Followers

Monday, April 11, 2011

cerita farewell Pn. Helen

lama dah kejadian ni berlaku. almaklumlah baru bersemangat nak update blog.
jadinya cerita lelama baru nak dikuarkan lah ye.
tema hari tersebut purple color.
memasing berpakat pakai kaler yang sama.
sonot bila kaler sume sama jek.
bila orang sekeliling cakap " eh ramainya pakai purple harini"
kami buat taktau jek. kekonon memang kebetulan. padahal dah pakat.


tengah bersiap sedia nak pergi ke Nyonya Kitchen.
mau makan-makan kat sana.


Pn. Helen ni akauntan kitorang. almost 4 yrs rasanya berkhidmat kat JKNS.
ag biasalah... akan buat job rotation untuk staff2 nya.
asal lama sikit jek kat tempat tu akan dipindahkan.
macam mama z dulu. lagi bape tahun jek nak pencen pon dipindahkan jugak.
even kitorang ngan mama z dah lain opis tapi silaturrahim tu masih akrab dan utuh macam kitorang satu opis dulu. pasni nak cerita pegi kenduri rumah mama z plk. sob sob sob.....


sebagai hadiah farewell kitorang bagi sepasang baju sutera batik.
ku yang pergi beli sendirian tanpa teman. memalam lak tu.
sob sob sob lagik. (motip kau asik bersedih jek piza) (amik mood farewell katanya)
kaler hijau. my feveret kaler.
nasib lah korang yang tak suka kaler hijau yek.


siap ucapan dari Tuan Haji and ofkos ucapan dari Puan Helen kitorang pon menjamah.
kali ni style buffet. sedap oh sampai tak terlarat nak makan bebanyak.
ada mee hailam, meehun goreng, nasi goreng nenas, ayam goreng madu berbijan, sotong goreng, asam pedas ikan pari, mix vege and banyak lagi lah.
kek puding kuih muih pon sume ada. ku memang tak sentuh nasik pon. makan lauk pauk jek.


selesai makan aktiviti bergambar lah pulak.
dari big boss sampai staff sume memang suka amik gambar.
berebut2 nak bagi muka nampak. hahaha.......


dah dekat2 nak balik tu amik gambar lagi kat hall opis. tak puas2 yek bergambar.
memang riuh rendah dibuatnya. yang gelak kuat2 sape lagi. tu tengok gambar...
boss kitorang yang paling kuat gelak. (ampun ye Miss Lee. memang betul pon Miss Lee paling gelak besar.hahahaha....)


tak cukup kat hall opis. siap turun kat lobby bawah.
kekonon amik gambar outdoor pulak. kan time balik dah ni so orang yang lalu lalang kat bawah tu cam pelik jek. amik gambar ape yang beria sangat camnih.
unit kewangan memang best lah.......

hot spring @ Sungai Klah

last day team building punya program hrtu before balik ke Shah Alam we all singgah dulu kat Felda Residence Hot Spring Sungai Klah. memang dekat je ngan exit Sungkai.
tiket masuk RM10 yer kengkawan.
ni tempat kolam air panas. air sejuk pun ada jugak.

gambar dah tunggang langgang. skill susun gambar dah malap. hehehe....


bergambar depan family spa.
spa ni kira kalau nak berendam sefamily tanpa malu-malu bole la kan.
kalau nak berendam yang kat luar kena share ngan orang lain lah kan.
kalau tak silap harganya RM70/hour.
dah tak berapa ingat ratenya. sebab kitorang dapat masuk free.


berkumpul lah kami reramai di tepian kolam tu.
memang privacy lah family spa. tapi masanya kejap je dapat rendam dalam ni.
tak sempat nak lelama dah petang.


masa tengah jalan-jalan dalam kawasan Hot Spring ni terjumpa lah dengan Pakcik Said.
dulu ofis kami penah deal ngan dia kekonon nak buat family day kat sini.
tapi tak jadik sebab hotel nya tak banyak bilik yang available.
Pakcik said ni lah yang tolong carik alga bagi kat kami.
sapu kat muka jadi cantik katanya. kulit jadi tegang.
ku tak sapu pon kat muka sapu kat tangan jek.


antara tempat berendam yang ada kat situ.
yang ni tempatnya cetek je. memang untuk rendam kaki.
memula letak kaki memang rasa sakit panas mencucuk-cucuk.
biar lama sikit jangan goyang-goyang jadi ok-ok je.
sakit cucuk-cucuk tadi terus hilang. begitu ye....


semangat kak yati ngan rina sapu kat muka.
kasi tegang ngan licin kulit muka tu.
tapi sapu sekali jek mana jadi korang.
kena pegi tetiap hari....


ni lah Pakcik said tu.
macam-macam dia bagi explanation kat kitorang.
kira special treat lah kedatangan kami kat sana walaupon tak inform nak datang.
dari tengah jalan yang terjumpa ngan dia tadi sampai nak ke balik memang dia tunjukkan tempat. Tima kasih yek Pakcik said.
lain kali datang sini bole cari pakcik lagi.


ada satu tempat tu memang kat kolam ni suhu dia panas membara.
tempat yang ni memang tak boleh celup kaki. melecur.
bole rebus telur. siap ada signboard bgtau nak masak telur half cook bape minit nak masak terus bape minit. telur pon ada jual kat kafe situ. murah jek RM 2 untuk 5 biji.
rasa telur yang rebus kat sini lain sikit. sedap. macam masin masin sikit.


map kawasan tu.
besar bukan. tu yang penat berjalan kaki masuk dalam ni.


tempat memula yang kami jumpa masa masuk. kat sini ramai orang.



posing2.......

nak sapu sawang

uish banyak dah sawang lekat kat dinding blog ni.
singgah jap nak sapu sawang....

bila lah agaknya dapat buat en3 baru yek.
bila masuk page ni pon rasa macam malu-malu meow.
malu ngan blog sendiri yang dah lama tak berusik
kuikuikui....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails