Followers

Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Friday, October 7, 2011

jamuan raya aidilfitri 2011 unit kewangan



entry yang sangaaaaaaaaaaaaaats basi.
sebab tengok memember lain up entry raya aku nak jugak.
ni jamuan raya unit kewangan secara potlak.
aku bawak ape eh???

ooo ingat ingat.
aku bawak trifle.
kali ni tak sedap sangat.
rasanya biasa2 aje.
tak umphhh lah kiranya.



antara menu di hari kejadian.
laksa by rinna.
ketupat sotong by kak nor.
rendang hijau ayam kampung by mak razi.
nasi impit by inna.
kek pandan by cc kham.
kuah kacang by kak tini.
fruit punch by kak ros.
yang lain-lain tak ingat dah. ada lah kuih raya bermacam-macam.



belah tengahari nya lak ada acara potong kek bufday.
makan nasi dagang.
sedap oh nasik dagang nya.



lupe nak kasitau tema hari tu pokodot.
semua orang sporting sarung baju or tudung pokodot.
aku takde dalam gambar atas sebab pegi bank masa ni.
benci...
tahun depan ntah dapat ntah tak merasa raya ngan korang.



nak jugak tepek baju pokot aku.
tak cantik pon.
sekian.

Friday, October 1, 2010

raya ofis @ galeri shah alam

ni kira album berhari raya kat ofis lah kot... banyak nau gambarnya. banyak kamera.... tadah aje muka ade je yang nak snap. nak buat camno dah org suka amik gambar kite. ehehee perasaan terlebey sudah...gambar ni sekitar majlis aidilfitri ofis saya kat galeri shah alam.


gambar tuan punya blog berbaju merah tajaan 1 butik kat shah alam nih...sambil menggayakan tudung ala2 dato' ct kepunyaan orang lain. saya test mana tau best bole lah beli. ok ker saya pakai tu????


pose....


pose lagi dengan ahli2 jemaah...


ahli jemaah versi skema.... weee kami merahhhh


kat bilik persalinan @ bilik make up kami... tukang make up nampak sikit je kepala dia tu yang tudung merah


orang kuat majlis pon pakai baju merah lah...hehehe


makanan yang adooo... rendang daging dia sedaplah...camnak makan banyak2 tapi sian kat orang belakang2 kang tak dapat pulak.


with ah lin yang ajuberbaju kurung. patut lah pagi tu hujan lebat turun mencurah2 rupanya ada orang nak pakai baju kurung. cantik baju u ah lin. pandai cik yam pilih. manik sarat lagi tu... jeles i tau..baju i manik sikit2 jer.


dengan bakal pengantin ni tengah tunggu je kad dari dia. perasan tak baju kami sama pattern colour n size jer yang lain... 'sponsor' punya baju...tu sebab sama.


ni pon dengan bakal pengantin yang kadnya udah sampai... insyaAllah yer nana saya sampai nnti
selamat pengantin baru in advance lah yer... semoga semuanya berjalan seperti yang dirancangkan.


gambar last di hari kejadian di tempat kejadian. begambar beramai2 dengan staff unit kewangan.

Monday, September 27, 2010

cerita open house

kenyang weekened saya tanpa perlu memasak....
for those yang menjemput dtg ke rumah mereka untuk makan2 tu jutaan terima kasih...
senang2 buat ler lagi yer....
yang saya tak dapat datang tu mintak mahap banyak2 yer... lenkali kalau buat makan2 lagi jangan tak jemput pulak...

this week pon ada yang menanti dah ni.
alhamdulillah rezeki syawal...

gegambar takde lah kali ni. camera lupa nak bawak n nak snap pakai henpon malu plk... apa kes nak malu2 ni... hehehe geng gegambaran takdo tu yang tak bape naik syiok nak begambo...
bln2 syawal ni time weekend jalan2 kat klang valley ni jem macam hari keje. ye lah time cuti lah baru dapat beraya rumah kengkawan kan. cuti raya dihabiskan beraya rumah relatives.
thats why lah jalan semedang jam kan bila cuti hujung minggu.

to kak liza gombak tq juta2 lemon menjemput. ada retis lagi kat rumah u...
foodies pon lazat2...
tahun depan jemput lagi yek (jemputlah artis ramai2 lagi...bole i cuci mata)



Tuesday, September 21, 2010

cerita raya

fuhhhh.....
baru lega nih.... pasal pa tak boleh bukak blog... dah la lama tak view2, lama tak post pape tetiba nak bukak tak bole plk.... gabra dah.... pas godek sana sini baru boleh. logo den.



these two pics was taken on 1st hari raya... tahun ni tak beraya sangat. no mood kot memasing. klu tak boleh katekan every day berjalan raya. rumah jiran pon tak pergi. melampau kan.... selalunya tak pnh miss tapi tahun ni tak pegi lgsg...baju kurung for raya tu pon rembat last minute.... actually tak berkenan sangat kat baju tu...tapi sarung jugaklah sebab sedih rasa hati tgk org lain sarung baju baru. hohoho...

pergi rumah yang terpenting je. mak long, mak ngah, maksu & 1 rumah my mom's cousin. since 1st raya tu jatuh hari jumaat kan, we all start round pon lepas friday prayers. so masa yang ada suntuklah kan.... lagi satu hal katenya konvoi kan... tau lah konvoi tapi memasing bawak kete cam semut jer... ampun yer abang2 kakak2.

pagi 2nd day raya pegi ziarah kubur Allahyarham abah. actually nak pegi pas semayang raya tapi hujan lak. ptg tu pon sama renyai2. tu yg postpone. drama air mata sebabak kat sini. tak boleh nak control dah kerinduan yang sekian lama terpendam ni...

settle2 kat kubur terus balik rumah n takde jalan raya dah. my mom pon tak berapa sihat. so tunggu orang datang rumah je siang malam... dok rumah basuh pinggan la pe lagi. camtu lah rutin harian sampai habis cuti seminggu.





Wednesday, September 8, 2010

hati jiwa & raga tiada lagi di sini

hahaha... tajuk entry tak boleh blah...
hari ni saya pegi keje dgn bersemangat nya... bukan semangat nak buat kerja tapi semangat nak balik kampung... my boss dah bg izin untuk half day tapi dengan syarat kerja harus settle semua... tocheeee. sejak semalam lagi saya dah settlekan boss.
since mak pon dah balik kpg dari smlm, lagi membuatkan saya tak sabar2 nak balik kampung jugak.... cepatlah lunch break nak balik nih...
pas sahur tadi saya tak boleh lelapkan mata dah.... excited nak balik kpg. tak boleh pikir pape dah melainkan kampong kampong kampong...dah lah terbangun sahur awal... hopefully tak ngantuk lah time drive nanti. dalam kepala ni dah susun aturcara balik kpg... hari ni nak buat pe, esoknya nak buat pe & so on... seminggu tu cuti macam2 boleh buat. yang penting nak makan banyak2. huahaaaa....hari ni will iftar with my siblings... bestnya...
tapi 1 perkara yang berat saya nak tempuhi 1 Syawal without abah di sisi....
can't imagine....

dikesempatan ni saya nak mintak ampun untuk segala salah & silap dalam penulisan blog ni. mana tau ada yang tersinggung dgn kata-kata saya.

SELAMAT HARI RAYA MAAF LAHIR & BATIN

P/S : balik kampung jom.....

Sunday, September 5, 2010

penangan raya

pagi tadi saya ke pasar tani stadium shah alam. plan nak g awal2 tapi hujan plk. agak lebat jugak. so sambung seround lagi tido sesambil tunggu hujan berhenti. sedar2 tgk jam dah 8.30am tapi hujan still tak stop. housemate saya kat pegi je lah. lagi pon hujan dah tak berapa lebat. renyai-renyai jer. mandi2 siap ala kadar terus menuju ke destinasi yeyeahhhhh.....(lagu dato' siti) hehehe


.
lepas jer roundabout dekat d'kayangan tu terus nampak jem. halahai..... panjang lak tu. ramainya org nak g sini....ape diorang nak carik eh. nak carik parking mmg agak ssh sikit kena sabar bebanyak. mmg luck lah saya harini dapat parking dekat2 jer. time nak shopping ni pon kena sabar jugak. orang daah lah ramai jalan plk air bertakung mmg saya lipat ahh kaki seluar klu tak air tu saya sapu bawak balik sekali. nak pilih2 pon tak brapa syok sebab ramai noo. naik rimas lak. sudahnya saya beli bunga jer untuk mak....



ni time nak balik plk. kena beratur panjang macam pic atas tu. seb lah kete saya kecik. selit2 je lah mana yang boleh. jangan bergesel sudah nak raya ni oiii....

p/s: misi mencari baju kurung utk raya belom tercapai.... nak cari kat mana lagi ni... huhuhu

Wednesday, August 25, 2010

dapat duit raya...yea yea

alhamdulillah syukur yang tak terhingga kerna kami kakitangan awam dapat duit raya RM500. yippy yippy yeaaaaaaaa.
baru announce. adalah duit poket lebih nampaknya.... dapat lah menyebarkan rezeki ni kepada yang memerlukan. alhamdulillah again... baca lah kat sini
untuk kesasihan berita panas ni.

double happy lagi sebab dengar2 kabar berita dari org ag akan ada bonus lak menyusul bulan 10 nanti (lps pembentangan bajet la baru tau). yang ni betul ke tak wallahu'alam... kita tunggu je lah.


p/s : bole la saya soping baju raya vogue vass sikit. ingat2 simple dimple hokeyyyyyyyy

perasaan sudah menjadi lega

alhamdulillah lega rasa dihati...
baru pas call 1 of my supplier untuk kerepek....eh lupa lah nak post. untuk becoming syawal ni saya merembat peluang yg ada untuk menjual kerepek. cookies dah agak ramai kan yang jual kat opis nih...so saya decided jual kerepek je lah. ni 1st time. sebelom2 ni tak pnh pon. tak tau dtg dari mana kesedaran nak menambahkan pendapatan ni. hehehe....mgkin ekonomi yg agak slow nih kot. ok back pada kelegaan tadi.... masa tgh disscuss2 pasal nak jual haritu dia ada pesan jangan ambik order banyak sangat sebab dia takut tak tertunai order saya. maklumlah bulan2 demand camni mesti berlaku adil dia kata. klu bole sama rata sume org. saya pon kata ok2 saya akan control order tu. tapi sudahnya ramai plk yg order that kerepek... alhamdulillah. that supplier tu kata ok je. siap akan hantarkan kat rumah lagi. syukran2....
lega rasanya dapat memenuhi kehendak customers. rezeki ramadhan...
harap2 tahun depan berpeluang lagi nak berbiz kecil2lan macam ni...insyaAllah.

tak jumpa yang shantek la

lunch break tadi saya pegi shopping mall sebelah opis (nama rahsia...hehehe) dengan hajat nak 'menyervey' baju raya. pergi settlekan urusan bank segala dulu baru window shopping. tenang sikit nak shopping klu tanggungjawab dah selesai kan. taklah terbantut hajat2 tu. wah.... macam banyak jer hajatnya tu ye dak. klu di listkan mmg banyak.

tadi ada nampak kaunter zakat kat eskelator tapi nape saya tak gi bayar kat situ eh...ntah... bila dah balik opis terpinga2 lak memikirkan ustaz kat meja yg kosong lagi tu. org suka buat kerja last minute mmg macam ni. *wink* *wink* nnti dah suntuk nak raya baru terhegeh2 nak cari. sanggup plk tu beratur beramai2. ni tak yah beratur memang dah sedia lengang pon tak menyinggah. iskiskisk....

nanti klu ada terpegi mana2 shopping mall boleh lah saya g bayar tanpa pikir2 lagi. pasal window shopping tadi... tak jumpa la baju yang sangat terkesan dihati. semua takat 'ala-ala' je. takde yang macam perasaan meroyan pon bila tengok.... takpe banyak lagi tempat tak pegi ni. baru 2 3 tempat je saya survey. kat bandaraya anggerik ni kan banyak lagi shopping mall.. klu takde jugak pakai je lah baju yang ado. huhuhuhu... sedih plk nnti tgk org lain pakai baju baru..:((

plan nak carik yang simple dimple je... ha camno tu dah simple siap ada lesung pipit lagi. hihihi. maksudnya yang simple n shantek la... takmo dah baju yang hover2. susah nak beli ( sebab mahalkan) susah nak bela. kira high maintenance lah ni. ye lah bila nak cuci kena hantar dobi utk dry clean bagai. tak koser lah... tahun ni mls sikit nak membela baju2 camtu. nak beli yang simple2 yang boleh pakai utk g opis berlasak2 sekali. yang bole pakai sambil jalan laju2 (maksudnya kain tak sempit n tak belah)... azam baru nih...mmg sekarang klu anta kain kat tailor pon takmo kain belah dah...paham2 sudahlah yer..lagi satu skrg tak suka dah pakai
baju yang kena berinner. rimas lemas panas lak rasanya...

mlm ni nak pegi shopping suar jeans raya....(ape u tak sembahyang terawikh ke fiza!!!) toing...toing

hohoho....

ini bukan iklan horlicks yer...hehehe
pepagi ni bangun tido jer rasa malasnak g opis... pasai pa tak tau.
xde mood mau kerja sudah...
mood cuti raya sudah mari kot...
tahun ni tak bersemangat pon nak raya. first time raya without abahkan.... sunyi rasanya.
biasa raya abah yang akan buat persiapan lebih. bukan untuk dirinya tapi untuk kami sefamily. abah kadang2 jer beli baju baru utk diri sendiri. baju raya abah kami yg belikan. biasa pegi sembahyang raya abah pakai jubah putih dia tu lah. tapi abah akan wajib buat persiapan seisi rumah. abah lah yang sebok tempah kuih raya berkotak2. abah lah yang sebok tempah ayam n daging segala. abah lah yang beli telur berpapan2 nak soh saya buat kek time raya nanti. huhuhu....
sume2 tu takde lagi dah tahun ni. pandai2 la kami adik beradik nak prepare segala tu. takkan nak harapkan mak.
apa yang pasti sesudah sembahyang raya saya nak pegi ziarah pusara. nak wish selamat hari raya. tak sabar neh.

nak g kubur nak pakai baju baru tapi satu pon takdak lagi. tak sempat lah nak g survey2... kesuntukan masa. insyaAllah saya akan sempatkan jugak. dapat selai pon jadilah.....


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails