Followers

Monday, June 27, 2011

menghampiri Ramadhan

semakin hampir ke bulan yang penuh keberkatan semakin sebak dan sayu hati ni. sayu bila mengenangkan Ramadhan yang bakal menjelma ini adalah Ramadhan ke-2 tanpa abah. dan semestinya berturutan hingga Syawal ke-2 juga tanpa abah bersama-sama menyambutnya.
sudah ketentuanNya segala yang dipinjamkan pasti dikembalikan semula. kita sebagai hambaNya tidak layak untuk menghalang segala qada' dan qadar.

kerinduan yang tak pernah terubat semenjak hari pertama kehilangan abah satu setengah tahun yang lalu. segalanya berlaku sebelum kami bersedia untuk kehilangan beliau. mana-mana orang pon macam tu rasanya. jika diberi pilihan mesti semua orang mahu orang-orang kesayangan terus berada di sisi sampai bila-bila. tak mahu kehilangan walau seorang pon dari mereka. itu semua kuasa Tuhan. setiap yang hidup pasti akan kembali padaNya. kita juga cuma masanya tidak diketahui. nyawa itu hanya pinjaman. pinjaman yang harus dipulangkan...

Kenangan Ramadhan bersama abah...
banyak sangat dan yang pasti sentiasa dalam ingatan. pagi pertama bersahur seolah-olah daging masak merah dah menjadi menu wajib kami. setiap tahun bila tibanya Ramadhan memang menu ni yang jadi pilihan disamping lauk-pauk lain. murtabak, kuih buah melaka, puding karamel, lemang memang jadi kegemaran abah untuk berbuka.
waktu bersahur memang duty abah kejutkan aku. kalau terjaga awal sekali pon memang tunggu sampai abah call suruh bangun baru bangun. haish... banyak lagi lah kenangan. malas nak ingat sangat. sebab bila meningatkan tu jadi kurang bersemangat nak sambut Ramadhan.

semoga roh & jasad abah tenang di sana. ameen.


Saturday, June 25, 2011

exercise hari sabtu

ku baru balik dari berexcercise u olls...
semangat bangun pepagi menuju ke Taman Pertanian Shah Alam.
sebelum ni pernah pergi tapi zaman dolu-dolu lah kan.
masa zaman kanak-kanak ribena.
padahal duduk dekat jek.
org kata kalau nak pegi tu anytime.
punyalah dah 5 tahun 4 bulan stay kat Shah Alam baru hari ni menjejakkan kaki semula.
seronok rupanya.
sebelum datang dok imagine orang tak ramai.
sekali baru sampai kat tempat parking kete dah banyak.
masa sampai tu kurang lebih pukul 8 pagi.
officemate ku cakap ni untung weekend biasa je
kalau kena weekend yang school holiday lagi ramai orang.
mak aihhhh.

apa aktiviti yang dilakukan???
naik basikal. ngeh ngeh ngeh.
bukan naik basikal pree tau. berbayor.
kalau kat kampung beskal terbiar jek takde perasaan nak kayuh pon.
sejam pertama RM 5. setiap jam berikutnya tambah singgit.
tapi nak menghabiskan sejam tu letih kau.
kat sini bukan jalan rata. bukit adalah membanyak ye.
hazab lah bila nak berkayuh time naik bukit tu.
time turun bukit syokla. laju jek menurun ditambah dengan angin yang sejuk. best!.
time naik bukit tu rasa nak turun je dari beskal. nak jalan je sambil menyorong beskal.
tapi malu lah u olls. nampak sangat jarang bersukaan. nampak nau lah tak kuat staminanya.
tak larat tak larat pon kayuh lah jugak kenn.

rasa nak repeat jek lagi. tunggu ada waktu free bole pegi lagi.

Friday, June 24, 2011

makan-makan sebelum Ramadhan


tengok... baru sebut kan kat last entry. dah start buat makan-makan kat opis ku ni. nampaknya pas ni berderet-deret lah jadual makan-makan without fail.



ni abc semalam tapi baru makan hari ni. sebab nya makanan adalah membanyak. tak larat dah nak habiskan. sudahnya simpan dalam ice box lunch time tadi baru makan. dah keras beku macam kayu. patutnya kuarkan sesipa pepagi tadi.



menu semalam start dari pagi hingga ke petang. pagi kak ros masakkan nasik goreng. ku goreng ikan masin lala bagi. rina bawak sambal bilis. ada kuih muih + keropok ikan jugak. tengahari ada sate ayam + daging + nasi himpit + abc tu lah. pastu sambung pulak ada kuwytiaw + telur mata + sambal. banyak bukan... heavy pulak tu. nasib lah perut penat nak proses.

next week and next next week ada banyak lagi aktiviti makan-makan yang bakal berlangsung. nak hupdate ke tak ye dalam blog. rasa malu pulak bila asik makan je keje.





Monday, June 20, 2011

semua pon nak buat sebelum Ramadhan

korang ada perasaan macam ni tak?
apa-apa nak makan semua sebelum Ramadhan,
nak pergi holiday sebelum Ramadhan,
nak pergi shopping sebelum Ramadhan,
nak buat event pape sebelum Ramadhan.

ada tak? ke aku sorang jek yang macam tu.
sampaikan everyweekend memang jadual dah pack dengan aktiviti.
kalau boleh semuanya nak buat sebelum Ramadhan ni.
tahun ni kira ok banyak dari tahun-tahun lepas.
siap dah buat list everyday nak pegi makan kat mana nak makan apa.
memang hari2 full dengan aktiviti makan-makan.
macam lah bulan Ramadhan tak boleh makan langsung kan.
padahal bulan Ramadhan tu lah senang nak carik makanan yang susah nak jumpa.

tu bab makan. pasal pergi jenjalan pon macam tu jugak.
sebelum puasa ni banyak lah plan nak pergi sana sini.
macam lah selepas puasa nanti tak boleh pergi jalan dah.
pelik.....padahal sebelum-sebelum ni pon dah pegi tempat-tempat tu jugak.
nak jugak repeat sebelum Ramadhan.

tang shopping usah cakaplah.
kekonon pergi sebelum Ramadhan tak nak buat kerja last seminit.
nak shopping raya awal-awal. tak nak bersesak-sesak.
maka shopping lah sebelum Ramadhan. complete lah ni.
ada baju raya berpasang-pasang, kasut raya, sandal raya.
pendek kata semuanya untuk celebrate raya nanti lah.
dari hujung rambut hingga hujung kaki dah beli sebelum Ramadhan.
hujung-hujung apa jadi... semuanya pakai dulu sebelum raya.
alasan... tak boleh tahan tengok jek.
alih-alih bulan Ramadhan nanti shopping lagi sekali untuk raya.
kesimpulan nya sebelum sampai raya selagi terdaya shopping raya...shoppinglah.
masak elah nya sekarang ada jek benda yang rasa nak kena beli untuk raya.
haish pelik... pelik.


Monday, June 13, 2011

ex-housemate's wedding



semalam me dan 3 orang lagi housemate pegi wedding ex housemate kami ni kat padang jawa. actually ni husband nya punya side. yang belah bride tak pergi. memang memula dah pasang niat nak pegi. dah well plan ngan 3 housemate yang lain tu jugak. tapi hujung hujung tak jadi sebabnya me clash ngan kenduri tahlil 40 hari arwah abang ipar. yang kak jue tak pergi sebab husband nya ada program. alih alih memang semua tak pergi. so disebabkan rasa bersalah tak dapat pergi yang side dia kat Kajang tu we all pergilah yang groom side.

makanan adalah melazat. ada pulak sambal goreng jawa tu. memang kenalah ngan selera. tu memang lauk kenduri feveret ku. amik lauk tu banyak. makan sampai kenyang sambal goreng tu sahaja. nasik tak layan. sudahnya kenyang sekejap jek...ada jugak kuih koci kegemaran jugak. jangan gelak ye memang macam aunty2 jek suka makan kuih ni tapi pedulik hapa... sedap weh. ada dadih pon tak layan dah.

Selamat pengantin baru izan n acid. semoga kekal sehingga ke akhir hayat.

Thursday, June 9, 2011

exam yang tak sudah

yesterday, me pergi amik exam lagi. again!!!
macam dah masuk dalam list of the year jek.
every year dok ulang exam yang sama. lagi lagi exam BITK ni.
nak kata soklan susah tak jugak.
rasa macam boleh jawab jek. tapi masak elah nya nape lah asik fail je.
tensi tau dak time dapat slip result tu.
ntah macam mana kriteria yang membolehkan lulus tu.
ke kena dapat full mark baru kira lulus.
kira kalau salah satu jawapan pon kira fail lah tu yek.
ntah ler wallahu'alam....
semoga tahun ni ada 1 keajaiban berlaku.

miracle...miracle...miracle.

biasakan yang betul... betulkan yang biasa

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan...

Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam.

Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!", jika saya angkat

kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata...

"Baik sekarang perhatikan.

Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat

kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Guru tersenyum kepada anak muridnya.

"Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain."

"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanyaGuru kepada anak muridnya.

"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya......

"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet.. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .."Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan.

..Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.

Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita.

Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka.... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh-musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?"

tanya murid- murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."

"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."

p/s : renungan untuk diri sendiri jugak.

Friday, June 3, 2011

senyum sorang-sorang tengok Nora Elena semalam



sekarang ni tiap hari isnin sampai khamis mesti buat kerja laju-laju sebab kalau boleh nak balik awal. nak balik sebelom pukul 7pm. sebabnya nak nonton drama Nora Elena...
manyak syok la cerita ni. kalau terlepas 5 minit pon rasa ruginyaaaaaaaa. hah sampai begitu kan.
rasanya ramai gila orang dok syokkan tengok cite ni sekarang.

episod yang semalam best. diorang tengah melalui saat2 bahagia. gitu...
tengok aaron aziz kat tibi me pulak yang syok sendiri depan tibi. dok imagine kalau lah dapat yang lomantik macam tu kan. hahaha....berangan free jek kan.

banyak nau aksi2 lomantik dalam episod semalam.
yang part nora kelaparan makan coklat tak sedap tetiba makanan sampai kat bilik terus. confirm2 lah kan seth tan tu yg order kan. siap nak suapkan lagi tu.
yang part kekonon seth telupa belikan bunga end up bukak bonet selambak bunga....
banyak betul surprise si seth tuh....

yang kesian nya si PA seth tu. carik pasal nama nya tu. kau dah suka kat seth tu nape dulu api-apikan si nora ngan eid tu. bila diorang putus mestilah seth tu tackle nora. tak paham betul...

tak sabar nak tunggu isnin next week. nape tak siarkan 7hari seminggu jek cerita tu. tak sabar...


Wednesday, June 1, 2011

1st Jun already!!!

wah... cepatnya masa bergerak. sedar tak sedar dah bulan Jun. takot lah weh. rasa macam baru tanam azam awal tahun 2011 hari tu. tetiba dah nak setengah tahun. belom sempat pon nak buat review sama ada dah tercapai or belom azam tu.

for today, me organize 1 course kat office ni. bertajuk penulisan rasmi including surat memo and etc etc... actually tersilap pilih tarikh. supposely 1st & 2nd day every month me tak bole diganggu. dah dikongkong oleh gaji sambilan. but... but sendiri yang mengganggu. tak ingat dowh. tak pasal menyerabutkan dirik sendirik. yang bagi talk tu pulak penceramah dari Dewan Bahasa & Pustaka. nak pospon tarikh tak sedap pulak kan. so go on je lah....

wish me success eh for these 2 days course and also for my 'gaji sambilan'. uwaaaaaaaaa....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails