Followers

Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Wednesday, July 13, 2011

farewell shah

ni cite 2 ke 3 minggu lepas. kira cite fresh jugak lah lagikan. tapi kalau ikan ke ayam ke 2 3 minggu dah rupe ape yek???. buat majlis simple je untuk kepergian shah ke hospital sungai buloh. buat gah-gah nampak macam suka lak shah pindah kan. actually semua macam tak berapa rela je melepaskan shah pindah. tapi tu hak dia lah kan nak pindah mana boleh sekat-sekat. lagipon dia punya sebab yang kukuh kenapa pindah sana. bukan sesaje sebab serabut kak JKNS ni. kitorang memang terrrrrrrasa kehilangan shah. sebab sebelum ni memang banyak bergantung harap pada dia. boleh katakan semua bende. terkontang-kanting lah haku lepas ni buat gaji tanpa sifu di sisi. kalau tidak semua shah tolong. pegi KWSP pon masih mengharapkan shah walau dia tak buat gaji lagi dah. sekarang ambik kau. buat sendiri semua.



sempena farewell tu lala buatkan slide utk shah. macam nak gugur jugak ayaq mata. tapi ku tahankan jua. tak gojes lah kalau nangis kan. dalam hati....uwaaaa.



seperti kepergian yang lain hadiah masih sama iaitu baju batik sutera. sape yang beli??? sape lagik. ehem ehem.



kenapa ada kek?. sebab celebrate bufday sekali. sedap gilos ok kek tu. order from kak asfa. ada jugak gambar with big boss tapi ai takde simpan lak. to shah moga kau happy kat sini walaupon aku tau JKNS tetap the best.

Monday, June 13, 2011

ex-housemate's wedding



semalam me dan 3 orang lagi housemate pegi wedding ex housemate kami ni kat padang jawa. actually ni husband nya punya side. yang belah bride tak pergi. memang memula dah pasang niat nak pegi. dah well plan ngan 3 housemate yang lain tu jugak. tapi hujung hujung tak jadi sebabnya me clash ngan kenduri tahlil 40 hari arwah abang ipar. yang kak jue tak pergi sebab husband nya ada program. alih alih memang semua tak pergi. so disebabkan rasa bersalah tak dapat pergi yang side dia kat Kajang tu we all pergilah yang groom side.

makanan adalah melazat. ada pulak sambal goreng jawa tu. memang kenalah ngan selera. tu memang lauk kenduri feveret ku. amik lauk tu banyak. makan sampai kenyang sambal goreng tu sahaja. nasik tak layan. sudahnya kenyang sekejap jek...ada jugak kuih koci kegemaran jugak. jangan gelak ye memang macam aunty2 jek suka makan kuih ni tapi pedulik hapa... sedap weh. ada dadih pon tak layan dah.

Selamat pengantin baru izan n acid. semoga kekal sehingga ke akhir hayat.

Friday, February 18, 2011

aizdean penyanyi J-Pop Malaysia di Jepun



Muhammad Aizuddin Bin Anwar merupakan artis J-Pop Malaysia pertama di Jepun. dia ni actually my ex-school mate masa secondary school dulu. tapi kitorang kelas lain2 lah. dia kelas 1st ku kelas 2nd. sedikit malu di situ. yer yer... ku memang malas sikit jaman sekolah dulu nak berstudy maha hebat. kiranya study ala2 jek. asal markah cantik time parents nak datang sekolah sign report card tu okey lah kan. selamat dari tulisan markah pen merah. *melalut sudehhh*.

ok back tu aizdean ni memang zaman sekolah dulu dia aktif ngan kumpulan nasyid sekolah kami. kalau tak silap nama group nasyid dekrang fauzan. kalau tak silap lah yek. al muklamlah dah lama meninggalkan zaman itu. dulu dia sedikit chubby n sekarang dah kurus...

kalau kat Jepun sana memang lagu lagu dari album dia sangat laris di radio n didownload. so sama-samalah kita doakan kejayaan dia kat sana dan harap-harapnya one day album dia akan dijual di Malaysia.
good luck fren!!!

nota : semalam baca magazine remaja and ada satu page tu tak pasti column ape story pasal aizdean. thats why terpanggil nak buat entry nih. hehehe...


Wednesday, February 9, 2011

lala jr.


gambar copy dari lala punya fb :0)

last sunday sedang asyik layan borak sambil nonton tv ngan mak abang n kakak, my om ni sms katanya dah selamat deliver kan bb gurl kat hospital sabak bernam.
ayat dia lebeh kurang cenggini lah...

"zaza mehla datang visit lala yg dah selamat deliver ni"

eh eh biar betul lala ni. terus reply.

"u biar betul... pentipu" (
yg ni ayat mmg betul sebab ada lagi dalam outbox)

"betul lah. dtg wad 4 tapi jgn bawa segala sefud. sedih lak i nnti"

tak puas hati terus kol lala. wad 4 katanya... terus diskus ngan mak nak g sepital time melawat tengahari tu. masuk lobi sepital je nampak muka ayah lala....confirm la dah kan.
tu lah yang keluar dari perut lala. sangat cute bukan???. ade ke bb yang tak cute???

sebab ape memula tu ku tak caye lala dah deliver. a few days before cny tu ku ada ckp kat lala kot2 dia terbersalin kat kpg in law. cakap memain la kan sekali betui. masin mulut zaza ni...
congrateees to lala & fazli. semoga kehidupan kalian semakin happy & bahagia dengan adanya Noor Afziha ni.

Thursday, December 2, 2010

inna's wedding at Jerteh

ni lah tujuan utama sebenarnya we all pegi jerteh. untuk attend wedding inna.
walaupon jauh tapi besh. best lah kampong dia ni. biasalah kan bila pegi tempat org mesti rasa best. padahal sendirik pun kampong jugak asalnya.

sesampai kat rumah sewaan ni around 10 am. kekunun nak bagi rest tido semua. tapi tak bole tido lah....
tengok tv lak tak masuk kepala. rancangan tak best. sudahnya menung menung aje...hahaha.
budak laki yang dok rumah sebelah roger katanya mau gerak ke rumah pengantin jam 2.30 pm.
iye iye je siap awal. tunggu diorang je lama. igt perempuan yang siap lama. lelaki pon same jugak. pkl 3 pm camtu baru gerak. rombongan pengantin laki awal awal lagi dah gerak. rumah sewaan rombongan pantin lelaki selang bape bijik je dari rumah sewaan kami tu. tu yang tau bila bas dekrang gerak.

posing posing dulu sementara tunggu budak lelaki siap siap.



dah siap semua, sebelom gerak amik gambar dulu depan bas kontot.



dah sampai pon umah pantin perempuan. susah nak carik jalan ni. banyak nau simpang siur nya. naseb ada kemudahan. gps ajelah. perut lapar dah time ni...



haruslah ada bergambar ngan pantin kat atas pelamin kan. kalau tak rugilah. pegi sesaje kata orang. tapi rasa rugi jugak sebab tak pergi jenguk bilik pantin. camne boleh lupa ek...



siap makan siap bergambar lepak lepak kejap bawah pokok rambai terus gerak balik ke rumah sewaan. teruja beb dongak dongak atas tengok buah rambai bergayut gayutan kat pokok. mana penah tengok....

petang sikit mau ke kota bharu katanya. so mau balik tukar baju dulu.

Wednesday, December 1, 2010

travel by bus

lama sangaaaaaaaaat rasanya tak naik bas.
kejadian berlaku hari kamis malam jumaat 25/11/2010.
dapat peluang naik bas rasa yippie yippie yay la!!!
happy plus teruja nak naik bas jalan jauh.
terengganu kita.
persiapan tak berapa complete.
stokin tertinggal. nasib baik pakai kasut tak la sejuk terketar ketar bila travel jauh jauh di malam hari kan.
nak pulak tu aircond bas ni baru servis. tau je lah sejuk nya macam manakan.
siap bawak bantal lagi. senang nak landing2. hehehe...


perjalanan ke terengganu menaiki bas kontot opisku ini. berkumpul kat opis.
start gerak dalam pkl 10 mlm camtu. excited gila lah time ni.
tak sabar sabar nak suruh bas gerak membelah highway. cewahhh.
ddk 2 seat sorang. nak selesa kan jalan jauh. takmo lah berhimpit himpit.
mata cam dah ngantuk. ye lah kan siang tadi kerja bertungkus lumus siapkan payment letih maaa. tapi nak tido tak boleh. beralih tempat satu hal. tak selesa pon iye jgk. tak tau nak tido posisi mana. tido duduk memang tak boleh lelap.
sudahnya tido gaya apa ntah sampai sakit pinggang sakit belakang segala.
bukan tido sangat pon tido tido ayam jek.


banyak kali driver bas ni berenti. ngantuk agaknya. setiap kali benti ade jer yang pergi membuang. sejuk kan ku kata tadi. gambar ni di snap time benti kat temerloh kalau tak silap. muka adalah selebet yer setelah mecari posisi tido yang tak ditemui sampai sudah.
konon nanti sampai area kuantan ke terengganu tak mo tido nak tengok jalan jalan yang pernah dilalui 6 tahun dulu.
kenangan tu zaman study dulu. tapi dah tido tido ayam pon. tak namapak pon api api yang kat kerteh tu. sedar diri dah sampai kat rantau abang. melepas sudah. tapi ada jugak lah sikit feel feel naik bas zaman dulu dulu tu.
best pe mengimbau kenangan lama.
nanti sambung lagi. nak sambung buat kerja...

Thursday, November 25, 2010

mini bachelor's party

kejadian ni dah lama sebenarnya. tak lama mana cuma agak lama. errkkk. ayat apa ku karang tu. ntah. abaikan sudehh...
ni kira kiranya nak menyambut hari kelahiran ku + inna and also dinner last wif inna sebagai bujangan. nak kawen sudah esok sahabat ku itu. itu pasal lah ku harus wat en3 ni hari ni jugak. tak syiok lah plk lan buat buat en3 member tu dah kawen. demi kasih sayang ku kepada inna ku korbankan masa yang tak seberapa ni nak wat en3 parti bujangan ni. maklumlah hari ni ku nak balik 4 setengah tajam sebab belom packing pape barang langsung untuk kepergian.... nak pergi mana fiza??? tunggu lah. pasti ada en3. hehehe...

di malam kejadian semasa menanti yayan untuk membawa ke tempat kejadian...
tunggu lama beno tu yang buhsan lalu ambik gambar lah seround dulu.

ni lah dia tempatnya. borneo rainforest. lokasinya betul betul depan sunway hotel resort & spa. tempatnya luas, nyaman, selesa amettt nak makan makan wif family kat sini. boleh pilih nak makan kat tempat ada atap ke atau open air. memula we choose tempat yang open air. ada candle light bagai tapi hujan renyai renyai la pulak. so terpaksa pindah yang tempat ada bumbung. tempat ada bumbung tak plk dia letak candle light. tatau la nape. duduk depan screen besar. malam tu ada football match so reramai la mamat2 mat salleh dok depan tu. MU lawan ape eh tak ingat lah... bukan kaki bola kan. so bila tengok tak masuk kepala langsung.

mat mat pengambik order kat sini bukan orang malaysia. orang apa ntah. nak cakap bangla bukan nak cakap nepal pon bukan. tapi fluence gila cakap mat saleh. ada jugak indo kot. sebab slang2 dia macam org indo cakap english. ntah ler.... kasi order sume western food. makanan melayu ade jugak nasik goreng mee goreng segala. saja nak feel feel omputih sket.


ni kira appetizer yayan order. mushroom soup ngan garlic bread. malam tu macam mencair sikit sup dia. biasa pekat sikit. sedappppp.


sesambil makan ada orang main tiup tiup api ni. takut wooo. dia macam acah acah nak cucuh api kat kita bila time kita leka. nasib tak kena tikam ngan pisau kat tangan ku. klu ditikam sape yang harus dipersalahkan. dia lah kan. sape suruh kejutkan orang. sendiri cari pasal.
lagi satu costume dia manyak seksi wooo... terbantut selera nak makan *kunun*
mak pak dia ntah tau ke tak dia buat keje macam ni. hehehe....

ni main course ku. ciken cop ngan sos mushroom. sedappp juga. rasa banyak lelemak berkumpul dalam badan bila telan peha ayam ni. nyumnyumnyum...

ni orang api api tu tengah minum minyak tanah. lepas tu dia akan tiup kat obor yang kat tangan dia tu then api tu akan marak ke atas. haaa... korang paham ke ayat tu. kira paham lah yer. sanggup ke korang nak telan minyak tanah... dia siap offer kat orang yang ada kat situ sape nak try. hiiiii......

ni lamb cop. inna punya main course. kurenggg sebab masin. klu tak masin mesti sedap. daging dia lembut gile. tak payah nak bersusah payah potong. mashed potato dia tu memang layan lah...
kenyang perut.


saje letak gambar orang api api ni selang seli ngan makanan. nak sama jugak ngan situasi kami masa makan tu. sambil makan sambil tengok performance. hehehe....

yang ni pulak yayan punya main course. fettucini carbonara. yang ni memang maveles. creamy sangat. tapi sebab dah ceduk sana sikit ceduk sini sikit perut dah membuntal. kalau ikut hati nak je makan banyak banyak tapi ada pulak yang muntah kat situ nanti. ditambah lagi ngan keseksian orang api api tu kan. uwekkk!!!


tuan tanah sedang menghirup ice lemon tea sambil nonton bola tanpa perasaan. bagus kan fiza. clapclapclap.... makan makanan berlemak tinggi pastu minum air sejuk. semua membeku dalam usus tu. pastu kata nak diet. memanglah... diet yang hampeh...


sebab apa gambar berbelang... ntah. lepas dah kenyang maka bergerak lah kami ke destinasi seterusnya. mana???
pegi karok.
unplanned pon. last minute punya....


quality hotel sana dituju. memula tak mo pegi biarla inna n yayan je yang pegi tapi terjebak jugak.
pegi kat kaunter karok tu dia kata tempat penuh plk kena tunggu sampai pkl 11. tunggu lah jugak sebab tak lama mana pon.
turun g lobby hotel bersantai2.
mintak wifi kod kat front desk dia.
kedekut...tak bagi sampai sudah sebab dia kata tak booking bilik.
tak heran pon. tak bagi sudah.
ramai rupanya orang pegi melalak kat sini malam minggu.
masa nak tunggu turn dapat bilik tu ada minah ni dok cakap kat bf dia orang pakai tudung pon masuk pusat karaoke ke.
dia bajet ku tak dengar kot. tapi telinga ku di service hari hari lah...
suka hati kami lah... bukan kami pegi karok kat tempat yang bukan bukan pon. ni kat hotel maa...
ada ku kesah. lantakkan. janji hati senang dapat nyanyi tanpa gangguan + mana ada orang lelaki pon dalam bilik karok kami tu. only 3 of us.


Thursday, November 4, 2010

BEN ASHAARI follow blog ku lah!!!


korang nak kata ku jakun ke hapa lantak...
sebagai blogger baru active ku rasa berbesar hati mr. ben follow blog ku ini.
tq yer mr. ben
n tq yang lain sebab follow jugak. yang belom tu sila sila lah ye....


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails