Followers

Showing posts with label abah. Show all posts
Showing posts with label abah. Show all posts

Tuesday, November 1, 2011

genap 2 tahun terpisah

hari ni 5 Zulhijjah 1432 genap 2 tahun kembalinya abah ke Rahmatullah. kehilangan yang sangat kehilangan. walau terpisah dari pandangan mata tapi tak pernah terpisah dalam ingatan. walaupon abah pergi dalam keadaan yang kami tak jangka dan duga kami redha. setakat itu saja pinjaman dariNya buat kami. Alhamdulillah..

next week on 2nd day raya haji insyaAllah kami akan buat kenduri tahlil kat rumah kakak. supposely buat last week tapi keadaan tak mengizinkan. dugaan dariNya buat kami dan ada hikmah dari dugaan itu. Alhamdulillah..

sesungguhnya kami amat merindui kenangan ketika masih bersama.
Al-Fatihah untuk arwah abah.


Thursday, October 21, 2010

what u give u get back

tajuk en3 ni bukan ditujukan untuk makcik ni tapi untuk anak-anak dia. peringatan untuk diriku jua, setiap perlakuan kita di muka bumi ni yang baik mahupun buruk pasti akan mendapat balasan yang setimpal. cepat atau lambat je. bergenang jugak ayaq mata baca paper hari ni. teringat kat mak yang tak berapa sihat kat kampung. nak call sat... bacalah yer





ni petikan dari Harian Metro hari ni (21/10/10)

JOHOR BAHRU: Hanya dengan alasan ibu kuat makan, seorang wanita tua yang lumpuh separuh badan dihantar anaknya ke pusat jagaan warga emas. Lebih menyedihkan, wang pencen arwah suami yang sepatutnya menjadi haknya turut dikaut sembilan zuriatnya itu setiap bulan.

Wanita berusia 84 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Aminah, dihantar ke pusat jagaan selepas semua anaknya bersikap lepas tangan mengenai kebajikannya sedangkan ada antara mereka berjawatan tinggi termasuk bergelar profesional.

Akibatnya, Aminah bergantung sepenuhnya terhadap ihsan pihak lain bagi meneruskan kehidupan walaupun dia sebenarnya berhak mendapat pencen arwah suami RM700 sebulan.

“Sebelum suami meninggal dunia, dia berpesan kepada anak supaya menjaga saya. Namun, setahun selepas suami meninggal, kedua-dua kaki saya lumpuh sehingga terpaksa mengengsot.
“Sebelum suami meninggal dunia, dia berpesan kepada anak supaya menjaga saya. Namun, setahun selepas suami meninggal, kedua-dua kaki saya lumpuh sehingga terpaksa mengengsot.

“Sejak itu saya dianggap beban oleh anak hingga mereka menolak satu sama lain menjaga saya sebelum mengambil keputusan menghantar saya ke pusat jagaan ini tiga tahun lalu,” katanya.

Aminah mempunyai sembilan anak, lima lelaki dan empat perempuan berusia antara 30-an hingga lewat 50-an. Suaminya yang bekerja sebagai anggota polis meninggal dunia 10 tahun lalu.

Menurutnya, dia yang lebih banyak menguruskan semua sembilan anak kerana suami sering bertugas luar daerah, mendidik mereka dengan penuh kasih sayang sehingga berjaya.

Aminah berkata, buat masa ini, perbelanjaannya bagi membeli ubat-ubatan mahupun lampin pakai buang yang mencecah RM800 sebulan diuruskan Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan di Taman Bukit Kempas.

Menurutnya, hasratnya menggunakan wang pencen arwah suaminya tidak kesampaian kerana setiap kali persoalan itu ditimbulkan, ia mencetuskan pertengkaran di kalangan anak.

“Mereka mengambil wang itu secara bergilir-gilir. Jika anak sulung lelaki menggunakannya bulan ini, anak kedua mengambilnya pada bulan depan sebelum kad ATM (mesin juruwang automatik) itu diserahkan kepada anak ketiga.

“Saya sedih kerana setiap kali meminta daripada pengurusan pusat jagaan termasuk membeli minyak angin kerana tidak mempunyai wang sedangkan anak bekerja dan hidup senang,” katanya yang sebak ketika menceritakan kisah hidupnya.

Sementara itu, Pengurus Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin, 45, berkata, seorang anak wanita berkenaan menghantar ibu kandungnya itu ke situ dengan alasan wanita berkenaan terbabit kuat makan.

Menurutnya, biarpun pada awalnya berjanji mahu membantu meringankan kos penjagaan ibunya dengan menyerahkan wang pencen arwah bapanya, lelaki berusia 40-an itu langsung tidak mengambil peduli mengenai warga emas terbabit sejak dihantar ke situ, kira-kira tiga lalu.

“Kadangkala nenek berkenaan segan meminta hingga kami menggunakan pendekatan psikologi supaya dia tidak kesunyian dan tidak berasa rendah diri dengan keadaannya itu.

“Kami bukan mendesak keluarga itu, tapi sekurang-kurangnya mereka yang berkemampuan sepatutnya membantu meringankan kos yang ditanggung pusat jagaan,” katanya.


p/s : ya Allah ya Tuhanku tetapkan hati hambaMu ini untuk mengingati, menyayangi, memelihara & mendoakan kesejahteraan ibu bapaku. ameeen.




Thursday, October 14, 2010

pilu

ku memang dikenali dengan ratu air mata. either family or frens mmg tau dah....even tersentuh sikit pon air mataku ini dah boleh tumpah deras & laju.
sangat sensitif...
sometimes mmg bagus baca or dengar cerita2 penderitaan, kesedihan dan kesusahan orang lain agar menginsafkan diri.
diri akan menjadi lebih tabah menghadapi dugaan & kesusahan sebab tahu ada lagi orang lain yang lebih menderita.
menghargai apa yang telah dimiliki dan sedar kedudukan diri yang terlalu banyak kekurangan. sesungguhnya ku bersyukur... Alhamdulillah
i just read satu blog by mummy ayu yang kehilangan anak a few months ago. meruntum jiwa membacanya ... even im not married yet tapi ku dapat rasa kesedihan dan kerinduan yang ditanggung sebab 1 of my niece ada yang pergi setelah genap 100 hari bernafas kerana penyakit yang ditanggung.
Al-Fatihah to Allyysa Sumayyah & Alanna Qish.
to mummy ayu semoga terus tabah menangung kerinduan. sama-sama kita mendoakan kesejahteraan mereka di sisiNya.

p/s : deeply miss Allahyarham abah... doa kami akan sentiasa mengiringi pemergian abah. InsyaAllah...


Thursday, October 7, 2010

ku merindu

mlm tadi ingatan pada Allahyarham abah membuak2. mungkin rindu lah ni. selalu bukan tak ingat tapi dari malam tadi bawak ke siang ni perasaan tu.... ssh nak describe kan.
orang yang mengalami jer paham macammana perasaan saya sekarang ni.
5 zulhijjah dah nak dekat.....
sedar tak sedar nak dekat setahun dah pemergian Allahyarham. kejap jer tapi rasa masih baru. rasa macam masih ternampak2 saat terakhir sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

owhhh rindunya saya saat2 bersama. everytime balik kpg Allahyarham akan tanya saya nak makan apa before pergi pasar. sekarang saya yang ambik alih tugas pergi pasar tu...
kalau boleh pergi pasar sama2 lagi macam dulu kan best...
saya harus menerima hakikat yang hidup pasti kembali kepada penciptaNya kan. satu hari nanti saya pasti melaluinya juga.
semoga rohnya tenang di sana & berada di bawah lindunganNya.

Wednesday, September 8, 2010

kami sama

esok saya dah start bercuti raya... alhamdulillah cuti diluluskan seminggu... so sebelom melangkahkan kaki keluar dari opis sempat lah bersalam-salaman dan bermaafan dgn officemate.... dengan org lain saya ok jer mintak maaf macam biasa tapi bila sampai turn bermaafan dengan kak ros hati ni rasa syahdu n hiba yang amat hingga menitiskan air mata.
bukan sebab dosa yang kami tanggung antara satu sama lain. tapi sebab kami banyak menyimpan rasa suka & duka bersama. banyak cerita kami kongsikan. pasal kerja, family & relationship....

dulu2 masa ayah saya kerap jatuh sakit saya selalu cakap ngan kak ros takut untuk menghadapi hari kehilangan beliau. kak ros yang banyak beri nasihat dan menenangkan keadaan saya. ajal maut jodoh pertemuan semua ditangan tuhan. mmg itulah hakikat kehidupan yang semua insan kena hadapi walaupon pahit.

ayah saya pergi meninggalkan kami dalam keadaan yang tak bersedia untuk kehilangan beliau. dalam erti kata lain keadaan terkejut. tanpa disangka2. kesihatan yang baik setelah menderita gout yang kronik selama 2 bulan hanya pinjaman dari penciptaNya buat sementara. ayah kak ros pun macam tu jugak. perginya tanpa disangka. meninggal dalam tidur.

hari raya aidilfitri tahun ini adalah tahun pertama kami (kak ros & me) beraya tanpa ayah di sisi.
inilah moment yang tak sanggup rasanya nak lalui.
sebagaimana kak ros memahami perasaan saya begitulah saya memahami perasaan kak ros.
cuma yang bezanya di sini kak ros sudah punyai suami & anak2 yang menjadi penguat semangat.
insyaAllah saya juga ingin jadi seperti kak ros suatu hari nnti. ameeen.....




selamat hari raya aidilfitri buat abah
InsyaAllah tiada aral pagi raya nanti kami datang ziarah
kami mendoakan abah tenang di sana, berada dikalangan orang2 beriman & senantiasa dalam keberkatanNya

Wednesday, August 25, 2010

hohoho....

ini bukan iklan horlicks yer...hehehe
pepagi ni bangun tido jer rasa malasnak g opis... pasai pa tak tau.
xde mood mau kerja sudah...
mood cuti raya sudah mari kot...
tahun ni tak bersemangat pon nak raya. first time raya without abahkan.... sunyi rasanya.
biasa raya abah yang akan buat persiapan lebih. bukan untuk dirinya tapi untuk kami sefamily. abah kadang2 jer beli baju baru utk diri sendiri. baju raya abah kami yg belikan. biasa pegi sembahyang raya abah pakai jubah putih dia tu lah. tapi abah akan wajib buat persiapan seisi rumah. abah lah yang sebok tempah kuih raya berkotak2. abah lah yang sebok tempah ayam n daging segala. abah lah yang beli telur berpapan2 nak soh saya buat kek time raya nanti. huhuhu....
sume2 tu takde lagi dah tahun ni. pandai2 la kami adik beradik nak prepare segala tu. takkan nak harapkan mak.
apa yang pasti sesudah sembahyang raya saya nak pegi ziarah pusara. nak wish selamat hari raya. tak sabar neh.

nak g kubur nak pakai baju baru tapi satu pon takdak lagi. tak sempat lah nak g survey2... kesuntukan masa. insyaAllah saya akan sempatkan jugak. dapat selai pon jadilah.....


Wednesday, August 18, 2010

halaqah sentuhan kalbu

i cant stop my crying after watching halaqah sentuhan kalbu at tv9. sangat tersentuh jiwa saya. teringat2 d moment dengan abah dulu2 yang sentiasa mendoakan yang baik2 utk saya. yang puasa sunat dikala kami adik beradik ada exam yang besar2. yang sembahyang hajat dikala kami adik beradik berkehendakkan sesuatu. yang sentiasa menasihati dikala kami kealpaan. yang sentiasa cuba untuk memberikan yang terbaik buat kami sekeluarga. tak termampu saya untuk membalas segala nya melainkan doa yang dipanjatkan kehadrat Allah s.w.t untuk kesejahteraan abah di sana. tiada lagi moment2 indah itu.... terima kasih ya Allah kerana mengurniakan ayahanda sebaik itu.
semoga hati ini terus-terusan tabah unyuk mengharungi hari mendatang tanpa abah di sisi walau terasa kekosongan itu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails