Followers

Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Friday, July 29, 2011

marhaban ya Ramadhan




kepada muslimin & muslimat,

salam Ramadhan pada semua.
semoga kedatangan Ramadhan ini dapat mempertingkatkan ibadah kepadaNya.
semoga Ramadhan ini bukan Ramadahan yang terakhir dikecapi kemanisannya.
semoga Ramadhan ini membawa berkat dan rahmat kepada kita semua.
minta maaf segala salah dan silap perkataan dan perbuatan.

marhaban ya Ramadhan.

Tuesday, August 31, 2010

oat sardine roll

as usual ptg semalam saya pulang dari kantor jam 6. nak pegi menyinggah kat kedai blkg opis malas plk rasanya. dalam kepala pikir nakbalik rumah je sebab blom solat asar lagi. nak g singgah param kat seksyen 6 lagilah tak koser. dah konfem2 ssh nak parking. so balik je lah rumah terus masak sendiri lagi bagus kan....

selesai solat dok telek barang2 dalam peti sejuk.... owh balance sardine buat sandwich hrtu masih ada lagi tapi takkn nak buat sandwich lagi hari ni. bosan lak kang asik makan benda yang sama jer. so i decided nak buat sardine roll. pikir2 balik sebab skrg ni namo2 makan makanan yang berminyak bagai. nanti goreng sure minyak banyak. pikir2 lagi nampak plk oat dalam tupperware kat sebelah dapur tu je.... apalagas sebelom goreng salut lah ngan oat dulukan. at least takla banyak sangat minyak yang diserap..... ni lah dia hasilnya....


sangat goldy kan...nyum nyum nyum


ni lah appetizer tuk berbuka semalam. main course nya ofcos lah nasi.... org melayu ngn nasi mana boleh dipisahkan. betul tak??? nasi tu my luvly housemate yang beli.... tq soooo much housemate... esok beli lagi yer. sedap nasi tu. nasi ayam percik. mmg maveless lah... hari ni ada plan nak pegi param. kat mana blom decide lagi. eksited ni sebab sepanjang 2o ramadhan yang lalu saya blom menjejakkan kaki ke param kat bandaraya anggerik ni lagi.... harap2 tak malas lah nak kuar ptg ni. ada jugak plan nak masak tapi tgk lah dulu.... hahaha boleh kan macamtu..... main tengok-tengok pulak. ok lah mau sambung kerja tertangguh... next en3 saya cerita pasal kerja tertangguh ni.... bye

Thursday, August 19, 2010

murtabak diraja

saya boring mlm ni dan terus rasa tak sabar nak cita pasal murtabak diraja yang menjadi santapan buat berbuka puasa smlm. sangat teruja sebab ni first time makan. maklumlah bukan kalangan kerabat. hehehe...ni dia presenting murtabak diraja

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

orang lain mungkin dah banyak kali mkn...huhuhu.
apa nak describe pasal murtabak nieh....
besar tebal padat maveles.....
mmg yummy sangat
tebalnya macam murtabak biasa tu di triplekan. besarnya pulak sebesar pinggan tu lah. mmg besar lah. sekeping ni RM12. tapi mmg puas hati.
credit tu my housemate kak jue yang beli food ni.
lepas mkn murtabak ni + air nescafe terus rasa nak lena. kenyang amettt sampaikan sahur mmg tak lalu nak mkn dah. tdo lagi penting....hahaha
esok ada plan baik punya dgn kak rose. hari jumaat lah katakan.... apa plan tu nnti saya buat en3 k.
mau ngobrol ama BFF saya benter. bye.....

Monday, August 16, 2010

~ sungai besar dihatiku ~

as usual, last weekend saya pulang ke kampong halaman. walaupon pada asalnya dah plan tak nak balik sebab mak saya ada kat sini. tup...tup dengan tak semena2 mak saya nak balik pulak macam yg saya cerita dlm previous en3.

bila dah balik kampung macam biasa lah menjalankan tanggungjawab sebagai anak yg solehah (ceh...ceh... syok sendiri). petang sabtu tu sempat lah saya menjengah ke bazar ramadhan yang ada kat sungai besar. dah bertukar tempat nampaknya. mujur sebelom pegi tu dah tnya kat informer saya mana bazar ramdhan kali ni. klu tak mesti jenuh mencari sebab jauh sangat berganjaknya. klu tak pandai cari memang balik tangan kosong lah jawabnya.

sebenarnya saya mmg malas nak g bazar ni sebab tau dah mesti susah nak parking. sebelom saya pegi bazar tu lagi mmg dah jem kat sg besar. nak g beli biskut mak saya pon ssh sebab tak dapat parking. kena lah pusing 2-3 kali baru dapat.

settle2 kat kedai runcit saya pon menuju ke bazar ramadhan. masyaAllah jem nya.... konfom2 parking takde. pusing2 lah jugak bebanyak kali baru dapat. tu pon parking haram kat petak parking moto. tak kesah lah janji parking. hohoho... bole ke camtu. punyalah ramai umat manusia membeli belah. saya beli yang mak saya pesan je cucur udang pak din + apam kukus + pulut panggang. saya pulak teringin nak minum air tebu. pastu teringat lak kat rumah tadi dalam freeze ada daging je so saya beli la lauk ikan mayong masak asam kot. then, saya jalan laju2 terus balik.... tak larat nak jalan dah kepala serabut & tak larat menahan bau-bauan. ingat nak beli kambing panggang jugak tapi tak lalu dah nak nunggu. babai je lah. balik lainkali baru beli.

memang berbaloi lah shopping kat bazar ramadhan sg besar ni sebab kuihmuih yang saya beli sodappp. cucur udang tu pon sedap & banyak lak tu padahal saya beli 2ringgit je. alhamdulillah.... rezeki. next week nak g lagi. best.......

Tuesday, August 10, 2010

alhamdulillah... ramadhan again

TOT saya dah lepas tadi. presentation yang biasa2 je...

esok insyaAllah bermulanya 1 Ramadhan. Ramadhan yang agak syahdu compared tahun2 sebelum ni... abah tiada di sisi... semoga rohnya tenang di sana dan dirahmati. ameeeen. ape pon salam ramadhan to all... semoga kita semua dapat menjalankan ibadah puasa dengan lebih sempurna pada tahun ini. insyaAllah....


Send this eCard !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails