Followers

Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Monday, October 17, 2011

kebaya oh kebaya

inilah cerita yang tiada kesudahan di unit kewangan.
makan makan makan and makan.
asal terlintas je dalam kepala nak makan pape mula la memasing plan buat potluk.
yang pelik nya memang semua akan setuju walaupon baru je lepas buat makan-makan.
memang kuat makan lah kan.



antara makanan yang ada pada hari tu.
aku macam biasalah makanan yang direquest oleh mereka pastilah yang berasaskan sambal.
setiap kali bawak setiap kali tu lah up kan kuantiti dan setiap kali tu lah pasti licin.
tu maknanya apa???
aku masak sedap kan....
tu yang lagi semangat nak masak bawak datang opis. hehehe...
masak simple-simple je yang pentingnya nak makan sesama ngan opismate.



oh ye tema hari tu adalah kebaya.
semua orang pon adalah sporting memakai kebaya.
cayalah korang...



bab potong memotong je nama aku kena panggil.
aku pindah nanti sape nak jadi pelapis ni.
meh belajar ngan aku meh. aku pon belajar dari inna.



oleh kerana aku berkebaya hari tu jadi aku malas nak potong buah nenas.
belengas nanti. tau lah air nenas tu.
jadinya tugas tu bagi rina.
dia kata dia memang suka potong buah nenas nanti tangan dia lembut.
iye ke? iye kot...

Monday, January 3, 2011

makan makan kat opis

happy new year all...
tertinggal keretapi sudah. maklumlah cuti lama + pepagi hari ni kebizian sikit.
memasing dah buat wishlist ke. for me wishlist tu tak lah penting sangat
. *sebab selalu asyik tak achieve jek*. buat list panjang berjela jela pulak nanti. so macam cakap dalam hati jek tahun ni nak buat tu nak buat ni. cam tu jek lah...

last day before cuti bola hari tu unit ku buat makan makan sempena end year 2010.
tercapai jugak hajat nak makan trifle yang dibuat sendiri.
sebabnya malas malas kena buat jugak. ramai yang mengharap ni.
makanan adalah membanyak pada hari kejadian sehingga membuntal tika pulang ke rumah.



org pertama merasa trifle ku pada hari tu. sedapkan. angkut bakul sendiri. hehehe


ada kek cekelat basah. sangat sedap.
shida yang buat. next time buat lagi yek.



combination yang best... sampai rasa pening


bihun goreng pon ada jugak.
menu yang ni sampai lewat sikit sebab kak tini kepancitan tayar.
sian kak tini. yang ni buat makan nak dekat tengahari sikit.


ni lah trifle ku itew...terliur pulak sekarang ni.


buah betik...


buah tembikai & nanas...


nasik goreng pon ada. tapi takde snap pic dia lak.
kak ros kata ni nasik goreng jawa. pedas nya ya ampun...
berasap telinga. sedap tapi tak berani makan banyak.



kfc pon ada jugak...


dah makan banyak banyak kat atas tu sambung makan kek cekelat ngan ice cream.
haah bayangkan lelemak yang bertakung dalam usus.
masuk terus beku...
cakap je nak diet tapi diet ke laut. ngeh ngeh ngeh...

Friday, December 24, 2010

sedapnya trifle

this week memang mood nak makan makanan yang manis2 jek.
namo makan pedas sudah.
nak jaga perut. ecehhhh.
perut nak pakai lama lagikan.
so adalah teringin terlampau nak makan trifle tapi nan ado masa nak buat sendirik.
nak pegi membeli pon tak sempat.
sudahnya tengok gambar jelah.
yang peliknya gambar trifle yang dah siap takdo pulak. hahaha...

so layankan je lah pic2 proses menjadikan trifle tu.


potong swiss roll dengan ketebalan ikut suka...


pastu susun dalam loyang@tupperware then padat padatkan.
tujuan kena padatkan kek tu takmo bagi layer yang custard tu turun ke bawah.


bancuh tepung custard + susu cair + air.
kacau sampai takde ketul.


then bila dah takde ketul panaskan atas api.
api kena perlahan.
kacau atas api sampai pekat.
bila dah menggelegak agak agak 2-3 minit pas tu boleh la tutup api.
tuang bancuhan custard ni atas kek yang dipadatkan tadi.
panas panas ni terus tuang tau sebab nanti dia mengeras.


biar kan layer yang custard tu jadi suam suam.
bole lah letak buah buahan yang korang suka.
stoberi ke kiwi ke bole je.
buah yang tak kuarkan air la.
kalau tak mencair pulak nanti custard tu.

last layer bancuhan jeli.
tapi gambar takde. mintak mahap la yer.
beli je jeli yang instant tu.
ikut direction kat belakang kotak.
insyaAllah ok je mengeras.
tuang atas custard ni pelan pelan supaya custard tu tak pecah.
bila dah suam bole la sejukkan dalam peti sejuk.
bila semua dah mengeras bole lah ngap ngap.
sedapnyaaaaa.

naknaknak.....

Tuesday, December 7, 2010

pulut mangga

setelah penat berjalan jalan tanpa tujuan dalam wakaf che yeh tu kami sebolat suara mau pergi makan. lapar katanya. tapi kenapa perut ku tak rasa lapar pon. pelik jugak. sebab penat kot... selera pon hilang.
muka adalah suci tanpa was was tanpa secalit bahan kimia di kulit. memang tak pakai bedak langsung ni. nak cepat. muka ori lah ni kiranya....tu yang hidung bersinar bak sang suria. minyak tak hengat.



disebabkan perut ku yang masih terasa kenyang so ku up air horlicks suam je. takmo makan. minum ni pon dah agak kenyang kan plus senang sikit nak tido. kalau kekenyangan sangat pon nak tido tak boleh nanti. malam ni kena tido jugak. tengok bawah mata tu dah ada kesan tak cukup tido.



service kat kedai ni adalah sangat lembsss. lama sangat nak tunggu order sampai. nak kata ramai customer tak ramai mana. apa yang lambat sangat ntah... baru nak potong bawang agaknya. diorang yang lain memasing order makan except me. sementara nak tunggu orderan tu sampai sempat lah dekrang beli kopok lekor dulu buat kunyah kunyah.
sambil layan minum and borak borak tu tetiba terpandang ada menu pulut durian pulut mangga pulut apa eh lagi 1 tak ingat lah. terus rasa macam teruja nak test pulut mangga. memang dah lama nak try tapi asik cancel jek. rasa cam belom bersedia gitu. hahaha...
kalau pulut durian memang dah penah makan. cam tak berapa nak boleh telan tapi ok lagi.
so tanya lah sama akak pelayan kat kedai ni camne nak makan n so on.
rasa meyakinkan explanation dia tu then order 1@RM5.
ni rupa paras pulut mangga tu kala tiba di depan mata.


agak sedikit kekonfiusan camne mau telan ini makanan. selama ni dok tengok orang makan macam lazat yummy yummy jek. biasa ada jugak kat shah alam bila ada pesta barang barang thai tu kan mesti ada selit selit makanan yang macam ni. tapi tak penah beli. akak tu pon ajar lah sekali lagi. malu lah pulak...


suapan pertama...

and terus tak suap suap dah. tak boleh terima combination of mangga and pulut. sudahnya makan mangganya yang manis tu jek. pulut kasi tepi...

Thursday, November 4, 2010

apa menu yang sesuai

malam tadi sambil guling guling ats katil sebelom tido ku dok teringat2 mangkuk makcik sebelah dah pulangkan ke belom eh. nak bangun g jenguk kat dapor mals plk. niat dalam hati bangun pagi esok tengoklah. tapi sudahnya tak ingat pon. pepagi memang ku tak sempat pikir hape. sempat minum 2 3 teguk je. masuk opis awal k....bangun nya cukup cukup time aje....hahaha

ni tgh dok pikir lah nak balas menu apa andainya mangkuk tu ada lagi kat dapur rumah bujangan ku.
masa makcik tu bagi menunya mee goreng. sedapppp..... bibiknya yang masak or makcik tu yang masak ku tak pasti. yang penting lazat. tak habis siap simpan peti sejuk tu. banyak makcik tu bagi. mangkuk besar kau.... sepeket mee tu rasanya.

nak bagi menu breakfast macam.... ehehehe... ater klu hari kerja mana sempat. buat breakfast lepas tekak bujangan sudah...itu pon mujur... kadang kadang ajer. tu pon tapau makan kat opis kalau makan kat rumah tak sempat.
nak bagi menu lunch bila plk nak masaknya...
asal weekend takdok rumah.
nak bagi menu minum petang....
balik opis je dah pkl bape. takkan menu petang nak buat dinner plk...
menu dinner lah kot ye....tapi klu makcik tu dinner pkl 6 camne???
huhuhu......

so cam no tu???
tulun...

Wednesday, November 3, 2010

nafsu meningkat

tajuk tak menahan ok.
saja kasi panas....
hohoho.......
nape lah lately dalam kepala ni pikir nak makan nak makan jek.
keje banyak makan tatap makan jugak.
yang pelik sempat plk tu ada masa lak tu nak makan. selalu time manyak keja mmg tak lalu nak makan. rasa membazir waktu. baik buat keja dari makan. tapi sekarang tak mengira dah. asal terpikir nak makan terus carik makanan. tak pikir dah lelemak dalam badan ni. tak pikir dah keje.
makan dulu pah tu baru buat.
hari ni jek dah makan :-

bekfes - bihun goreng + telor mata + sambal

dalam pkl 11 kirim kat opismate teh ais.... langgar pantang dah ni kunun takmo sentuh ais. tak blh tahan lah.

pahtu sesambil buat keje ngap ngap biskut cap ping pong 3 kpg ade kot. rasa bosan stoppp kunyah...

masa lunch break niat hati nak g mentapau nasik tapi malesss jadinya makan wafer sudah. macam terbayang jek ikan keli goreng berlada kat selera kampong tu....ala yang kedai kak mon tu....

ni baru pas ngadap mee goreng.... n then sedar
terus membuat en3 ni sambil jeling kat mee goreng yang masih berbaki.
tgh pikir nak sambung makan ke tak???
sambung nnti makin gemok.
tak sambung nanti membazir plk. takkan nak bagi kat org makanan yang kita dah sentuh. not good2.

tgh pikir lagik nih....

Thursday, October 21, 2010

awalnye....



hari ni ku bangun awal sangat dari kebiasaan. macam dah puas tidur asik terjaga jaga je. tengok jam baru pukul 5.55 am. memang niat dihati nak sambung tidur tapi mata ni tak mau katup dah. sudahnya bangun minum-minum jap (wahhh sempat minum subuh lagi neh).
sambil2 minum ku sempat prepare breakfast. buat roti telur je pon. tak heavy mana.
siap masak memasak kasi clear dapur n sink baru mandi. rasa bermakna sngat hari ni dapat buat semua2 tu. *poyo*
selalu bawak bekal pon roti sapu jem + butter. tak payah petik-petik dapur basuh kuali segala.



ni lah waktunya ku keluar rumah pagi tadi. awalkan ???. belom pukul 7 tu tapi dah terang benderang.
selalunya waktu ni baru nak tepek bedak kat muka. hari ni dah siap panaskan enjin. bangga sekejap. *poyo lagi*

Wednesday, October 20, 2010

teh ais

semenjak puasa kafein ni selain milo saya addict kat teh ais. tetapi sekat sekat jugak tak boleh ambik selau sebab berais kan... kalau tak makan pape baru boleh minum teh ais. tapi kalau makan tak boleh disusuli dengan teh ais. nanti membeku sume2 lemak dalam perut ni.


ni teh ais malam tadi punya tapau. nak tuang kat mug rasa macam tak feel pulak so slurrrp terus dari plastik ni je. sungguh tak bersopan.
tapi bagus pe at least jimat air jimat sabun tak yah basuh cawan. jimat masa jugak. ehehehe.
nimat woo sampai sakit otak sebab sejuk sangat.

Tuesday, October 19, 2010

perut tak best

keapa eh perut ku selalu sangat buat hal sekarang ni. pantang salah makan sikit mesti dia meragam tak tentu pasal. mujur lah sekarang ni tuntutan kerja tak menyuruh saya os selalu. kalau tak haru dibuatnya. jenuh lah asik2 nak kena carik toilet. drive sejengkal nakkena carik toilet lagi. naseb sangat lah baik sekarang dok dalam opis jer.
kalau duu ku perasan tak boleh makan daging segar yang masih merah berdarah tu yang kira baru pas sembelih la. kena makan daging kotak or daging yang dah disejuk bekukan. pelik kan. orang biasa tak tahan daging yang dah disimpan2 ni. tapi ku sebaliknya.
sekarang tak tahu lah apa yang tak tahan nya. semalam tak makan benda pelik pelik pon. makan macam biasa je. pedas pon takde lite-lite je pedasnya pon.
camne nak bagi perut ni tahan kental sikit????
minum susukah. yerk.... paling tak suka sekali. lagi lagi kalau susu tepung yang kena bancuh tu. tak boleh terima. rasa macam tak mau masuk kat tekak jer. ada my fren suggest kan minum vitagen tiap2 pagi. tak buat pon lagi sebab manis lah vitagen tu. melekat kat tekak rasanya.
so how???

Monday, October 18, 2010

nak pi holiday mana yang best yek???

dalam dok keje menimbun-nimbun ku masih ada hati nak pergi holiday ber lalala. tetiba je perasaan ni muncul. rasa macam dah lama tak pergi berjimba jimba lupakan segalanya.... heaven sungguh kan. lama dah... bulan june hrtu yang pergi sabah tu lah yang last. pahtu mana de lagi. cuti biasa2 tu mmg la ade tapi ni cuti yang memang lupa kan kerja langsung. nan ado.....
rasa macam ngidam nak pergi holiday tepi tepi laut snorkeling mandi manda laut naik bot buat bbq seafood segala.... hadussss best nya. tapi bila eh kat mana ehhh???
macam takdo masa jer nak pikir holiday segala tapi nak pergi. ha camno tu??? bajet pon bkn ade sangat sikit sikit adalah. so boleh pergi dekat-dekat je lah.



best kan dapat pergi tepi laut camni sambil verangan chenta chenta tgk sun rise sunset. haduhh la... mesti syok abess. actually ku mmg ada niat nak pergi dungun tempat 'ngajian' ku dulu2. pantai dia memang best. masa zaman study dulu mmg layan la makan kepok minum air kelapa duduk atas batang pokok mati tepi laut di tiup angin sepoi-sepoi. ha mana nak dapat kenangan tu lagi...


lagi masyuk dapat makan ketam sotong ikan celup tepung kat batu rakit KT. sampai pejam pejam mata keseronokan kalau dapat makan sekarang ni. sini mana ade makanan tu semua....
oh masa bila lah dapat ku menjejakkan kaki ke bumi Terengganu tu lagi. semoga dipermudahkan impian ku ini. insyaAllah...

* buat masa ni ku pergi bercuti ke sungai besar jo lah.... layan jugak kan. nak shopping pon murah murah je.


Monday, October 11, 2010

tak berjaya meminimumkan makanan

akhirnya ku tewas lagi pada hari ni. malam tadi sebelom tido dah pasang niat nak puasa sunat hari ni sebabnya 2 hari di kampung telah mencekik dengan rakusnya. bangun pagi2 seperti kelaziman terus menuju ke dapor teguk air masak... ops kan dah niat nak puasa tapi cancel lah kot dah terminum ni. hehehe. alasan jer kan. tapi dah bisik2 dalam hati hari ni takmo makan banyak.
sebelom masuk ofis pikir jugak lagi berkali kali sambil drive tu nak g tapau breakfast dulu ke tak.
sebab nak meminumkan makanan so konon2 nak breakfast air milo yang dibuat sendiri + biskut jer. so zass terus ke opis tanpa singgah di mana2 payung makanan. rezeki datang tanpa diundang....dapat roti canai kuah dal lah pulak. rezeki jangan ditolak. so apelagi telan je lah...kenyang dah bahagian breakfast alhamdulillah lama tak makan roti canai.....

pukul 11am cam tu ku makan pulak bihun goreng. mmg kalah kalau ada bihun goreng. itu mmg my feveret. tak boleh tolak. tak tengok dah kiri kanan depan belakang terus kunyah2 telan. alamak bihun goreng ni masin lah. makan 2-3 sudu jugak dalam masin2 tu. kecewa :-(
kekonon cukuplah tu menu utk bahagian pagi + cover lunch sekali memandangkan ptg nanti ku ada meeting so mesti ada makan (harapan...hehehe).
so untuk mengisi perut yang telah sedia terisi time lunch nanti plan nak buat air milo yang tertangguh sedari pagi lagi tadi. tuptup dapat pulak call dari unit it diorang buat makan2....
hadus tak pergi rugi ni. ni yang sambil type sambil suap laksa johor.... maveles lah....see....



maka tak terminima lagi lah menu saya untuk sekian kalinya.... adakah esok masih ada harapan????
jangan haraplah kalau u masih tak berdisiplin fiza....

Friday, October 8, 2010

perut dah sihat

alhamdulillah hari ni perut saya dah menampakkan kesejahteraan. dah tak mencibi.
memandangkan harini last day of syawal 1431H unit saya buat makan-makan sikit (makan lagi....).
tapi yang ni saya tak makan pedas okay. saya insap :-(
unit sebelah pon buat jugak tapi they all start at 11am.
kami buat awal. ala-ala hi-tea breakfast macam tulah.
bila dah kenyang saya pon mencabutkan diri pergi service kereta yang dah setahun tak service rupanya. sungguh tak sedar sebab km my car tu belom cecah 10k km from previous service lagi.
tak jauh perjalanan kereta tu rupanya... tapi still kena servis jugak kan untuk menjamin masa depan kereta tu. hehehe......
lama lah pulak kat pusat service ni nasib baik dah amik heavy breakfast siap2... kalau tak mau kebuluran. hehehe pentipu...
tak la kot sebab kat pusat service tu ada disediakan drink & biskut.
tapi saya jeling jer kat meja tu sebab malu *blush* nak ambik + dah kenyang.

oleh kerana semalam saya meminimumkan makanan maka hari ni saya berikrar nak makan banyak. hahaha....kata je nak dietkan. tak kuat semangat langsung k.
balik office je tinjau2 lagi makanan yang belom dimakan then ngap la apa lagas...
kenyang....

after office ni pon ada jemputan open house from my x-housemate. harus pegi k sebab saya merindui masakan dia yang super duper lazat tu.
cant wait for 4.30pm.


Tuesday, October 5, 2010

tambah list makanan lagi

mari berpesta makan memakan.
tambah lagi :-

nasi ayam ngan nasi hujan panas
+
lauk pauk segala yang berkaitan dengan nya


nak pengsan dah saya ni. tak makan nanti kecik hati pulak orang yang ambikkan tu :-(.
serius ni bukan memain.
bak kata orang rezeki jangan ditolak.
alhamdulillah....
semoga bertambah tambah murahnya rezeki saya.
ameen.

again again n again

apalah malang lagi nasib perutku harini. tuannya tak sedar2 diri. asik makan kunyah telan makan kunyah telan jer kejenya (i buat keje2 office jugak tau sambil suap2.... hihihi). saya ada bekal sandwich telur tapi tak makan2 lagi sampai dah tengahari ni pon. dok teruja ngan makanan orang lain. buruk perangai kan saya ni... rezeki melimpah2 sekarang ni. alhamdulillah.....
moga2 esok ada lagi....


antara menu separuh hari ni (belom sampai ke petang lagi ni) :-

1) nasi putih + tomyam campur + ayam goreng + keropok
2) mee goreng
3) bihun goreng
4) agar2 pink
5) tapai ubi
6) mangga muda cicah colek (betul tak ni-tak tau nak spell)
7) teh tarik

banyak kan... ni menu yang saya bedal ok. bukan yang saya tengok jer....kekonon nak insap takmo makan banyak dah tapi............nak makan jugak.
puasa jer penyelamat dari makan2 ni. sungguh liat k nak puasa lama2 bila dah abis ganti ni... (statement tak bolehblah siap merah lagi)
semalam my luvly housemate ada cakap2 nak masak nasi lemak for berbuka untuk they all lah kan. haruskah saya join makan2 jugak....hehehe
biasa kalau tak makan mesti housemate saya tu kecik hati. kena makan jugaklah nampaknya ni. alasan kukuh kan.....

taknakmakantaknakmakantaknakmakan....

berusaha....(klu boleh....klu tak boleh makan je lah ape adehal)hehehe
sekian




Monday, October 4, 2010

kesian perut

hadoila...agaknya kalau perut ni bole jerit2 dah lama dia terpekik terlolong sambil nangis2. mana taknya since
last wednesday lagi
perut ni telah diasak dengan pelbagai makanan. yang manis masam pedas semua ada.
sampaikan ke pagi ni still diisi dengan makanan yang maha berat. huhuhu...hari-hari mmg heavy meal without miss k. ha bayangkanlah...
bila nak stop ni...
smlm dok cakap ngan my sis takpe minggu ni last open-open house. tapi sekarang ni banyak open-open office pulak. berlarutan 2 minggu dah macam ni.... asik in in jer. kalau lelemak dalam pankreas saya ni senang nak melarut takpe jugak. ni dah sampai jadi lemak tepu nak larut camno kalau nak teguk air panas pon malu-malu. sedap lagi minum air sejuk kan. padan lah muka.
memang dah jadi trend agaknya sekarang orang buat makan-makan bila time raya. bersusun list nama jemputan open house tapi idok lah mampu saya nak memenuhi semuanya atas sebab faktor-faktor masa dan tenaga.
jalan jem sana sini jadinya semangat nak pergi pon menurun + perut kenyang mata ngantuk...
so sesape yang saya tak sempat menjengah tu mintak ampun lah yer.
bukan taknak datang tapi keadaan tak mengizinkan...

Wednesday, September 29, 2010

kenapa eh???

hari ni hari makan kot...
perut kencang rasanya dengan makanan...
bila tak puasa ni mulut asik nak ngap ngap je... nape eh
nanti gumuks susah plk *macam lah u skrg kurus sgt fiza oi...* sedar diri eh
hehehe...saje nak perasan kejap...tak boleh.. :-(

start my meal for today with heavy breakfast lak tu...haiyooo
oleh kerana pagi tadi ada meeting so my breakfast adalah disponsor.
i ate bihun goreng + sambal (pedas ni. naseb dlm meeting perut tak buat kacau) + kuih karipap 1 + teh o.
sangat berat ok my bekfes n memberatkan badan saya.
excited sgt nak mkn pepagi tadi sebab dah lama tak merasai bekfes yang ditaja2 ni. eheheh...
once a while baru bole dapat.

meeting habis jam 12.15 pm cam tu lah then cabut pergi ke nyonya kitchen plaza masalam pulak. ada farewell makan2 untuk my boss mama z.
jumaat ni last day dia kat jkns. kitorang buat awal sebab khamis n jumaat ada event lain plk...
will miss her much2 lah... nanti saya buat en3 special about her. tak janji tapi saya try. hehehe...
malam ni ada 1 invitation untuk makan2 lagi... complete meal lah saya hari ni breakfast, lunch n dinner. terkujat agaknya perut ni tetiba disumbat macam2 hidangan. selalu mesti ada yang tak cukup. bekfes wajib.... either lunch or dinner lah biasa nya yang saya tak ambil. *makan kudap2 tu tak kira makan kan* hahaha
jangan lah malam ni or esok perut saya buat hal sebab esok ada makan2 lagi.....
tak sabar neh...


Tuesday, August 31, 2010

oat sardine roll

as usual ptg semalam saya pulang dari kantor jam 6. nak pegi menyinggah kat kedai blkg opis malas plk rasanya. dalam kepala pikir nakbalik rumah je sebab blom solat asar lagi. nak g singgah param kat seksyen 6 lagilah tak koser. dah konfem2 ssh nak parking. so balik je lah rumah terus masak sendiri lagi bagus kan....

selesai solat dok telek barang2 dalam peti sejuk.... owh balance sardine buat sandwich hrtu masih ada lagi tapi takkn nak buat sandwich lagi hari ni. bosan lak kang asik makan benda yang sama jer. so i decided nak buat sardine roll. pikir2 balik sebab skrg ni namo2 makan makanan yang berminyak bagai. nanti goreng sure minyak banyak. pikir2 lagi nampak plk oat dalam tupperware kat sebelah dapur tu je.... apalagas sebelom goreng salut lah ngan oat dulukan. at least takla banyak sangat minyak yang diserap..... ni lah dia hasilnya....


sangat goldy kan...nyum nyum nyum


ni lah appetizer tuk berbuka semalam. main course nya ofcos lah nasi.... org melayu ngn nasi mana boleh dipisahkan. betul tak??? nasi tu my luvly housemate yang beli.... tq soooo much housemate... esok beli lagi yer. sedap nasi tu. nasi ayam percik. mmg maveless lah... hari ni ada plan nak pegi param. kat mana blom decide lagi. eksited ni sebab sepanjang 2o ramadhan yang lalu saya blom menjejakkan kaki ke param kat bandaraya anggerik ni lagi.... harap2 tak malas lah nak kuar ptg ni. ada jugak plan nak masak tapi tgk lah dulu.... hahaha boleh kan macamtu..... main tengok-tengok pulak. ok lah mau sambung kerja tertangguh... next en3 saya cerita pasal kerja tertangguh ni.... bye

Monday, August 30, 2010

puding caramel ku menjadi



ni la dia puding caramel yang saya buat last weekend. it was my very 1st trial.... dan menjadi. sangat gumbira. my niece n nephew pon kata sedap. tapi sila abaikan presentation yang cacat tu yer. sebab puding tu macam tak berapa nak lekang dari loyang dia then saya guna pisau jadilah camtu. buruk rupanya kan. itu tak penting yang penting perut kenyang suka hati...

siang-siang hari dok tgk gambar tu terliur plk... sedapnya klu dapat makan waktu2 camni plus masukkan dlm peti sejuk dulu. owh~~~ pasti nyaman anak tekak ni kan. nanti bebila ada free nak buat lagik. senang je rupanya.... resipi ni saya cedok dari mana pon saya tak ingat dah sebab dah berkurun tulis dlm buku resipi baru tu nak buat. sebab bulan pose agaknya teringin tu teringin ni plus cuti so... buatlah. actually time bulan ramadhan Allahyarham abah saya yang suka beli dessert ni kat param. ruginya tak tau buat dari dulu2. klu tak boleh dah jamu Allahyarham abah ngn hasil dari air tangan saya sendiri. huhuhu...
nak buat macam mana masa tidak boleh diputar kembali macam doraemon tu.....

Thursday, August 26, 2010

sup collagen



u olls penah makan ke sup collagen. saya pernah...banyak kali pulak tu sepanjang kehidupan 27 tahun ni (owh usia saya ke tu...hihihi macam dah nak lanjut usia je tu sebab kena supply kan collagen kat badan ni tak kasi nampak tue...weeeeeeeee). ramai jugak yang tak makan sup collagen ni. geli agaknya. saya ok jer. sendiri service kan so cucilah bersih2. nak suntik collagen tak mampu plk. klu sekali suntik terus cantik mau jugak (ada hati tu...). yesterday saya dapat itu bahan mentah dari inna. sesampai di rumah terus bersilat kat dapur. takut tak dan bukak pose dgn menu ni. saya kuar opis pon dah dekat2 6.15 ptg. sampai rumah 6.30 lelebih cam tulah. tapi mmg ekonomi handalan lah saya. sume settle & siap boleh lipat kain lagi sementara tunggu azan. terror kan....plus buat air neslo lagi.



ni lah sup collagen tu. muahahaha... sendiri nampak gambar sendiri taulah kan kat mana yg collagen nya tu.




mee goreng made by my housemate....sedap + pedas





spaghetti goreng by me...tawar sket. lately saya mmg suka makan tawar + minum tawar...

ni menu for yesterday. hari ni nak mkn ape plk yer... teringin jugak nak pegi param tapi tak sempat la. sana sinun jem. nak parking lagi satu hal. time cuti2 balik kampong itu wajib....banyak param kat sini rugi plk klu tak menjengah. akan saya usahakan untuk menjengah. next week kerja dah lega sikit kot. kot lah kan. nak raya ni sume nak payment cepat....saya kena stayback lah hari2.

p/s : tak sabar nak menjalankan misi ni....cepatlah kol 1. huhuhu...


Thursday, August 19, 2010

murtabak diraja

saya boring mlm ni dan terus rasa tak sabar nak cita pasal murtabak diraja yang menjadi santapan buat berbuka puasa smlm. sangat teruja sebab ni first time makan. maklumlah bukan kalangan kerabat. hehehe...ni dia presenting murtabak diraja

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

orang lain mungkin dah banyak kali mkn...huhuhu.
apa nak describe pasal murtabak nieh....
besar tebal padat maveles.....
mmg yummy sangat
tebalnya macam murtabak biasa tu di triplekan. besarnya pulak sebesar pinggan tu lah. mmg besar lah. sekeping ni RM12. tapi mmg puas hati.
credit tu my housemate kak jue yang beli food ni.
lepas mkn murtabak ni + air nescafe terus rasa nak lena. kenyang amettt sampaikan sahur mmg tak lalu nak mkn dah. tdo lagi penting....hahaha
esok ada plan baik punya dgn kak rose. hari jumaat lah katakan.... apa plan tu nnti saya buat en3 k.
mau ngobrol ama BFF saya benter. bye.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails