Followers

Wednesday, July 28, 2010

alhamdulillah... tercapai hajat nak makan paru goreng rangup

ni bukan imej sebenar. paru beli kat masjid ni macam ada tepung2 sikit.


alhamdulillah tercapai hajat saya hari ni nak makan paru goreng rangup yang dibeli dari kedai makan kat masjid negeri. lama tak makan nih... lupa lak nak snap gambar paru tu. mmg sedap. tak tau dia goreng camna. memang rangup. nape kalau buat kat rumah tak jadi rangup camni pon. mesti lembik even dah potong nipis. tapau je... dari dlm kete lagi dah makan paru tu ala2 macam makan kerepek. ha cam tu lah gayanya. sesampai di ofis layan lagi kasi habis terus sampai pening kepala saya ni agaknya sebab banyak sangat makan organ dalaman ni. tak bagus kan.... rasa macam nak makan lagi esok tapi esok saya ada event APC kat SUK sesubuh hari. so mana sempat nak g masjid dulu. esok kena bangun awal gile. ni yang lomah....

Tuesday, July 27, 2010

melaka again for durian n ikan bakar umbai

my 1st step kat negeri johor... syukur sampai jugak akhirnya (sila abaikan selipar burberry saya tu)

ni la dia gunung ledang


hohoho.... suka sangatkah saya pada negeri melaka. suka jugaklah pergi tempat orgkan. tukar angin. dulu penah jugak berchenta ngn org melaka tapi tak kesampaian.... ngehehe. ni rahsia sebenarnya tapi mls nak simpan2 dah. dah jadi sejarah pon kan.
pergi kursus selasa sampai kamis then balik shah alam. hari jumaat masuk office kerja macam biasa then hari sabtu pergi melaka balik. kali ni ngan kengkawan sekepala & vogue. vogue sangatkah??? dunno... biar org yang melihat yang judge.
our meeting point kat selera kampung belakang office for breakfast. saya tak mkn banyak sebab tau lakan klu dah trip mesti cari tempat makan2. aktiviti wajib tu. settle2 bfast we r heading to tangkak 1st. tapi kuar je kat tol tangkak yan telah menukar plan untuk pergi ke kaki gunung ledang. actually this is my 1st time going to johor. saya tak pernah sampai lagi. sempadan2 pon tak pernah. saya tipu.... ehehehe sebabnya saya pernah pegi wedding 1 of my fren kat nyalas which is sempadan tangkak. sori u olls. tak pernah jejak kat johor lah sempadan tu pernahlah. sesampai di kaki gunung ledang sesangat la ramai umat manusia. hari sabtu kan. so takde tempat nak dibuat port. blah je lah meneruskan misi seterusnya. yan nak cari kain langsir katanya kat town tangkak. tapi dia tak beli pon katanya harga mahal. saya tak tau sebab tak pernah beli... ntah camne kat satu kedai tu bole jumpa sorang datin ni... datin mana biarlah rahsia... borak2 ala kadar then babai. tak sangka dia pon soping kat sini jugak. ingat kan standard pergi euro moda, maya ngan gulatis jek... kira setarap je lah ngn kami2 ni.
dah penat pusing kat tangkak kitorang terus g melaka. otw to melaka singgah muar pekena mee bandung muar dulu. sangat marvellous okey. mmg sedap tak ingat lah. sampai licin saya makan kuah dia. mantoooop....teringat plk kat dalam peti sejuk kat rumah kampung ada rencah mee bandung dari muar yang belom saya buat2 lagi. dah keras mengkayu agaknya. balik kampung this week nak buat lah... tak sabar ni.

mee bandung muar yang terbaekkk....

durian tepi jalan... lo khong yang jual tu tolong snap kan gambar
ok back to our trip tu... lepas makan kat muar kitorang terus ke dataran pahlawan. sebelom sampai ke melaka tu kitorang benti tepi jalan makan doyan atas permintaan inna. layan lah doyan ni memang sedap. tapau rambutan sesiap buat buah tgn housemate saya. sampai kat melaka punyalah jam jalan sampai parking pon penuh. last2 we decided to park kat equtorial hotel. tak kisahlah janji masa tak terbazir dok pusing2 nak cari parking kosong. jalan2 dalam dataran pahlawan tu around 2 hrs then.... umbaiiiiiiiii.
ni lah tujuan utama kami2 pegi melaka sebenarnya. nak g makan kat umbai sempena nak ramadhan dah ni kan. ramai jugak orang kat sini. weekend mmg camni kot. kami order ikan siakap bakar, butter prawn, sotong goreng tepung n ketam berlada. makan sampai kekenyangan yang amat ditambah menghirup air kelapa ori. (saya adalah terbayang2 sekarang kejadian tersebut + perut berkeroncong sebab puasa nisfu syaaban harini). huhuhu..... settle makan2 balik to shah alam. harap sangat kengkawan enjoy dengan day trip kita ni.

melaka for course "nilai-nilai murni"


last week start from 20/07/10 sampai 22/07/10 saya ada course nilai-nilai murni kat straits meridian hotel, melaka macam yang saya dah sebut dalam previous entry. kursus tu so-so je... tak mencapai objektif so jangan salahkan saya klu saya tak berperangai tak seberapa nak murni. hehehe....tak lah memain jer. kan saya mmg dah murni pergi kursus ni saja nak memenuhi kouta 7 hari setahun. hohoho....

ni last day punya pic. kena nyanyi atas stage. lagu ape rahsia...


aktiviti sepanjang 3 hari hanya banyak menghabiskan masa di hotel. bukan tak sempat nak kuar tapi malas. lagi pon saya tak bawak kete. numpang officemate je. last day tu je sebelom balik sempat ikut abg malik pergi rumah in law dia (beramai-ramai okey bukan saya sorang) kat lendu. bantai sama itu buah-buahan tempatan. syok gilerrr kat tepi2 rumah ada pokok durian, langsat, cempedak, rambai, jering.... rambutan je takdak. ada tapi jauh kebelakang sikit. kutip2 durian yang jatuh malam tu terus makan... syok abesss. jolok2 langsat terus makan bawah pokok langsat tu jugak. hmmmm kat sini mana nak dapat. beli jelah jawabnya.

ni pic sepanjang kat rumah mak mertua abg malik...



Friday, July 23, 2010

penyakit apekah ini

saya selalu diserang sakit kepala yang macam mual2 nak muntah... sebab angin atau sebab lain. sekarang pon tengah rasa camtu... jangan lah berlarutan sampai esok sebab esok nak g jenjalan melaka.
biasa jadi waktu malam dan awal pagi masa bangun tidur. tak suka lah.

udah balik dari melaka, esok melaka lagi

hari ni saya udah masuk opis balik setelah 3 hari meninggalkan kerusi ku yang empuk itu...
kerja tak la banyak mana...so so je. senang lah keje saya hari ni. hehehe. bukan pe semalam dok imagine2 habislah saya kelam kelibut kerja melambak kat opis. datang2 tengok tray kosong lagi. yip yip yea la kan. sementelaah takdo keje lagi ni saya g bekfes dulu ngn my gf inna.
balik bekfes tengok takdo lagi. nak buat pe eh... update pape yang patut la kot. lama dah tak bukak fb etc... layan2 kerja pon masok. layan keje dulu... eh eh siap dah. efficient nya saya. ngehehe... sampai pening2 saya nyiapkan keje tu. saya ni tak boleh ada halangan nak bersosial nnti bikin susah hati. klu kerja banyak esok tak bole g melaka kena kerja pulak. siapkan lah sepantas kilat sabung menyabung. sekarang tgh lunch break yg panjang (jumaat katakan) tapi saya tak kuar. dok opis lagi bagus...tapi lapar...hmmm
past 3 days saya pergi kursus kat melaka. honestly...kursus tu sangat bosan. tak masuk dalam jiwa sanubari saya langsung.
ate... penceramah tu kate bila kerja kena be professional.. ape ke heynya yang dia tengah bagi talk menjawab call bukan 2 3 kali tapi berpuluh puluh kali. ke nak bgtau kami semua yang dia sangat professional sampaikan sangat ramai orang yang mencarinya walau di mana dia berada. whatever lah ye mr. penceramah kerana saya telah memberi penilaian yang sangat teruk terhadapnya. mintak mahap la yer. saya jujur...
sangat banyak menyenap pic sepanjang kat melaka tapi sume kat kamera orang lain sebab saya tertinggal kamera. apedaaa kate nak jadi blogger success tapi kamera pon bole tinggal. camno tu. bosan lah blog kalu ayat pjg berjela takdo gegambar nak tengok. iya dak???
next en3 nanti saya taruk pic banyak2 ye.

Thursday, July 15, 2010

sedikit 'angin' dengan keadaan semasa yang terpaksa dilalui

terkejut tahap gaban bila aku bukak fb tengok status member aku ni.

harga minyak, gula n gas naik.... tak tau nak start dari mana. yg penting aku tengah membara. semua nak naik. mmg naik sikit tapi sikit2 bila calculate balik kan jadi banyak.

berserah je lah. naik sikit tapi kesan nya dasyat. tengok je la nanti. sume harga barang pon naik. alasannya kos naik. nak salahkan sape. terpaksa lah menyalahkan diri sendiri....sape soh tak belaja sebijak pandai mungkin. silap2 kueh yg boleh dapat 3 utk RM1 cuma bole dapat 2 je. bijak2!!!! nak raya kan.... ni la peluang keemasan mengaut keuntungan....lumayan kan.

tu sebab la ramai gvmnt servant menghadapi keterhutangan serius. gaji ciput....belanja besar. bukan kehendak melebihi kemampuan. masaelahnya dah berjimat habis tapi mmg kena spend jugak. contohnya makpak yang ada anak sekolah. klu zaman kita dulu2 agak2 tak mampu tak payah beli buku tu pon takpe. tapi sekarang nak taknak kena beli jugak sebabnya klu tak alamatnya ketinggalan lah budak tu. apa2 pon kehidupan harus diteruskan walaupon pahit.

Wednesday, July 14, 2010

sape tak suka duit....

orang tak berapa nak waras pon tau duitkan. tak kesah la dia tau ke bape nilai duit tu. janji dia pon turut tergolong dalam golongan-golongan umat manusia yang menyukai duit. saya pon cam tu jugak. sangat la suka akan duit tapi tak materialistik terlampau. sikit2 sudah la kan.
duit bole diusahakan untuk dicari tapi masa nak carik mana. so tunggu apa lagi. janganla kita buang masa.
jom kawan-kawan ikut saya carik duit banyak2...hehehe

Tuesday, July 13, 2010

meaningnya sama storynya lebih kurang sama 'entiti'nya sama-sama seangkatan pelakunya berbeza

hahaha... emosi agak tak stabil hari ni. seusainya kerja-kerja ofis disetelkan, uish cepatnya siap keje opis saya...hehehe besala ate katenya berkaliber kan lalu memblog lah saya di pagi hari.

malam tadi walaupon telah postout di wall fb mau ketiduran & telah berbye bye air supply tapi mata ni tak mau katup sungguh2. kejap2 celik. pening kepala jadinya memaksa diri supaya tidur tapi tak bole. lalu saya pon bingkas bangun dan membuka lappy terus. apo lagi nak dibuat. saya tak suka tengok tv. nak baca novel takdo dah. semua telah dikhatamkan. bukak tenet pon macam bosan je. klu dah siang malam ngadap memanglah bosan kan. godek2....tetiba tersinggah di satu blog kawan lama saya ni. sonok jugak baca blog dia ni. macam ada satu daya tarikan. tampan menarik tertarik da boooom...lebih kurang cam tu lah.

dok baca2 ada satu en3 ni buat saya gelak guling2 yang masih undercontrol lagi lah sebab dah larut malam kan. nanti mengganggu ketiduran orang lain pulak. teringat kesah kat opis saya yang hampir sama keadaannya....kesahnya pasal parking yang bawah jajahan pihak berkuasa tempatan. klu opis saya ni MBSA la punya kawasan. di cite dulu2 la sekarang kami tak buat dah... tobat kot tak pon dah keletihan hidup dalam keadaan berjaga-jaga....hihihi

parking masuk petak yang sah cumanya tak bayar parking tu...kiranya macam parking haram jugaklah. bila orang MBSA operasi kasi round kat tempat parking maka bertempiaran lah mamat2 & minah2 opis saya keluar opis utk membayar parking. kami ada informer. sapa dia mana bole bgtau. ate udah namanya informer mestilah kasi senyap2 gitu. klu kawan saya tu opis dia bertangga so, adalah yang sampai jatuh2 tangga berlaga kepala n etc. opis saya pakai lif so tindak tanduknya adalah lambat sikit...hahaha takde la kelam kelibut sgt mcm opis kawan saya tu sbb terpaksa tunggu lif kan takkan nak terjun tingkat 10 kot.

agaknya masa dok pulun nak turun bawah bayar parking muka memasing tak bole blah merisaukan saman yang akan di selit kat wiper klu tak sempat nak masuk coin dalam mesin parking yang selalu rosak tu. sekarang kami dah insaf. dah bayar parking jika perlu. hohoho...klu informer kata harini MBSA tak operasi maka selamat lah coins dalam tabung bebear saya tu. semenjak disaman dan mendapat surat cinta merah kami jarang2 dah memarking kete secara haram. agak2nya duit bayar parking tu dia buat pe eh....hmmm

Wednesday, July 7, 2010

hati berbunga riang :)

wahai hati berbunga riang lah selalu yer....
hehehe....
tadi amoi workshop dah call. kete sudah siap. lega sikit dengar. tapi tak bole bersenang hati sangat sebelom menengok keadaan nya.
hopefully semua berkeadaan baik. baru dok bincang2 ngan inna pasal MyVi SE yang kaler pink baru kuar hari ni. hihihi. takmo tukar pon cumanya agak tertarik je. pengaruh takde kete kan camnilah.....
sudah call sama itu abang saya mau amik mlm nanti. hati gumbira pon tak bole buat keje sangat kan. cepatlah wahai petang menjelma tak sabar ni.
berlalulah penderitaan...
thanx to all yang banyak menolong semasa ketiadaan kuda berenjin saya itu.
p/s : peringatan pada diri sendiri : jangan memolow kete depan dekat sangat. itu abg ipar sudah pesan 1 tiang lampu. aiyook....kete takde sendiri susah & menyusahkan orang lain. tak ke susah namanya tu.

Monday, July 5, 2010

1st time happen.... moga2 tiada lagi

ni cite tak best.


i had an accident...huhuhu :(. it happened on sunday 27th June '10. ngam2 after i came back from kk.


insiden ni terjadi betul2 kat traffic lite sekinchan. baru jalan....suddenly saya dilanggar dari blkg n saya melanggar kereta kat depan. ni baru 3 bijik....rupanya kat depan kereta yg saya langgar tu ada lagi 2 bijik. what happen???. saya blur kejap n then br realize apa yg jadi. saya raba2 myself takde luka pape n i drove my car pegi tepi jalan. kuar kereta dengan jantung yang sangat berdebar n tangan gigil2. takut nak tengok keremukan kereta saya sebab bila tengok belakang kereta depan tu macam teruk jugak. alhamdulillah sikit je. (sikit ke? tapi saya sakit hati tengok). luckily lampu tak pecah...original maaa.


kemek sana sini je. rite after tengok part depan g tengok part belakang pulak. syukur lagi sekali tak teruk jugak. sihat walafiat lagi bumper belakang cumanya bonet tu la berkedut macam baju sutera tak iron. dalam hati berkata2 keras jugak ViVa saya ni. hehehe....


sambil2 check keremukana kereta tu saya dok call orang2 harapan malangnya bg zul takde kat rumah n ateh klu bole sampai kat tempat kejadian pon sejam lepas tu sebab dia ade kat meru. blank2.....tetiba teringat kat cik bah yang ada kat rumah mak mertua dia yang sangat dekat dengan tempat kejadian. calling2...dia angkat dengan segera (sangat bernasib baik sebab dia ni biasanya tak alert dengan hp dia). cik bah dtg tak lama lepas tu diskus2 pegi balai yang sangat dekat jugak dengan tempat kejadian. at tis time saya tak berani dah nak drive....mintak tlg kak adik ipar cik bah yg follow sekali utk drivekan pegi balai.


punyalah lama gila dok kat balai polis ni....nak buat report pon lembab. padahal ayat copy paste je dari peserta pertama accident sampai yg kelima. apadaaaaa....


bole plk sembang2 bergurau senda dengan kawan2 dia. ada member dia siap tnya tension ke kena buat report.....hello bro....takkan kena type 5 report yang sama at the same time pon bole tension. tukar nama tukar jantina tukar ic no tukar no plat kete je. settle2 buat report diskus pasal kete plk. nak drive sampai shah alam dengan keadaannya yg mcm tu??? kang tak pasal...


masuk workshop la jawabnya....besala klu exsiden cepat je 'orang2' dtg mengoffer bengkel memasing. i decided nak anta kat 1 workshop ni. kat tanjong karang. saya pon tak tau kat mana location nya. sampai hari ni pon blom siap lagi. dah seminggu lebih ni saya patah kaki patah tangan patah hati....segalanya patah lah sebab takdo kete...huhuhu :(:(. sangat susah nak pegi keje. balik ok lagi sebab bole tumpang officemate.




ni la keremukana kereta saya...huhuhu



ni kete depan yang saya terlanggar. dasyat kan. kira keras jgklah ViVa saya tu.







cepat lah siap wahai kereta ye...



Friday, July 2, 2010

mak oh~~~ mak

ni pic mak tgh drip normal saline kat HTAJ last sunday. menggeletar dari malam sebelom tu. subuh2 hari saya dah bawak. kesian tgk mak dlm keadaan camtu.

mak mak.... semenjak abah takde tak penah sihat macam dulu kala. ada je sakit pening yang melanda. sangat runsing memikirkan perkara ini. nak advise2, paksa2 banyak kali kang terasa hati pulak. susah nak cakap la...serba salah. mak saya ni tak selera nak makan. bagi lah makanan sedap camne pon yang kita rasa, dia tetap tak lalu nak telan. u all klu tengok sate tu sedap tak???. saya rasa sedap..... thats why lah sate tu one of my fav....tapi boleh tak mak tgk sate tu terus rasa nak muntah. mual katanya membayangkan makan ayam yang padat sesaje. mak saya ni memang kurang memakan makanan2 protein macam ikan, ayam or daging. suka makan sayur-sayuran je. mana badan nak dapat full khasiat. tapi mujur jugaklah nak minum susu & cereal. at least ada jugak kudrat walau tak segagah zaman muda2 dia.
oleh kerana mak saya ni penghidap diabetes yang agak serius, (dah bertahun2 inject insulin sendiri kat rumah-berani kan mak saya macam doktor dah) so klu dia tak makan makanya akan jadi hypo. bila hypo mak akan pengsan atau mamai yang mmg tak boleh igt apa. macam orang lalok tu lah lebih kurangnya. bila jadi camni ofkos lah sangat bahaya. sebarang kemungkinan boleh jadi. bayangkan klu takde org kat rumah, tinggal mak sorang2 sape yang nak tolong time mak pengsan tu. aishhhhh....susah hati susah hati. untuk menyedarkan mak balik kena bagi bacaan gula naik. nak bagi naik tu yang mencabar sikit...nak kena bagi minum air gula time mak tengah pengsan. bayangkan camne.....klu kat hospital bole jugak drip kan....
so caranya masukkan air gula tu dalam mulut mak then kasi mak tersedak. biar mak telan air gula tu. tapi bukan sekali suap dah bole sedar. kurang2 separuh cawan baru sedar tu pon tak berapa nak stabil lagi. buat camtu sampai mak nampak ok or bacaan gula tu naik (kami ada mesin cek darah kat rumah, so sngla nak check).
bila dah makan ubat banyak sangat + tempoh makan ubat tu dah lama macam2 lah effect dia. buah pinggang & jantung lah suspect utama....kehkehkeh.
jantung tu tak serius langsung. tapi kat buah pinggang tu ada rosak sikit sebelah. mintak2 jangan la jadi lagi teruk. tu yang membuatkan mak asik tak berapa nak sihat je.
batuk pon berpanjangan. macam2 ubat dah bagi tapi batuk still tak ok2. dah request pada doc utk buat saringan. takut la kan kot2 ada yang serius. tak sure doc dah buat ke blom sebab selalunya mak g checkup my eldest brother yang bawakkan (sungguh besar pengorbana abg sulung saya ni-mmg tak terbalas budi dia).
skrg ni tgh pikir2 macam mana mak bila bulan puasa nanti. pakar pembangunan kesihatan keluarga (mch) kat kk sg besar tu dah cakap klu banyak gerak mmg mak tak larat nak puasa. klu puasa jadi hypo lah. so camne tu....klu puasa sape nak masakkan tuk berbuka nanti....haishhhh susahnya lah hati...
semoga keajaiban itu berlaku n mak kembali sihat walafiat macam dulu2.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails