Followers

Showing posts with label minum. Show all posts
Showing posts with label minum. Show all posts

Friday, November 5, 2010

terlanggar pantang

ye kawan kawan semua ku telah melanggar pantang itu dengan sengaja nya kerana tiada sumber lain untuk di salurkan ke usus kecil dan usus besar ku. ku tiada pilihan lain melainkan dia... apo nak buat.



pagi tadi minum nescafe tanpa rasa bersalah. siap cakap ngan member tak pe minum sekali sekala. lagi pon dah lama tak minum. TIPU. malam sebelom tu baru minum nescafe 'o'. tak blh tahan....tapi Alhamdulillah takjadi pape pon. pening sikit pon tak. sape boleh tahan tengok buih buih macam tu....huhuhu.


Wednesday, October 20, 2010

teh ais

semenjak puasa kafein ni selain milo saya addict kat teh ais. tetapi sekat sekat jugak tak boleh ambik selau sebab berais kan... kalau tak makan pape baru boleh minum teh ais. tapi kalau makan tak boleh disusuli dengan teh ais. nanti membeku sume2 lemak dalam perut ni.


ni teh ais malam tadi punya tapau. nak tuang kat mug rasa macam tak feel pulak so slurrrp terus dari plastik ni je. sungguh tak bersopan.
tapi bagus pe at least jimat air jimat sabun tak yah basuh cawan. jimat masa jugak. ehehehe.
nimat woo sampai sakit otak sebab sejuk sangat.

Tuesday, October 19, 2010

perut tak best

keapa eh perut ku selalu sangat buat hal sekarang ni. pantang salah makan sikit mesti dia meragam tak tentu pasal. mujur lah sekarang ni tuntutan kerja tak menyuruh saya os selalu. kalau tak haru dibuatnya. jenuh lah asik2 nak kena carik toilet. drive sejengkal nakkena carik toilet lagi. naseb sangat lah baik sekarang dok dalam opis jer.
kalau duu ku perasan tak boleh makan daging segar yang masih merah berdarah tu yang kira baru pas sembelih la. kena makan daging kotak or daging yang dah disejuk bekukan. pelik kan. orang biasa tak tahan daging yang dah disimpan2 ni. tapi ku sebaliknya.
sekarang tak tahu lah apa yang tak tahan nya. semalam tak makan benda pelik pelik pon. makan macam biasa je. pedas pon takde lite-lite je pedasnya pon.
camne nak bagi perut ni tahan kental sikit????
minum susukah. yerk.... paling tak suka sekali. lagi lagi kalau susu tepung yang kena bancuh tu. tak boleh terima. rasa macam tak mau masuk kat tekak jer. ada my fren suggest kan minum vitagen tiap2 pagi. tak buat pon lagi sebab manis lah vitagen tu. melekat kat tekak rasanya.
so how???

Monday, October 18, 2010

dari nescafe ke milo



sekarang ku telah merubah haluan... tidak melalui jalan yang sesat itu lagi. Alhamdulillah. hahahahahaha.... ape lah u ni fiza dah Alhamdulillah gelak2 tak serius plk.
dulu2 mmg ku gila addict kat nescafe. tak kira lah nescafe 'o' ke nescafe with coffemate ke nescafe yang old town tu ke tak kira nescafe ape kejadah pon mmg ku telan. mmg tak boleh lelap dengan lena kalau seharian tu tak menghirup nescafe...

tapi... tapi... tapi... satu kejadian telah merubah segalanya.
ku telah dilanda satu penyakit misteri. hohoho.... selalu pening2 lalat selalu rasa macam badan tak best la. nak buat kerja pape pon tak best. memang tak fokus lah buat kerja.
ghupe2nya ku diserang LBP. pa dia tu???? Low Blood Pressure... ya ampun. memang misteri betullah. dalam my family mana ada yang kena penyakit ni masa muda mudi. my sisters pon kena time pregnat. time neutral (tak pregnant) BP to turn to normal. ha menurun dari sape ni...taktau taktau. tak payah pikir buat pening je.

maka ku pon jumpa lah doctor hebat2 kat opis ni. cek2 segala BP pernah sekali tu dia turun sampai 90/65. klu ikutkan takla rendah mana tapi memang mengganggu kehidupan ku yang maha normal ni. pahtu buat la kajian untuk menstabilkan balik badanni. makan ape, minum apa, exercise ke tak semua mak nenek tu to di diskus la dgn dietitian. hasil kajian rupanya tooooooo many kafein dalam badan. haiyoooo itu macam ka. so terpaksalah ku menghentikan pengambilan itu kafein. tapi mana bole benti sekali zass. harus step by step. klu dedulu pepagi dengan pepetang memang wajib. memalam sunat. klu rajin bancuh kalau malas tidur je.... gila banyak sehari ambik kafein kan. belum gulanya lagi. ishishish....*tobat*

bila dah plan namo amik kafein lagi ku tukar lah plk minum milo supaya menjadi sihat dan kuat. nape dari dulu2 tak minum milo eh??? ntah yer. tiada jawapan. :(


so sekarang nilah yang ku bedal hari2. macam baby pon ada rasanya. pasal pa rasa macam tu pon tak tau. kafein ambik jugak tapi sangaaaaaaaaaaaat jarang. kalau rindu sangat baru minum.
ku tak ambik yang 3 in 1, 4 in 1 tu yer. beli yang paket beso. then bancuh w/o sugar. sihat kan kan kan....sedap jugak kan even takde gula.

actually en3 ni rentetan dari en3 my fren ayuoyie yang cerita pasal kafein dia tu. badan ayu ni memang kental lahngan kafein. ku tidak huhuhu *nangis*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails