Followers

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, April 30, 2012

operation Faris

supposely my nephew, faris akan dioperate pada 3/5/2012 tapi hospital call balik bagi tarikh lain which is dicepatkan sehari. so faris akan menjalani pembedahan pada 2/5/2012. esok akan masuk ward dulu. sebagai makcik macam-macam perasaan saya rasa sekarang. takut cemas kasihan insaf. susah nak describe. itu saya yang menyandang gelaran makcik. macam mana perasaan abang dan kakak ipar saya as his parents. tak boleh nak bayangkan... nak tak nak operation kena dijalankan jugak demi masa depan faris. takkan nak dibiarkan macam tu je kan..

did tell a bit kat faris pasal operation dia ni. tapi seorang budak yang hanya berusia 5 tahun mana dia paham kan. yang dia tau pegi hospital tu best sebab doctor entertain dia sangat baik bagi main toys semua tu. ada playground yang dia boleh main2.

teringat satu dialog kakak ipar ngan faris..

"nanti kat hospital bila doctor cucuk abang pakai jarum abang jangan nangis tau"

"abang nak nangis sikit je boleh tak mak"

oh oh saya tak tahan ok time ni. sedihhhhnya rasa. tapi tak boleh nangis depan dia..
semoga semuanya akan berjalan dengan baik. Ateh dan kak zura bertabahlah dengan dugaan dari Allah ini. keluarga sentiasa ada untuk bagi support tak kira masa dan di mana.


Friday, July 22, 2011

friday!!!

cepat sangat masa berlalu.
celik-celik pagi tadi tetiba eh eh dah jumaat rupanya.
seronok ada takut pon ada.
seronok sebab esok weekend.
boleh pegi jenjalan tanpa memikirkan soal kerja.
takut sebab cepat nya masa berjalan.
tup tup dah lebih separuh tahun 2011 ni.

esok and lusa adalah weekend yang bizi.
sangat suka kalau time weekend terisi dengan aktiviti-aktiviti.
lagi-lagi dengan family.
weekdays dah dihabiskan dengan kawan-kawan kan.
so weekend untuk family lah pulak.
baru balance.

happy weekend olls....

Friday, February 11, 2011

kasih berputik jiwa bersemi

kasih berputik jiwa bersemi... eceh.
title tak menahan....

1st thing 1st, selamat pengantin baru buat abang.
abang tu panggilan tuk si pengantin lelaki dlm family.
bininya jgn nak menjeles tak tentu pasal sudah. memang itu roman panggilannya.
dari kekecik sampai besar panggil cenggitu. sampai udah kawen pon.



ni kakak kakak ku. left to right cik bah, uda & acik. yang hujung sekali tu my anak sedara aina.
acik jugak yang still maintain. yang lain udah mengembang.



tgk muka abang ni macam memain jek masa akad nikah.
ku tengok video nya. kejap paling kat orang sebelah sebelah kejap senyum senyum.
tak serius betul.



nikah nya kat masjid lepas zohor hari sabtu masa cuti CNY hari tu.
selamat dah ko ye bang.
acu kau yang sorang ni jugak belom lepas lepas lagi. muahahaha....
sila doa2kan dengan penuh kekusyukan yek.



yang bertudung ungu tu sis in law. kuantan mari...
cantik tudung kak lang. cer belanja selai dua. nak cap yang sama tau. ekekeke....



ku ni asik dok publish kan gambar orang lain kawen je yek.
bila nak letak gambar kawen sendiri. huhuhu.....*nanges*
sebab pe takde muka tuan tanah???
sebabnya tuan tanah kena allergic. ruam2 satu badan.
carik nahas lah kalau pergi kenduri tetengah hari buta panas terik ni.

Tuesday, January 4, 2011

ajanana 10 months old

ini ajanana. bukan anak sendiri tapi anak saudara sendiri. atau kata lain nya anak abang sendiri. hahaha... umur dah sepuloh bulan. setakat ni dia lah anak saudara paling muda dalam my family. badan nya ya ampun semakin membolat. apa orang makan dia pon nak makan sama. kena tapis tapis jugak lah kan mana boleh suap jek. kita suap confirm dia telan je. best tengok time dia tengah makan... dulu dulu lagi labuh pipi dia tu sekarang dah menyusut sikit. progress terbaru tengah meniti niti kat dinding, sofa or apa apa yang boleh dipegang untuk dia berjalan. dia skip merangkak...



adalah sakit hati sebab dia takmo ikut orang lain kecuali orang orang yang biasa ada kat rumah dia iaitu mak dia abah dia kakak dia yang 2 org tu n abag aish... ingatkan masa umur 4-5 bulan dulu jek jadi takut ngan orang sekarang menjadi balik. tang orang amik gambar dia melayan pulak.



dia kerimasan masa pegi kenduri. tak selesa agaknya panas terik ngan ramai orang yang dia tak kenal pahtu tak dapat makan nasik minyak pulak. tengok orang lain makan syok je. tu yang dia nak balik cepat kot. kot lah kan... hehehe.

ape pon ajanana cepat lah jalan yek.

p/s:ajanana tu nama samaran jek bukan nama sebenar.

kerinduan

last week masa cuti bola on friday tu lepas settlekan keje keje kat opis sempat lah ku memecut pulang ke kampong. ye ye balik kampong!!!. 2 minggu tak balik... rasa macam lama sangat. biasa kan kalau takde pape ku akan balik kampong almost every week. tu yang rasa macam ada benda yang tak kena je kalau tak balik kampong.

sesampai di kampong je terus menuju ke rumah abang long ku nak jemput mak. oh ye my mom sekarang stay with my abang long. risau nak biarkan mak tinggal sorang sorang kat rumah kitorang tu. takut jadi pape takde sape nak tolong tengokkan. bila duduk sana ada kak long yang boleh tengok tengokkan. lagipon suasana tak banyak beza. yang lain nya rumah kitorang tu rumah sebijik sebijik n rumah abang long rumah perumahan. kalau rasa nak balik tengok rumah boleh je sebab dekat...

nak dekat magrib baru sampai rumah. rasa sayu jek... rumah yang dulunya tak pernah di tinggalkan kosong lama tapi sekarang terpaksa ditinggalkan. ala ala jadi rumah persinggahan dah sekarang ni. hujung hujung minggu baru ada orang. nak buat macam manakan redha je lah yang termampu...

cuti 2 hari dihabiskan dengan mengemas rumah luar dan dalam. penat tapi rasa puas hati tengok rumah bersih.

lagi 1 aktiviti balik kampong tak sah kalau tak masak dan makan banyak. kenapa eh??? kena angin kampong agaknya... perut asik mintak diisi jek. memang takde keje lain masak makan masak makan camtu jelah dok ulang ulang.



ni lagi antara barang antik yang mak ku kumpul. pinggan n piring batu tu. sekarang susah nak carik rasanya. tu sebab ada orang nak beli mak takmo jual. dok simpan lah dalam lemari tu. complete set siap ada teko yang old skol tu sekali tapi tak pernah guna pon. sayang kot...

kat atas tu antara menu yang dirindui. walaupon simple tapi bila masak takde geng nak makan adalah tak best bukan. udang tumis kunyit, ikan kembong goreng, kacang panjang goreng & sambal belacan. terangkat habis lah....makan bertambah. tu yang petang hari kena sapu daun kat laman bagi lemak pecah. hahaha.




Wednesday, December 29, 2010

hati ini gundah

baru semalam rasa macam lapang dada lapang kepala.
rasa lega sangat. macam semuanya is over.

but when i called my mom last nite perasaan ini jadi sedikit runsing. last monday my mom ada appoinment ngan doctor about the kidneys. so pegilah as usual... this time kena amik darah. result untuk darah tu belom tau lagi sebab kena hantar ke hospital klang ... ok just wait for that. tu 1 thing...
another things is a few weeks before kaki my mom membengkak then beberapa hari lepas tu surut. bila bengkak kaki dah surut bengkak kat telinga n mata pulak. yang ni memang my mom tak tahan sakit dah. then my bro bawak pegi private clinic. the doctor said bengkak kelenjar & dibekalkan dengan beberapa jenis ubat. bila dah makan ubat kesakitan tu beransur baik tapi not fully recovered. masih ada 2 3 benjolan kat kepala yang rasa tak selesa untuk baring n sometimes sakit jugak.

so bila dah pegi hospital untuk appoinment tu terus la buat check up untuk benjolan benjolan dan bengkak bengkak tu. kena buat x-ray, ambik darah and sample kahak. result x-ray tu menampakkan jantung + paru paru bengkak. ada something wrong somewhere. tapi tak tau lagi. result yang confirm on friday nanti.
nak tunggu friday tu lambat betul rasanya. hopefully nothing serious... i know my mom pon rasa gundah dan runsing. sebab on phone last nite she said "mak ni macam macam masalah kesihatan ada, menyusahkan anak anak nak bawak pegi hospital". adusss... tak tau nak buat ayat macam mana nak balas ayat my mom tu. sebab nanti Shah Alam ni banjir kilat pulak.
sudahnya ku buat lawak apa ntah gelak gelak sampai d end. but but but bila dah letak phone, what happened to me??? lu pikir la sendiri... susah hati la.
ku memang kalah kalau my mom n my dad punya hal.



moga moga takde ape yang serious. moga moga jantung + paru paru tu bengkak on that day je.
moga moga result darah result kahak semuanya -ve. takde ape yang lagi penting dalam kehidupan kita selain kesihatan yang baik dan kesejahteraan kan.

Monday, December 13, 2010

Al-Quran kecik

kitorang jumpa Al-Quran ni kat dalam almari lama yang dibiar kesepian kat rumah kampong.
kitorang mean adik beradik ku.
kemas kemas rumah and jumpa macam macam harta pusaka antik.
antaranya Al-Quran nilah.


tak penah nampak k Al-Quran kecik macam ni.
memula jumpa ni terkejut jugak.
tak sangka mak ada simpan.
yang tak rabun bole lagi nak baca.
tapi kerut kerut jugak lah kening. hehehe...
ada lagi barang antik lain.
next en3 ku share kan eh.


kecik tapak tangan kecik lagi Al-Quran ni.

agak agak kalau nak jual dapat bape RM eh???
ehehehe....

Wednesday, November 10, 2010

its my bday!!!!



yup today is my birthday...
i am 27 yo already. phew!!! banyak dah tu. kalau nak kira ngan jari mmg tak cukup.

gila cari publisiti kah fiza.
siap announce dlm blog. pedulik...
nak kasi tau jugak...
once a year kan...
tapi dah tak excited macam zaman study dulu2.
sanggup berjaga sampai pkl 12 sebab nak tunggu sape wish paling awal.
means that org tu ingat kat kita sangat2.
sekarang pedulik apa. yang penting ngantuk tido.
birthday wishes tu pepagi tadi baru baca.
org yang paling awal wish *tett*...
yang penting bukan bf. ku mana ada bf. nangesss....

my wish :
- nak ada kehidupan yang selesa. free dari financial problem.
- nak ada kehidupan yang sihat.
- nak ada kehidupan yang bahagia.
- nak ada family yang sentiasa menjadi tulang belakang di kala susah n senang
- nak ada kawan2 yang sangat memahami & menghargai persahabatan yang terjalin

banyak lagi my wishlist. tapi nanti korang muntah hijau lak baca. so ku letak yg main jer.
bcoz today is my bday, ku nak buat keje sebanyak yang larat. biar banyak dokumen banyak voucher banyak LO yang stated my birthday date 10/11/10. cantik pe....

HAPPY BIRTHDAY TO ME....



Tuesday, November 2, 2010

cataract surgery for my mom

ha ni lah nak cerita sebab apa ku cuti seminggu last week

atas rasa tanggung jawab & amanah yang diberikan....cewah. ayat tak boleh blah....
maka ku dgn volunteer nya telah mengambil cuti untuk jaga mak dalam tempoh seminggu tu lah....
mak ku ni actually dah penah buat cataract surgery untuk mata kiri kalau tak silap tahun 2006. terang sikit lah pemandangan tu. then dalam last year niat nak buat yang sebelah kanan plk sebab dah ada tanda-tanda selaput bersarang. nanti tak nampak plk. dah la mmg mak ku tu rabun dekat rabun jauh... so mak pon g la buat check up kat hospital teluk intan. sebab apa teluk intan???? luar kawasan dah tu. luar liputan luar daerah luar negeri dah tu.... heheheh
tak tipu wooo... kalau bukak radio tu mmg kena tukar chanel la sebab dah lain fekuensi nya....
ok sebab ape teluk intan.... sebab tu je hospital pakar yang berdekatan.
ku suka jer kena pegi hospital ni sebab tak crowded. makanan kat kantin dia best....sempat lagi ku pikir makan kan.
check up since last year tapi tak buat-buat jugak operation sebab ada je halangan nya. sekali pegi gula dalam darah naik. (mak ku pesakit diabetic tegar yer)... sekali pegi pulak degupan jantung tak ok... berkali kali pegi batuk tak baik-baik. sebab batuk ni lah asik pospon je nak buat operation... and finally last check up before operate lepas raya puasa doctor said boleh operate dengan syarat kesihatan mengizinkan.... so ku pon pesan lah memacam kat mak ni jangan itu jangan ini tak boleh makan tu tak boleh makan ni nak bagi jadi operate jugak. sebab dah lama nau nunggu kan.... selaput kat bola mata tu pon dah tebal. doctor tu siap cakap operation mayb lama sikit sebab selaput dah keras.... wuiii doctor agak-agak lah pon nak cakap centu. takut mak ku dibuatnya....ku jeling jeling jegil jegil kan bijik mata kat doctor....naseb paham... kalau idak mau diterus nya cerita prosedur dalam ot tu camne klu dah selaput nya tebal.... hishhhh saja tau.

1st day warded 25/10/10. masa ni belum operate lagi. masuk wad dalam tengahari. ku ngan anjang yang hantar....so kira dalam waktu pemerhatian lah ni before operate keesokan harinya.... malam tu ku tak tido sepital sebab masa operate yang sebelah tu mak tak mo ditunggu. tapi sebab kali ni mak dapat sebilik sorang bilik hujung lak tu takut agaknya... tapi ku balik juga sebab tak bawak baju selai pon lagipon abang ku itu kerja malam. janjinya sama mak esok mau datang bermalam di sepital.... suka suka....bila balik rumah rasa tak sabar nak tunggu esok sebab nak tido sepital... hahahaha *TIPU*

2nd day 26/10/10.... pepagi rabun dah call mak mau tanya perkembangan. ok boleh operate. mak kata dah siap baju operate segala masa tu.. uiii awal tu dalam pkl 7 dah siap. mak dapat turn no. 2 masuk ot. tak sesia siap awal awal kan. ku sampai sepital pon dah waktu lunch. masuk bilik mak tengah makan. nasib ku sampai tepat waktu nya taklah mak makan sorang sorang.... ku bawak ikan masin bakar.... satu ward bau katanya. lantak...
lepas operate mak tak boleh cakap banyak tak bole jalan banyak tak boleh celik banyak. maknanya kena tido je sepanjang masa...
ku bosan tahap gaban....
belasah main game kat henpon mak lah ape lagi... henpon sendiri kedekut nnti bateri cepat kong.... hahaha *JAHAT*
petang bosan gaban dah tak tau nak buat pe pegi turun ke kantin... kan ku dah cakap kantin dia best...
ku mentapau ikan sambal utk ku yer bukan mak ku. mak pantang...
tapau jugak cucur udang 2 hengget dapat 6 kau. banyak kan. udah lah besau... best ke idak??? best kan.
tapau lagi roti cekelat + air kotak milo + air kopi latte kat hospimart. utk ku jugak bukan utk mak. mak tak boleh. kencing manis kan. naik ward balik makan lah pe lagi. lapau nih. mak pon dapat minum minum petang tapi kesian. di baginya air panas kosong secawan + uncang teh + biskut petak yang kering tu 3 kpg. sadissssss. gula nya mana wehhhh. igt mak ku nak minum air tu. walau fav mak air teh o tapi tak layan nya. gula tarak....
sudahnya buat air susu. layannnn 2 beranak sambil chit chat....
petang abang yg sulong datang... mak suka anak dia datang...
aiman ajak makan mcd tapi acu sudah kenyang lah....babai je lah. g pon sian nnti mak sensorang nak ambik pape kan susah. mata sudah kasi ttp sebelah.
malam takde pape nak buat so tido je. tapi nape eh malam tu mata ku ngantuk je padahal awal lagi...

panjang nya en3 ni macam cerpen dah....

3rd day 27/10/10 masih kat ward... normally hari ni dah boleh discharge. pkl 5.30am mak dah kena kejut ngan SN soh bangun n pergi kat 1 bilik tu utk buat bacaan. gila awal....
around 8am doctor pon dtg utk check whether mata tu ok ka tak. klu ok baru boleh balik rumah.
mata mak ok takdak problem pape.... dengan excited nya mak kemas beg nak chalooo. siap cecantik ngan sunglass sudah. surat doctor nya blom sampai jugak. ku layan tido lagi sementara mak g borak ngn member bilik sebelah. kawan seoperate lah katakan. hahaha...
udah settle kat ward dapat surat doc, surat next appmnt n ubat, balik lah pe lagi.
bill 0 yer. thanx to abg dzul sebab blaja pepandai dapat jadik cikgu dapat pangkat besau boleh lah mak dok bilik sorang boleh kuar sepital dengan bill RM 0.00. hehehe.... klu guna GL haku....nanges.

nanti nak sambung story pasal sepital ni....


Friday, October 22, 2010

fuhhh.... baru settle

seperti tajuk di atas.... fuhhh baru menyetellkan kerja-kerjaan di opis ni. lega rasanya. maklum le nak bercuti panjang next week so kenalah settle kan memana kerja yang ada. kena lah kasi clear tray in ku itew. kalau idak nanti mau tepon tangan ku berdering dering sampai rasa nak baling je kekdahnya.... memang fokus habes la time buat kerja tadi *wink*

at this momento sume takdok kat opis.... jadinya haku nak buat ape ni. yang tinggal laki laki aje. takkan nak ngikut g semayang jumaat pulak. merempit naik motor ngan shah. hohohoho
tidak.... tidak.
mau kena baling dgn kek cekelat aku ni. shyda yang baling. kek cekelat dia sedap wooo.....

mau kasi up lah gambar ajanana.... tak sabar nak jumpa petang nih.








nak jugek tuan tanah ni bergambar walau snap sendirik.

Thursday, October 21, 2010

what u give u get back

tajuk en3 ni bukan ditujukan untuk makcik ni tapi untuk anak-anak dia. peringatan untuk diriku jua, setiap perlakuan kita di muka bumi ni yang baik mahupun buruk pasti akan mendapat balasan yang setimpal. cepat atau lambat je. bergenang jugak ayaq mata baca paper hari ni. teringat kat mak yang tak berapa sihat kat kampung. nak call sat... bacalah yer





ni petikan dari Harian Metro hari ni (21/10/10)

JOHOR BAHRU: Hanya dengan alasan ibu kuat makan, seorang wanita tua yang lumpuh separuh badan dihantar anaknya ke pusat jagaan warga emas. Lebih menyedihkan, wang pencen arwah suami yang sepatutnya menjadi haknya turut dikaut sembilan zuriatnya itu setiap bulan.

Wanita berusia 84 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Aminah, dihantar ke pusat jagaan selepas semua anaknya bersikap lepas tangan mengenai kebajikannya sedangkan ada antara mereka berjawatan tinggi termasuk bergelar profesional.

Akibatnya, Aminah bergantung sepenuhnya terhadap ihsan pihak lain bagi meneruskan kehidupan walaupun dia sebenarnya berhak mendapat pencen arwah suami RM700 sebulan.

“Sebelum suami meninggal dunia, dia berpesan kepada anak supaya menjaga saya. Namun, setahun selepas suami meninggal, kedua-dua kaki saya lumpuh sehingga terpaksa mengengsot.
“Sebelum suami meninggal dunia, dia berpesan kepada anak supaya menjaga saya. Namun, setahun selepas suami meninggal, kedua-dua kaki saya lumpuh sehingga terpaksa mengengsot.

“Sejak itu saya dianggap beban oleh anak hingga mereka menolak satu sama lain menjaga saya sebelum mengambil keputusan menghantar saya ke pusat jagaan ini tiga tahun lalu,” katanya.

Aminah mempunyai sembilan anak, lima lelaki dan empat perempuan berusia antara 30-an hingga lewat 50-an. Suaminya yang bekerja sebagai anggota polis meninggal dunia 10 tahun lalu.

Menurutnya, dia yang lebih banyak menguruskan semua sembilan anak kerana suami sering bertugas luar daerah, mendidik mereka dengan penuh kasih sayang sehingga berjaya.

Aminah berkata, buat masa ini, perbelanjaannya bagi membeli ubat-ubatan mahupun lampin pakai buang yang mencecah RM800 sebulan diuruskan Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan di Taman Bukit Kempas.

Menurutnya, hasratnya menggunakan wang pencen arwah suaminya tidak kesampaian kerana setiap kali persoalan itu ditimbulkan, ia mencetuskan pertengkaran di kalangan anak.

“Mereka mengambil wang itu secara bergilir-gilir. Jika anak sulung lelaki menggunakannya bulan ini, anak kedua mengambilnya pada bulan depan sebelum kad ATM (mesin juruwang automatik) itu diserahkan kepada anak ketiga.

“Saya sedih kerana setiap kali meminta daripada pengurusan pusat jagaan termasuk membeli minyak angin kerana tidak mempunyai wang sedangkan anak bekerja dan hidup senang,” katanya yang sebak ketika menceritakan kisah hidupnya.

Sementara itu, Pengurus Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin, 45, berkata, seorang anak wanita berkenaan menghantar ibu kandungnya itu ke situ dengan alasan wanita berkenaan terbabit kuat makan.

Menurutnya, biarpun pada awalnya berjanji mahu membantu meringankan kos penjagaan ibunya dengan menyerahkan wang pencen arwah bapanya, lelaki berusia 40-an itu langsung tidak mengambil peduli mengenai warga emas terbabit sejak dihantar ke situ, kira-kira tiga lalu.

“Kadangkala nenek berkenaan segan meminta hingga kami menggunakan pendekatan psikologi supaya dia tidak kesunyian dan tidak berasa rendah diri dengan keadaannya itu.

“Kami bukan mendesak keluarga itu, tapi sekurang-kurangnya mereka yang berkemampuan sepatutnya membantu meringankan kos yang ditanggung pusat jagaan,” katanya.


p/s : ya Allah ya Tuhanku tetapkan hati hambaMu ini untuk mengingati, menyayangi, memelihara & mendoakan kesejahteraan ibu bapaku. ameeen.




Tuesday, October 19, 2010

derasnya pemanduan

sudah terpacak di ofis jam 3... petang. kemana kah ku pergi. hehehe
pagi tadi ku helo2 my mom then dari suara pon dapat tau demam nya tak kebah2 lagi. hati memang dah tak sedap dari semalam sebab tak depan mata kan so tak tau keadaan nya camne. tapi dari suara emak tu mmg jelas ketidak keterlaratan beliau. makan pon tidak... huhuhu kesian lah. lalu sepantas kilat pada jam 9.45am ku zass pulang ke kampong untuk bawak mak ke klinik tengok kat mana problem nya sebab mak kata mata n telinga bengkak yang perit... tak sedap hati ku mendengarnya.
perut yang lapar pon terus kenyang serta merta. tak lalu nak makan dah. bihun goreng yang opismate ku bagi ditapau kekonon nak makan dalam kete. ater bole ke sambil drive sambil makan. kalau makan cekelat boleh lah kot. ni nak makan bihun... mau stereng ke mana mata ke bihun tayar kat mana???? kat situ lah jugak yek.... cuma arah tuju haluan nya jer tak tau ke mana.
sesampai kat rumha ya Allah mata mak memang bengkak lah. nampak sikit je mata sebelah kiri tu. masa tepon tadi dah sesiap cakap kat mak siap2 then tunggu ku sampai. so bila ku sampai terus ke klinik kesihatan sg. besar. kalau emak yang sakit mmg tak berani nak bawak klinik private sebabnya penyakit berangkai. so pape kena g kat kk ni jugak or hospital. sebab ada rekod from pevious treatment yang dah berpuluh2 tahun lamanya.... sebab klu pergi private pon doctor tu buat surat refer ke hospital. so jangan buang masa lah ye. buku rawatan mak tu dah tebal gila macam buku accounting mgt masa time study dulu. naseb sangat lah baik sebab urusan dipermudahkan hari ni. cepat je proses kuar masuk bilik doctor tu. then doctor said alergic makanan maybe. sebab kat area bola mata tu tak merah cuma kat kelopak je yang bengkak. or kena gigit ngan serangga. ntah ler my mom pon tak perasan.
settle kat klinik g tapau lauk then terus balik rumah makan... gila murah beli lauk kat sg besar. mmg beeeeeeeza sangat harga ngan kat s.alam.
siap2 makan terus zass nak balik s.alam. sempat lagi pesan kat mak jaga badan makan ubat sebab minggu depan ada lagi besauu yang mak kena hadapi. semoga mak cepat sembuh sihat sepenuhnya & ready for next week.

Thursday, October 14, 2010

pilu

ku memang dikenali dengan ratu air mata. either family or frens mmg tau dah....even tersentuh sikit pon air mataku ini dah boleh tumpah deras & laju.
sangat sensitif...
sometimes mmg bagus baca or dengar cerita2 penderitaan, kesedihan dan kesusahan orang lain agar menginsafkan diri.
diri akan menjadi lebih tabah menghadapi dugaan & kesusahan sebab tahu ada lagi orang lain yang lebih menderita.
menghargai apa yang telah dimiliki dan sedar kedudukan diri yang terlalu banyak kekurangan. sesungguhnya ku bersyukur... Alhamdulillah
i just read satu blog by mummy ayu yang kehilangan anak a few months ago. meruntum jiwa membacanya ... even im not married yet tapi ku dapat rasa kesedihan dan kerinduan yang ditanggung sebab 1 of my niece ada yang pergi setelah genap 100 hari bernafas kerana penyakit yang ditanggung.
Al-Fatihah to Allyysa Sumayyah & Alanna Qish.
to mummy ayu semoga terus tabah menangung kerinduan. sama-sama kita mendoakan kesejahteraan mereka di sisiNya.

p/s : deeply miss Allahyarham abah... doa kami akan sentiasa mengiringi pemergian abah. InsyaAllah...


Wednesday, October 13, 2010

dilemma

ku dalam planning nak ambik cuti seminggu direct.....
banyak perkara yang tengah dipikirkan ni.
kerja-kerja yang bakal ditinggalkan....huhuhu
klu ditinggalkan sehari pon dah melambak atas meja camne kalau ditinggalkan seminggu. sampai bawah meja pulak nanti. ada ke orang nak tolong menyetellkan vouchers ku itu. taula pasal payment ni mana boleh delay2 duit orang kan. kena lah bayar jugak.
kalau tak cuti kesian pada yang memerlukan khidmat ku. kena bagi sokongan moral n fizikal untuk insan yang ku sayangi.
adoi la...

kekonfiusan melanda ni. ape2 pon ku memang nak amik cuti jugak cuma nya lama ke sekejap belom pikir lagi. selang2 ke....huhuhu
tulun.....

Thursday, October 7, 2010

ku merindu

mlm tadi ingatan pada Allahyarham abah membuak2. mungkin rindu lah ni. selalu bukan tak ingat tapi dari malam tadi bawak ke siang ni perasaan tu.... ssh nak describe kan.
orang yang mengalami jer paham macammana perasaan saya sekarang ni.
5 zulhijjah dah nak dekat.....
sedar tak sedar nak dekat setahun dah pemergian Allahyarham. kejap jer tapi rasa masih baru. rasa macam masih ternampak2 saat terakhir sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

owhhh rindunya saya saat2 bersama. everytime balik kpg Allahyarham akan tanya saya nak makan apa before pergi pasar. sekarang saya yang ambik alih tugas pergi pasar tu...
kalau boleh pergi pasar sama2 lagi macam dulu kan best...
saya harus menerima hakikat yang hidup pasti kembali kepada penciptaNya kan. satu hari nanti saya pasti melaluinya juga.
semoga rohnya tenang di sana & berada di bawah lindunganNya.

Monday, October 4, 2010

happy 3rd birthday faris


happy birthday abang aish....
hari ni genap 3 tahun umur dia. semoga abang aish akan membesar sebagai juara k....





luv from acu....

Wednesday, September 8, 2010

kami sama

esok saya dah start bercuti raya... alhamdulillah cuti diluluskan seminggu... so sebelom melangkahkan kaki keluar dari opis sempat lah bersalam-salaman dan bermaafan dgn officemate.... dengan org lain saya ok jer mintak maaf macam biasa tapi bila sampai turn bermaafan dengan kak ros hati ni rasa syahdu n hiba yang amat hingga menitiskan air mata.
bukan sebab dosa yang kami tanggung antara satu sama lain. tapi sebab kami banyak menyimpan rasa suka & duka bersama. banyak cerita kami kongsikan. pasal kerja, family & relationship....

dulu2 masa ayah saya kerap jatuh sakit saya selalu cakap ngan kak ros takut untuk menghadapi hari kehilangan beliau. kak ros yang banyak beri nasihat dan menenangkan keadaan saya. ajal maut jodoh pertemuan semua ditangan tuhan. mmg itulah hakikat kehidupan yang semua insan kena hadapi walaupon pahit.

ayah saya pergi meninggalkan kami dalam keadaan yang tak bersedia untuk kehilangan beliau. dalam erti kata lain keadaan terkejut. tanpa disangka2. kesihatan yang baik setelah menderita gout yang kronik selama 2 bulan hanya pinjaman dari penciptaNya buat sementara. ayah kak ros pun macam tu jugak. perginya tanpa disangka. meninggal dalam tidur.

hari raya aidilfitri tahun ini adalah tahun pertama kami (kak ros & me) beraya tanpa ayah di sisi.
inilah moment yang tak sanggup rasanya nak lalui.
sebagaimana kak ros memahami perasaan saya begitulah saya memahami perasaan kak ros.
cuma yang bezanya di sini kak ros sudah punyai suami & anak2 yang menjadi penguat semangat.
insyaAllah saya juga ingin jadi seperti kak ros suatu hari nnti. ameeen.....




selamat hari raya aidilfitri buat abah
InsyaAllah tiada aral pagi raya nanti kami datang ziarah
kami mendoakan abah tenang di sana, berada dikalangan orang2 beriman & senantiasa dalam keberkatanNya

Wednesday, September 1, 2010

ajanana


muka ajanana yang rela dalam paksa

this month umur dia 6 bulan...comel kan.. geram tgk rasa macam nak geget2 jer tapi anak org mana boleh macam tu. my niece ni takut ngn orang. klu jumpa org yang dia tak biasa mesti nangis. tang ni mmg tak best... kita geram2 kat dia nak gomol2 sama dia tapi dia tak mau.... hadusss la. tgklah pic yang atas tu. amik gambar dalam paksa. bukan nak sangat dia kat saya tapi terpaksa jugak layankan acu dia ni....hehehe. gigi dia dah tumbuh 2 batang kat bawah... lagilah tambah cute.... nape la ajanana takmo ikut org... acu rajin nak tolong jaga ajanana bila mak masak tapi nape ajanana takmo... kan dah rugi. klu tak boleh dah acu bawak jenjalan pegi shopping toy kan best.... dah rugi banyak tu...



ni wif her sister kakak ya

mata dia sangat bulat ok... terbuntang2. ishhh geram nih. raya ni ssh lah mak dia nak g beraya. asal jumpa org asing jer nangis. tapi best jugak kot mak dia. takyah masak anak nangis... hehehe. ampun yer kakak ipar....gurau jer. kakak ipar saya tu mmg rajin. hehehe bodek2.

p/s : klu kak aza baca ni jgn bgtau kak zura tau. sshhhhh!!! sudah.

Monday, August 9, 2010

happy & sad...

last weekend saya balik kampung macam biasa. minggu ni rehat banyak sebab tak payah masak. orang kenduri sana-sini.... goyang kaki sikit.

akhirnya mak saya lembut hati jugak nak stay rumah 1 of my sister. sangat lega okey.... bukan pe saya merisaukan bila tibanya ramadhan nanti. macam mana mak nak memasak juadah berbuka, sape nak tolong belikan barang n banyak lagi benda yang saya fikirkan. lagipon mak bukannya makan sangat... larat ke nak masak memasak. masa abah masih ada pon mak jarang masak untuk berbuka sebab tinggal berdua je + tak larat. juadah berbuka beli jer kat bazar ramadhan. untuk sahur je mak akan masak n unless ada makanan yang teringin nak makan dari air tangan sendiri. selainnya mmg akan dibeli je. sekarang kan keadaan nya semua dah berubah.... hmmmmm

disebalik perasaan lega n gembira saya tu, sedih pon ada jugak sebab terpaksa mengosongkan rumah yang banyak kenangan tu. mak tentunya lagi sedih tu sebab mak berat hati nak meninggalkan rumah. mak pergi pon bukan lama. sebulan ni je.... mintak-mintak takdela mak nak mintak balik. raya nanti kita balikye mak...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails