Followers

Monday, June 27, 2011

menghampiri Ramadhan

semakin hampir ke bulan yang penuh keberkatan semakin sebak dan sayu hati ni. sayu bila mengenangkan Ramadhan yang bakal menjelma ini adalah Ramadhan ke-2 tanpa abah. dan semestinya berturutan hingga Syawal ke-2 juga tanpa abah bersama-sama menyambutnya.
sudah ketentuanNya segala yang dipinjamkan pasti dikembalikan semula. kita sebagai hambaNya tidak layak untuk menghalang segala qada' dan qadar.

kerinduan yang tak pernah terubat semenjak hari pertama kehilangan abah satu setengah tahun yang lalu. segalanya berlaku sebelum kami bersedia untuk kehilangan beliau. mana-mana orang pon macam tu rasanya. jika diberi pilihan mesti semua orang mahu orang-orang kesayangan terus berada di sisi sampai bila-bila. tak mahu kehilangan walau seorang pon dari mereka. itu semua kuasa Tuhan. setiap yang hidup pasti akan kembali padaNya. kita juga cuma masanya tidak diketahui. nyawa itu hanya pinjaman. pinjaman yang harus dipulangkan...

Kenangan Ramadhan bersama abah...
banyak sangat dan yang pasti sentiasa dalam ingatan. pagi pertama bersahur seolah-olah daging masak merah dah menjadi menu wajib kami. setiap tahun bila tibanya Ramadhan memang menu ni yang jadi pilihan disamping lauk-pauk lain. murtabak, kuih buah melaka, puding karamel, lemang memang jadi kegemaran abah untuk berbuka.
waktu bersahur memang duty abah kejutkan aku. kalau terjaga awal sekali pon memang tunggu sampai abah call suruh bangun baru bangun. haish... banyak lagi lah kenangan. malas nak ingat sangat. sebab bila meningatkan tu jadi kurang bersemangat nak sambut Ramadhan.

semoga roh & jasad abah tenang di sana. ameen.


4 comments:

  1. Sis kena sentiasa mendoakan abah sis .. Doakan agar dia dikalangan orng2 yg beriman... begitu jg mil ..bila nak ramadhan dan raya je .. teringat mak .. sebab sebelum dia tiada .. memang rasa seronok yang teramat menyambut ramadhan dan syawal bersama-sama ..kini pun tinggal kenangan .. mgkin kali ni bnyak berbuka puasa dengan s*g dn famili pda weekend ..

    ReplyDelete
  2. tq jamil for d advice... memang tengah cuba mengumpul kekuatan demi mak akak. kalau anak2 sedih mak lagi lah sedih kan. kehilangan separuh nyawanya. s*g tu stand for what jamil. :)

    ReplyDelete
  3. s*g sbnarnya syg (secret saya ) hehe ...

    ReplyDelete
  4. hahah jemmil ni ade2 je lah. nak secret ape mende nya lagi mil. dah terang lagi bersuluh kenn.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails