Followers

Showing posts with label me. Show all posts
Showing posts with label me. Show all posts

Thursday, November 10, 2011

its my birthday!

muka tak malu sungguh kan dok canang kat semua orang bila hari jadi sendiri. bila tak bagitau orang tak tau kan. hehehe..

nanti aku update lain kot-kot la ada yang sudi nak buat party untuk aku esok..

happy birthday to me!!!

Friday, November 4, 2011

kenapa nombor 10:11 selalu datang dalam hidup saya

salam pagi jumaat untuk korang.
dah packing baju nak balik kampung ke belom?
aku siap packing dah tinggal nak balik kpg je.
tak sabar wok. padehal balik kampong tetiap minggu.
balik raya ni feel dia lain sikit. hehehe...

berbalik pada tajuk entry...
dulu dah pernah blog kan pasal nombor 11 kat sini.
memula dulu tak suka nombor sebelas tapi dah banyak sangat nombor ni bawak tuah terus suka.
selalu pon time tengok jam 10:11.
ni baru pas tengok jam lah terus datang idea *ting* nak buat entry.
banyak lah kisah-kisah pasal nombor 11 yang jadi secara kebetulan dan tak kebetulan jadi pada aku.
seram pon ada kadang-kadang.
petanda apakah sebenarnya.
mula la pikir bukan-bukan...
hish nauzubillah...

selamat hari raya aidaladha korang..
balik kampung drive hati-hati yek..

Monday, September 12, 2011

lamanya senyap

assalamualaikum adik-adik.
hehehe... lama gila tak update ini belog.
kekeringan idea dan kekangan masa yang rasa tak cukup je everyday.
tapi hari ni curik-curik jugak masa.
rindu nak buat entry tapi asal nak mula je ada gangguan.
sudahnya idea pon larik...

hari ni dah submit borang tukar.
boss tak bagi pindah tapi apokan daya.
keputusan dah dibuat.
setelah ditimbang kati ditimbang kilo insyaAllah keputusan ini adalah yang terbaik.
memang berat hati nak meninggalkan ofis yang best ni.
takut ofis baru tak menggembirakan macam ofis sekarang.
pandai-pandailah kita yang membawak diri ni nak sesuaikan dengan keadaan kan.
apa-apa pon semoga semuanya berjalan lancar.
semoga cepatlah boss sign surat permohonan tu.

Monday, July 25, 2011

11




tiba-tiba baru terfikir tadi my lucky number today is 11.

sebabnya pertama saya anak nombor 11 dari sebelas adik beradik.
ramai kan. satu mak satu ayah okey.

keduanya saya dilahirkan bulan sebelas.
birthday saya 10/11/....
siap dotdot kau.
okla okla tahun vavi..... 1983.

ketiganyanya saya dapat list nama dari bahagian sumber manusia untuk APC and nama saya nombor 11.

keempatnya pagi ni sebelum keluar rumah kakak ipar saya bekalkan apam polkadot.
bila sampai ofis saya kira-kira ada berapa. sebab nak share ngan kengkawan.
ada 11 rupanya. terus datang idea nak blog kan nombor 11 ni.

kelimanya plat nombor kereta saya 11. (hahaha... yang ni berangan jek)

Friday, July 22, 2011

friday!!!

cepat sangat masa berlalu.
celik-celik pagi tadi tetiba eh eh dah jumaat rupanya.
seronok ada takut pon ada.
seronok sebab esok weekend.
boleh pegi jenjalan tanpa memikirkan soal kerja.
takut sebab cepat nya masa berjalan.
tup tup dah lebih separuh tahun 2011 ni.

esok and lusa adalah weekend yang bizi.
sangat suka kalau time weekend terisi dengan aktiviti-aktiviti.
lagi-lagi dengan family.
weekdays dah dihabiskan dengan kawan-kawan kan.
so weekend untuk family lah pulak.
baru balance.

happy weekend olls....

Wednesday, July 20, 2011

restless

lately rasa no mood to work and to do anything.
badan rasa weak yang teramat.
tak cukup vitamin kah saya???
bangun pagi pon asik tersasar dari kebiasaan je.
so dah banyak hari terlepas breakfast kat rumah.
sudahnya bila dah sampai ofis mana ada breakfast.
minum milo with oat jek.
tu yang gigil2 tangan nak sampaikan ke lunch break.
sungguh tak sihat lah kehidupan sekarang ni.
1 of the factors rasanya takde exercise.
last week cuma sehari je beraerobik.
lain hari lagi senang duduk bergoyang kaki sambil nonton tv and movie.
end up badan jadi lesu begini.
haish... apalah nasib diri yang harus dikenangi.

nak makan supplement rasa macam tak kot.
bukan tak pernah makan.
dulu dah pernah tapi hanya hangat2 tahi ayam.
seminggu dua ok lah.
lepas tu tinggal je vitamin tu sampai expired.
rugi dah kan.

ini bukan entry restless kan.
terlebih rehat sudah...


Thursday, July 14, 2011

nur kasih the movie



ngeh ngeh ngeh. terhegeh-hegeh kan. orang lain dah buat review punya lama tapi kau baru nak buat fiza. nasib lah kan selalu tertinggal keretapi. keretapi oldskolkan. memang cenggini. actually ku baru nonton movie ni. kata peminat setia drama nur kasih kan. tapi bila kuar movie lambat pulak nonton kan. tak patut betul.

sedih lah cite ni dari mula sampai hujung. memula cam malu nak nanges tapi tak boleh tahan oh. lalu merelakan je air mata ni kuar tanpa dipaksa. puas rasanya dapat nangis dari sesak dada tahan nangis tu. sob sob sob...

pelakon-pelakon still sama macam drama. nasib baik watak si ayu nazeera tu takde. kalau tak geram je rasa. penambahan watak kanak-kanak si maryam dan ilyas tu sangat comel. mia sara ni memang pandai la berlakon. muka cute lak tu. agak-agak dah besar bole jadi cam lisa surihani tak?. jalan cerita pon not bad. cumanya tak suka tang ending nya tu. kalau me yang jadi pengarah, nak si adam still hidup dan hidup bahagia dengan nur.

apa yang pasti movie ni membuatkan ku banyak berfikir. adakah perjalanan kehidupan ni dilalui begitu sahaja tanpa menikmatinya or else. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya bukan. setiap ujian kehidupan tu pon pasti ada cerita disebaliknya. hehehe... ni cakap diri sendiri ni. sebab orang-orang yang memahami selalu cakap "fiza belum sampai jodoh ni mesti ada hikmah disebaliknya". tapi for those yang tak memahami tu mesti dok kata ku tak laku-laku. semoga bakal bersinar bahagia itu untukku. (eceh jiwang lak)


Monday, July 4, 2011

isnin oh isnin

hari ni hari isnin yang tegang. memang dari semalam dah set dalam kepala hari isnin esok hari isnin banyak kerja. sebabnya banyak attendance pegawai sambilan yang menanti atas meja since jumaat lagi. memang kena settlekan by today jugak. bila pikir pasal gaji ni memang semak kepala. gaji orang... buat lambat dan buat salah memang masalah besar. nak buat tak tau pulak mau jadik perang nanti. nak tak nak semak tak semak pon kena settlekan jugak walau kepala dan otak (nampak sohpan sikit kan dari buat ayat sambung kepalaotak) dah jadi tepu sangat.

dan seperti yang dipredictkan memang banyak kerja. bukan takat banyak tapi memang super duper banyak. ditambah pulak dengan folder dan surat2nya hilang. sampai saat ni belom jumpa2 lagi. tapi saje buat2 cool. malas nak pikir sangat. rasa-rasanya hari ni memang banyak problem la.

1) 6 surat berkaitan gaji masih lagi belum dijumpai.

2) buat cheque salah tulis nama pulak. nak tulis nuklear jadi nuklera. adoiii la. (cheque kerajaan tak bole simply cancel yek).

3) personal details pasal sorang pegawai sambilan ni kata orang perantara tu dah hanta tapi nan hadonya atas meja ni. so camne nak buat gajinya. tuan badan tu mc pulak harini. kena la buat manual yang menyusahkan tu.

eleh nampak remeh jek kan masalah problem tu. tapinya esok dan lusa ku exam. jadinya kena delaykan lah proses menyetelkan masalah problem kat atas tu.

hectic monday pls go away!!!





Thursday, June 9, 2011

exam yang tak sudah

yesterday, me pergi amik exam lagi. again!!!
macam dah masuk dalam list of the year jek.
every year dok ulang exam yang sama. lagi lagi exam BITK ni.
nak kata soklan susah tak jugak.
rasa macam boleh jawab jek. tapi masak elah nya nape lah asik fail je.
tensi tau dak time dapat slip result tu.
ntah macam mana kriteria yang membolehkan lulus tu.
ke kena dapat full mark baru kira lulus.
kira kalau salah satu jawapan pon kira fail lah tu yek.
ntah ler wallahu'alam....
semoga tahun ni ada 1 keajaiban berlaku.

miracle...miracle...miracle.

Wednesday, June 1, 2011

1st Jun already!!!

wah... cepatnya masa bergerak. sedar tak sedar dah bulan Jun. takot lah weh. rasa macam baru tanam azam awal tahun 2011 hari tu. tetiba dah nak setengah tahun. belom sempat pon nak buat review sama ada dah tercapai or belom azam tu.

for today, me organize 1 course kat office ni. bertajuk penulisan rasmi including surat memo and etc etc... actually tersilap pilih tarikh. supposely 1st & 2nd day every month me tak bole diganggu. dah dikongkong oleh gaji sambilan. but... but sendiri yang mengganggu. tak ingat dowh. tak pasal menyerabutkan dirik sendirik. yang bagi talk tu pulak penceramah dari Dewan Bahasa & Pustaka. nak pospon tarikh tak sedap pulak kan. so go on je lah....

wish me success eh for these 2 days course and also for my 'gaji sambilan'. uwaaaaaaaaa....

Friday, April 29, 2011

dress kaftan

ni nak cerita pasal baju yang ku pakai masa dinner persaraan Puan pengarah kami. memula kepala macam blank tak tau nak pakai baju ape. lagi pon macam sure tak sure nak pegi ke tak. tema malam tu maroon and gold. rasa kalau pakai maroon macam tak menyerlah pulak sebab malam kan. eceh nak menyerlah bagai lah pulak kan. bajet glamer lah pulak. sebelom tau ada majlis ni memang dah ada beli satu kaftan kaler putih jugak. tapi bila pakai rasa tak comfortable. kekok sana sini bila pakai tu. rasa rimas semacam. so baju kaftan tu telah selamat dilantingkan pada orang. tak serabut kepala dah nak pikir kerugian beli baju tu.

adalah one day tu pegi lunch kat belakang opis. rupanya banyak kedai baju belakang opisku ni. lama tak pegi makan kat area situ2 kan. tu yang tak tau kewujudan kedai2 baru. tersinggah lah dari satu kedai ke satu kedai sebab nak cari batik sutera for one of my boss yang nak bertukar. singgah satu kedai ni cam tak caya kalau tengok dari luar rupanya kat dalam ada baju2 yang gojes. tapi yang ku beli tu tak la gojes. yang gojes2 tu semua seksi belaka.


ni lah dia baju yang beli kat kedai belakang opis....rasa sangat berbaloi-baloi beli baju ni sebab sulam-sulam nya tebal. ada kat dada and lengan jugak. siap ada jahit manik jugak. harga baju ni RM120. berbaloi bukan???. actually pergi kali ke dua baru beli. masa pegi memula tu cam nak try carik tempat lain lagi. tapi tempat lain adalah memahal lah. kosong jek pon dah 150. memang pegi kali ke dua tu sebelom masuk kedai dok berdoa baju tu ada lagi. jangan lah dah ada orang beli. mujur ada lagi....


my ex-boss mama z yang cakap ku macam pengantin malam tu. macam pengantin lah sangat kan. kat mana yang macam tu tak taulah. mama z ni memang suka puji memuji. kondem pon suka jugak. tu lah yang buat kitorang rindu kat dia. rindu nak gaduh-gaduh manja gitu...

apelah nasib

hari ni dengan dukacitanya ku tertinggal purse kat rumah. sedar masa nak isi minyak pagi tadi time otw ke opis. mujur cek siap2 dulu sebelom sampai petrol pump. masa tu kat traffic lite. gagau kat handbeg. eh eh takdo purse. ingat kot jatuh kat dalam kete ke hape. carik2 memang takdo. setelah diconfirmkan memang tinggal kat rumah dengan selamatnya. Alhamdulillah. risau jugak kan kot la tercicir kat mana naya jek. maklum lah kan baru2 gaji lagi ni kan. purse tu tebal lagik...
minyak kete lak tinggal 2 bar je lagi. tu pon yang satu bar tu rasa dah separuh kot.

di tengah hari jumaat yang heaven ni terpaksalah ku mendambakan diri dok kat opis je. disaat opismate lain sibuk cuci2 mata sambil ukur koridor shopping mall ku ni hah tengah update blog. naseb lah kan. sekurang-kurangnya jimat dah ni taklah melabur duit beli mende mengarut2 kat mall tu.

p/s : selalu tepis kalau nak minum air dah masuk semut tapi nape pelupa jugak nih. haishhhhh.




Wednesday, April 20, 2011

malam kasih seiring budi

14/4/2011 hari tu last day for our pengarah Dr. Rosnah berkhidmat as government servant. kira bersara wajib lah ni dah. dah 58 pon umurnya. so bersempena dengan persaraan dan birthday beliau my office buatlah satu majlis yang namanya malam kasih seiring budi. tempat berlangsungnya majlis di hotel concorde Shah Alam. sebelah je dengan bangunan opis kami. start jam 8.00 malam tapi ku sampai lambat. sampai2 tengok our timbalan pengarah dah berucap. maknanya adalah dalam 15-20 dah majlis berlangsung.


from left to rite timbalan pengarah negeri (perubatan) Dr. Hj. Za'aba, pengarah Dr. Rosnah and our timbalan pengarah negeri (pengurusan) Tn. Haji Jubri. tu birthday cake for pengarah. kek ni sangat lazat...


bergambar reramai with pengarah. tak sangka lak beliau akan round dari meja ke meja while orang lain tengah sibuk ngap ngap. di salam setiap orang.


my dress untuk malam tu. sebenarnya beli atas tujuan lain tapi sebab majlis ni jalan dulu sarung je lah. tak salahkan pakai baju yang sama untuk banyak majlis. kopak lah pulak kalau tiap kali ada event nak kena pegi beli baju baru.


amik gambar ngan kak ros atas stage sebelom balik. besar betul muka pengarah kat layout belakang tu.


beramai-ramai atas stage. actually majlis malam tu habis awal. around 10.30pm dah selesai. tak sangka lak habisnya awal. esok tu hari sabtu. bole lah berlama-lamaan sebelom bersurai.


with my boss kewangan. cantik baju miss Lee malam tu. but she doesn't know something secret pasal baju tu. one day akan di reveal kan jugak. tapi tak tau bila. for sure dia akan terjerit bila tau. inna anur bila mau kasi pecah itu rahsia???


from left to rite kak lin, azie, kak ros, me, farrah and rinna.


takde pulak gambar makanan untuk malam tu yek. food sedap jugak. ada nasi putih, fish fillet, sambal udang, brokoli and chicken roasted kot with lemon. yang peliknya kenapa ku makan sikit eh malam tu. lagi bernafsu nak ambik gambar dari makan. yang pasti dessert malam tu yummy tapi tak variety. yang banyak ku makan white dragon fruit. sampai kan esok2 kat rumah pon dok teringin nak makan dragon fruit lagik tapi malas nak pegi beli. sudahnya sampai ke hari ni pon tak makan2 lagi.

Tuesday, April 19, 2011

simpan niat untuk berhijrah



kebelakangan ni memang selalu ku terpikirkan pasal hal ni. memang ada simpan niat kat hati nak berubah. nak ubah perangai ku yang garang ni. actually bukan lah garang mana pon. tegas kot... tapi tak tau nak start dari mana dan macam mana. hari tu ada lah very short period try takmo jadi garang. sangat kejap tu pon sebab dicabar. kalau tak silap start jumaat sampai selasa. lepas2 tu menjadi balik perangai asal.

some people said ku ni berangin. ada angin kuss kuss. siap diorang kata kalau nak tegur fiza kena tengok mood dia. kalau mood tak ok semua dibantainya. hahaha.... sampai macam tu sekali ke??? entah... sendiri mana nak perasan time tengah angin kuss kuss tu kan. kalau yang pernah terkena tu maafkan lah kesilapan ku itu. salahkan ku jangan salahkan ku.... eh eh tetiba nyanyi lagu ajai lak. sorry....

nak berubah ni tak boleh drastik sangat kan. kena amik masa juga. nanti pelik pulak orang kenapa tetiba jadi lemah lembik pulak. katanya buang tebiat pulak. kawan2 pelik nape karakter ku tegas macam ni. supposely as anak bongsu karakternya kan manja, lemah lembut, cakap slow2 gitu. ni time cakap macam petir ngan guruh sabung menyabung.

nampaknya lepas ni kena start bercakap slow2 lemah lembut and muka mesti kasi manis... takmo dah ada bad mood. mesti kena happy selalu... boleh ke jadik cenggitu??? wawawa.....
semoga niat penghijrahan ini diberi hikmah & penghijrahan itu terlaksana.

pssst : sape setuju awokk ni berubah tinggal ler jejak ye....

Thursday, February 24, 2011

bila gaji nak naik

tajuk tak agak agak kan.
saja nak bagi sejuk hati ni sikit.
memandangkan hari ni hari gaji kakitangan awam semalaya kena lah buat kira2 duit tu nak dilaburkan kat mana kan. yang penting n wajib didahulukan lah. yang tak berapa nak penting tu dok jauh jauh dulu yek. kalau ada lebih hujung hujung bulan nanti boleh lah kita settlekan yang dalam waiting list tu.

malam tadi wat list expenses seisi rumah... mak aih banyak pulak nak kena spend bulan ni.
salah satu yang nyata sebabnya adalah sewa rumah ku naik... huhuhu )-:
ni pon owner tu dah pospon sebulan. tq lah aunty walau pon sebenarnya ku mintak pospon setahun. wawawa...... naik bukan sikit kau. naik banyak. alasan yang diberikan dah lama sangaaaaaaaaat tak naikkan kadar sewaan. bila semak balik memang dah lama pon sewa rumah ni cam tu jek. tapi nape tak sampai bila2 pon camtu jugak jek.

sewa rumah naik.
harga gula naik.
harga minyak kereta naik.
harga minyak masak naik.
harga tepung naik.
harga bedak kompek naik.
harga lipstick naik.
harga kasut naik.
haaaa sume naik, camno kalau gaji tak naik naik.
hari hari kuar rumah pon duit mengalir cam air terjun.
sebelom masuk opis pegi tapau bekfes pon dah RM5 without air. air bancuh sendirik kat opis. *langkah penjimatan*. letak kereta kena lak bayo parking RM3/entry. tu belom beli lunch lagi. kalau area opisku ini amik lauk so-so pon dah RM6-7. nanges...
kepada yang berkenaan sila lah naikkan gaji kami. uwaaaaaaaaa.




Friday, February 18, 2011

changes

apa yang berbeza nya???
my life remain the same.
pegi keje balik keje. same no changes....
bosan bukan.... nak buat cenna kan.

yang bezanya my job task. pasai pa la semenjak buat gaji ni rasa hidup tak berapa nak best. jiwa tak tenteram. asik la dok terpikir betul ke gaji orang yang ku buat tu. kalau salah habis la kena bambu ngan depa... cen tu la hari2 sampai terbawak2 dalam tidur. haihhh.......

sangat tak tenteram. risau bab2 duit orang ni. kita pon paham la kan memasing ada komitmen sendiri. every month mesti ada nak kena bayar yang tu nak kena bayar yang ni. kalau tersilap bayar gaji orang tak pasal menyusahkan sudah.

yang bestnya bila buat gaji ni time ni la baru rasa kewangan yang real sebab ada calculation segala. setiap surat yang sampai atas meja ku ni memang almost berbeza cara bayaran nya. so banyak lah changes yang nak kena di calculatekan. bahagi darab minus tambah sana n tambah sini. cenggitu lah yek. compared tu my job task yang lama memang 100% buat kerja ngan sistem. so no need to pikir banyak. semua tinggal key in je. fill in the blank kata omputih nya. senang bukan. tapi dokumen nya sangat menimbun nak di key in kan.

pape pon semoga ku success buat gaji ni and tak buat mistake.

Monday, January 31, 2011

see u in court

korang pernah masuk court tak. tak kisah lah on what reason pon. keje kat situ ke saja buat lawatan sekolah ke kena judge ke. tak kisah la memana pon... ada penah???
ku tak penah weh. ni 1st time pegi court.

kecut perot. memacan feeling ada. yang iye2 nya takut lah. nak2 pulak pegi time orang len takde. sunyi jek. dapat masuk dalam bilik judgement tu lagi lah takut. nape eh??? bukan ku ada wat salah pon tapi kenapa takut. naseb ku masuk mahkamah sivil bukan mahkamah jenayah...

ni ke pesalah yang kena bicara tu???
bukan... ini lah diriku. keterujaan dapat masuk court (mintak dijauhkan dari kena judge).
actually sesaje pegi court teman member yang keje sini kena amik fail kat opis dia.
hari senin ada kes penting tapi bole plk fail tinggal. yenna dei betoi.



dah alang2 dapat masuk sini amik la gambar.
kalau pegi hari biasa mesti tak dapatnya nak amik gambar macam ni. ye lah mesti malu kat org lain. kalau hari biasa kan ramai orang as my member tu cakap sehari mau 50 kes diperdengarkan... manyak nye orang buat salah. tu sehari kalau sebulan dah berapa. cer cer korang darab sendiri.



belakang tu tempat hakim duduk. ku carik jugak penukul nya mana. tapi tak jumpa.



settle di court ni terus mau cari makan. lapar weh... semalam kan sehari suntuk hujan turun. bila sejuk perut pon asik lapar jek mintak diisi. ke seksyen 2 kita pekena abc freedo. heaven oh dapat makan abc ni setelah sekian lama hasrat terpendam walaupon hujan mencurah2.

Friday, January 21, 2011

nonton khurafat



semalam usainya ngambik telefon dari nokia care terus takde plan pape. takkan nak balik. bosan lah pulak. lenguh kaki tekan pedal minyak pon tak hilang lagi. tetiba *pling*... layan muvi best jugak ni. lagi pon masih awal lagi mesti orang tak ramai q beli tiket...
naiklah ke tgv tinjau tinjau apa muvi mau dinonton. padahal dalam kepala memang dah set nak nonton khurafat. tengok tengok khurafat paling awal pon yang masih available 12.45pm. tengok jam baru 11.15am camtu. pikir punya pikir tak kesahlah. so up lah tiket nonton wayang khurafat...
sementara tunggu time nak masuk cinema tu gi lah jenjalan dulu. mak aih ramainya orang pegi shopping cny kot... so nak shopping rasa cam tak best. pusing pusing sampai time masuk cinema berbekalkan popcorn. hehehe...
memula rasa cam ok nak nonton muvi takut camni. sekali baru start dah meremang bulu roma da. dengar orang sebelah ku cakap menyesal tengok cite ni. aik awal awal dah nyesal ke. terus jump to conclusion yek. takpe takpe ku steady lagi. terkejut sikit baru. tapi makin lama makin rasa letih sebab kita dalam keadaan berjaga2 bila nak kuar hantu. hahaha...tengok jam lama lagi nak habes...rasa macam baru lepas marathon ni. termengah mengah dah...
pape pon it was a good muvi which has a good storyline. sound department dia tu yang buat this film jadi horror. memang sound effect tu penting kan.

film ni memang takoooooooot. sape yang gi tengok tapi kata tak takut ku tabik spring. *toing toing*.



Tuesday, January 11, 2011

dup dap dup dap



saat en3 ini dikarang saat paragraph ini di taip hati ku rasa berdebar... dup dap dup dap tak tau kenapa. nak buat pape pon rasa serba salah ni. pasal ape ye hatiku berdebar tanpa sebab ni. runsing la...

ya Allah ya Tuhanku, jika debaran ini adalah untuk kebaikan kau permudah kan lah segala urusan ke arah itu. namun jika debaran ini adalah untuk dugaan darimu untukku kau hindarilah diriku darinya dan tabahkan lah hatiku menempuhinya.

ya allah ya Tuhanku, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah dan aku berlindung padaMu dari kelemahan dan kemalasan dan aku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil. ameeen.




Thursday, December 30, 2010

jumaat cuti...yahoo!!!

tahniah team Malaysia membawa kejuaraan setelah 14 tahun kemarau. memang berbaloi baloi lah ku tengok bola malam tadi. semangat wooo. sebelom ni tengok gitu gitu jek. tapi malam tadi tengok dengan bersemangatnya. hati start panas bila 45 minit takdo gol dari Malaysia. tapi melompat lompat ku bila second half ada gol. ape pon tahniah la. tima kasih jugak sebab dengan kejuaraan ni Malaysia diumumkan cuti esok. yabedabedu.........

dapat jugak akhirnya ku merehatkan diri setelah application untuk cuti di reject. tak penah penah kena reject tau. ku pon 1 mintak cuti time kritikal memang la kena rejectkan.hahaha.... tapi tatau la kan kot2 esok datang opis jugak. huhuhu....
keje melambak datang lagi ni.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails