Followers

Friday, June 24, 2011

makan-makan sebelum Ramadhan


tengok... baru sebut kan kat last entry. dah start buat makan-makan kat opis ku ni. nampaknya pas ni berderet-deret lah jadual makan-makan without fail.



ni abc semalam tapi baru makan hari ni. sebab nya makanan adalah membanyak. tak larat dah nak habiskan. sudahnya simpan dalam ice box lunch time tadi baru makan. dah keras beku macam kayu. patutnya kuarkan sesipa pepagi tadi.



menu semalam start dari pagi hingga ke petang. pagi kak ros masakkan nasik goreng. ku goreng ikan masin lala bagi. rina bawak sambal bilis. ada kuih muih + keropok ikan jugak. tengahari ada sate ayam + daging + nasi himpit + abc tu lah. pastu sambung pulak ada kuwytiaw + telur mata + sambal. banyak bukan... heavy pulak tu. nasib lah perut penat nak proses.

next week and next next week ada banyak lagi aktiviti makan-makan yang bakal berlangsung. nak hupdate ke tak ye dalam blog. rasa malu pulak bila asik makan je keje.





2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails