Followers

Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Friday, July 22, 2011

KL gangster



korang dah tengok ke movie ni.
ai dah tengok. hehehe...
ganas lah jalan cerita ni.
memang sesuai lah dengan tajuk movie ni kan.
tapi... tapikan... macam tak sesuai je untuk ditonton oleh kanak-kanak.
remaja pon sama jugak lah kot.
kanak-kanak kan cepat terpengaruh.
apa yang mereka nampak itulah yang mereka buat.
kang dibelasahnya kengkawan sepermainan macam dalam cerita tu tak ke naya.
takde contoh-contoh macam ni pon dah banyak jenayah juvana berlaku.
kalau ada contoh takut jugakkan ramai yang mengikut.
bagi penonton dewasa tu mungkin lah boleh dibezakan mana yang elok dan tak elok untuk dicontohi kan.
hisap rokok, bergaduh, tak menghormati ibu bapa itu antara contoh negatif yang terkandung.
yang positif ada jugak. contohya si aaron tu walau jahat tetap ada rasa simpati pada ibu dia.
tetap ada rasa tanggung jawab nak jaga adik-adiknya.
tapi tu semua tersirat. kena pikir.
kanak-kanak mana boleh pikir semua tu.
semua yang direct je dia nampak.


p/s : ini sekadar luahan apa yang acuzaza rasa. mungkin jiwa ganas tu tak masuk dengan ai.

Thursday, July 14, 2011

nur kasih the movie



ngeh ngeh ngeh. terhegeh-hegeh kan. orang lain dah buat review punya lama tapi kau baru nak buat fiza. nasib lah kan selalu tertinggal keretapi. keretapi oldskolkan. memang cenggini. actually ku baru nonton movie ni. kata peminat setia drama nur kasih kan. tapi bila kuar movie lambat pulak nonton kan. tak patut betul.

sedih lah cite ni dari mula sampai hujung. memula cam malu nak nanges tapi tak boleh tahan oh. lalu merelakan je air mata ni kuar tanpa dipaksa. puas rasanya dapat nangis dari sesak dada tahan nangis tu. sob sob sob...

pelakon-pelakon still sama macam drama. nasib baik watak si ayu nazeera tu takde. kalau tak geram je rasa. penambahan watak kanak-kanak si maryam dan ilyas tu sangat comel. mia sara ni memang pandai la berlakon. muka cute lak tu. agak-agak dah besar bole jadi cam lisa surihani tak?. jalan cerita pon not bad. cumanya tak suka tang ending nya tu. kalau me yang jadi pengarah, nak si adam still hidup dan hidup bahagia dengan nur.

apa yang pasti movie ni membuatkan ku banyak berfikir. adakah perjalanan kehidupan ni dilalui begitu sahaja tanpa menikmatinya or else. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya bukan. setiap ujian kehidupan tu pon pasti ada cerita disebaliknya. hehehe... ni cakap diri sendiri ni. sebab orang-orang yang memahami selalu cakap "fiza belum sampai jodoh ni mesti ada hikmah disebaliknya". tapi for those yang tak memahami tu mesti dok kata ku tak laku-laku. semoga bakal bersinar bahagia itu untukku. (eceh jiwang lak)


Thursday, October 7, 2010

lagenda budak setan



baru tengok movie adaptasi dari novel ni malam tadi... download dari mana ntah. copy dari my housemate...memula macam malas nak tengok so bagi my others housemate tgk dulu.
disebabkan keboringan malam tadi saya pon layan lah movie ni sorang2. sedih rupanya....
tambah2 pulak saya ni kan mmg ratu air mata. sikit2 touching.... tapi kena control jugak jangan sampai air mata ni tumpah macam banjir kilat. sikit-sikit sudah lah. bkn malu tapi takmo mata bengkak n sembab bila bangun pagi esoknya...
dulu2 pernah dah baca novel dia tapi tak berapa nak ingat isi jalan ceritanya. rasanya tak lah sedih macam movie dia ni kot...
tang ending tu saya tak berapa gemar... ni yang buat tak sabar nak tgk sambungan dia.
kalau novel tajuk sambungan katerina....
kalau movie tak tau tajuk sama or lain....just wait

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails