sekarang banyak sangat medium yang meng'connect kan people to each other... so pada sesape yang aktif berblogging berhati-hatilah semasa mengeluarkan apa-apa statement supaya tak menyinggung mana-mana pihak. nasihat pada diri saya sendiri jugak ni, mudah-mudahan tak alpa. mungkin pada dia statement yang dikeluarkan tak salah tapi pada yang merasa..... lain pulak maksudnya. tak nak jadi macam yang tgh hot sekarang ni. melibatkan banyak hati dan perasaan. walaupon saya tidak dilahirkan, tidak mencari rezeki di negeri itu... saya turut terasa bahang kemarahan dengan statement yg dikeluarkan kerana penggunaan perkataan yang tak sepatutnya. disebabkan satu perkataan yang digunakan bagi menyudahkan satu ayat banyak perasaan telah terluka dan mendoakan yang buruk2 sahaja pada dia. semoga dia amat menyesali keterlanjuran perkataan yang telah dikeluarkan.
terfikir jugak... macam manalah kehidupan dia sekarang. amankah dia??? boleh ke dia kuar rumah pergi shopping2??? tak malu ke dia pergi keje or dia dah cuti lelama????
agak sukar jugak dia nak melarikan diri dari org sekeliling sebab ramai yang sudah tahu di mana dia tinggal, bekerja n even no plat kete dia pon org tau...
mintak sangat supaya keadaan ini dijauhkan dari berlaku pada diri saya sendiri. ameeen....
No comments:
Post a Comment