ni pic mak tgh drip normal saline kat HTAJ last sunday. menggeletar dari malam sebelom tu. subuh2 hari saya dah bawak. kesian tgk mak dlm keadaan camtu.
mak mak.... semenjak abah takde tak penah sihat macam dulu kala. ada je sakit pening yang melanda. sangat runsing memikirkan perkara ini. nak advise2, paksa2 banyak kali kang terasa hati pulak. susah nak cakap la...serba salah. mak saya ni tak selera nak makan. bagi lah makanan sedap camne pon yang kita rasa, dia tetap tak lalu nak telan. u all klu tengok sate tu sedap tak???. saya rasa sedap..... thats why lah sate tu one of my fav....tapi boleh tak mak tgk sate tu terus rasa nak muntah. mual katanya membayangkan makan ayam yang padat sesaje. mak saya ni memang kurang memakan makanan2 protein macam ikan, ayam or daging. suka makan sayur-sayuran je. mana badan nak dapat full khasiat. tapi mujur jugaklah nak minum susu & cereal. at least ada jugak kudrat walau tak segagah zaman muda2 dia.
oleh kerana mak saya ni penghidap diabetes yang agak serius, (dah bertahun2 inject insulin sendiri kat rumah-berani kan mak saya macam doktor dah) so klu dia tak makan makanya akan jadi hypo. bila hypo mak akan pengsan atau mamai yang mmg tak boleh igt apa. macam orang lalok tu lah lebih kurangnya. bila jadi camni ofkos lah sangat bahaya. sebarang kemungkinan boleh jadi. bayangkan klu takde org kat rumah, tinggal mak sorang2 sape yang nak tolong time mak pengsan tu. aishhhhh....susah hati susah hati. untuk menyedarkan mak balik kena bagi bacaan gula naik. nak bagi naik tu yang mencabar sikit...nak kena bagi minum air gula time mak tengah pengsan. bayangkan camne.....klu kat hospital bole jugak drip kan....
so caranya masukkan air gula tu dalam mulut mak then kasi mak tersedak. biar mak telan air gula tu. tapi bukan sekali suap dah bole sedar. kurang2 separuh cawan baru sedar tu pon tak berapa nak stabil lagi. buat camtu sampai mak nampak ok or bacaan gula tu naik (kami ada mesin cek darah kat rumah, so sngla nak check).
bila dah makan ubat banyak sangat + tempoh makan ubat tu dah lama macam2 lah effect dia. buah pinggang & jantung lah suspect utama....kehkehkeh.
jantung tu tak serius langsung. tapi kat buah pinggang tu ada rosak sikit sebelah. mintak2 jangan la jadi lagi teruk. tu yang membuatkan mak asik tak berapa nak sihat je.
batuk pon berpanjangan. macam2 ubat dah bagi tapi batuk still tak ok2. dah request pada doc utk buat saringan. takut la kan kot2 ada yang serius. tak sure doc dah buat ke blom sebab selalunya mak g checkup my eldest brother yang bawakkan (sungguh besar pengorbana abg sulung saya ni-mmg tak terbalas budi dia).
batuk pon berpanjangan. macam2 ubat dah bagi tapi batuk still tak ok2. dah request pada doc utk buat saringan. takut la kan kot2 ada yang serius. tak sure doc dah buat ke blom sebab selalunya mak g checkup my eldest brother yang bawakkan (sungguh besar pengorbana abg sulung saya ni-mmg tak terbalas budi dia).
skrg ni tgh pikir2 macam mana mak bila bulan puasa nanti. pakar pembangunan kesihatan keluarga (mch) kat kk sg besar tu dah cakap klu banyak gerak mmg mak tak larat nak puasa. klu puasa jadi hypo lah. so camne tu....klu puasa sape nak masakkan tuk berbuka nanti....haishhhh susahnya lah hati...
semoga keajaiban itu berlaku n mak kembali sihat walafiat macam dulu2.
y i x tau psl ni? mesti mak rindu abah kan. sbb tu dia x lalu makan.
ReplyDeletesaja tak bgtau kat ramai2. ni pagi ahad sebelom exsiden tu lah. balik rumah dah kol 1 masak2 then terus balik s.alam. exsiden plk. adakah saya keletihan?
ReplyDelete