Followers

Wednesday, February 16, 2011

Rosyam Nor yang lomantik...




sekarang ku tengah syok melayan drama melayu kat TV1 ni. tiap hari ahad, isnin & selasa jam 10 malam mesti dah duduk depan tv nak nonton drama ni. kalau penat pon sanggup tahan mata sebab tak mahu ketinggalan jalan cerita.

Trilogi Cinta drama 40 episod ini diadaptasi dari 3 novel - Tak Seindah Mimpi,Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi karya Sharifah Abu Salem. kalau mengikut keseluruhan jalan cerita dalam novel ni memang terbaek lah tapi menurut abang rosyam kita tu hanya 80 ke 90 peratus skrip Trilogi Cinta mengikut novel tersebut.Kira orait lah tu kan, walaupun mereka tak mampu nak mengikut sebijik watak razif yang kaya raya dan mempunyai pejabat besar di KLCC. Mereka cuma mampu tunjuk kekayaan tu melalui rumah yang besar kira masih relevan la kan. kata rosyam lagi kalau mengikut sebijik bijik jalan cerita novel akan memakan kos shooting yang tinggi.

sinopsis drama Trilogi Cinta. credit tu budiey...

Kisahnya bermula dengan mengambil latar situasi berlaku selepas tamat peperiksaan STPM, Norjinah terpaksa memilih untuk menjadi pembantu rumah Razif kerana tidak tahan selalu dimarahi oleh dileteri oleh bapa tirinya, Pak Badar.

Perkara itu dicadangkan abangnya, Anuar yang pernah menjadi pembantu peribadi Razif, pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.

Kedatangan Norjinah ke rumah Razif, di saat Razif berdepan dengan masalah rumahtangga apabila isterinya Salmi, meninggalkannya untuk bersama lelaki lain, Amir. Salmi meninggalkan Razif kerana jatuh cinta dengan rakan perniagaannya itu.

Kerana cinta yang mendalam, Razif sanggup mengambil Salmi semula apabila Salmi dtinggalkan oleh Amir selepas terlibat dengan kemalangan. Salmi dibawa pulang ke rumah dan diberi layanan yang tidak berbeza oleh Razif. Sikap Razif membuatkan Norjinah kagum dan menghormatinya. Razif memaafkan semua kesilapan masa lalu Salmi. Salmi sangat terharu pengorbanan Razif.

Salmi yang menjadi serba-salah dan kekurangan telah menyarankan Razif berkahwin dengan Norjinah tambahan lagi anak-anaknya Balkis dan Ameera rapat dengan Norjinah. Badrul, adik Salmi amat kecewa dengan perkahwinan mereka kerana telah jatuh cinta dengan Norjinah. Pak Badar, bapa tiri Norjinah menabur fitnah bahawa mereka berkahwin kerana telah terlanjur. Norseha pula memberontak untuk ke Kuala Lumpur. Hasratnya tercapai dan menetap di rumah Razif dan Norjinah setelah Salmi meninggal dunia. Norseha selalu menggoda Razif dan tidak henti mencari peluang. Norseha didapati mengandung setelah dinodai Shahrul adik bongsu Salmi.

Kehidupan Norjinah terus dirundum pelbagai sengketa tapi mujur Razif dan ibunya Mak Nab selalunya menyokongnya serta anak-anak Razif memberi kekuatan kepadanya.

Lalu bagaimanakah kesudahannya? Mampukah Norjinah dan Razif mempertahankan ikatan cinta mereka meskipun pelbagai halangan yang mendatang? Sejauh manakah Razif dan Mak Nab mampu meneruskan usaha membela Norjinah?

razif dalam novel3 tu sangat lomantik okey. rosyam dalam drama tu pon apa kurangnya kan???

8 comments:

  1. anak dara elok tgk cerita lomantik sebab biasanya akan ada feel kupu2 berterbangan di udara gituu.tp mcm ahkak ni, dah rasa geli siku tgk cerita2 camtu,ha2...moh layan ustaz amirul stp jumaat di tv3...

    ReplyDelete
  2. hahaha betul lah tu. bila tengok macam ada feel ddk kayangan. buwekkkk!!!
    ustaz amirul layan jugak. tapi slow lah cerita tu. huhuhu.....

    ReplyDelete
  3. ai masih melayan citer cenggini dr bujang smpai la kawin..kekdg lyn smpai nangis u..tah pape tah..smpai selalu kene gelak ngn incik suami..ahaks...

    ReplyDelete
  4. best nyerrr...kalau itu aku..sentiasa dibelai-belai...bestnyerrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  5. aini : tak kesah lah aini kena gelak pon janji tatap feel. hahaha

    ano : memang best pon. ecehh

    ReplyDelete
  6. nk tanya la..happy ending ke citer nie? ckup hanya menyatakan ya atau tak? plezzz..

    ReplyDelete
  7. rasanya happy ending kot.
    kot lah kan.
    i baca novel tu tak habis.

    ReplyDelete
  8. rosyam dlm cerita ni romantik dan tegas ..i like

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails