Followers

Tuesday, December 28, 2010

fuhh!!!...lega

lega lega lega....
hari ni dah boleh bernafas menghirup udara segar.
selalu bernafas sambil tercungap termengah mengah.
oksigen tak cukup disedut. tu yang stress.

hari ni dah bole breakfast on time & bersopan santun.
selalu mana dan je. kunyah sambil jalan pon takpe.
tak manis sungguh.
sebab makan biskut or roti jek.
tapi hari ni ku breakfast kuey tiaw goreng u.
nikmat....

hari ni dah boleh gosip gosip ngan kengkawan.
selalu mana sempat.
nak tegur pon kengkawan takut. muka serious je katanya.
sorry yek kengkawan ku tak berniat tapi bila buat keje kena lah serious kan.
nak nak pulak keje tengah menimbun harus berserabut kepala mimikir.
kang buat buat ramah mesra orang kata takde keje pulak. opppppps...

hari ni rasa macam nak kuar window soping la time lunch hour nanti. weeee...
lama tak kuar ngan kengkawan opis.
selalu time lunch hour pon dok memerap kat tempat.
muhasabah diri. ceh ceh ceh....
sedih mengenang nasib diri yang banyak keje time orang lain bercuti bersuka ria.
jelesnya...

hari ni nak balik on time. 4.30pm.
selalu 4.30pm berlalu begitu sahaja.
tak perasan pon tiba tiba eh eh eh dah pukul 5pm.
patutla banyak tempat dah kosong. kengkawan dah balik ropanya.
tapi ku still huru hara lagi. adoii la.
keluar rumah gelap balik rumah pon dah gelap balik.
hari ni nak balik panas panas. harap harap tak hujan lah petang nanti yek.


2 comments:

  1. kita balek tak penah on time...asyik terkandas je time tuu...hehe

    ReplyDelete
  2. samalah...
    jarang sangat dapat balik sharp 4.30pm
    banyak traffic lite dalam opis nih. hihihi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails