Followers

Showing posts with label office. Show all posts
Showing posts with label office. Show all posts

Friday, November 11, 2011

kawan kami diuji

Assalamualaikum...

salam pagi jumaat untuk semua.
cantik kan tarikh hari ni 11.11.11.
ramai kot yang bernikah hari ni sempena ngan tarikh cantik.

pagi ni kami buat bacaan yassin untuk isteri cik din.
terkejut kami semalam bila cik din datang ofis untuk apply cuti sebab isteri nya kena warded untuk dioperate hari sabtu esok. isterinya didiagnosed breast cancer stage 4. ya Allah sungguh kami tak sangka. sebelum ni ada jugak dengar cerita isterinya tak sihat tapi tak sangka lak sehingga ke tahap ini. tengok cik din kat office sangat cool macam takde pape masalah. rupanya dugaan itu ditinggalkan kat rumah while dia pegi kerja. semalam sempat jugak kami tanya kat cik din macam-macam. sebak pulak bila tengok mata cik din berkaca masa dia tengah cerita tu. yelah suami mana yang tak risaukan isteri yang tengah sakit kan. bertabah lah cik din dan keluarga. kami, kawan-kawan cik din kat JKNS ni sentiasa ada kalau cik din memerlukan. selama ini pon cik din selalu ada disaat kami memerlukan.

semoga dipermudahkan urusan pembedahan esok. semoga peralatan-peralatan lengkap. semoga para doktor dan medical staff yang terlibat tak melakukan kesilapan. InsyaAllah...

Thursday, August 11, 2011

JKNSians dapat bonus hari isnin


alhamdulillah.
warga JKNS maybe akan dapat bonus on this coming monday okey.
ni bukan gosip semata.
aku buat gaji kan...

mesti dalam kepala dah bercabang-cabang nak salurkan duit tu kat mana kan?
zakat dah bayar belom?

hari isnin nanti jom kita shopping...
lalalala........

Monday, July 4, 2011

isnin oh isnin

hari ni hari isnin yang tegang. memang dari semalam dah set dalam kepala hari isnin esok hari isnin banyak kerja. sebabnya banyak attendance pegawai sambilan yang menanti atas meja since jumaat lagi. memang kena settlekan by today jugak. bila pikir pasal gaji ni memang semak kepala. gaji orang... buat lambat dan buat salah memang masalah besar. nak buat tak tau pulak mau jadik perang nanti. nak tak nak semak tak semak pon kena settlekan jugak walau kepala dan otak (nampak sohpan sikit kan dari buat ayat sambung kepalaotak) dah jadi tepu sangat.

dan seperti yang dipredictkan memang banyak kerja. bukan takat banyak tapi memang super duper banyak. ditambah pulak dengan folder dan surat2nya hilang. sampai saat ni belom jumpa2 lagi. tapi saje buat2 cool. malas nak pikir sangat. rasa-rasanya hari ni memang banyak problem la.

1) 6 surat berkaitan gaji masih lagi belum dijumpai.

2) buat cheque salah tulis nama pulak. nak tulis nuklear jadi nuklera. adoiii la. (cheque kerajaan tak bole simply cancel yek).

3) personal details pasal sorang pegawai sambilan ni kata orang perantara tu dah hanta tapi nan hadonya atas meja ni. so camne nak buat gajinya. tuan badan tu mc pulak harini. kena la buat manual yang menyusahkan tu.

eleh nampak remeh jek kan masalah problem tu. tapinya esok dan lusa ku exam. jadinya kena delaykan lah proses menyetelkan masalah problem kat atas tu.

hectic monday pls go away!!!





Friday, June 24, 2011

makan-makan sebelum Ramadhan


tengok... baru sebut kan kat last entry. dah start buat makan-makan kat opis ku ni. nampaknya pas ni berderet-deret lah jadual makan-makan without fail.



ni abc semalam tapi baru makan hari ni. sebab nya makanan adalah membanyak. tak larat dah nak habiskan. sudahnya simpan dalam ice box lunch time tadi baru makan. dah keras beku macam kayu. patutnya kuarkan sesipa pepagi tadi.



menu semalam start dari pagi hingga ke petang. pagi kak ros masakkan nasik goreng. ku goreng ikan masin lala bagi. rina bawak sambal bilis. ada kuih muih + keropok ikan jugak. tengahari ada sate ayam + daging + nasi himpit + abc tu lah. pastu sambung pulak ada kuwytiaw + telur mata + sambal. banyak bukan... heavy pulak tu. nasib lah perut penat nak proses.

next week and next next week ada banyak lagi aktiviti makan-makan yang bakal berlangsung. nak hupdate ke tak ye dalam blog. rasa malu pulak bila asik makan je keje.





Wednesday, May 25, 2011

Broga Hill

memang teruja sangat bila dapat tau opis nak buat program memanjat broga hill. tak sabar-sabar nak join. dah last2 minute tu macam tak jadi join pulak. sekali last seminit terus jadik. ape lah kan tak tetap pendirian betul. memula tu ada family matter tapi bole diadjust...terus jadikla. kalau nak harap pegi sendiri entah sampai entah tak. peta hulu langat ni ku fail banyakkkkk.


no preparation at all. aci belasah je ni. buat warm up sikit2 jek sebelom panjat tu. yang lain2 tu sempat la diorang exercise a few days sebelom tu.
tak pakai kasut trekking pon :(


memang asik benti rehat jek. penat weh. pegi pulak dah lambat. matahari dah mula nak memanas. sampai kat sini rasa macam tak mau dah tapi gigih panjat lagik tengok orang lain boleh takkan ku tak boleh kan. budak2 kindy pon boleh sampai...


asal stop jek amik gambar banyak2. kejap pose kat sini kejap lagi kat sini. rasa semua view nak disnap. letih amik gambar lebih dari letih memanjat. heh....


kenapa kat pokok ni banyak kasut gayut2. katanya kasut orang2 yang dah rosak. ada yang tercabut tapak. ada yang sebelah jek. tapi tak sure sape yang tolong sangkut kat sini.


see... ada sinaran matahari tu. mau tak letih terlebih. nasib ada yang bawak payung boleh lah jugak tumpang berteduh seminit dua.

nampak bukit ni yang rasa macam tak mau meneruskan memanjat. sekali dah panjat sap sap soi jek ghupenya... hahaha berlagak bukan. senang bukan sebab pe sebab dah ada bonggol2 macam tangga tu kan so pijak jek kat bonggol2 tu sampai lah atas dengan mudahnya.


yang ni memang betul2 kat puncak Bukit Broga. amik gambar reramai. makan lite2. minum minum then turun sebab dah nak tengahari. membahang...


sebelom turun pon amik gambar banyak2 lagi. tu yang lambat nak sampai kat bawah.


nak teruskan memanjat ke Gunung Tok Wan???
lain kali lah kot....

Wednesday, April 20, 2011

malam kasih seiring budi

14/4/2011 hari tu last day for our pengarah Dr. Rosnah berkhidmat as government servant. kira bersara wajib lah ni dah. dah 58 pon umurnya. so bersempena dengan persaraan dan birthday beliau my office buatlah satu majlis yang namanya malam kasih seiring budi. tempat berlangsungnya majlis di hotel concorde Shah Alam. sebelah je dengan bangunan opis kami. start jam 8.00 malam tapi ku sampai lambat. sampai2 tengok our timbalan pengarah dah berucap. maknanya adalah dalam 15-20 dah majlis berlangsung.


from left to rite timbalan pengarah negeri (perubatan) Dr. Hj. Za'aba, pengarah Dr. Rosnah and our timbalan pengarah negeri (pengurusan) Tn. Haji Jubri. tu birthday cake for pengarah. kek ni sangat lazat...


bergambar reramai with pengarah. tak sangka lak beliau akan round dari meja ke meja while orang lain tengah sibuk ngap ngap. di salam setiap orang.


my dress untuk malam tu. sebenarnya beli atas tujuan lain tapi sebab majlis ni jalan dulu sarung je lah. tak salahkan pakai baju yang sama untuk banyak majlis. kopak lah pulak kalau tiap kali ada event nak kena pegi beli baju baru.


amik gambar ngan kak ros atas stage sebelom balik. besar betul muka pengarah kat layout belakang tu.


beramai-ramai atas stage. actually majlis malam tu habis awal. around 10.30pm dah selesai. tak sangka lak habisnya awal. esok tu hari sabtu. bole lah berlama-lamaan sebelom bersurai.


with my boss kewangan. cantik baju miss Lee malam tu. but she doesn't know something secret pasal baju tu. one day akan di reveal kan jugak. tapi tak tau bila. for sure dia akan terjerit bila tau. inna anur bila mau kasi pecah itu rahsia???


from left to rite kak lin, azie, kak ros, me, farrah and rinna.


takde pulak gambar makanan untuk malam tu yek. food sedap jugak. ada nasi putih, fish fillet, sambal udang, brokoli and chicken roasted kot with lemon. yang peliknya kenapa ku makan sikit eh malam tu. lagi bernafsu nak ambik gambar dari makan. yang pasti dessert malam tu yummy tapi tak variety. yang banyak ku makan white dragon fruit. sampai kan esok2 kat rumah pon dok teringin nak makan dragon fruit lagik tapi malas nak pegi beli. sudahnya sampai ke hari ni pon tak makan2 lagi.

Monday, April 11, 2011

cerita farewell Pn. Helen

lama dah kejadian ni berlaku. almaklumlah baru bersemangat nak update blog.
jadinya cerita lelama baru nak dikuarkan lah ye.
tema hari tersebut purple color.
memasing berpakat pakai kaler yang sama.
sonot bila kaler sume sama jek.
bila orang sekeliling cakap " eh ramainya pakai purple harini"
kami buat taktau jek. kekonon memang kebetulan. padahal dah pakat.


tengah bersiap sedia nak pergi ke Nyonya Kitchen.
mau makan-makan kat sana.


Pn. Helen ni akauntan kitorang. almost 4 yrs rasanya berkhidmat kat JKNS.
ag biasalah... akan buat job rotation untuk staff2 nya.
asal lama sikit jek kat tempat tu akan dipindahkan.
macam mama z dulu. lagi bape tahun jek nak pencen pon dipindahkan jugak.
even kitorang ngan mama z dah lain opis tapi silaturrahim tu masih akrab dan utuh macam kitorang satu opis dulu. pasni nak cerita pegi kenduri rumah mama z plk. sob sob sob.....


sebagai hadiah farewell kitorang bagi sepasang baju sutera batik.
ku yang pergi beli sendirian tanpa teman. memalam lak tu.
sob sob sob lagik. (motip kau asik bersedih jek piza) (amik mood farewell katanya)
kaler hijau. my feveret kaler.
nasib lah korang yang tak suka kaler hijau yek.


siap ucapan dari Tuan Haji and ofkos ucapan dari Puan Helen kitorang pon menjamah.
kali ni style buffet. sedap oh sampai tak terlarat nak makan bebanyak.
ada mee hailam, meehun goreng, nasi goreng nenas, ayam goreng madu berbijan, sotong goreng, asam pedas ikan pari, mix vege and banyak lagi lah.
kek puding kuih muih pon sume ada. ku memang tak sentuh nasik pon. makan lauk pauk jek.


selesai makan aktiviti bergambar lah pulak.
dari big boss sampai staff sume memang suka amik gambar.
berebut2 nak bagi muka nampak. hahaha.......


dah dekat2 nak balik tu amik gambar lagi kat hall opis. tak puas2 yek bergambar.
memang riuh rendah dibuatnya. yang gelak kuat2 sape lagi. tu tengok gambar...
boss kitorang yang paling kuat gelak. (ampun ye Miss Lee. memang betul pon Miss Lee paling gelak besar.hahahaha....)


tak cukup kat hall opis. siap turun kat lobby bawah.
kekonon amik gambar outdoor pulak. kan time balik dah ni so orang yang lalu lalang kat bawah tu cam pelik jek. amik gambar ape yang beria sangat camnih.
unit kewangan memang best lah.......

Monday, March 7, 2011

sakit urat

as usual hari hari keje terjaga di waktu yang kebiasaan.
tapi adalah sangat malas nak bangun dari katil.
pospon 5 minit pospon 10 minit sampaila pospon setengah jam.
baru bangun dari katil.
time angkat tangan nak amik towel... mak aih beratnya tangan nih.
sakit sakit ooo satu badan.
tapi keje tetap keje. mana boleh cuti.

sakit badan buat aktiviti outdoor banyak sangat.
nanti kan eh en3 itu.
banyak sangat nak cite.
tapi gambar belom dapat.
once dah dapat gambar bacalah korang sampai muntah. muahaha.....

Friday, March 4, 2011

owh...ohohoho

lama nya tak update ini blog. tak sempat la.
sempat bw jek...huhuhu
sangat kebizian disaat ini bagi menyetelkan banyak perkara.
semuanya nak urgent...

btw, tomorrow i wanna go somewhere.
tak sabar oke.
will update about it soon.
happy weekend in advance everyone....

Thursday, February 24, 2011

bila gaji nak naik

tajuk tak agak agak kan.
saja nak bagi sejuk hati ni sikit.
memandangkan hari ni hari gaji kakitangan awam semalaya kena lah buat kira2 duit tu nak dilaburkan kat mana kan. yang penting n wajib didahulukan lah. yang tak berapa nak penting tu dok jauh jauh dulu yek. kalau ada lebih hujung hujung bulan nanti boleh lah kita settlekan yang dalam waiting list tu.

malam tadi wat list expenses seisi rumah... mak aih banyak pulak nak kena spend bulan ni.
salah satu yang nyata sebabnya adalah sewa rumah ku naik... huhuhu )-:
ni pon owner tu dah pospon sebulan. tq lah aunty walau pon sebenarnya ku mintak pospon setahun. wawawa...... naik bukan sikit kau. naik banyak. alasan yang diberikan dah lama sangaaaaaaaaat tak naikkan kadar sewaan. bila semak balik memang dah lama pon sewa rumah ni cam tu jek. tapi nape tak sampai bila2 pon camtu jugak jek.

sewa rumah naik.
harga gula naik.
harga minyak kereta naik.
harga minyak masak naik.
harga tepung naik.
harga bedak kompek naik.
harga lipstick naik.
harga kasut naik.
haaaa sume naik, camno kalau gaji tak naik naik.
hari hari kuar rumah pon duit mengalir cam air terjun.
sebelom masuk opis pegi tapau bekfes pon dah RM5 without air. air bancuh sendirik kat opis. *langkah penjimatan*. letak kereta kena lak bayo parking RM3/entry. tu belom beli lunch lagi. kalau area opisku ini amik lauk so-so pon dah RM6-7. nanges...
kepada yang berkenaan sila lah naikkan gaji kami. uwaaaaaaaaa.




Tuesday, February 22, 2011

flashback : team building 2009 (part 5)

baru nak sambung daa en3 team building yang dah lama terperam tu.
semangat tak sabar nak pergi next team building semakin berkobar kobar.
lagi 2 minggu....owh cepat lah tak sabar nak buat outdoot aktiviti.

sambung yek en3 team building hari tu.
selesai masuk hutan tu belah petangnya kita sambung pulak aktiviti lautan.
ni memang aktiviti yang paling ku suka. bab2 air ni memang syokkkk.



naik bot (bot ke???) dari satu tempat ke tempat yang lain. best!!!.
tak pening pon....tapi takde lak gambar nak tunjuk sebagai bukti. 8-:
macam macam aktiviti ada. snorkeling pon buat.
memula takut nak terjun tiruk.
sekali tengok geng lain buat haruslah join jugak.
manyak syok maa.



semua semua aktiviti laut ni adalah sangat best. angkat 2 ibu jari tangan lah.
nampak tak ku melompat tinggi paling depan tu. tu namanya happy amet.



paling lama berendam kat laut yang kat sini.
mandi sampai kecut kecut kulit.
warna kulit pon dah jadi lain.



bila kepenatan berenang *berenang lah sangat kan* bole rehat rehat atas batu yang banyak kat tepian pantai ni sambil pose. kami kan hired OP. gunakan je lah peluang yang ada.



seronok ooo dapat mandi laut macam ni.
team building kali ni takdo laut lah pulak.
tapi still ada air lagi. weee tak sabarnya.....

Friday, February 18, 2011

changes

apa yang berbeza nya???
my life remain the same.
pegi keje balik keje. same no changes....
bosan bukan.... nak buat cenna kan.

yang bezanya my job task. pasai pa la semenjak buat gaji ni rasa hidup tak berapa nak best. jiwa tak tenteram. asik la dok terpikir betul ke gaji orang yang ku buat tu. kalau salah habis la kena bambu ngan depa... cen tu la hari2 sampai terbawak2 dalam tidur. haihhh.......

sangat tak tenteram. risau bab2 duit orang ni. kita pon paham la kan memasing ada komitmen sendiri. every month mesti ada nak kena bayar yang tu nak kena bayar yang ni. kalau tersilap bayar gaji orang tak pasal menyusahkan sudah.

yang bestnya bila buat gaji ni time ni la baru rasa kewangan yang real sebab ada calculation segala. setiap surat yang sampai atas meja ku ni memang almost berbeza cara bayaran nya. so banyak lah changes yang nak kena di calculatekan. bahagi darab minus tambah sana n tambah sini. cenggitu lah yek. compared tu my job task yang lama memang 100% buat kerja ngan sistem. so no need to pikir banyak. semua tinggal key in je. fill in the blank kata omputih nya. senang bukan. tapi dokumen nya sangat menimbun nak di key in kan.

pape pon semoga ku success buat gaji ni and tak buat mistake.

Tuesday, February 1, 2011

gaji fever


adeh... letih sesangat rasanya nak menyetelkan gaji orang ni.
break sekejap sambil post en3.
ni jelah masa yang ado untuk hari ni punya berbelog.
apelah naseb tahun ni kena buat gaji. *nanges*
nak buat lambat2 tak boleh. nak buat sambil lewa lagi lah tak bole.
kang tersalah kira naya lah pulak. buat lambat2 pon naya gak gaji orang maa.
sendiri kalau terlambat dapat gaji dah ghupe apa jadinya...
ha gitu lah jadinya kalau buat gaji orang lambat... kesian kat orang yang berkenaan. *ayat skema lak tetiba apa kes*. biol sudah ni...
syoknya dapat balik saat ni. udah malam pon.
baring2 guling2 depan tv. aduhhhh....

nak buat keje cepat2 nak balikkkkkkkkkkkk.

Monday, January 10, 2011

debaran berakhir


as usual bila start new year hati akan berdebar sama ada akan kekal buat task yang sama or ditukarkan dengan task yang lain. before melangkah ke tahun 2011 ku dah cakap awal awal kat my big boss namo tukar task. nak stay dengan keje yang sama... memperkukuhkan lagi application ku itu ku baru setahun jagung buat payment for commercial bill ni. so harapan nak sambung ke tahun baru besar... so macam malas nak pikir. kekonon nya konfem lah dengan task yang sama. tak payah berpindah tempat duduk n tak payah lah belajar new things.

but since last week hati berdebar sebab tengok all the bosses dok meeting. dari sehari ke sehari mereka bermeetingan. hati dub dap dub dap... macam takde harapan dah nak kekal.

hari ni terjawab semuanya...
pepagi tadi we all ada meeting yang menentukan task kitorang for tahun 2011 ni.
dan kesudahannya ku tahun ni jadi orang gaji. buat gaji orang yer. nak taknak jek terima new task ni sebabnya rasa macam sayang nak meninggalkan task lama and at the same time rasa takut nak start new task. maklumlah gaji orang kan. salah sikit naya nanti. takut weh. maklumlah gaji very sensitive issue kat opis ku ini.

semoga ku dapat belajar new task ni dengan pantas dan cekap. tak buat kesilapan and kena jadi very details person lepas ni.
good bye payment n welcome gaji...

Thursday, December 30, 2010

tak cuti... sobsobsob



dengan ini diumumkan esok ku tak cuti seperti mereka mereka yang akan bercuti. sob sob sob...

dalam kepala ni dok plan nak pegi situ nak pegi sini & nak balik kampong.
tetiba bebarapa minit yang lalu my big boss datang n said "esok sesape yang berkaitan dengan bayaran no cuti". mak aih... dengan muka yang serius tu. grrrrrrrr. nak argue pon takut.
cancel semuanya yang berlegar dalam kepala tadi tu except for balik kampong tu lah. balik kampong tetap balik.

aku pasrah...


Tuesday, December 28, 2010

fuhh!!!...lega

lega lega lega....
hari ni dah boleh bernafas menghirup udara segar.
selalu bernafas sambil tercungap termengah mengah.
oksigen tak cukup disedut. tu yang stress.

hari ni dah bole breakfast on time & bersopan santun.
selalu mana dan je. kunyah sambil jalan pon takpe.
tak manis sungguh.
sebab makan biskut or roti jek.
tapi hari ni ku breakfast kuey tiaw goreng u.
nikmat....

hari ni dah boleh gosip gosip ngan kengkawan.
selalu mana sempat.
nak tegur pon kengkawan takut. muka serious je katanya.
sorry yek kengkawan ku tak berniat tapi bila buat keje kena lah serious kan.
nak nak pulak keje tengah menimbun harus berserabut kepala mimikir.
kang buat buat ramah mesra orang kata takde keje pulak. opppppps...

hari ni rasa macam nak kuar window soping la time lunch hour nanti. weeee...
lama tak kuar ngan kengkawan opis.
selalu time lunch hour pon dok memerap kat tempat.
muhasabah diri. ceh ceh ceh....
sedih mengenang nasib diri yang banyak keje time orang lain bercuti bersuka ria.
jelesnya...

hari ni nak balik on time. 4.30pm.
selalu 4.30pm berlalu begitu sahaja.
tak perasan pon tiba tiba eh eh eh dah pukul 5pm.
patutla banyak tempat dah kosong. kengkawan dah balik ropanya.
tapi ku still huru hara lagi. adoii la.
keluar rumah gelap balik rumah pon dah gelap balik.
hari ni nak balik panas panas. harap harap tak hujan lah petang nanti yek.


Monday, December 27, 2010

damnly tired!!!


even today is monday tapi dah rasa memang penat sangat.
terkejar ke sana kemari.
calling sana sini.
pikir lagi macam macam. dokumen tu takat mana stage nya dokumen ni lak. kat mana.
kejap kejap orang call nak itu nak ini.
hadoiiii la...
ni baru dapat bertenang sikit.
baru rasa keletihan nya.
tak sabar nak balik ekceli nak meluruskan pinggang.
n also tak sabar nak cuti.
siap dah cakap ngan boss bulan januari nanti nak cutiiiiiiiiiiiiii lamaaaaaaaa.
tak kira...

minggu lepas direct balik malam. hari ni maybe boleh balik awal sikit.
supposely ku dah boleh balik 4.30 pm tadi.
tapi apokan daya...tuntutan kerja lagi penting.

Tuesday, December 21, 2010

start to stay back

from now on ku dah start kena stay back kat opis sampai malam.
mungkin every nite selagi terlarat.
nak kasi payment ni sume settle.

duit orang kita pulak sibuk sibuk nak bagi kan...
diorang macam taknak duit jer.
cepat la weh anta invoice.
nak duit taknak ni.

kehidupan adalah tak best till early of jan next year. huhuhu...
going to office when the sun is still sleeping.
going back home when the sun is already sleep.
no meaning of life for a while.
what to do...




Monday, November 22, 2010

dilemma


esok ku ada satu seminar + perasmian minggu keselamatan & kesihatan pekerjaan peringkat JKNS. baru dapat surat kepergian sebentar tadi. rugi tak pergi sebab nak mencukupkan 7 hari setahun tu. huhuhu...kalau tak pergi sekarang bila nak perginya. ni dah bulan sebelas kan. sekarang baru ada enam hari.
tapinya... kerjaan yang ametttt banyak baru tiba seiring dengan surat kepergian tadi.
hujung hujung tahun ni biasa lahkan banyak co akan call nak payment cepat. nak bagi bonus kat staff katanya....
insyaAllah akan ku lakukan sederas yang mungkin mengikut kemampuan diri...

Thursday, November 11, 2010

exam PTK

ni lah sebabnya hari isnin hari tu tak keje.
kena ambik exam PTK. kata nak naik gaji cepat kan.
naik gaji tu pon kalau dapat aras 4.
kalau aras bawahan jek jangan harap la dapat gaji menegak melintang tu. (ku pon tak tau apa yang melintang apa yang menegak).
ku pon bukan paham step amik exam ni tk 1 tk2 segala tu. aci main ambik je lah ni kiranya.
tempat periksa dia bagi kat hospital selayang.
rasa macam dekat sekali pegi jauh rupanya. camne lah kengkawan yang ulang alik shah alam - selayang everyday tu ek.
kalau dah hari hari rasa dekat je kot.
amik exam half day jek. 2 sessi. satu sessi sejam jek.
lepas exam takkan nak balik shah alam terus. dah alang alang kata jauh kan kena lah jelajah selayang ni sket.
terjejak lah kat selayang mall. ala ala plaza alam sentral kat shah alam ni lah lebey kurang...
so so jek.
perut lapa gila time kat sini tapi tempat makan rasa macam semua tak best...
last last kak tini bawak pegi mana ntah. macam lorong gelap gitu. hahaha.... sebabnya lalu short cut kot. selit selit sampai depan kedai...
sedap... lama tak makan tom yam rasa macam kat kedai tu...
settle makan terus menuju pulang. mata dah layu + penat...
tapi dalam kete dok plan g menyopping lagi.
kat mana???
next en3...
boss panggil
chalooo

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails