiri. hard copy yang kus impan ni nak lunyai dah. kertasnya pon dah lembik gila... so kalau terkoyak terhilang ke bole la carik kat sini yek.

p/s : renung2 kan & selamat beramal.






Wednesday, January 26, 2011

flashback : team building 2009 (part 4)

second day bangun pepagi buta terus siap nak ke jungle tracking. punyalah excited masa tu. lama takde aktiviti macam ni. pergi ke tempat nak masuk hutan tu naik van kaler pink yang biasa ada kat pangkor tu.



memang this time rasa macam bebudak sekolah. sebelum masuk hutan kena warming up dulu. senam senam and buat poco poco jugak. berpeluh jugak lah ketiak. belum masuk utan lagi nih...



lepas senam ringan ringan tu baru breakfast. ade ke patut kan...
berat lah nanti nak bawak perut masuk hutan.



ada komandor mana ntah yang bawak tunjuk jalan pada kami. mungkin orang tempatan situ kot. and ada lah jugak assistant dia 2 3 orang termasuk perempuan. mana lah tau kan kot2 ada antara kitorang yang pengsan pulak nanti.



but kitorang memang terror. semua steady jek.
cc kitorang jek yang agak keletihan sampai bukak tudung terus.
mencabar jugak redah hutan simpan ni. ada anak sungai cerun yang curam batu yang licin semua ada. jumpa kala jengking besar jugak. mujur komandor kitorang tu terror so takde lah sesape pon yang terpijak. kalau idak.... hmmmm ntahla.



matahari dah mencanak atas kepala pon tak sampai sampai. jauh betul la. masa pergi ni kalau tak kelupaan lagi kami dibekalkan ngan air mineral and epal sebijik jer. memang lapar tahap gaban dah masa ni.



setelah bersusah payah meredah hutan simpan ni sampai lah kat port memula tadi. yang kami dok senam tu. terus tuju tempat makan lah. perut dah berlagu riang.
sampai kat tempat makan dekrang kecoh lak sebab ada pacat ikut balik sekali. ada yang dah kembung macam ikan buntal pon. geliiiiiii. nasib ku takde kena gigit pacat.



perut dah kenyang nak balik chalet lah pulak nak rehat2. sekali kena balik jalan kaki daaaa.
adoiii dah lah penat ni tapi nak buat camno jalan lah jugak dengan panas teriknya... burn lah kulit jawabnya...



sampai bilik pon tak boleh rest lelama sebab petang tu ada aktiviti yang lagi bestttttt!!!

flashback : team building 2009 (part 3)


setelah kekenyangan tanpa perlu mandi n yang tak best nya tanpa perlu rehat terus masuk kelas. ingatkan dapat la relax2... idoknya.
biasalah kalau kursus ada ice breaking segala tu. disebabkan kami ni memang dah kenal satu sama lain so fasi tu tukar la sikit macam apa vision + mission kami keje kat kewangan & so on.
lawak lawak tu semua ada lah kami kan weng.



hilang lah letih sekejap dapat duduk dalam kelas ni. tapi dewan ni tak best lah... naseb tak banyak aktiviti indoor. mostly outdoor. so lantak kan je lah.



lama jugak our fasi tu buat 1st class ni.
tengok muka memasing sume dah berminyak keletihan.



settle sessi pecah ais tu dapat baju dapat kunci bilik terus chaloo la mau landing. penat dah dari petang ke malam tak rest.

Tuesday, January 25, 2011

flashback : team building 2009 (part 2)

dah nak magrib baru sampai kat jeti nak ke pulau pangkor... jeti lumut eh. ntah. ku pon dah lupa. ni semua company outsource tu punya pasal lah. bas dia lambat sampai untuk bertolak... alasan standard jem. perut memang sangat lapar time ni. last meal masa lunch tadi jek maunya tak lapar.



tunggu nak naik feri ke pulau pangkor pon berjanggut sebabnya we all in group so ramai. feri lak banyak yang dah penuh dah malam katanya kan. so kena lah tunggu yang lain. almost 8 pm baru gerak ke pulau pangkor. ambik masa dalam 20 mnts jugak nak sampai ke sana.
best jugak yek naik feri memalam ni. berangin jek... tapi tak nampak apo lah. nampak lampu je.

bila dah sampai satu hal lagi nak tunggu transport ke chalet. kitorang kan ramai so kena ambik 2 van and ada jugak tambah kereta kot.
perut dah nyanyi lagu rock mintak diisi.





sampai je kat chalet tu makan lah ape lagi.
semua pon nampak kebulur. tak pikir dah nak check in dulu.
makanan pon not bad kat sini ke sebab lapar tahap kebulur ek tak sedap pon jadik sedap.





1st dinner tu ada ikan keli goreng berlada...
ada jugak yek ingatkan bila kat pulau makan seafood je.

Monday, January 24, 2011

flashback : team building 2009 (part 1)

oleh kerana this year ada lagi team building untuk we all kat unit kewangan ni so ku nak flashback balik kenangan team building kitorang past 2 years. memang best sangat dapat seunit dengan mereka mereka yang otak ala ala weng ni. baik yang usia emas yang usia pertengahan n yang muda remaja macam kami ni sama jek weng nya. adalah jugak 2 3 orang yang kureeeeeeeng tu kan. biasalah... mana mana pon mesti ada se dua kerat yang spesis kayak gini kan. matiklah kalau dekrang baca n terasa lak. ampun yek... hopefully yang this year more happening. yang penting korang memang best!!!.

2009 punya team building ni buat kat pulau pangkor. itu jek yang lepas. nak pegi jauh jauh lagi tak cukup duit katanya... jadilah kan dari takde langsung. at least dapat lah jugak kami ilmu.

sebas kami dari opis. adalah jakun oke naik bas beramai ramai. mana penah lagi....
kepoh nya macam PATI nak kena anta balik negara asal. lawak betullah.



dalam our package sekali ngan OP. so kami kasi bantai lah bergambar berjuta juta. aterrr dah bayar kan. lagi pon snap gambar bukan pakai kodak pon kan. selagi boleh posing, posing jek lah. baru otw pegi jek gambar dah berkeping keping. apo nak buat dah memang sume suka bergambar... adik OP tu pon layan kan jelah.




Friday, January 21, 2011

nonton khurafat



semalam usainya ngambik telefon dari nokia care terus takde plan pape. takkan nak balik. bosan lah pulak. lenguh kaki tekan pedal minyak pon tak hilang lagi. tetiba *pling*... layan muvi best jugak ni. lagi pon masih awal lagi mesti orang tak ramai q beli tiket...
naiklah ke tgv tinjau tinjau apa muvi mau dinonton. padahal dalam kepala memang dah set nak nonton khurafat. tengok tengok khurafat paling awal pon yang masih available 12.45pm. tengok jam baru 11.15am camtu. pikir punya pikir tak kesahlah. so up lah tiket nonton wayang khurafat...
sementara tunggu time nak masuk cinema tu gi lah jenjalan dulu. mak aih ramainya orang pegi shopping cny kot... so nak shopping rasa cam tak best. pusing pusing sampai time masuk cinema berbekalkan popcorn. hehehe...
memula rasa cam ok nak nonton muvi takut camni. sekali baru start dah meremang bulu roma da. dengar orang sebelah ku cakap menyesal tengok cite ni. aik awal awal dah nyesal ke. terus jump to conclusion yek. takpe takpe ku steady lagi. terkejut sikit baru. tapi makin lama makin rasa letih sebab kita dalam keadaan berjaga2 bila nak kuar hantu. hahaha...tengok jam lama lagi nak habes...rasa macam baru lepas marathon ni. termengah mengah dah...
pape pon it was a good muvi which has a good storyline. sound department dia tu yang buat this film jadi horror. memang sound effect tu penting kan.

film ni memang takoooooooot. sape yang gi tengok tapi kata tak takut ku tabik spring. *toing toing*.



Wednesday, January 19, 2011

talam 2 muka betoi!!!

uishhh... hati tengah membengkak nih.

benci n marah yang meluap2 ngan orang yang spesis talam 2 muka. baru je dapat tau nih. tu pon secara accidently pergi terjah terjah. tak sangka betol...
kalau kau dah tak suka cakap je lah tak suka buat pa nak pura pura kata best ke apa. kalau terpaksa buat macam tu sebab nak jaga hati or nakkan perhatian tak payahla... lupakan. sebab end up bila dah tau sendiri macam ni lagi ku sakiiiiiiiiiiiiit hati. ku tau dalam pada tak best tak suka tu ada certain things yang kau suka tapi ego... pelisss la.

kau datang tak diundang pergi pon tak dihalau. kau ingat ku suka kau hadir dalam hidupku???. so pepandai lah pada yang berkenaan tu yer. awassss.......

Tuesday, January 18, 2011

adilnya dijadikan lelaki & perempuan

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ram adha n
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. .supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Hikmah sujud -
Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan
lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan
sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara
automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah
berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah
kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke
otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

D ari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa

AMIN.

Surah Al-Munaafiquun :
Ayat : 9
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi.
Ayat : 11
Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.

Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT , ia adalah WAJIB :
Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan!
Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?
Meninggalkan solat Isya' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya.
Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).
Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka.
Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.
Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja.....
Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...
Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam.
Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush) sama saja.
Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.


Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan saya yang nyata. en3 ini sekadar renungan & mengingati sesama kita.



Friday, January 14, 2011

tupperware comel



thanx yer ayuoyieyuna pos kan tupperware somel somel ni. cute sangat.
masa dia buat entry past 2 days tu cuak jugak bila ayu ckp despatch tu baling je bungkusan yang dia nak kirimkan ni. hehehe...
alhamdulillah sampai dengan selamat tanpa cacat cela.
mujur tak pecah kan ayu.
hari ni dah guna buat tapau breakfast.
semangat memasak spaghetti bolognese pagi tadi sebab nak guna tupperware baru.
yang bekas air tu buat isi teh o.

Wednesday, January 12, 2011

obvious differences between male & female


actually ku dapat info ni dari magazine REMAJA (baca REMAJA lagi even umur kau dah dot dot fiza) hehehe... kalau tak silap bulan december last year. masa baca article tu senyum2 sebab most yang dilistkan tu kena pada diri sendirik. bukan most semua sekali kot.

yang ku letak bawah ni yang ingat je lah ek... banyak article tu listkan. kalau korang nak tau carilah balik yek REMAJA bulan december 2010.

1) lelaki mempunyai paling paling pon 5 barang je dalam bilir air. berus gigi, pencukur misai janggut, krim pencukur, sabun & ubat gigi. perempuan pulak hampair menjangkau 300++ set barang untuk bilik air. ape ek yang sampai 300 tu...

2) perempuan amat merisaukan masa depannya sehinggalah dapat berkahwin. maksudnya sehingga mendapat seorang suami yang boleh menjaganya. lelaki tak pernah risau masa depannya sehinggalah mereka mendapat seorang isteri. bila dah kawin baru lah sang lelaki ni membuat plan untuk masa depannya... betulkah wahai lelaki lelaki?.

3) seorang lelaki yang berjaya, dapat membuat duit untuk dibelanjakan oleh isterinya. manakala seorang perempuan yang berjaya apabila mendapat lelaki seperti itu. yang ni i like!!!. hahaha....

4) perempuan apabila berkahwin dia akan mengharapkan lelaki itu berubah kat part2 or perangai yang tak disukainya tapi mano ada berubahnya. lelaki pulak kalau berkahwin mengharapkan perempuan itu akan kekal tapi malangnya akan berubah jugak...berubah banyak perkara salah satunya body shape kot.

5) perempuan biasanya akan mempunyai nama panggilan hampir hampir dengan nama betul. contohnya anita pangiil nita ke an ke. tapi lelaki ntah pape nama samaran dia ada. kalau nama hidayat lah contohnya. nama samaran pacat ke, pekan ke. ha cam tulah...

ni je lah yang ku ingat nya. yang ingat samar samar tu ku tak berani list kan kat sini.



Tuesday, January 11, 2011

dup dap dup dap



saat en3 ini dikarang saat paragraph ini di taip hati ku rasa berdebar... dup dap dup dap tak tau kenapa. nak buat pape pon rasa serba salah ni. pasal ape ye hatiku berdebar tanpa sebab ni. runsing la...

ya Allah ya Tuhanku, jika debaran ini adalah untuk kebaikan kau permudah kan lah segala urusan ke arah itu. namun jika debaran ini adalah untuk dugaan darimu untukku kau hindarilah diriku darinya dan tabahkan lah hatiku menempuhinya.

ya allah ya Tuhanku, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah dan aku berlindung padaMu dari kelemahan dan kemalasan dan aku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil. ameeen.




Monday, January 10, 2011

gambar aerobik

gambar gambar aerobik last week. batak sikit sebab baru join yang morning ni & yang ni last. apadaaaa. dah last baru nak join.















LinkWithin

Related Posts with Thumbnails