Followers

Saturday, April 24, 2010

mood sudah mari

lama sungguh saya peram blog ni. takde story best pon. sume berjalan macam biasa. harini (24/04/2010) saya ada jogathon kat taman metropolitan kepong. seawal pagi lagi saya dah g ofis sbb saya naik bas ofis g kepong tu. plan memula nak drive sendiri. konon2 lepas tu boleh la pegi sri gombak jumpa kengkawan lama. tapi bila pikir2 balik pas habis event mesti penat gile. so....camne nak drive balik shah alam. takkan nak tido gombak. ish ish ish.....saya pon tukar plan. naik je transport yang ofis sediakan. walaupon tak lari (ngehehehe) tapi penat jugak. sebab cuaca panas agaknya....

banyak hamper kami (kami ok not me) bawak balik. camne boleh dapat hamper2 tu RAHSIA. yang pegi je tau. hehehe. tak bole cite kat sini nanti ada pulak yang kata apa. tapi takpe jangan risau ye kengkawan sebab sume hamper2 tu saya simpan kat ofis. isnin nanti kita kenduri hamper reramai sebab hamper2 tu bolehlah tahan besarnya. sesape yang menyumbang sikit tu kami bagi hamper paling kecik. (sape makan cili dialah yg terasa pedasnya!!!!). haji & hjh bakhil sungguh.

tak sabar pulak rasanya nak g terengganu end of may ni. ni event lagi besar. hopefully available lah time tu. entry ni takdak gambar sebab sume kat op2. saya bawak cam tapi mls nak kuarkan. next entry nanti saya letak pic time jogathon ni. jumpa lagi...babai.


p/s : miss bb sya. mesti dah lain pulak muka dia sebab dah 2 minggu saya tak jumpa dia.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails