Followers

Monday, June 20, 2011

semua pon nak buat sebelum Ramadhan

korang ada perasaan macam ni tak?
apa-apa nak makan semua sebelum Ramadhan,
nak pergi holiday sebelum Ramadhan,
nak pergi shopping sebelum Ramadhan,
nak buat event pape sebelum Ramadhan.

ada tak? ke aku sorang jek yang macam tu.
sampaikan everyweekend memang jadual dah pack dengan aktiviti.
kalau boleh semuanya nak buat sebelum Ramadhan ni.
tahun ni kira ok banyak dari tahun-tahun lepas.
siap dah buat list everyday nak pegi makan kat mana nak makan apa.
memang hari2 full dengan aktiviti makan-makan.
macam lah bulan Ramadhan tak boleh makan langsung kan.
padahal bulan Ramadhan tu lah senang nak carik makanan yang susah nak jumpa.

tu bab makan. pasal pergi jenjalan pon macam tu jugak.
sebelum puasa ni banyak lah plan nak pergi sana sini.
macam lah selepas puasa nanti tak boleh pergi jalan dah.
pelik.....padahal sebelum-sebelum ni pon dah pegi tempat-tempat tu jugak.
nak jugak repeat sebelum Ramadhan.

tang shopping usah cakaplah.
kekonon pergi sebelum Ramadhan tak nak buat kerja last seminit.
nak shopping raya awal-awal. tak nak bersesak-sesak.
maka shopping lah sebelum Ramadhan. complete lah ni.
ada baju raya berpasang-pasang, kasut raya, sandal raya.
pendek kata semuanya untuk celebrate raya nanti lah.
dari hujung rambut hingga hujung kaki dah beli sebelum Ramadhan.
hujung-hujung apa jadi... semuanya pakai dulu sebelum raya.
alasan... tak boleh tahan tengok jek.
alih-alih bulan Ramadhan nanti shopping lagi sekali untuk raya.
kesimpulan nya sebelum sampai raya selagi terdaya shopping raya...shoppinglah.
masak elah nya sekarang ada jek benda yang rasa nak kena beli untuk raya.
haish pelik... pelik.


8 comments:

  1. pelik...pelik...macam la makan sebelum ramadahn tu boleh buat kenyang smpai ujung tahun...he2.. apa kata tak payah pk pasal ramadhan tu...sebab selagi ada nafsu, sama je bulan apa pun..haha

    ReplyDelete
  2. betul.. sangat setuju.. smpaikan nak ganti puasa pun sebelum ramadhan.. last minit.. ngeh ngeh ngeh..

    ReplyDelete
  3. kak pida : same jek kan. yang membezakan nya puasa ngan tak puasa je.

    ReplyDelete
  4. mekchu : aah. amik berkat puasa ganti di bulan rejab & sya'ban. hehehe...

    ReplyDelete
  5. xpelik..saya pon ade jugak terpikir camtuh..nak g kl sebelum pose..shoping moping kat saner...hahahahha

    ReplyDelete
  6. itulah pasal. saya siap apply cuti next week semata2 nak pegi jalan TAR bershopping raya. sakan kan... apa yang penting sebelum puasa.

    ReplyDelete
  7. wah...siap cuti tuh..hahhahah...ok..slamat bercuti...saya xdpt cuti..kene g kusus kat PJ...arghh..mlsnya...

    ReplyDelete
  8. bole la tu sesambil pegi shopping raya. hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails