Followers

Tuesday, October 18, 2011

im feeling sick but im not sick

sangat rasa ketidakselesaan di saat ni.
ketidakselesaan yang tak tahu punca.
rasa macam semua ok tapi ada sesuatu yang tak ok.
haaa cenggitu lah.
susah nak explain.
kalau pergi klinik bila explain kat doktor takut disalah ertikan pulak.
lalu disalah beri ubat. tak mau jadi camtu so tak payah pergi klinik.
takut nanti jadi lagi bukan-bukan.
boleh ke macam tu?

lately ni selalu rasa macam ni.
beli makanan untuk lunch sesama ngan opismate yang lain.
beli di tempat yang sama and sometimes beli lauk yang sama.
tapi kenapa member tak sakit perut or muntah-muntah pon.
tapi kenapa aku sakit perut and muntah-muntah segala.
tension betul...
tu yang malas nak beli makanan kat luar.
tak boleh silap sikit.
kalau beli fast food ok pulak. ngeheheee....

hari ni bagun tidur rasa lengan sebelah kiri macam kurang upaya.
rasa berat untuk diangkat separah bahu.
nasib semalam iron tudung pasang siap.
kalau tak EL dah kot dengan alasan tak boleh pakai tudung.
pepagi sampai opis mintak tolong rina urutkan.
dah lega sikit sekarang.
perlu ke aku buat medical check up eh.
risau jugak tapi takot mengatasi segalanya....

Monday, October 17, 2011

kebaya oh kebaya

inilah cerita yang tiada kesudahan di unit kewangan.
makan makan makan and makan.
asal terlintas je dalam kepala nak makan pape mula la memasing plan buat potluk.
yang pelik nya memang semua akan setuju walaupon baru je lepas buat makan-makan.
memang kuat makan lah kan.



antara makanan yang ada pada hari tu.
aku macam biasalah makanan yang direquest oleh mereka pastilah yang berasaskan sambal.
setiap kali bawak setiap kali tu lah up kan kuantiti dan setiap kali tu lah pasti licin.
tu maknanya apa???
aku masak sedap kan....
tu yang lagi semangat nak masak bawak datang opis. hehehe...
masak simple-simple je yang pentingnya nak makan sesama ngan opismate.



oh ye tema hari tu adalah kebaya.
semua orang pon adalah sporting memakai kebaya.
cayalah korang...



bab potong memotong je nama aku kena panggil.
aku pindah nanti sape nak jadi pelapis ni.
meh belajar ngan aku meh. aku pon belajar dari inna.



oleh kerana aku berkebaya hari tu jadi aku malas nak potong buah nenas.
belengas nanti. tau lah air nenas tu.
jadinya tugas tu bagi rina.
dia kata dia memang suka potong buah nenas nanti tangan dia lembut.
iye ke? iye kot...

Friday, October 7, 2011

jamuan raya aidilfitri 2011 unit kewangan



entry yang sangaaaaaaaaaaaaaats basi.
sebab tengok memember lain up entry raya aku nak jugak.
ni jamuan raya unit kewangan secara potlak.
aku bawak ape eh???

ooo ingat ingat.
aku bawak trifle.
kali ni tak sedap sangat.
rasanya biasa2 aje.
tak umphhh lah kiranya.



antara menu di hari kejadian.
laksa by rinna.
ketupat sotong by kak nor.
rendang hijau ayam kampung by mak razi.
nasi impit by inna.
kek pandan by cc kham.
kuah kacang by kak tini.
fruit punch by kak ros.
yang lain-lain tak ingat dah. ada lah kuih raya bermacam-macam.



belah tengahari nya lak ada acara potong kek bufday.
makan nasi dagang.
sedap oh nasik dagang nya.



lupe nak kasitau tema hari tu pokodot.
semua orang sporting sarung baju or tudung pokodot.
aku takde dalam gambar atas sebab pegi bank masa ni.
benci...
tahun depan ntah dapat ntah tak merasa raya ngan korang.



nak jugak tepek baju pokot aku.
tak cantik pon.
sekian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails