Followers

Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

Friday, November 12, 2010

angin jumaat

ku dalam tempoh bertenang sekarang
sedang menenangkan hati yang tengah bersuhu air panas menggelegak
satu peristiwa telah mensentap perasaan ku
tak sangka pagi jumaat yang tenang dengan disulami hujan renyai renyai terganggu dengan peristiwa yang tidak diingini itu.
semoga semuanya kembali tenang tenang.
naseb dapat makanan sedap dari shyda pagi ni....
tenang sikit dah...
tapi panas jugak lagi ni.
aircong tak hidup ke hapa ni...
ishhh

Monday, November 1, 2010

tiada hambaNya yang sempurna

Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....

nota kaki : renungan utk ku juga.... awas!!! nobody perfect

Thursday, October 21, 2010

what u give u get back

tajuk en3 ni bukan ditujukan untuk makcik ni tapi untuk anak-anak dia. peringatan untuk diriku jua, setiap perlakuan kita di muka bumi ni yang baik mahupun buruk pasti akan mendapat balasan yang setimpal. cepat atau lambat je. bergenang jugak ayaq mata baca paper hari ni. teringat kat mak yang tak berapa sihat kat kampung. nak call sat... bacalah yer





ni petikan dari Harian Metro hari ni (21/10/10)

JOHOR BAHRU: Hanya dengan alasan ibu kuat makan, seorang wanita tua yang lumpuh separuh badan dihantar anaknya ke pusat jagaan warga emas. Lebih menyedihkan, wang pencen arwah suami yang sepatutnya menjadi haknya turut dikaut sembilan zuriatnya itu setiap bulan.

Wanita berusia 84 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Aminah, dihantar ke pusat jagaan selepas semua anaknya bersikap lepas tangan mengenai kebajikannya sedangkan ada antara mereka berjawatan tinggi termasuk bergelar profesional.

Akibatnya, Aminah bergantung sepenuhnya terhadap ihsan pihak lain bagi meneruskan kehidupan walaupun dia sebenarnya berhak mendapat pencen arwah suami RM700 sebulan.

“Sebelum suami meninggal dunia, dia berpesan kepada anak supaya menjaga saya. Namun, setahun selepas suami meninggal, kedua-dua kaki saya lumpuh sehingga terpaksa mengengsot.
“Sebelum suami meninggal dunia, dia berpesan kepada anak supaya menjaga saya. Namun, setahun selepas suami meninggal, kedua-dua kaki saya lumpuh sehingga terpaksa mengengsot.

“Sejak itu saya dianggap beban oleh anak hingga mereka menolak satu sama lain menjaga saya sebelum mengambil keputusan menghantar saya ke pusat jagaan ini tiga tahun lalu,” katanya.

Aminah mempunyai sembilan anak, lima lelaki dan empat perempuan berusia antara 30-an hingga lewat 50-an. Suaminya yang bekerja sebagai anggota polis meninggal dunia 10 tahun lalu.

Menurutnya, dia yang lebih banyak menguruskan semua sembilan anak kerana suami sering bertugas luar daerah, mendidik mereka dengan penuh kasih sayang sehingga berjaya.

Aminah berkata, buat masa ini, perbelanjaannya bagi membeli ubat-ubatan mahupun lampin pakai buang yang mencecah RM800 sebulan diuruskan Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan di Taman Bukit Kempas.

Menurutnya, hasratnya menggunakan wang pencen arwah suaminya tidak kesampaian kerana setiap kali persoalan itu ditimbulkan, ia mencetuskan pertengkaran di kalangan anak.

“Mereka mengambil wang itu secara bergilir-gilir. Jika anak sulung lelaki menggunakannya bulan ini, anak kedua mengambilnya pada bulan depan sebelum kad ATM (mesin juruwang automatik) itu diserahkan kepada anak ketiga.

“Saya sedih kerana setiap kali meminta daripada pengurusan pusat jagaan termasuk membeli minyak angin kerana tidak mempunyai wang sedangkan anak bekerja dan hidup senang,” katanya yang sebak ketika menceritakan kisah hidupnya.

Sementara itu, Pengurus Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin, 45, berkata, seorang anak wanita berkenaan menghantar ibu kandungnya itu ke situ dengan alasan wanita berkenaan terbabit kuat makan.

Menurutnya, biarpun pada awalnya berjanji mahu membantu meringankan kos penjagaan ibunya dengan menyerahkan wang pencen arwah bapanya, lelaki berusia 40-an itu langsung tidak mengambil peduli mengenai warga emas terbabit sejak dihantar ke situ, kira-kira tiga lalu.

“Kadangkala nenek berkenaan segan meminta hingga kami menggunakan pendekatan psikologi supaya dia tidak kesunyian dan tidak berasa rendah diri dengan keadaannya itu.

“Kami bukan mendesak keluarga itu, tapi sekurang-kurangnya mereka yang berkemampuan sepatutnya membantu meringankan kos yang ditanggung pusat jagaan,” katanya.


p/s : ya Allah ya Tuhanku tetapkan hati hambaMu ini untuk mengingati, menyayangi, memelihara & mendoakan kesejahteraan ibu bapaku. ameeen.




reminder



sebagai peringatan untuk diri sendiri & pada yang lain.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1) sucikanlah wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
2) sucikanlah lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu

3) sucikanlah hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu

4) sucikanlah dosa-dosa yang silam dengan taubat kepada Dzat yang memilikimu

Dari Abdullah bin 'Amr r. a., Rasulullah s. a. w. bersabda, "Sampaikanlah
pesanku , biarpun hanya satu ayat..."

Tuesday, October 19, 2010

lama dah tak buat

at this moment 7.33 pm im still at d office... phewww
lama dah tak buat macamni. sejak- sejak no ot ni kan balik sharp aje. kerja banyak pon main tinggal je atas tray tapi dalam hati memberontak jer nak buat lagi. kekadang buat jugak lah kan kalau malas balik awal. ni kira halalan toyyiban lah kan...
so now nak balik lah yer dah berminyak-minyak muka ni. sume pon dah melekit lekit maklumlah tadi dah drift kan. memang power lah BiMi ku itu. luv u lah.

bye bye....
p/s : nak dinner ape eh?.

derasnya pemanduan

sudah terpacak di ofis jam 3... petang. kemana kah ku pergi. hehehe
pagi tadi ku helo2 my mom then dari suara pon dapat tau demam nya tak kebah2 lagi. hati memang dah tak sedap dari semalam sebab tak depan mata kan so tak tau keadaan nya camne. tapi dari suara emak tu mmg jelas ketidak keterlaratan beliau. makan pon tidak... huhuhu kesian lah. lalu sepantas kilat pada jam 9.45am ku zass pulang ke kampong untuk bawak mak ke klinik tengok kat mana problem nya sebab mak kata mata n telinga bengkak yang perit... tak sedap hati ku mendengarnya.
perut yang lapar pon terus kenyang serta merta. tak lalu nak makan dah. bihun goreng yang opismate ku bagi ditapau kekonon nak makan dalam kete. ater bole ke sambil drive sambil makan. kalau makan cekelat boleh lah kot. ni nak makan bihun... mau stereng ke mana mata ke bihun tayar kat mana???? kat situ lah jugak yek.... cuma arah tuju haluan nya jer tak tau ke mana.
sesampai kat rumha ya Allah mata mak memang bengkak lah. nampak sikit je mata sebelah kiri tu. masa tepon tadi dah sesiap cakap kat mak siap2 then tunggu ku sampai. so bila ku sampai terus ke klinik kesihatan sg. besar. kalau emak yang sakit mmg tak berani nak bawak klinik private sebabnya penyakit berangkai. so pape kena g kat kk ni jugak or hospital. sebab ada rekod from pevious treatment yang dah berpuluh2 tahun lamanya.... sebab klu pergi private pon doctor tu buat surat refer ke hospital. so jangan buang masa lah ye. buku rawatan mak tu dah tebal gila macam buku accounting mgt masa time study dulu. naseb sangat lah baik sebab urusan dipermudahkan hari ni. cepat je proses kuar masuk bilik doctor tu. then doctor said alergic makanan maybe. sebab kat area bola mata tu tak merah cuma kat kelopak je yang bengkak. or kena gigit ngan serangga. ntah ler my mom pon tak perasan.
settle kat klinik g tapau lauk then terus balik rumah makan... gila murah beli lauk kat sg besar. mmg beeeeeeeza sangat harga ngan kat s.alam.
siap2 makan terus zass nak balik s.alam. sempat lagi pesan kat mak jaga badan makan ubat sebab minggu depan ada lagi besauu yang mak kena hadapi. semoga mak cepat sembuh sihat sepenuhnya & ready for next week.

Monday, October 18, 2010

monday blues

MONDAY BLUES

bukan selalu jadik camni. kekadang jer. bila kekadang tu yang parah. malesss yang amet nak bikin kerja harini. tapi bikin tetap bikin. amanah kan *ceh...baik kekunun tu*. ku mmg baik ape. huhuhu....
malas rasanya nak kerja for this whole week. tak sabar nak cuti. runsing jugak ni kalau kerja takde orang nak take over. biru hijau lah jawabnya bila naik kerja balik. menimbun lah kat atas tray nun...
memang selalu camni. asal cuti kerja tertangguh. nape eh org lain tak boleh tlg buatkan....hurmmmm
buat sikit pon ku dah bersyukur amat. ni customers nak mintak tlg check kan payment pon tak boleh nak tolong. hadoii la. ni dah jadi sessi luahan perasaan plop.
tak mo pikir tak mo pikir.
nak cuti dengan tenang. tak mo pikir masalah mendatang. aci tak???

Thursday, October 14, 2010

Bila Cinta-Gio (male version) with lyrics.wmv



love this song soooooo much !!!

pilu

ku memang dikenali dengan ratu air mata. either family or frens mmg tau dah....even tersentuh sikit pon air mataku ini dah boleh tumpah deras & laju.
sangat sensitif...
sometimes mmg bagus baca or dengar cerita2 penderitaan, kesedihan dan kesusahan orang lain agar menginsafkan diri.
diri akan menjadi lebih tabah menghadapi dugaan & kesusahan sebab tahu ada lagi orang lain yang lebih menderita.
menghargai apa yang telah dimiliki dan sedar kedudukan diri yang terlalu banyak kekurangan. sesungguhnya ku bersyukur... Alhamdulillah
i just read satu blog by mummy ayu yang kehilangan anak a few months ago. meruntum jiwa membacanya ... even im not married yet tapi ku dapat rasa kesedihan dan kerinduan yang ditanggung sebab 1 of my niece ada yang pergi setelah genap 100 hari bernafas kerana penyakit yang ditanggung.
Al-Fatihah to Allyysa Sumayyah & Alanna Qish.
to mummy ayu semoga terus tabah menangung kerinduan. sama-sama kita mendoakan kesejahteraan mereka di sisiNya.

p/s : deeply miss Allahyarham abah... doa kami akan sentiasa mengiringi pemergian abah. InsyaAllah...


Wednesday, October 13, 2010

dilemma

ku dalam planning nak ambik cuti seminggu direct.....
banyak perkara yang tengah dipikirkan ni.
kerja-kerja yang bakal ditinggalkan....huhuhu
klu ditinggalkan sehari pon dah melambak atas meja camne kalau ditinggalkan seminggu. sampai bawah meja pulak nanti. ada ke orang nak tolong menyetellkan vouchers ku itu. taula pasal payment ni mana boleh delay2 duit orang kan. kena lah bayar jugak.
kalau tak cuti kesian pada yang memerlukan khidmat ku. kena bagi sokongan moral n fizikal untuk insan yang ku sayangi.
adoi la...

kekonfiusan melanda ni. ape2 pon ku memang nak amik cuti jugak cuma nya lama ke sekejap belom pikir lagi. selang2 ke....huhuhu
tulun.....

Tuesday, October 12, 2010

touching sikit

SEMOGA JADI IKTIBAR…

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan t ida k berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"
Dia terkejut dan wajahnya berubah.
"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya
"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"
" Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......."
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;


i solat sunat

ii. puasa sunat

iii. berzikir

iv. bersedekah

v. mengusap rambut anak yatim


vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain

vii. membantu orang susah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails