Followers

Showing posts with label tv. Show all posts
Showing posts with label tv. Show all posts

Friday, June 3, 2011

senyum sorang-sorang tengok Nora Elena semalam



sekarang ni tiap hari isnin sampai khamis mesti buat kerja laju-laju sebab kalau boleh nak balik awal. nak balik sebelom pukul 7pm. sebabnya nak nonton drama Nora Elena...
manyak syok la cerita ni. kalau terlepas 5 minit pon rasa ruginyaaaaaaaa. hah sampai begitu kan.
rasanya ramai gila orang dok syokkan tengok cite ni sekarang.

episod yang semalam best. diorang tengah melalui saat2 bahagia. gitu...
tengok aaron aziz kat tibi me pulak yang syok sendiri depan tibi. dok imagine kalau lah dapat yang lomantik macam tu kan. hahaha....berangan free jek kan.

banyak nau aksi2 lomantik dalam episod semalam.
yang part nora kelaparan makan coklat tak sedap tetiba makanan sampai kat bilik terus. confirm2 lah kan seth tan tu yg order kan. siap nak suapkan lagi tu.
yang part kekonon seth telupa belikan bunga end up bukak bonet selambak bunga....
banyak betul surprise si seth tuh....

yang kesian nya si PA seth tu. carik pasal nama nya tu. kau dah suka kat seth tu nape dulu api-apikan si nora ngan eid tu. bila diorang putus mestilah seth tu tackle nora. tak paham betul...

tak sabar nak tunggu isnin next week. nape tak siarkan 7hari seminggu jek cerita tu. tak sabar...


Wednesday, February 16, 2011

Rosyam Nor yang lomantik...




sekarang ku tengah syok melayan drama melayu kat TV1 ni. tiap hari ahad, isnin & selasa jam 10 malam mesti dah duduk depan tv nak nonton drama ni. kalau penat pon sanggup tahan mata sebab tak mahu ketinggalan jalan cerita.

Trilogi Cinta drama 40 episod ini diadaptasi dari 3 novel - Tak Seindah Mimpi,Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi karya Sharifah Abu Salem. kalau mengikut keseluruhan jalan cerita dalam novel ni memang terbaek lah tapi menurut abang rosyam kita tu hanya 80 ke 90 peratus skrip Trilogi Cinta mengikut novel tersebut.Kira orait lah tu kan, walaupun mereka tak mampu nak mengikut sebijik watak razif yang kaya raya dan mempunyai pejabat besar di KLCC. Mereka cuma mampu tunjuk kekayaan tu melalui rumah yang besar kira masih relevan la kan. kata rosyam lagi kalau mengikut sebijik bijik jalan cerita novel akan memakan kos shooting yang tinggi.

sinopsis drama Trilogi Cinta. credit tu budiey...

Kisahnya bermula dengan mengambil latar situasi berlaku selepas tamat peperiksaan STPM, Norjinah terpaksa memilih untuk menjadi pembantu rumah Razif kerana tidak tahan selalu dimarahi oleh dileteri oleh bapa tirinya, Pak Badar.

Perkara itu dicadangkan abangnya, Anuar yang pernah menjadi pembantu peribadi Razif, pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.

Kedatangan Norjinah ke rumah Razif, di saat Razif berdepan dengan masalah rumahtangga apabila isterinya Salmi, meninggalkannya untuk bersama lelaki lain, Amir. Salmi meninggalkan Razif kerana jatuh cinta dengan rakan perniagaannya itu.

Kerana cinta yang mendalam, Razif sanggup mengambil Salmi semula apabila Salmi dtinggalkan oleh Amir selepas terlibat dengan kemalangan. Salmi dibawa pulang ke rumah dan diberi layanan yang tidak berbeza oleh Razif. Sikap Razif membuatkan Norjinah kagum dan menghormatinya. Razif memaafkan semua kesilapan masa lalu Salmi. Salmi sangat terharu pengorbanan Razif.

Salmi yang menjadi serba-salah dan kekurangan telah menyarankan Razif berkahwin dengan Norjinah tambahan lagi anak-anaknya Balkis dan Ameera rapat dengan Norjinah. Badrul, adik Salmi amat kecewa dengan perkahwinan mereka kerana telah jatuh cinta dengan Norjinah. Pak Badar, bapa tiri Norjinah menabur fitnah bahawa mereka berkahwin kerana telah terlanjur. Norseha pula memberontak untuk ke Kuala Lumpur. Hasratnya tercapai dan menetap di rumah Razif dan Norjinah setelah Salmi meninggal dunia. Norseha selalu menggoda Razif dan tidak henti mencari peluang. Norseha didapati mengandung setelah dinodai Shahrul adik bongsu Salmi.

Kehidupan Norjinah terus dirundum pelbagai sengketa tapi mujur Razif dan ibunya Mak Nab selalunya menyokongnya serta anak-anak Razif memberi kekuatan kepadanya.

Lalu bagaimanakah kesudahannya? Mampukah Norjinah dan Razif mempertahankan ikatan cinta mereka meskipun pelbagai halangan yang mendatang? Sejauh manakah Razif dan Mak Nab mampu meneruskan usaha membela Norjinah?

razif dalam novel3 tu sangat lomantik okey. rosyam dalam drama tu pon apa kurangnya kan???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails