my 1st step kat negeri johor... syukur sampai jugak akhirnya (sila abaikan selipar burberry saya tu)
ni la dia gunung ledang
hohoho.... suka sangatkah saya pada negeri melaka. suka jugaklah pergi tempat orgkan. tukar angin. dulu penah jugak berchenta ngn org melaka tapi tak kesampaian.... ngehehe. ni rahsia sebenarnya tapi mls nak simpan2 dah. dah jadi sejarah pon kan.
pergi kursus selasa sampai kamis then balik shah alam. hari jumaat masuk office kerja macam biasa then hari sabtu pergi melaka balik. kali ni ngan kengkawan sekepala & vogue. vogue sangatkah??? dunno... biar org yang melihat yang judge.
our meeting point kat selera kampung belakang office for breakfast. saya tak mkn banyak sebab tau lakan klu dah trip mesti cari tempat makan2. aktiviti wajib tu. settle2 bfast we r heading to tangkak 1st. tapi kuar je kat tol tangkak yan telah menukar plan untuk pergi ke kaki gunung ledang. actually this is my 1st time going to johor. saya tak pernah sampai lagi. sempadan2 pon tak pernah. saya tipu.... ehehehe sebabnya saya pernah pegi wedding 1 of my fren kat nyalas which is sempadan tangkak. sori u olls. tak pernah jejak kat johor lah sempadan tu pernahlah. sesampai di kaki gunung ledang sesangat la ramai umat manusia. hari sabtu kan. so takde tempat nak dibuat port. blah je lah meneruskan misi seterusnya. yan nak cari kain langsir katanya kat town tangkak. tapi dia tak beli pon katanya harga mahal. saya tak tau sebab tak pernah beli... ntah camne kat satu kedai tu bole jumpa sorang datin ni... datin mana biarlah rahsia... borak2 ala kadar then babai. tak sangka dia pon soping kat sini jugak. ingat kan standard pergi euro moda, maya ngan gulatis jek... kira setarap je lah ngn kami2 ni.
dah penat pusing kat tangkak kitorang terus g melaka. otw to melaka singgah muar pekena mee bandung muar dulu. sangat marvellous okey. mmg sedap tak ingat lah. sampai licin saya makan kuah dia. mantoooop....teringat plk kat dalam peti sejuk kat rumah kampung ada rencah mee bandung dari muar yang belom saya buat2 lagi. dah keras mengkayu agaknya. balik kampung this week nak buat lah... tak sabar ni.
mee bandung muar yang terbaekkk....
durian tepi jalan... lo khong yang jual tu tolong snap kan gambar
ok back to our trip tu... lepas makan kat muar kitorang terus ke dataran pahlawan. sebelom sampai ke melaka tu kitorang benti tepi jalan makan doyan atas permintaan inna. layan lah doyan ni memang sedap. tapau rambutan sesiap buat buah tgn housemate saya. sampai kat melaka punyalah jam jalan sampai parking pon penuh. last2 we decided to park kat equtorial hotel. tak kisahlah janji masa tak terbazir dok pusing2 nak cari parking kosong. jalan2 dalam dataran pahlawan tu around 2 hrs then.... umbaiiiiiiiii.
ni lah tujuan utama kami2 pegi melaka sebenarnya. nak g makan kat umbai sempena nak ramadhan dah ni kan. ramai jugak orang kat sini. weekend mmg camni kot. kami order ikan siakap bakar, butter prawn, sotong goreng tepung n ketam berlada. makan sampai kekenyangan yang amat ditambah menghirup air kelapa ori. (saya adalah terbayang2 sekarang kejadian tersebut + perut berkeroncong sebab puasa nisfu syaaban harini). huhuhu..... settle makan2 balik to shah alam. harap sangat kengkawan enjoy dengan day trip kita ni.
No comments:
Post a Comment