Followers

Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Tuesday, April 24, 2012

designer baju nikah

pepagi buta rasa sikit cuak sebab rupanya baju nikah belom settle. lawak kan. yang lain boleh disettlekan tapi baju nikah belom settle. padahal baju nikah la yang pentingnya pon. kelam kelibut la call tailor sana sini cari yang mana masih available and boleh siapkan baju nikah aku dalam limited time. semuanya tak sanggup weh.. apalagi nervous nervous nervous lah.. rugila dah beli kain takkan tak tempah lak. nak beli yang ready made memang anytime jek tapi tak memenuhi citarasa lah kan. kita mesti ada design yang kita nakkan.

at last terbaca kat blog seseorang ni pasal designer baju dia. siap ada no telefon. aku try call tak berangkat pulak. so decide kasi terjah je. Alhamdulillah tailor ni sanggup ambik. sangat legaaaaaaaa okkay. ada jugak orang nak jahitkan baju nikah aku last seminit ni. base on material yang aku bawak dengan klu design yang aku nak dia pon draw kan kat aku. shantekkk sesangat. masa tailor ni draw aku takut weh. takutkan harga dia charge. dia punya consultant, drawing, design kan baju aku cam dah ala-ala kat butik. matikla... pung pang pung pang siap draw semua aku bagi opinion tailor tu bagi opinion dia setuju aku pun setuju baru ukur badan.. tadaaaa settle. sekarang tunggu baju siap. agak memahal jugak lah ye. paham-paham la kalau hantar baju last-last minute ni...

Friday, April 20, 2012

bertukar status

sebelum ni rasa macam tak mo la war-war kan yang aku ni dah bertunang.. iye aku dah bertunang.. Alhamdulillah ada jugak orang sudi nak jadi tunangan aku. ehehehe..maklumlah aku kan pemalu.. serius bab-bab ni memang aku malu..

kawan-kawan asyik kata apa guna ada blog kalau tak cerita-cerita. okkayyy kawan-kawan now aku cerita so korang silalah baca. majlis berlangsung pada 31/03/2012 haritu. hari sabtu belah petang. buat simple-simple jek. tu sebab ramai kecik hati tak dijemput. sorry korang nnti bila kenduri besar nya aku jemput ok. tak lama pon lagi. cuma sekarang kad belom siap. sila salah kan kedai tu sebab tak dapat nak siapkan cepat ke aku yang salah eh sebab pegi booking lambat. matikla.. salah menyalah pulak ni..

ada cerita kurang enak masa hari pertunangan aku ni. 2 hari sebelum tu mak aku admit ward sebab kesihatan nya yang merundum. sangat tak best ok. air mata toksah kata la. jangan sentuh bab-bab mak ni. confirm terus mengalir. semua pon di settlekan sendiri dengan bantuan abang-abang, abang-abang ipar, kakak-kakak, kakak-kakak ipar dan anak-anak buah. kalau takde mereka tak taulah macam mana. Alhamdulillah majlis tu berlangsung dengan smooth sehingga habis. mujur tak buat preparation beria-ia pasang mini pelamin bagai. bayangkan kalau pasang mini pelamin dok atas tu senyum-senyum tapi mak kat hospital. sangat tak cool kan.

aku tepek la satu gambar pertunangan aku.. nanti buat entry lain lak ye pasal majlis ni.



Monday, June 13, 2011

ex-housemate's wedding



semalam me dan 3 orang lagi housemate pegi wedding ex housemate kami ni kat padang jawa. actually ni husband nya punya side. yang belah bride tak pergi. memang memula dah pasang niat nak pegi. dah well plan ngan 3 housemate yang lain tu jugak. tapi hujung hujung tak jadi sebabnya me clash ngan kenduri tahlil 40 hari arwah abang ipar. yang kak jue tak pergi sebab husband nya ada program. alih alih memang semua tak pergi. so disebabkan rasa bersalah tak dapat pergi yang side dia kat Kajang tu we all pergilah yang groom side.

makanan adalah melazat. ada pulak sambal goreng jawa tu. memang kenalah ngan selera. tu memang lauk kenduri feveret ku. amik lauk tu banyak. makan sampai kenyang sambal goreng tu sahaja. nasik tak layan. sudahnya kenyang sekejap jek...ada jugak kuih koci kegemaran jugak. jangan gelak ye memang macam aunty2 jek suka makan kuih ni tapi pedulik hapa... sedap weh. ada dadih pon tak layan dah.

Selamat pengantin baru izan n acid. semoga kekal sehingga ke akhir hayat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails