Followers

Showing posts with label team building. Show all posts
Showing posts with label team building. Show all posts

Monday, April 11, 2011

hot spring @ Sungai Klah

last day team building punya program hrtu before balik ke Shah Alam we all singgah dulu kat Felda Residence Hot Spring Sungai Klah. memang dekat je ngan exit Sungkai.
tiket masuk RM10 yer kengkawan.
ni tempat kolam air panas. air sejuk pun ada jugak.

gambar dah tunggang langgang. skill susun gambar dah malap. hehehe....


bergambar depan family spa.
spa ni kira kalau nak berendam sefamily tanpa malu-malu bole la kan.
kalau nak berendam yang kat luar kena share ngan orang lain lah kan.
kalau tak silap harganya RM70/hour.
dah tak berapa ingat ratenya. sebab kitorang dapat masuk free.


berkumpul lah kami reramai di tepian kolam tu.
memang privacy lah family spa. tapi masanya kejap je dapat rendam dalam ni.
tak sempat nak lelama dah petang.


masa tengah jalan-jalan dalam kawasan Hot Spring ni terjumpa lah dengan Pakcik Said.
dulu ofis kami penah deal ngan dia kekonon nak buat family day kat sini.
tapi tak jadik sebab hotel nya tak banyak bilik yang available.
Pakcik said ni lah yang tolong carik alga bagi kat kami.
sapu kat muka jadi cantik katanya. kulit jadi tegang.
ku tak sapu pon kat muka sapu kat tangan jek.


antara tempat berendam yang ada kat situ.
yang ni tempatnya cetek je. memang untuk rendam kaki.
memula letak kaki memang rasa sakit panas mencucuk-cucuk.
biar lama sikit jangan goyang-goyang jadi ok-ok je.
sakit cucuk-cucuk tadi terus hilang. begitu ye....


semangat kak yati ngan rina sapu kat muka.
kasi tegang ngan licin kulit muka tu.
tapi sapu sekali jek mana jadi korang.
kena pegi tetiap hari....


ni lah Pakcik said tu.
macam-macam dia bagi explanation kat kitorang.
kira special treat lah kedatangan kami kat sana walaupon tak inform nak datang.
dari tengah jalan yang terjumpa ngan dia tadi sampai nak ke balik memang dia tunjukkan tempat. Tima kasih yek Pakcik said.
lain kali datang sini bole cari pakcik lagi.


ada satu tempat tu memang kat kolam ni suhu dia panas membara.
tempat yang ni memang tak boleh celup kaki. melecur.
bole rebus telur. siap ada signboard bgtau nak masak telur half cook bape minit nak masak terus bape minit. telur pon ada jual kat kafe situ. murah jek RM 2 untuk 5 biji.
rasa telur yang rebus kat sini lain sikit. sedap. macam masin masin sikit.


map kawasan tu.
besar bukan. tu yang penat berjalan kaki masuk dalam ni.


tempat memula yang kami jumpa masa masuk. kat sini ramai orang.



posing2.......

Friday, March 11, 2011

white water rafting at gopeng

sessi water rafting...
ni lah tujuan utama ke gopeng naik bas naik lori lembu segala.
masa ni memang tak sabar2 nak try benda baru ni.
memula guide tu brief pasal aksesori untuk rafting.
wajib pakai life jacket n topi 'turtle' tu.



selesai briefing tu memasing pon ambik la aksesori memasing.
ku pilih kaler kuning. ater kate nya :

"there r 2 types of helmet. 1 in blue color and another 1 in yellow color which is different each other"

"the blue 1 is middle size and yellow is middle size too"
"actually no different at all"
hahaha ape lah guide tu. buat lawak pulak.
lawak yang tak klaka. sume orang blur jek. kesian....



tolong menolong kerjasama nak bagi life jacket tu comfort ngan badan.
tak longgar and tak ketat.
kira boleh nafas lagi.
helmet tu pulak kena boleh masuk 2 jari kat tali tang leher tu.
kalau ketat sangat terjatuh dalam sungai or jadi pape tak boleh jerit pulak.
mulut terkatup rapat. begitu ye....



complete set untuk rafting...
ada life jacket, helmet and paddle.



semua dah ready sudah boleh start.
we all ikut group ada 5 semuanya termasuk urusetia.
macam2 arahan guide bagi.
kalau lalu kat kawasan curam kena 'hold on'.
maksudnya kena tundukkan badan n angkat paddle. jangan kayuh.

kalau guide kata 'boom boom',
kena masuk dalam bot ddk rapat2.
ni time lalu kat kawasan curam kuasa dua.
atau kata orang2 biasa rafting ni double decker.

macam gambar bawah ni yang tak berapa nak adventure.
banyak lagi yang lebih curam.
gambar akan menyusul en3 lain. insyaAllah...



time air tenang kami pon dok tenang jer dalam bot tu tak payah kayuh.
just ikut arus sungai mengalir.



lupa nak habaq nama co. yang kami buat rafting ni nama dia riverbug the white water rafting specialist. kami buat rafting medium water level. kat semenanjung takdak yang high.
kalau nak yang mencabar habis pegi kat sabah katanya...
kata guide tu lah kan...

Thursday, March 10, 2011

naik lori lembu

di hari kedua kami punya aktiviti memang pack.
dari pagi sempai ke malam penuh dengan aktiviti yang best2.
dan yang paling tak sabar ditunggu aktiviti air lah.
memang harus ada...

dari tempat penginapan kami naik bas buruk. sorry uncle....
tapi memang ku tak tahan bau minyak dia tu.
korang boleh bayangkan tak bas len seng yang dari cm nak serata kl tu.
yang apek dia dok laung "sri gombak, kotaraya etc etc "..
tak ingat dah dialog apek bas tu. lama tak naik bas.
ha cam tulah bas yang kami naik dari trolak ke gopeng.
lebih kurang 45 minit ke sejam gitu menahan bau minyak diesel.
mujur tak muntah je.

sesampai di gopeng turun je bas kami disediakan bekalan makanan dalam plastik yang dah siap di packing. dapat sorang 1. buat alas perut lah gamaknya. nak nunggu lunch lambat lagi. ku dah selamatkan perut siap2 masa breakfast pagi tu. ku amik heavy breakfast. selamat.......



tempat kami turun bas ni ekceli kawasan gua tempurung.
so dari sini nak ke tempat air tu kena naik transport lain.
kami naik lori lembu....
tak tipu memang betul. memang lori tu bau lembu.
memula naik macam kelaka pulak tapi lelama jadi seronok.
mana pernah naik lori lembu.

tu nampak si tudung merah tengah panjat lori.



muka happy memasing selamat panjat belakang lori.
lembu tengok kami pon gelak agaknya. jakun semacam....
lembu kau gelak tak???
ha tu dah gelak... good2.



dari sini ke tempat air tu makan masa 45 minit jugak.
walau rasa jauh tapi sangat seronok jerit2 bila langgar dahan pokok or ranting.
tu sape yang berdiri lah kan.
ku awal2 lagi dah duduk sebab takut. manyak goyang ma.
jalan dia banyak lopak. bukan jalan raya mahu pun jalan tar tapi jalan tanah pasir biasa tu.



hoye dah sampai....
tak sabaq nak ber water rafting.

Wednesday, March 9, 2011

merah

patutnya 1st nite tu ada nite walk.
tapi takde gambar lah pulak nak cite tak best takde bukti.
so tunggu gambar dapat baru ku cite eh pasal masuk hutan memalam tu.

sementara tu layan kan lah dulu gambar merah memerah kami ni eh.
ni gambar sebelom pegi water rafting kat gopeng.
baru pas poco2 & breakfast time ni.






ni yang masak elah bila amik gambar pepagi.
muka bengkak sana bengkak sini.
mata sepet lak tu.



ice breaking

after register dapat file & tshirt terus menuju ke kelas.
yang ni memang rasa macam zaman study dedulu.
jalan jauh dari tempat register nak ke kelas tu.
turun tangga bertangga tangga.
beg tinggal kat tempat register tu dulu. ada orang tlg jagakan.

kelas ice breaking. rasenya memane kursus gomen selalu ada subjek yang ni. hahaha...
dah kenal pon nak kenal2 lagi. layan kan jelah.
masa ni lah nak usik mengusik kengkawan. tnya soklan memain pon tatap dijawab jugak.
ye lah dah tau lagi mau nanya.
soklan memain jawapan pon memain jugak.
contoh soklan kat org lelaki.

"anak berapa"

"anak 3 isteri baru sorang". hahaha (:

ni group tuk petang tu.

me, kak lin, kak tini, cik din & inna

ada satu task tu kekira macam kita 5 orang dalam group kena kumpul tenaga then salurkan tenaga tu kat mentol yang macam cik din pegang tu.
bila dah tenaga di transfer kita lepaskan mentol tu atas mozek.
dan ajaibnya bukan mentol yang pecah tapi mozek tu yang pecah.
kalau ikut romannya mentol yang akan pecah bukan.
ajaib kan. korang caya ke. ku nak caya susah tak caya pon susah sebab memang mentol tu tak pecah. pelik.



ni gambar sebelom masuk kelas. tonggang tebalik sudah.
tak kisah la janji ado.


pukul 7.30 kelas habis terus gi dinner kat anjung restaurant.
makanan ok. sodap. tu nanti ku cerita en3 lain.
selesai makan baru masuk bilik. heaven dapat mandi...

Tuesday, March 8, 2011

trolak here we go!!!

hari jumaat lepas which is 04/03/2011 our unit buat satu kursus team building ke trolak.
ni 1st time ku menjejakkan kaki ke sini.
tajuk kursus macam kat bawah ni.
tempat tinggal kat felda residence.
tengok dari luar tempat dia nampak biasa2 aje. sekali langkah kaki masuk bilik best jugak.
bilik luas. facilities lengkap tak berapa lengkap. sebabnya takde hair dryer and kena mendaki tangga. untuk ku yang demok ni ok lah kot. tapi yang sakit lutut sakit kaki tu sian lah jugak kan.
dah lah kitorang punya bilik kat level 3 and d boys kat level 4. tak ke naya.
tapi bila dah bertamu 3 hari naik tangga tingkat 3 tadahal punya lah. memula jek rasa susah sebab tak biasa daki tangga.



sebelom pergi sempat masuk opis dulu pagi tu settle kan mana2 yang urgent.
and ofkos lah sempat berposing jugak.
mana boleh lupa aktiviti wajib blogger kan.


dari kiri urs truly, kak lyn, nana & fizi

11.30 we start our journey to trolak by office's bus.
seronok naik bas reramai cenggini. macam pegi cuti2 terengganu dulu pon naik bas opis ni jugak.
best la kan sebab satu bas tu kita kenal.
cuba naik public bus yang orang dok sebelah kita tak kenal pon.
dapat pulak yang pelik2 maunya tak takut.


memasing tengah sibuk menyorong beg nak naik bas.
muka excited weh sebab ada aktiviti best kat trolak tu nanti.
nanti ku cite aktiviti best2 tu.

teaser

bagi teaser dulu percutian sambil belajar kami.
tunggu.......

Tuesday, February 22, 2011

flashback : team building 2009 (part 5)

baru nak sambung daa en3 team building yang dah lama terperam tu.
semangat tak sabar nak pergi next team building semakin berkobar kobar.
lagi 2 minggu....owh cepat lah tak sabar nak buat outdoot aktiviti.

sambung yek en3 team building hari tu.
selesai masuk hutan tu belah petangnya kita sambung pulak aktiviti lautan.
ni memang aktiviti yang paling ku suka. bab2 air ni memang syokkkk.



naik bot (bot ke???) dari satu tempat ke tempat yang lain. best!!!.
tak pening pon....tapi takde lak gambar nak tunjuk sebagai bukti. 8-:
macam macam aktiviti ada. snorkeling pon buat.
memula takut nak terjun tiruk.
sekali tengok geng lain buat haruslah join jugak.
manyak syok maa.



semua semua aktiviti laut ni adalah sangat best. angkat 2 ibu jari tangan lah.
nampak tak ku melompat tinggi paling depan tu. tu namanya happy amet.



paling lama berendam kat laut yang kat sini.
mandi sampai kecut kecut kulit.
warna kulit pon dah jadi lain.



bila kepenatan berenang *berenang lah sangat kan* bole rehat rehat atas batu yang banyak kat tepian pantai ni sambil pose. kami kan hired OP. gunakan je lah peluang yang ada.



seronok ooo dapat mandi laut macam ni.
team building kali ni takdo laut lah pulak.
tapi still ada air lagi. weee tak sabarnya.....

Wednesday, January 26, 2011

flashback : team building 2009 (part 4)

second day bangun pepagi buta terus siap nak ke jungle tracking. punyalah excited masa tu. lama takde aktiviti macam ni. pergi ke tempat nak masuk hutan tu naik van kaler pink yang biasa ada kat pangkor tu.



memang this time rasa macam bebudak sekolah. sebelum masuk hutan kena warming up dulu. senam senam and buat poco poco jugak. berpeluh jugak lah ketiak. belum masuk utan lagi nih...



lepas senam ringan ringan tu baru breakfast. ade ke patut kan...
berat lah nanti nak bawak perut masuk hutan.



ada komandor mana ntah yang bawak tunjuk jalan pada kami. mungkin orang tempatan situ kot. and ada lah jugak assistant dia 2 3 orang termasuk perempuan. mana lah tau kan kot2 ada antara kitorang yang pengsan pulak nanti.



but kitorang memang terror. semua steady jek.
cc kitorang jek yang agak keletihan sampai bukak tudung terus.
mencabar jugak redah hutan simpan ni. ada anak sungai cerun yang curam batu yang licin semua ada. jumpa kala jengking besar jugak. mujur komandor kitorang tu terror so takde lah sesape pon yang terpijak. kalau idak.... hmmmm ntahla.



matahari dah mencanak atas kepala pon tak sampai sampai. jauh betul la. masa pergi ni kalau tak kelupaan lagi kami dibekalkan ngan air mineral and epal sebijik jer. memang lapar tahap gaban dah masa ni.



setelah bersusah payah meredah hutan simpan ni sampai lah kat port memula tadi. yang kami dok senam tu. terus tuju tempat makan lah. perut dah berlagu riang.
sampai kat tempat makan dekrang kecoh lak sebab ada pacat ikut balik sekali. ada yang dah kembung macam ikan buntal pon. geliiiiiii. nasib ku takde kena gigit pacat.



perut dah kenyang nak balik chalet lah pulak nak rehat2. sekali kena balik jalan kaki daaaa.
adoiii dah lah penat ni tapi nak buat camno jalan lah jugak dengan panas teriknya... burn lah kulit jawabnya...



sampai bilik pon tak boleh rest lelama sebab petang tu ada aktiviti yang lagi bestttttt!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails