Followers

Tuesday, November 1, 2011

genap 2 tahun terpisah

hari ni 5 Zulhijjah 1432 genap 2 tahun kembalinya abah ke Rahmatullah. kehilangan yang sangat kehilangan. walau terpisah dari pandangan mata tapi tak pernah terpisah dalam ingatan. walaupon abah pergi dalam keadaan yang kami tak jangka dan duga kami redha. setakat itu saja pinjaman dariNya buat kami. Alhamdulillah..

next week on 2nd day raya haji insyaAllah kami akan buat kenduri tahlil kat rumah kakak. supposely buat last week tapi keadaan tak mengizinkan. dugaan dariNya buat kami dan ada hikmah dari dugaan itu. Alhamdulillah..

sesungguhnya kami amat merindui kenangan ketika masih bersama.
Al-Fatihah untuk arwah abah.


Thursday, October 27, 2011

Alhamdulillah jodoh kami masih panjang

hahaha...
tajuk tak menahan kan.
alkisahnya hari selasa sebelum cuti deepavali haritu aku kehilangan cincin.
pesen aku ni kalau nak sapu losyen kat tangan ke kat memana ke aku akan cabut cincin.
ye lah kalau tak nanti kan losyen tu melekat kat cincin.
eiii tak suka.
lepas lunch sedar-sedar cincin dah takde kat jari.
aku suspek jatuh dalam toilet.
sebab cincin tu dah agak melonggar sekarang.
kelam kabut lah cari.
siap dok bersimpuh bawah meja kot-kot ada terpelanting masa sapu losyen pagi tu.
tapi nan hado jugak.
yang peliknya aku tak lah merisau sangat cincin tu hilang.
selalu kalau ada barang hilang atau tak ingat letak mesti macam kucing nak beranak.
tak senang duduk dibuatnya selagi tak jumpa.
yang ni macam meredha je pon kalau tak jumpa.
mungkin sebab cincin tu white gold. kalau pi gadai pon tak laku.
aku siap suspek neng yang lap telepon lap meja aku tu ambik.
hishh tak baik betul kan.

so hari selasa tu pulang lah tanpa cincin dijari. relax je takde rasa ralat ke apa ke takde.
kekonon dah jodoh antara kami sampai di situ sahaja.
hari ni datang keje nana tanya whether aku dah jumpaan belum dengan cincin tu.
ofkos lah belumkan.
rerupanya dia dah jumpa cincin aku tu kat tempat kim.
baru teringat aku ada try lotion dari tupperware kat tempat kim.
masa tu lah aku cabut then letak atas meja kim.
alhamdulillah jodoh kami masih panjang...
tq nana tolong jumpakan i dengan cincin ni.

Friday, October 21, 2011

kisah di pejabat pos tesco

tesco mana biarlah rahsia. hahaha...

semalam ada urusan sikit kat pejabat pos.
sampai-sampai orang tak ramai.
sonok lah dalam hati tak payah tunggu lama-lama.
masuk... ambik nombor lalu duduk.
dapat nombor 2278.
nombor yang berurusan kat kaunter sekarang 2270.
sokkay lah kan lagi 8 je nak tunggu.
sambil duduk sambil baca tasbih semalam kan hari kamis. (iyelah tu kan...bluwekk)
tetiba datang sorang pakcik ni pakai kopiah putih bawak sekotak kepci.
terus tuju ke kaunter.

" ni ambik ni saya belanja kepci"

nadanya memang kesat sambil letak kotak kepci tu kat kaunter dengan kasar.
at 1st dalam hati dok berkata apahal pakcik ni nak marah orang sesuka hati lak.
biasalah berurusan ngan pejabat pos mesti lama. in case kalau dia kena tunggu lama lalu marah lah. aku dengar lah orang sebelah orang depan dok sokseksoksek.
mungkin mengulas kejadian yang baru berlaku sebentar tadi.
aku yang datang terkemudian ni tak tau cerita dok diam-diam sudah.
kang aku pulak yang dapat kepci free orang belanja. kalau aku dapat terima kasih daun keladi lah pakcik ye. hehehe...

keadaan back to normal.
lepas sorang, sorang berurusan.
tapi memang lemb.. lah.
kaunter ada 3 yang dibuka hanya satu.
sampai nombor 2274 orang tu berurusan lama.
tetiba nombor kat skrin tu blank.
lantak lah kan. selesai je 2274 tu berurusan nombor yang dipanggil 2000.
masa ni ramai yang dok pststspstpst...
lalu 2001 2002 dipanggil. tanpa ada seorang pon yang bangun. yelah bukan nombor kitorang kan. abang macho lagi gentle dok selang 2 kerusi ngan aku bangun bagitau nombor giliran tu dah lari. ok fine dia panggil aci jerit je style klinik zaman dolu-dolu tu.
tapi ntah tak reti bahasa ke hapa selesai sorang kat kaunter kakak jaga kaunter tu tekan jugak nombor Q tu. harus lah orang yang nombor giliran 2276 marah lagi bengang sebab kena berebut dengan orang yang baru datang then dapat nombor 2003.
aku yang nombor 2278 ni resah lah. dah tunggu takkan nak kena gaduh dulu baru boleh berurusan. sudahnya aku bangun terus je pegi kat kaunter yang kosong sambil dalam hati berkata-kata no wonder lah dapat kepci yang dicampak tadi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails