Followers

Friday, December 31, 2010

cuti cuti ofis

good morning...
ku bersiaran dari ofis ni walaupon Malaysia diumumkan cuti.
best woo pegi opis hari ni jalan lengang je. bole drift siang hari. tapi ku tak eh...

baru sudah layan breakfast ni roti kentang ngan air susu dutch lady sejuk.
ape lah nasib badan... huhuhu
tapi sedap jugak.

ku mau sambung kerjaan so nanti boleh la balik kampong dengan cepat.
happy to work today !!! heh...


Thursday, December 30, 2010

tak cuti... sobsobsob



dengan ini diumumkan esok ku tak cuti seperti mereka mereka yang akan bercuti. sob sob sob...

dalam kepala ni dok plan nak pegi situ nak pegi sini & nak balik kampong.
tetiba bebarapa minit yang lalu my big boss datang n said "esok sesape yang berkaitan dengan bayaran no cuti". mak aih... dengan muka yang serius tu. grrrrrrrr. nak argue pon takut.
cancel semuanya yang berlegar dalam kepala tadi tu except for balik kampong tu lah. balik kampong tetap balik.

aku pasrah...


jumaat cuti...yahoo!!!

tahniah team Malaysia membawa kejuaraan setelah 14 tahun kemarau. memang berbaloi baloi lah ku tengok bola malam tadi. semangat wooo. sebelom ni tengok gitu gitu jek. tapi malam tadi tengok dengan bersemangatnya. hati start panas bila 45 minit takdo gol dari Malaysia. tapi melompat lompat ku bila second half ada gol. ape pon tahniah la. tima kasih jugak sebab dengan kejuaraan ni Malaysia diumumkan cuti esok. yabedabedu.........

dapat jugak akhirnya ku merehatkan diri setelah application untuk cuti di reject. tak penah penah kena reject tau. ku pon 1 mintak cuti time kritikal memang la kena rejectkan.hahaha.... tapi tatau la kan kot2 esok datang opis jugak. huhuhu....
keje melambak datang lagi ni.


Wednesday, December 29, 2010

hati ini gundah

baru semalam rasa macam lapang dada lapang kepala.
rasa lega sangat. macam semuanya is over.

but when i called my mom last nite perasaan ini jadi sedikit runsing. last monday my mom ada appoinment ngan doctor about the kidneys. so pegilah as usual... this time kena amik darah. result untuk darah tu belom tau lagi sebab kena hantar ke hospital klang ... ok just wait for that. tu 1 thing...
another things is a few weeks before kaki my mom membengkak then beberapa hari lepas tu surut. bila bengkak kaki dah surut bengkak kat telinga n mata pulak. yang ni memang my mom tak tahan sakit dah. then my bro bawak pegi private clinic. the doctor said bengkak kelenjar & dibekalkan dengan beberapa jenis ubat. bila dah makan ubat kesakitan tu beransur baik tapi not fully recovered. masih ada 2 3 benjolan kat kepala yang rasa tak selesa untuk baring n sometimes sakit jugak.

so bila dah pegi hospital untuk appoinment tu terus la buat check up untuk benjolan benjolan dan bengkak bengkak tu. kena buat x-ray, ambik darah and sample kahak. result x-ray tu menampakkan jantung + paru paru bengkak. ada something wrong somewhere. tapi tak tau lagi. result yang confirm on friday nanti.
nak tunggu friday tu lambat betul rasanya. hopefully nothing serious... i know my mom pon rasa gundah dan runsing. sebab on phone last nite she said "mak ni macam macam masalah kesihatan ada, menyusahkan anak anak nak bawak pegi hospital". adusss... tak tau nak buat ayat macam mana nak balas ayat my mom tu. sebab nanti Shah Alam ni banjir kilat pulak.
sudahnya ku buat lawak apa ntah gelak gelak sampai d end. but but but bila dah letak phone, what happened to me??? lu pikir la sendiri... susah hati la.
ku memang kalah kalau my mom n my dad punya hal.



moga moga takde ape yang serious. moga moga jantung + paru paru tu bengkak on that day je.
moga moga result darah result kahak semuanya -ve. takde ape yang lagi penting dalam kehidupan kita selain kesihatan yang baik dan kesejahteraan kan.

Tuesday, December 28, 2010

ketagihan baru



this is my new addicted. dedulu memang tak suka langsung makanan ni.
yogurt make me sick. rasa macam yarkkkkk.
but now pantang pegi kedai harus beli yogurt. tak kira what flavour pon boleh jek nak telan.
nape ek benda yang kita tak suka dulu dulu boleh jadik suka pulak. felik.
1 of my fren said perubahan usia... apekah???
tak kena mengena langsung kan. hahahaha.....

ok ke kalau makan yogurt selalu.
menggemukkan tak???
sape sape tau bole la ngesharekan.
risau jugak asik makan yogurt jek nanti badan ku membulat macam ikan buntal pulak nanti.
haru dibuatnya...



fuhh!!!...lega

lega lega lega....
hari ni dah boleh bernafas menghirup udara segar.
selalu bernafas sambil tercungap termengah mengah.
oksigen tak cukup disedut. tu yang stress.

hari ni dah bole breakfast on time & bersopan santun.
selalu mana dan je. kunyah sambil jalan pon takpe.
tak manis sungguh.
sebab makan biskut or roti jek.
tapi hari ni ku breakfast kuey tiaw goreng u.
nikmat....

hari ni dah boleh gosip gosip ngan kengkawan.
selalu mana sempat.
nak tegur pon kengkawan takut. muka serious je katanya.
sorry yek kengkawan ku tak berniat tapi bila buat keje kena lah serious kan.
nak nak pulak keje tengah menimbun harus berserabut kepala mimikir.
kang buat buat ramah mesra orang kata takde keje pulak. opppppps...

hari ni rasa macam nak kuar window soping la time lunch hour nanti. weeee...
lama tak kuar ngan kengkawan opis.
selalu time lunch hour pon dok memerap kat tempat.
muhasabah diri. ceh ceh ceh....
sedih mengenang nasib diri yang banyak keje time orang lain bercuti bersuka ria.
jelesnya...

hari ni nak balik on time. 4.30pm.
selalu 4.30pm berlalu begitu sahaja.
tak perasan pon tiba tiba eh eh eh dah pukul 5pm.
patutla banyak tempat dah kosong. kengkawan dah balik ropanya.
tapi ku still huru hara lagi. adoii la.
keluar rumah gelap balik rumah pon dah gelap balik.
hari ni nak balik panas panas. harap harap tak hujan lah petang nanti yek.


Monday, December 27, 2010

damnly tired!!!


even today is monday tapi dah rasa memang penat sangat.
terkejar ke sana kemari.
calling sana sini.
pikir lagi macam macam. dokumen tu takat mana stage nya dokumen ni lak. kat mana.
kejap kejap orang call nak itu nak ini.
hadoiiii la...
ni baru dapat bertenang sikit.
baru rasa keletihan nya.
tak sabar nak balik ekceli nak meluruskan pinggang.
n also tak sabar nak cuti.
siap dah cakap ngan boss bulan januari nanti nak cutiiiiiiiiiiiiii lamaaaaaaaa.
tak kira...

minggu lepas direct balik malam. hari ni maybe boleh balik awal sikit.
supposely ku dah boleh balik 4.30 pm tadi.
tapi apokan daya...tuntutan kerja lagi penting.

Saturday, December 25, 2010

working on christmas

clapclapclap....

hari sabtu ph lak tu bole datang keje.
ada tercongok kat opis ni ha.
rajin terlebih sudah.
kalau ikutkan hati memang malesss yang amet.
nak bangun sesubuh hari. siap siap. then kena drive pegi opis.
tapi tanggungjawab harus di settlekan. ceewah.
takpe sikit masa je lagi kena camni.
bila dah free nanti tau lah.
cuti ku dah melompat lompat tu mintak di settlekan.
next year lagi bape je lagi. sabar ye cuti.

Friday, December 24, 2010

sedapnya trifle

this week memang mood nak makan makanan yang manis2 jek.
namo makan pedas sudah.
nak jaga perut. ecehhhh.
perut nak pakai lama lagikan.
so adalah teringin terlampau nak makan trifle tapi nan ado masa nak buat sendirik.
nak pegi membeli pon tak sempat.
sudahnya tengok gambar jelah.
yang peliknya gambar trifle yang dah siap takdo pulak. hahaha...

so layankan je lah pic2 proses menjadikan trifle tu.


potong swiss roll dengan ketebalan ikut suka...


pastu susun dalam loyang@tupperware then padat padatkan.
tujuan kena padatkan kek tu takmo bagi layer yang custard tu turun ke bawah.


bancuh tepung custard + susu cair + air.
kacau sampai takde ketul.


then bila dah takde ketul panaskan atas api.
api kena perlahan.
kacau atas api sampai pekat.
bila dah menggelegak agak agak 2-3 minit pas tu boleh la tutup api.
tuang bancuhan custard ni atas kek yang dipadatkan tadi.
panas panas ni terus tuang tau sebab nanti dia mengeras.


biar kan layer yang custard tu jadi suam suam.
bole lah letak buah buahan yang korang suka.
stoberi ke kiwi ke bole je.
buah yang tak kuarkan air la.
kalau tak mencair pulak nanti custard tu.

last layer bancuhan jeli.
tapi gambar takde. mintak mahap la yer.
beli je jeli yang instant tu.
ikut direction kat belakang kotak.
insyaAllah ok je mengeras.
tuang atas custard ni pelan pelan supaya custard tu tak pecah.
bila dah suam bole la sejukkan dalam peti sejuk.
bila semua dah mengeras bole lah ngap ngap.
sedapnyaaaaa.

naknaknak.....

Tuesday, December 21, 2010

start to stay back

from now on ku dah start kena stay back kat opis sampai malam.
mungkin every nite selagi terlarat.
nak kasi payment ni sume settle.

duit orang kita pulak sibuk sibuk nak bagi kan...
diorang macam taknak duit jer.
cepat la weh anta invoice.
nak duit taknak ni.

kehidupan adalah tak best till early of jan next year. huhuhu...
going to office when the sun is still sleeping.
going back home when the sun is already sleep.
no meaning of life for a while.
what to do...




banjir kilat di Shah Alam

kat mana nak start pon tak tau.

straight to the point je lah.
semalam kereta ku antara mangsa banjir kilat kat Shah Alam ni. huhuhu....
semua yang ada kat lantai kereta tu terapung ke atas except stereng lock which is besi yang berat.
kasut payung semua berenang renang ketengah dan ketepian. sadis betul lah.
masa nak pegi tengok kereta yang dah tenggelam tu memang tak berani langsung nak bukak pintu kereta. takut air masuk kononnya. tapi air memang dah masuk pon.
so mintak tolong opis mate kasi alih kereta. ku tunggu kat tempat yg tinggi sikit sambil ditemuramah oleh orang orang yang ada kat situ. hahaha....

pic kereta tenggelam takdo snap sendiri.
in case kalau terjumpa orang orang yang ada snap picture kereta ku tenggelam masa tu nanti ku upload kan k.
ni baru mangsa kereta banjir dah haru biru dibuatnya.
orang lain yang jadi mangsa rumah banjir tu lagi lah sedih kan perasaan diorang.
mintak dijauhkan....

Monday, December 13, 2010

Al-Quran kecik

kitorang jumpa Al-Quran ni kat dalam almari lama yang dibiar kesepian kat rumah kampong.
kitorang mean adik beradik ku.
kemas kemas rumah and jumpa macam macam harta pusaka antik.
antaranya Al-Quran nilah.


tak penah nampak k Al-Quran kecik macam ni.
memula jumpa ni terkejut jugak.
tak sangka mak ada simpan.
yang tak rabun bole lagi nak baca.
tapi kerut kerut jugak lah kening. hehehe...
ada lagi barang antik lain.
next en3 ku share kan eh.


kecik tapak tangan kecik lagi Al-Quran ni.

agak agak kalau nak jual dapat bape RM eh???
ehehehe....

Friday, December 10, 2010

kesayangan ditimpa musibah

sakit hati tengok e5 ku hari ni.
terkopak calar balar sana sini.
salah sendirik tapi nak sakit hati jugak.
pedulik...

alkisahnya semalam ku telah kelupaan.
tertinggal henpon kat opis.
sedar sedar pon dah maghrib.
so kasi jalan pantas mau tengok betul ke tinggal kat opis.
pakai tudung pon tak matching ngan baju.
lantakkk.

sampai kat opis mujur ada elok je landing kat tempat keyboard.
lepas lelah jap...

dah jumpa maka pulang lah ke rumah dengan pantas jugak.
kan malam jumaat semalam.
takut pulak kak limah pulang ke rumah ku.
hehehe....

sampai rumah bukak gate dengan berduyun barang ditangan.
dompet plus henpon selit kat ketiak macam mak mak gi pasar tu.
tengah nak kunci balik gate tetiba ada satu benda melantun atas jalan tar yang berbatu batu batu batu kerikil...
ku lepak je ingat kan dompet... sekali e5 lah.
huhuhu....

nyampahhhsssssss

Thursday, December 9, 2010

babye Terengganu...hope to come again

setelah seronot dapat kepok lekor tradisional... we decided utk ke Pasar Payang.
nak cari apa eh???
memang tak plan nak beli kain pasang or batik Terengganu pon.
cuci cuci mata sudah.
nanti rasa tak complete pulak kalau tak singgah sini.

motip kat sini mau membeli keropok segera mau diberikan sorang 1 kepada opismate lain yang tak dapat join us.


masuk masuk terus singgah satu kedai ni.
senang nak angkut dekat ngan pintu.
tawar tawar diskus diskus dapatlah harga yang berpatutan.


so terus up satu peket besar 40pcs.
sebab dapat murah kan amiklah besau punya.
dah siap pilih n ketepikan.
soh adik tu simpan dulu sebab nak jalan kat dalam plk.
mana tau ada yang menarik hati untuk di up.
nak balik nanti baru ambik.


sebelom balik posing posing dulu kat atas jambatan belakang pasar payang.
tempat monsun cup sekarang ni.

dah penat lompat lompat drebar bas pon dah hon ajak balik.
aterrr dah ptg. masa posing ni almost 6pm.
so haruslah di sound soh balik. pkl bape plk nak sampai shah alam nanti kan.

babye Terengganu.
i wish to come again.
next time if berpeluang datang sini lagi nak stay kat hotel Uitm Dungun pulak.
weeeeee.... tak sabarnya tapi bila eh.




kopok lekor hunter...

hari kepulangan dari terengganu haruslah mau cari keropok lekor...
rasa lain macam kalau pegi pantai timur balik tak bawak keropok lekor kan.
mesti orang orang yang ditinggalkan mengharap kan.

memula driver bawak pegi satu tempat ni kat mana ntah.
punyalah ramai orang.
nama kedai ni orang panggil keropok lekor beratur.
memang nama kedai dia or orang saja saja taruk... tak tau.


tempat merebus keropok lekornya besar k. banyak periuk besar. bersusun. kalau termasuk dalam ni innalillah.
masak pakai kayu api. ori...


memula sampai terkejut tengok orang pegang nombor.
setelah dirisik rupanya memang kena amik nombor lah.
ada mesin qms tu k.
macanm kat klinik pulak...
patut orang panggil kedai keropok lekor beratur.
serius sebelom ni taktau pon ada kedai kopok lekor kena amik nombor camni.
kami kami ni pon pegilah ambik nombor jugak.
sekali panjang lagi daaa nak kena tunggu.
so decide cari kedai lain.


makan masa jugak nak carik kedai yang agak tradisional ni. pusing pusing tak jumpa.
calling2 sama member akhirnya ketemu jugak.
maka lompatlah hip hip hoooray.


pantas gila kakak ni gentel kepok tu.
gentel gentel terus gulingkan masuk dalam air panas berasap asap menggelegak depan dia tu.
kalau tercelup tangan tu....hazab.

hati gumbira sudah dapat bawak balik kepok lekor banyaaaaak.
murah kedai ni. sebatang 50 sen jek. yup 50 sen.
ku pon terkejut.
tu sebab borong banyak...
lokasi kalau tak silap seberang takir.
details tak tau.

Tuesday, December 7, 2010

pulut mangga

setelah penat berjalan jalan tanpa tujuan dalam wakaf che yeh tu kami sebolat suara mau pergi makan. lapar katanya. tapi kenapa perut ku tak rasa lapar pon. pelik jugak. sebab penat kot... selera pon hilang.
muka adalah suci tanpa was was tanpa secalit bahan kimia di kulit. memang tak pakai bedak langsung ni. nak cepat. muka ori lah ni kiranya....tu yang hidung bersinar bak sang suria. minyak tak hengat.



disebabkan perut ku yang masih terasa kenyang so ku up air horlicks suam je. takmo makan. minum ni pon dah agak kenyang kan plus senang sikit nak tido. kalau kekenyangan sangat pon nak tido tak boleh nanti. malam ni kena tido jugak. tengok bawah mata tu dah ada kesan tak cukup tido.



service kat kedai ni adalah sangat lembsss. lama sangat nak tunggu order sampai. nak kata ramai customer tak ramai mana. apa yang lambat sangat ntah... baru nak potong bawang agaknya. diorang yang lain memasing order makan except me. sementara nak tunggu orderan tu sampai sempat lah dekrang beli kopok lekor dulu buat kunyah kunyah.
sambil layan minum and borak borak tu tetiba terpandang ada menu pulut durian pulut mangga pulut apa eh lagi 1 tak ingat lah. terus rasa macam teruja nak test pulut mangga. memang dah lama nak try tapi asik cancel jek. rasa cam belom bersedia gitu. hahaha...
kalau pulut durian memang dah penah makan. cam tak berapa nak boleh telan tapi ok lagi.
so tanya lah sama akak pelayan kat kedai ni camne nak makan n so on.
rasa meyakinkan explanation dia tu then order 1@RM5.
ni rupa paras pulut mangga tu kala tiba di depan mata.


agak sedikit kekonfiusan camne mau telan ini makanan. selama ni dok tengok orang makan macam lazat yummy yummy jek. biasa ada jugak kat shah alam bila ada pesta barang barang thai tu kan mesti ada selit selit makanan yang macam ni. tapi tak penah beli. akak tu pon ajar lah sekali lagi. malu lah pulak...


suapan pertama...

and terus tak suap suap dah. tak boleh terima combination of mangga and pulut. sudahnya makan mangganya yang manis tu jek. pulut kasi tepi...

wakaf che yeh


lama nau nak habiskan en3 cuti cuti Terengganu ni yek...

almaklumlah kan hujung tahun dah ni. selain sibuk pegi YES hahaha... sibuk jugak buat payment kat opis tu. takhabis habis lagi. kayalah deme yang dapat duit tu ye. bole christmas shopping lah.

ok sambung balik ye. sesampai di rumah sewaan tukar baju pastu gi jenjalan kat luar rumah amik gambar ngan kambing. jinak lah kambing kat sini. kita dok dekat dekat kat dia menten je tak lari pon. ku pon hape lagi main cuit cuit badan dia la. lembut rupanya bulu kambing ni eh...


motip letak gambar kambing dalam blog fiza!!!
sian... dah snap2 gambar dia mesti mengharap nak glemer kan...
ni je lah yang ku boleh tolong cik kam...redha je lah yek.
udah penat lompat lompat amik gambar balik rumah rest kejap je.
baru nak duduk layan tv budak laki rumah sebelah dah bunyik mau ke kota bharu katanya...
lorr tadi diskus kata malam pas maghrib. tak sabo lah tu dah.
kasi siap macam lipas kudung n tanpa bedak setepek pon. pasrah...
lebih kurang sejam sampai sudah kat kota bharu. tempat yang nak dituju wakaf che yeh. tempat lain tutup dah kot...

gegambaran di pintu gerbang...tak tau plk ada pintu gerbang kat sini. dedulu masa datang tak nampak pong...ke ikut jalan lain. ntah... ingat ingat lupa dah.

beramai ramai... tempat ni siang siang best lah kot nak shopping. malam macam takde hape je. ala ala macam uptown kat danau tu lah. sudahnya tak beli ape pon. semua tak berkenan di hati. lagipon memang takde ape nak carik.

sebelom balik ke rumah sewaan di jerteh cari makan dulu... tapi perut kenyang lagi. layan je lah.






salam 1432H

salam maal hijrah untuk semua muslimin & muslimat.
sepertinya orang lain ku juga mengharapkan sebuah kehidupan yang lebih baik dalam segala hal.
insyaAllah....

Thursday, December 2, 2010

inna's wedding at Jerteh

ni lah tujuan utama sebenarnya we all pegi jerteh. untuk attend wedding inna.
walaupon jauh tapi besh. best lah kampong dia ni. biasalah kan bila pegi tempat org mesti rasa best. padahal sendirik pun kampong jugak asalnya.

sesampai kat rumah sewaan ni around 10 am. kekunun nak bagi rest tido semua. tapi tak bole tido lah....
tengok tv lak tak masuk kepala. rancangan tak best. sudahnya menung menung aje...hahaha.
budak laki yang dok rumah sebelah roger katanya mau gerak ke rumah pengantin jam 2.30 pm.
iye iye je siap awal. tunggu diorang je lama. igt perempuan yang siap lama. lelaki pon same jugak. pkl 3 pm camtu baru gerak. rombongan pengantin laki awal awal lagi dah gerak. rumah sewaan rombongan pantin lelaki selang bape bijik je dari rumah sewaan kami tu. tu yang tau bila bas dekrang gerak.

posing posing dulu sementara tunggu budak lelaki siap siap.



dah siap semua, sebelom gerak amik gambar dulu depan bas kontot.



dah sampai pon umah pantin perempuan. susah nak carik jalan ni. banyak nau simpang siur nya. naseb ada kemudahan. gps ajelah. perut lapar dah time ni...



haruslah ada bergambar ngan pantin kat atas pelamin kan. kalau tak rugilah. pegi sesaje kata orang. tapi rasa rugi jugak sebab tak pergi jenguk bilik pantin. camne boleh lupa ek...



siap makan siap bergambar lepak lepak kejap bawah pokok rambai terus gerak balik ke rumah sewaan. teruja beb dongak dongak atas tengok buah rambai bergayut gayutan kat pokok. mana penah tengok....

petang sikit mau ke kota bharu katanya. so mau balik tukar baju dulu.

meluruskan pinggang yang bengkok

tepu dah kepala ni dari pagi tadi asik dok buat kerja je. ade selingan sikit sikit je. biasa selingan banyak. muahahahaha....
nak sambung en3 terengganu.

kitorang sampai bandar jerteh lebih kurang pkl 9 camtu. lama ya amat naik bas dari malam sampai ke siang pon belom sampai sampai lagi.
sesampai di jerteh gi breakfast dulu. makan cek mek molek je. tak selera la badan sakit sakit nak makan. sebelom sampai plan nak makan nasi minyak nasi dagang nasi kerabu semua. tapi hampasss...

nak cerita pasal tempat penginapan sepanjang kat terengganu.
ni kira macam rumah tumpangan lah kot. tapi bukan macam yang kat lorong lorong gelap tu. ni kat depan jalan besar lagi.


alamat rumah tersebut. saja simpan kot kot nanti ada terlepas ke sana lagi bole tinggal kat sini. best lah rumah dia. selesa...


ruang makan yang tak berapa digunakan sebab makan kat luar je. tak masak pon even kat dapor memang ada disediakan beras, telur, garam, kicap, gula segala kelengkapan nak masak lah kiranya.


bahagian wet kitchen. cantek kan. washing machine pon ade.
muka tak siap ye tuan tanah tu sebab baru sampai setelah tido tido ayam semalaman dalam bas.
yang peliknya bila dah nampak katil dah landing tak boleh tido plk.
pelik....
malam tu baru dapat tido lena.


bilik tido paling belakang sekali ni. bedsheet harimau bintang u!!!. hehehe...
rumah ni versi rumah teres 3 bilik tidur 2 bilik air.
besar jugak. ada hall ada ruang makan dry kitchen wet kitchen.
memang fully furnished.
tiap tiap bilik ada katil almari aircond pon ado....
dapur dia usah cakap lah. memang complete.
ada rice cooker ada peti sejuk ada toaster. semua yang ada kat rumah rumah kita tu semua ada lah kat sini kiranya.


ni kat hall depan. luas hall ni. kalau pegi ramai ramai bole lah bentang toto tido depan tv kat sini. tv siap ada astro k. tapi mana sempat layan tv. kate jenjalan kan... bukan nak tengok tv. nak tengok tv balik rumah lah.

lupa nak amik gambar bilik air. bilik air dia siap water heater sekali k. memang worth it lah bayar RM200/nite stay kat sini. satu rumah ye bukan harga 1 bilik tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails